EMAS FIZIKAL, EMAS KERTAS DAN EMAS ELEKTRONIK

Sebelum ni aku dah kongsikan beberapa artikel pasal hal di atas dalam blog ni. Kali ni aku masih nak kongsikan hal yang sama, tapi dengan cara yang berlainan sikit. Harap-harapnya kalau ada yang masih tak faham atau konpius dengan artikel-artikel terdahulu tu, dapat la faham artikel yang ini.

Tahukah anda lebih kurang 5,500 tan metrik emas didagangkan setiap sehari di London? 

Ya, setiap hari, sejumlah 5,500 tan metrik ( bernilai USD 212 Billion ) emas diniagakan di London, menjadikannya pasaran terbesar borong emas “over-the-counter” (OTC). Ini adalah pasar jual-beli emas terbesar di dunia.

Bila dibuat perbandingan, lebih banyak emas didagangkan di London setiap hari berbanding jumlah emas fizikal yg disimpan di Fort Knox ( iaitu 4,180 tan metrik). Fort Knox dikatakan sebagai salah satu lokasi simpanan emas fizikal terbesar dunia selain dari New York Federal Reserve. 

Jumlah rizab emas Amerika Syarikat yang diisytiharkan ialah 8,200 tan metrik.

Hadamkan dulu maklumat ni. Baca banyak-banyak kali pun takper.

Sekarang, mari kita perincikan…

Pasaran London ini dipanggil London Gold Market dan ia berfungsi sebagai penentu untuk harga ‘spot’ emas di seluruh dunia di samping lokasi kepada “London Bullion Market Association” (LBMA) dan juga harga lelongan emas harian. 

Jumlah dagangan emas harian London = 5,500 tan metrik
Jumlah hasil perlombongan emas harian dunia pula = 9 tan metrik

Pelik tak nilai di atas? 

Kalau masih tak faham, cuba baca berulang kali sampai faham. Sekarang nampak tak apa yang tak berapa kena kat sini? 

Jumlah dagangan emas harian di London adalah lebih kurang 600 kali lebih banyak berbanding dengan jumlah hasil lombongan emas dunia dalam sehari.

Soalan cepumas:

Bagaimana sejumlah 5,500 tan metrik emas sehari atau 2,007,500 tan metrik emas setahun boleh didagangkan di London sedangkan emas fizikal yg dilombong seluruh dunia hanyalah sekitar 9 tan sehari atau 3,285 tan setahun?

Emas yg didagangkan ternyata melebihi emas yg dilombong!
Rasa-rasa kita la… apa jawapannya? 
Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Jawapan:

Sebenarnya dagangan emas di London hanyalah bersandarkan atau berdasarkan kertas yang tak berguna atau nombor-nombor digital di komputer.  Kita lebih percayakan kertas-kertas serta nombor-nombor digital dan memberi lebih perasaan percaya kepada sesuatu yg bukan di atas tempatnya. Jual beli berlaku tapi emas fizikalnya tak pernah nampak di depan mata.

Secara logiknya… sistem ini PASTI AKAN RUNTUH secara perlahan atau ia boleh juga runtuh secara tiba-tiba.

Rasulullah SAW dah bagitau lebih 1400 tahun yg lalu… masalah ini pasti akan timbul di zaman kita. Masalah ini termasuk kategori riba atau omputih sebut sebagai usury.

KESIMPULAN

5,500 tan metrik emas DINIAGAKAN sehari di pasaran emas London. Hampir kesemua dagangan emas di London adalah menggunakan ‘paper money’, ‘Digital numbering’ atau  ‘passbook’ tanpa melihat depan mata emas fizikal wujud atau tidak. Sudah semestinya mereka tak peduli emas fizikal wujud atau tidak. Kita pun seluruh dunia ikut tak peduli dan melabur dalam perniagaan emas secara membuta-tuli.

95% emas yang DIDAGANGKAN di London tidak mempunyai ‘Legal Title’. Pendek kata, pemilik kepada akaun emas tersebut seakan-akan tidak wujud.

Manakala hanya 5% sahaja yg benar-benar mempunyai pemiliknya (itu pun hanya on-paper yakni atas kertas sahaja).

MAKLUMAT TAMBAHAN

Tahukah anda, terkecuali “ETF gold” (Exchange Traded Fund) tempat ala-ala orang niaga komoditi, bond sambil pandang monitor tu… emas fizikal yang disimpan di Bank of England, hanya 300 tan metrik emas fizikal yg benar-benar ada disimpan di peti besi/bilik kebal di seluruh London.

Dengan 5,500 tan metrik emas yg didagangkan sehari di London, yang mengarutnya hanya 300 tan metrik sahaja emas fizikal untuk menjadi sandaran kepada 5,500 tan metrik emas dagangan sehari!

Anda faham sekarang apa yang sedang berlaku? Faham tak apa yang telah dibentangkan dan diterangkan diatas? Kalau tak faham, cuba baca beberapa kali sampai faham.

Hari-hari kita biasa dengar orang cakap EKONOMI DUNIA SEMAKIN TENAT. Kalau dengan kefahaman tentang perkara di atas, aku percaya korang dah boleh nampak mengapa orang bercakap begini. Semakin lama semakin kerap diperkatakan tapi masih belum berlaku apa-apa lagi. Mengapa?

“Mereka” mencuba pelbagai cara untuk menipu. Dari awal bermula dengan penipuan currency (masa tu ‘mereka’ cakap setiap keping duit kertas yg dicetak disandarkan pada emas), kemudiannya tahun 1973  ‘mereka’ mansuhkan sandaran emas dan dari situlah bermulanya era mencetak wang kertas dan menerbit wang elektronik berleluasa.

Apa keperluan atau kepentingan utk faham artikel ini?

Penggunaaan dan penciptaan wang kertas atau wang atas skrin komputer tanpa sandaran apa-apa akan menjadikan ekonomi runtuh dengan teruk. Sekarang ni kita baru merasa runtuh sekali sekala (10 ke 12 tahun sekali). Akan sampai masanya nanti ia runtuh secara menyeluruh. 
Pada masa tersebut, duit digital mahupun kertas anda yg banyak-banyak tu akan menjadi nombor semata-mata tanpa ada nilai. 

Untuk kita elak dari menggunakan sistem sekarang memang agak mustahil kerana kita adalah sebahagian dari SISTEM yang ‘mereka’ telah rancangkan dan jalankan semenjak beratus-ratus tahun dahulu. 

Namun, kita mungkin boleh sediakan payung sebelum hujan.Bayangkan, apa yang berlaku apabila satu hari nanti semua orang berduyun-duyun datang ke kaunter London untuk menuntut 5,500 tan metrik emas dalam bentuk fizikal sedangkan sebenarnya hanya 300 tan metrik emas sahaja yang ada?

Bayangkan apa yang berlaku sekiranya seluruh rakyat Malaysia walk-in ke kaunter bank masing-masing pada hari ini (hari yang sama) dan menuntut wang masing-masing dikeluarkan. Apa yang berlaku?

Jika anda faham, anda pasti tahu apa yg akan terjadi.

Akhir sekali… soalan-soalan lain untuk kita fikirkan:

1. Kalau kita beli emas fizikal daripada peniaga emas, macam mana kita nak pastikan emas tu adalah tulen? Kalau kita tahu macam mana nak test pun, takkan setiap kali beli kita nak test.

Secara asasnya emas tulen ni memang tak boleh nak ditiru dan ditipu. Ketumpatan emas ni pula adalah 19.30g/cm3. Salah satu cara untuk menilai ketulenan emas adalah dengan menyukat ketumpatan emas tersebut. 

Ada 1 mesin yang digunapakai hampir kesemua ar-rahnu di Malaysia ini untuk menguji ketulenan emas iaitu densimeter. Densimeter ini akan mengukur nilai ketumpatan (density) sesuatu logam, dan sekiranya emas diuji, maka nilai yang akan dapat adalah 19.30g/cm3. 

Walaubagaimanapun, ada 1 logam yang seringkali digunapakai untuk membuat emas tiruan iaitu TUNGSTEN. Ketumpatan tungsten ini sangat hampir dengan ketumpatan emas iaitu 19.25g/cm3. 

Memang ramai orang sudah tertipu kerana membeli tungsten yang disadur dengan emas ini dan membayar harga emas tulen. Mungkinkah kita juga akan tertipu dan terbeli tungsten sadur emas ini?
Sekitar 3 tahun lepas, telah pun ada beberapa buah ar-rahnu juga yang terkena dengan kes penipuan sebegini. Bukan individu yer. Ini ar-rahnu yang mempunyai mesin canggih serta pekerja mahir pun boleh terkena. Dan nilai kerugian mencecah ratusan ribu ringgit. 

Agaknya, kalau kita yang terkena bagaimana?

2. Kalau kita dah dapat kumpul emas banyak-banyak, kita nak simpan kat mana? Bila ekonomi mula runtuh nanti, mampukah kita mempertahankan emas kita daripada dirompak oleh orang-orang yang terdesak?

3. Bank-bank ni semua siapa yang punya sebenarnya? Sedap-sedap sahaja bank-bank ni boleh terbitkan wang kertas dan wang elektronik. Emas kertas dan emas elektronik pun boleh diterbitkan. Siapa yang bagi mereka kuasa terbit menerbit ni? 

4. Kalau betul la beli dan simpan emas ni bagus, kenapa KWSP tak guna duit caruman kita untuk beli dan simpan emas? Kan senang?

Allahu’alam… semoga bermanfaat difikir-fikirkan.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s