SIAPA GERANGAN BARBAROSSA SEBENARNYA?

​Anda masih ingat lagi dengan watak Barbarossa dalam filem Pirates of The Carribean tajaan Hollywood?

Bendera hitam dengan gambar tengkorak menjadi simbol armada Barbarossa di layar perak tontonan umum.

Sebenarnya sekitar abad ke-15 Masihi, bangsa Eropah sangat takut dengan satu kuasa yang gah menguasai Lautan Mediterranean yang mendapat jolokan ‘The Barbarossa Brothers’.

Acap kali kapal dagang Eropah yang belayar membawa muatan berharga akan dirompak oleh dua-beradik ini diperairan tersebut.

Nama Barbarossa amat popular sehingga menggerunkan tentera Salib pimpinan Raja Sepanyol, Raja Ferdinand II.

Siapakah Barbarossa yang sangat ditakuti oleh Eropah itu?

Sebenarnya, gelaran itu bukanlah nama seseorang. Perkataan Barbarossa merupakan gabungan dua perkataan dalam bahasa Latin iaitu ‘barber’ (janggut) dan ‘rossa’ (merah).

Nama itu adalah jolokan yang diberi oleh pelayar Eropah terhadap Aruj dan Heyreddin @ Khairaddin,dua-beradik yang memiliki janggut kemerah-merahan.

JIHAD ARUJ DAN HEYREDDIN PASHA

Dua beradik ini dilahirkan di Turki, merupakan golongan pelaut yang sering belayar di perairan Yunani dan Turki.

Suatu ketika kapal mereka telah diserang oleh tentera Kristian sehingga mengorbankan adik bongsu mereka. Sejak itulah dua-beradik ini bertindak merompak kapal-kapal bangsa Eropah yang dikuasai oleh puak Kristian.

Penaklukan empayar Islam di wilayah Andalusia (Sepanyol) pada 1492 Masihi dalam Perang Salib pimpinan Raja Ferdinand II yang mengorbankan jutaan nyawa umat Islam telah membangkitkan semangat jihad dua-beradik ini.

Mereka berdua turun padang membantu menyelamatkan ribuan umat Islam dari Sepanyol hingga ke Afrika Utara dan membangunkan pertahanan laut yang kuat di Al-Jazair.

Tujuannya untuk menghalang gelombang serangan pasukan salib dari Afrika Utara menuju ke tanah barakah, Palestin, Angkatan laut mereka sukar dicabar dan digeruni pihak lawan.

Pada tahun 1518, hasil hasutan Sepanyol telah berjaya membuat pemerintah kota Tilmisan berperang dengan Aruj. Dia gugur dalam pertempuran itu.

Tinggallah Heyreddin seorang, memimpin angkatan laut ketika itu. Sepanyol menyangka benteng Barbarossa dua-beradik sudah lemah. Lalu dihantar 20 ribu tenteranya ke Al-Jazair.

Sangkaan Sepanyol silap. Heyreddin membuktikan pasukannya masih kuat walaupun Aruj sudah tiada. Dia berjaya mengusir angkatan tentera Sepanyol.

Atas kehebatan itu, pemerintah Islam ketika itu telah memberi darjat yang tinggi buat Heyreddin. Dia dilantik menjadi wakil khalifah wilayah Al-Jazair selain mengepalai beberapa pasukan ketenteraan.

Dibawah pimpinannya, ramai umat Islam di Andalusia berjaya diselamatkan daripada kekejaman tentera salib. 

Malah, pasukan tentera laut Heyreddin juga berjaya mengawal sepenuhnya pelayaran di sekitar laut tengah membuatkan pasukan tentera salib mati kutu. Beberapa kali serangan dilakukan namun tidak berjaya melumpuhkan pasukan tentera laut Heyreddin.

Pernah Itali dan Sepanyol bergabung memimpin 40 buah kapal dengan senjata yang jauh lebih hebat namun dengan kebijaksanaan Heyreddin yang hanya memimpin 20 buah kapal, beliau berjaya mengalahkan, bahkan mengusir bahtera serangan tentera musuh tersebut.

Keberanian dan kecerdikan Heyreddin telah menggerunkan lawan hinggakan pasukan tentera salib gusar dan melakukan pelbagai cara untuk mengelak dari bertembung dengan pasukan Barbarossa.

Semangat juang untuk berjihad Heyreddin dipandang tinggi. Justeru tidak hairanlah, setelah beliau meninggal dunia pada 1546, makamnya di Besiktas, Istanbul tetap dikunjungi ramai orang dan dikenang sebagai pahlawan Islam terbilang.

Namun, legasi Heyreddin sebagai pahlawan Islam terbilang bukanlah sesuatu yang menggembirakan pihak Barat. Mereka tidak mahu sosok digelar Barbarossa yang digeruni mereka suatu ketika dulu menjadi sebutan. Tambahan pula dia adalah seorang pahlawan Islam.

Jadi, Barat memulakan manipulasinya. Mereka menulis dan mewujudkan semula ‘watak’ baru ciptaan mereka yang melenyapkan gambaran sebenar Barabossa sama ada dalam komik, buku mahupun filem.

Watak Barbarossa digambarkan sebagai lanun jahat. Segala unsur negatif dipadankan dengan watak itu.

Contoh paling mudah untuk anda ingat, watak Barbarossa dalam filem Pirates of Carribean. Bendera hitam dengan gambar tengkorak menjadi simbol dan imej jahat Barbarossa.

Sedangkan hakikat yang sebenarnya jauh berbeza dengan identiti Barbarossa sebenar. Bendera kapal Heyreddin sebenarnya adalah berwarna hijau yang tertulis kalimah surah Ash-Shaff ayat 61:13 berupa doa Nashrun.

Manakala ditengahnya pula terdapat gambar dua pedang bersilang yang mengambil simbol pedang Zulfikar, milik Rasulullah SAW. Manakala empat bulatan di tepi pedang itu semua adalah kaligrafi nama empat khalifah Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Lihatlah, betapa susuk pahlawan terbilang ini dipropagandakan oleh Barat lalu dimunculkan sebagai watak beraura negatif.

Barbarossa bukan lanun jahat, bukan juga diiringi simbol tengkorak. Sebaliknya, beliau adalah pejuang umat Islam.

Pahlawan yang berjihad demi Islam ini amat digeruni oleh puak Kristian dahulu dan kerana kehebatannya itu, dibenci pihak musuh hingga ke hari ini.

Inilah salah satu contoh bagaimana fakta dan kebenaran cuba dilenyapkan serta kemudiannya ditulis semula oleh geng-geng jahat.

Allahu’alam..

Advertisements

One thought on “SIAPA GERANGAN BARBAROSSA SEBENARNYA?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s