LAGENDA THOTH DAN ILMU-ILMU MISTIKNYA


Thoth juga dikenali dengan nama Hermes, Djehuty, Jehuti, Tahuti, Tehuti, Zehuti, Techu, Tetu, Tuhan Khemenu dan banyak lagi nama. Salah satu gelaran Thoth ialah “Tiga Kali Hebat” diterjemahkan daripada bahasa Yunani (Trismegistus).

Thoth dianggap sebagai salah satu dewa yang lebih penting dari dewa-dewa besar Mesir sendiri. Dia sering digambarkan dengan kepala dari Ibis, kepala kuil Khemennu, kemudian berganti nama menjadi Hermes Hermopolis dan bagi orang Yunani sebagai Eshmunen di Koptik. Dia juga memiliki kuil di Abydos, Hesert, Urit, Per-Ab, Rekhui, Ta-ur, Sep, Hat, Pselket, Talmsis, Antcha-Mutet, Bah, Amen-heri-ab, dan Ta-kens.


Thoth dikatakan memegang banyak sekali ilmu dan hikmah. Misalnya di dalam beberapa mitologi, peranan-peranannya termasuk sebagai salah satu dari dua dewa (yang lainnya adalah Ma’at) yang berdiri di kedua sisi perahu Ra. 

Di kerajaan bawah tanah pula, dia tampil sebagai A’an, dewa ekuilibrium yang melaporkan ketika timbangan berat hati almarhum Firaun terhadap bulu, yang mewakili prinsip Ma’at.

Ada pula yang mengatakan Thoth adalah Enoch atau Nabi Idris a.s. yang menerima suhuf dalam bentuk Prasasti Zamrud (Emerald Tablet).

Buku Orang Mati (The Book of the Dead – The Papyrus of Ani) adalah dengan tradisi tertua dikatakan sebagai karya Thoth sendiri. 

Thoth sebagai Hermes bagi orang-orang Yunani kuno yang memegang Teks Hermetik menyebutnya sebagai Kosmu Kore. Apa yang pernah  diberitahu ialah, ia diukir pada batu mataphor pesawat fizik lalu menyembunyikan sebahagian besar informasi untuk ditemui semula oleh Al Mahdi di akhir zaman nanti. Simbol-simbol suci dari unsur-unsur kosmos dicatatkan di dalam teks ini. 


Thoth juga dikatakan masih hidup hingga hari ini dan menyembunyikan dirinya dengan menggunakan ilmu rahsia Osiris yaitu ilmu Kronos. 


Thoth dikatakan telah berhasil dalam memahami misteri langit dan telah mengungkapkan misteri ini di dalam kitab-kitab suci tulisannya yang kemudian disembunyikan di beberapa bahagian Bumi, berniat bahwa mereka harus dicari oleh generasi mendatang, dan akan ditemukan dengan bantuan oleh orang-orang dari garis keturunannya sendiri.


Beberapa buku suci ini disebut sebagai Kitab Petunjuk 42 (42 Thoth Seeker Books) yang menjelaskan petunjuk untuk mencapai keabadian diri. Ini ditambah lagi dengan 2 buku disimpan sendiri oleh Thoth. 


Menurut salah satu legenda Hermes Trismegistus, dia merupakan cucu Nabi Adam a.s. dan pembangun piramid-piramid Mesir dan gemar menulis buku-buku. Menurut legenda, buku-buku itu pada awalnya ditulis pada daun papirus.

Seorang penulis sejarah adat istiadat Clement dari Alexandria mencatatkan terdapat beberapa buku penting yang telah ditulis oleh Thoth seperti berikut: 

1. Tiga puluh enam [36] buku-buku Hermetik berisi seluruh ilmu falsafah Mesir; 

2. Empat [4] buku tentang astrologi; 

3. Sepuluh [10] buku disebut keramat hukum; 

4. Sepuluh [10] buku tentang ritual suci dan peringatan; 

5. Dua [2] buku tentang ilmu muzik, dan 

6. Sepuluh [10] buku tentang ilmu falak, geografi, matematik dan langkah-langkah dan pelatihan para imam;

7. Enam [6] buku tentang perubatan yang banyak bersangkutan dan membincangkan pelbagai penyakit tubuh, 


Sebahagian besar buku-buku Hermetik karya Thoth bersama-sama dengan karya penulis-penulis agung Mesir dikatakan telah hilang sewaktu pembakaran perpustakaan kerajaan di Alexandria dahulu. Baki buku-buku yang tidak musnah dikatakan diam-diam telah ditanam dan dikuburkan di padang pasir Mesir. Ada juga pihak-pihak yang menyatakan bahawa buku-buku hebat ini tidak terbakar dan telah diselamatkan oleh ejen-ejen barat dan kini disimpan di dalam perpustakaan rahsia di Vatican City.


Beberapa sekolah misteri telah ditubuhkan di seluruh dunia berdasarkan rahsia kuno kultus yang diambil daripada ajaran dan karya Thoth. Dikatakan salah satu sekolah misteri ini ada di Malaysia. Hmmm… ntah ler kat mana.


Silibus sekolah-sekolah misteri ini katanya berdasarkan 3 karya utama Thoth. 


Karya pertama serta yang paling penting dan tertua adalah The God Pynander. Terdiri daripada 17 fragmen. Dalam fragmen ini banyak dari konsep Hermetik, termasuk kebijaksanaan Tuhan dan rahsia alam semesta dijelaskan dalam karya ini.

Poimmandres atau The Vision adalah sebahagian dari karya kedua The Divine Pynander dan mungkin yang paling terkenal. Ia berkaitan mistik visi, kosmogoni, dan ilmu-ilmu rahsia dari Mesir untuk budaya dan perkembangan rohani.

Karya ketiga pula digelar Hermes Trismegistus adalah kebijaksanaan dari Hermetica Thoth – Prasasti Zamrud Thoth (Thoth Emerald Tablet). Ini adalah semua tentang ilmu kimia, ilmu waktu (masa) dan ilmu kesedaran.

Sedikit tentang apa yang telah diterangkan oleh Thoth… realiti adalah matematik, dan metafor. Ini adalah percubaan komputer kesedaran dalam waktu dan ilusi yang diciptakan oleh fikiran kesedaran. Nama Thoth sendiri bererti ‘Pemikiran dan Waktu’. Thoth dikatakan adalah arkitek pertama yang berjaya menjelaskan cetak biru (blueprint) tentang alam realiti kita berdasarkan pola-pola geometri suci.

Thoth pernah membuat program grid pengalaman – elektromagnetik di alam untuk memungkinkan aspek bipolar linear waktu dan ilusi. Thoth juga dikatakan pernah membangun sebuah kenderaan berbentuk piramid yang melambangkan sifat realiti. Dia meletakkan setengah di atas – “Seperti Di atas” dalam bentuk fizik dan setengah di bawah “Seperti Di bawah” sehingga menciptakan pasir waktu – jam pasir – X Box – di tengah-tengah planet di mana semuanya dimulai dan akan semua berkembang daripada satu titik nol satu waktu atau tempat di mana semua datang ke keseimbangan akhirnya.


Menurut legenda, prasasti zamrud Thoth dikatakan telah ditemukan di sebuah makam di tangan mayat pembantu kanan Hermes Trismegistus. Penemu itu adalah Sarah, isteri Abraham. Ada pula yang mengatakan penemu itu adalah Apollonius dari Tyana. 

Begitulah sedikit-sebanyak tentang Thoth.

Allahu’alam… ada masa aku tulis lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s