ASAS MENCARI KEHIDUPAN

​Mulakanlah sesuatu dengan asasnya.

Sebelum bangun berdiri, merangkak la dulu.

Sebelum berjalan, bertatih la dulu.

Sebelum berlari, tengok la arah dulu.

.
ILMU TAUHID

Ilmu tauhid juga disebut sebagai Ilmu Usuluddin atau ilmu Sifat 20 atau ilmu Usul. Ilmu tauhid ialah ilmu pegangan aqidah kita supaya kita tidak terjerumus dalam syirik. 

Ilmu tauhid ini wajib dipelajari oleh manusia yang menggelarkan dirinya muslim kerana ia adalah ilmu fardu ain. 

Contoh ilmu tauhid ialah kita tidak boleh sujud kepada makhluk kerana makhluk biasa walaupun raja, menteri, guru atau ibu bapa tidak sama dengan Allah SWT. Hanya Allah yang layak disembah. Barangsiapa yang sujud yakni menyembah kepada makhluk lain, maka dia telah syirik kepada Allah.

ILMU SYARI’AT

Ilmu syari’at juga dikenali sebagai ilmu feqah atau ulum syariah. Ilmu syariah ialah ilmu berkaitan hukum-hakam di dalam islam seperti hukum wajib, harus, sunat, haram & makruh. 

Ilmu syariat ialah ilmu disiplin di dunia ini. Jika tiada ilmu syari’at maka, akan hancurlah bumi ini kerana tiada hukum-hakam & pantang larang. 

Barangsiapa yang tidak mentaati syari’at Allah maka, dia telah kufur kepada Allah. Contoh ilmu syari’at ialah setiap umat islam diwajibkan untuk solat lima waktu sehari semalam.

ILMU TASAWUF

Ilmu Tasawuf juga dikenali sebagai ilmu HAKIKAT atau ilmu MAKRIFAT. Ilmu tasawuf ialah ilmu penyucian hati bagi mengenal diri dan mengenal Allah. 

Ilmu Tasawuf hendaklah diamalkan bagi menyucikan hati. Ilmu Tasawuf ini ialah ilmu khusus untuk beramal. Walau setinggi manapun ilmu tasawuf kita miliki tetapi jika kita TIDAK beramal maka, samalah kita dengan orang awam biasa. 

Ilmu Tasawuf ini termasuk dalam ilmu ghaib atau ilmu rahsia Allah kerana ilmu ini biasanya akan melalui peristiwa ghaib jika diamalkan. Ilmu Tasawuf inilah yang wajib diamalkan oleh setiap muslim kerana ilmu ini adalah ilmu turun temurun yang diamalkan oleh para rasul dan para ambiya’.

ILMU TANPA AMAL SEPERTI POKOK YANG TIDAK BERBUAH.

AMAL TANPA ILMU SEPERTI TANAH GERSANG YANG HASILNYA CACAT.

Allahu’alam… semoga dapat kita dalami lebih lanjut lagi ilmu-ilmu ini sebelum ajal datang menjemput.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s