SUCI DALAM DEBU

​Satu penghayatan dan renungan kita bersama…

*Engkau bagai air yang jernih*

🔹Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)

*Di dalam bekas yang berdebu*

🔹Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.

*Zahirnya kotoran itu terlihat*

🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

*Kesucian terlindung jua*

🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.

*Cinta bukan hanya di mata*

🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

*Cinta hadir di dalam jiwa*

🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

*Biarlah salah di mata mereka*

🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

*Biar perbezaan terlihat, antara kita*

🔹Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

*Kuharap engkau kan terima*

🔹Bermunajat agar di terima Ilahi

*Walau di pandang hina*

🔹Sebagai hamba yang hina 

*Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa*

🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

*Suatu hari nanti, pastikan bercahaya*

🔹Di alam akhirat

*Pintu akan terbuka, kita langkah bersama*

🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

*Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat*

🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

*Debu jadi permata, hina jadi mulia*

🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

*Bukan khayalan, yang aku berikan*

🔹Kitab Al Quran

*Tapi keyakinan yang nyata*

🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990. Setelah 26 tahun lagu ni tersiar, aku rasa elok kalau aku urai dan kongsikan isinya…

Akan tetapi bukan penyanyi lagu tu yg penting, tapi pencipta lirik lagu ‘Suci Dalam Debu’ tu. 

*S. Amin Shahab adalah pengikut aliran tasauf/Sufi.*

Cuba beri jawapan di tempat kosong di bawah ini.👇

1. Allah menciptakan tertawa dan …….

2. Allah itu mematikan dan ……..

3. Allah menciptakan lelaki dan ……..

4. Allah memberikan kekayaan dan ……

Kebanyakan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah iaitu :

1. Menangis

2. Menghidupkan

3. Perempuan

Tapi bagaimana pula dengan no.4?

Adakah jawapan kita “kemiskinan”???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian

firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ

“dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”

(Surah An-Najm : 43).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ

“dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan.”

(Surah An-Najm : 44).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ

“dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. ”

(Surah An-Najm : 45).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ

“dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan.” 

(Surah An-Najm : 48).
Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4 ramai terkeliru dgn apa yang Allah SWT janjikan.

Jawapan Allah Ta’ala dalam al-Qur’an bukan “kemiskinan”, tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta’ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yang “menciptakan” kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin.

Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti la mengatakan rezeki kita kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.

Pesanan IMAM GHAZALI

Imam Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung ”

Murid 2 = ” Matahari ”

Murid 3 = ” Bumi ”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? ”

Murid 1 = ” Baja ”

Murid 2 = ” Besi ”

Murid 3 = ” Gajah ”

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin ”

Murid 3 = ” Debu ”

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ”

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang ”

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ”

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s