MAKHLUK DARI ZAMAN GELAP ARAB JAHILIYAH

1. Makhluk Ghaib Arab Karkadann

10 Makhluk Mitologi Arab Jahiliyah


Makhluk Ghaib Karkadann biasanya memiliki tubuh sebesar kuda, bahkan kadang-kadang lebih besar lagi. Tubuhnya berwarna putih, kepalanya merah gelap dan matanya berwarna biru. Mereka mempunyai tanduk sepanjang 1 setengah kaki di kepalanya. Debu yang berasal dari tanduknya dikatakan boleh menyembuhkan segala jenis racun. Dasar dari tanduknya berwarna putih, bahagian atasnya pula tajam berwarna keunguan sedangkan di bahagian tengahnya berwarna hitam.

Konon katanya barangsiapa meminum air atau anggur dari tanduknya akan sembuh dari segala penyakit dan akan kebal dari segala jenis racun. Makhluk ini sangat kuat, tidak ada seekor haiwan pun yang sanggup menandingi kehebatannya.


2. Jin Ifrit


Ifrit adalah nama jin yang dikenal sebagai salah satu pimpinan dari para jin. Seperti layaknya dalam sosial manusia, jin juga mempunyai kehidupan sosial. Oleh sebab itu dalam dunia jin, ia juga mempunyai sistem sosial seperti halnya pada manusia. Ifrit dikatakan salah satu daripada pemimpin ulung dari bangsa Jin tersebut. 

Istilah Ifrit juga ada dijelaskan dalam Al Qur’an iaitu di dalam kisah Nabi Sulaiman memindahkan istana Ratu Balqis. Maka Jin Ifrit inilah yang paling awal menyatakan kesanggupan untuk memindahkannya.

Namun kesanggupan Jin tersebut masih dikalahkan dari kesanggupan ulama manusia yang sanggup memindahkan istana dalam hitungan detik sekelip mata. 

Ada juga yang berpendapat bahwa Ifrit adalah suatu klan/ras dari bangsa Jin, seperti halnya suku atau klan pada bangsa manusia. Mereka kesemuanya menjadi pemimpin dari suku atau klan yang lainnya.

Dan ada juga yang mengatakan bahawa Ifrit itu adalah sebutan untuk jin yang menjawat sebagai raja dalam komuniti jin. Menurut beberapa sumber, ciri-cirinya adalah bertubuh besar dan tinggi dengan mengenakan pakaian kebesaran seperti seorang raja. 

3. Jin Marid 

Marid adalah suatu jin yang sering dikaitkan dengan perairan terbuka laut kecil dan lautan besar. Marid disebut dalam mitologi jahiliyah Arab dan di sepanjang Asia dan juga dalam al-Quran, dalam Surah As-Saaffat: Marid dijelaskan sebagai jenis jin terkuat, dengan mempunyai kuasa hebat. Mereka juga adalah jin yang tersombong dan terangkuh.

Seperti halnya dengan jin jenis-jenis lain, Marid mempunyai kehendak bebas tetapi dapat dipaksa untuk melakukan kerja dari perintah manusia dengan cara-cara tertentu. 

Menurut legenda cerita rakyat, Marid juga mempunyai kemampuan untuk memberikan bermacam-macam keinginan manusia, tetapi itu biasanya memerlukan pertarungan dan ritual pemujaan pemanggilan dirinya.    

4. Ular Falak 


Falak adalah ular yang hidup di bawah Alam Api atau Fire Realm. Ular ini dikatakan begitu besar sehingga hanya kerana rasa takut terhadap kekuatan Allah saja yang telah mencegahnya daripada menelan semua makhluk ciptaan-Nya. 

5. Dandan, Makhluk Ghaib Ikan Besar 

Dandan atau Dendan adalah makhluk laut mitologi yang muncul di volume 9 dari The Book of 1001 Nights, atau Hikayat 1001 Malam. Muncul dalam kisah Abdullah si Nelayan dan Abdullah si Duyung, di mana nelayan ikan duyung jantan mengatakan bahawa Dandan adalah ikan terbesar di laut dan merupakan musuh utama bagi bangsa duyung. Dandan mampu menelan kapal dan seluruh awaknya dalam satu kali “ngap” sahaja. 

6. Manusia Raksasa Nasnas 

10 Makhluk Mitologi Arab Jahiliyah

Nasnas adalah suatu makhluk raksasa dalam mitologi Arab. Menurut dengan Edward Lane, penterjemah abad ke-19 The Arabian Nights, suatu nasnas adalah “separuh manusia; ada separuh kepala, separuh badan, satu lengan, satu kaki, dengan mana ia meloncat dengan banyak ketangkasan”. Ia dipercayai anak hasil perkongsian hidup seekor jembalang yang digelarkan Shikk fengan seorang manusia.

Dalam buku “The Story of the Sage and the Scholar”, suatu watak diceritakan telah ditukar menjadi nasnas. Ini selepas seorang ahli sihir menggunakan sumpahan The Temptation of Saint Anthony Gustave Flaubert pada salah satu matanya. 

7. Sandwalker 

Sandwalker umumnya dikenal sebagai makhluk yang sangat besar, paruh tajam dan ekor seperti kala jengking. Ia memiliki cakar besar yang digunakan untuk membawa pergi korbannya. 

Ia menguburkan diri dalam pasir pada siang hari untuk menghindari diri daripada dikesan dan keluar pada malam hari untuk makan. Jarang sekali memangsa atau memakan manusia,  dan biasanya berburu unta atau kuda. 

8. Werehyena, Manusia Separuh Binatang Hyena

Werehyena lebih ganas daripada Serigala Jadian atau Werewolf. Ia adalah makhluk mitologi yang mampu berubah bentuk menjadi hyena atau manusia. Mereka hadir dalam cerita-cerita dari beberapa budaya Arab, Afrika dan Eurasia. 

Seperti Serigala Jadian cerita rakyat Eropah, werehyena digambarkan sebagai shapeshifters, meskipun tidak seperti yang biasanya digambarkan sebagai manusia pada awalnya,

Beberapa pengetahuan mengenai werehyena bercerita tentang bagaimana mereka juga dapat menyamar sebagai manusia hyena. 

9. Ghoul Sang Penghuni Kuburan

Makhluk Mitologi Arab Kuno

Ghoul adalah makhluk mitologi dari cerita rakyat Arab kuno. Ia dikatakan tinggal di kuburan dan tempat-tempat tak berpenghuni. Kata bahasa Inggeris berasal dari nama Arab : ghul, yang secara harfiah bererti ‘syaitan’. Ghul adalah jenis jin jahat yang pernah diyakini menjadi bapak kepada segala iblis. 

10. Bahamut (Behemoth)


Dalam mitos Arab Jahiliyah, Bahamut (Behemoth) adalah ikan raksasa, digambarkan begitu besar sehingga manusia pun tidak akan tahan melihatnya. 

Salah satu tradisi Arab pernah menggambarkan bahamut sebagai ikan yang melayang di lautan. Di atasnya ada dataran yang disebut Kujata, dan pada dataran tersebut terdapat sebuah gunung yang digelar Gunung Ruby. Di gunung pula ada malaikat, dan di atas malaikat ada enam neraka; di atas neraka ada bumi, dan di atas bumi ada tujuh langit. Hehe… entah apa la maksudnya.

Dalam kisah lain pula, ia menempatkan dasar bumi di atas air, lalu air pada karang, karang pada dahi dataran, dan dataran di atas padang pasir, lalu padang pasir berada di atas Bahamut, dan Bahamut berada di dalam angin yang mencekik (menyesakkan), dan angin ada pada kabut, dan apa yang ada di bawah kabut tidak diketahui. Mungkin penulis hikayat yang ini pula terlalu banyak minum air ketum agaknya.

Allahu’alam…

Advertisements

One thought on “MAKHLUK DARI ZAMAN GELAP ARAB JAHILIYAH

  1. Karkadann tu macam unicorn, nasnas tu mengingatkan saya pada hantu kat jepun yang berupa payung… Adakah ular falak tu ular yang muncul dari perut bumi sebelum kiamat? Behemoth tu pula adakah ikan yang makan semua makanan yang dihidangkan Nabi Sulaiman ketika baginda nak memberi makan kepada seluruh makhluk bumi? Tapi saya selalu main game, behemoth monster ni selalu rupanya macam kerbau+serigala gitu… Makhuk mitologi ni memang menarik …

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s