ADA BUMI DI DALAM BUMI (TEORI HOLLOW EARTH)

Pernahkah anda mendengar istilah “Hollow Earth”Mungkin tidak ramai orang yang pernah mendengarnya. 

Hollow Earth adalah sebuah teori yang mengatakan bahawa sebenarnya ada dunia lain di dalam bumi yang kita duduki ini. Dengan kata lain, ada suatu alam kehidupan lain wujud betul-betul di bawah tempat kita hidup sekarang. 

Benarkah hal ini?

Beberapa pengkaji terdahulu tentang perkara ini percaya bahawa terdapat 2 kehidupan di bumi ini. Yang pertama adalah kita, makhluk hidup yang tinggal di kerak bumi, dan yang kedua adalah kehidupan di dalam bumi (hollow earth). 

Mereka percaya bahawa bumi kita ini sebenarnya berongga, mempunyai matahari (punca tenaga) sendiri, dan mempunyai kehidupan sendiri.

Mereka menyatakan bahawa jauh di dalam rongga tersebut terdapat suatu alam kehidupan lain. Malah ada pula yang mengatakan, di sinilah tempat di mana kehidupan makhluk asing berada. 

Kepercayaan mereka ini sebenarnya bukan tanpa alasan, tetapi ada beberapa maklumat yang menyebutkan bahawa hollow earth itu betul-betul ada. Berikut ialah beberapa maklumat yang kita boleh nilaikan.

.

Teori North Pole

Saya tidak mahu cuba menjelaskan hal yang terlalu sukar difahami seperti koordinat kutub utara, asal muasal nama kutub utara, ketebalan aisnya, letak pusat magnet kutub, dan sebagainya. Yang ingin saya kongsikan di sini adalah adanya sebuah teori yang mengatakan bahawa jalan yang menghubungkan dunia luar (kita) dengan dunia dalam (hollow earth) terdapat di kutub utara. 

Seperti pada gambar di atas, bagi mereka yang percaya hollow earth itu ada, jalan satu-satunya menuju dunia bawah tanah adalah dari kutub utara. Di dalam sana terdapat matahari sendiri, gravitasi sendiri yang berbanding terbalik dengan gravitasi kita, dan mempunyai daratan, lautan dan ekosistem tersendiri.

Salah seorang yang mempercayai keberadaan hollow earth adalah Laksamana Muda Richard E. Byrd (1929). Dia sangat beria-ia dengan teori north pole ini. Dia percaya akan adanya hollow earth… “I’d like to see that land beyond the (North) Pole. That area beyond the Pole is the Center of the Great Unknown”.


Untuk itu, dia telah mengadakan ekspedisi untuk menyelidiki keberadaan hollow earth tersebut. Dia melakukan penerbangan sejauh 1700 batu merentasi kutub utara. 

Ketika di tengah perjalanan dia mengirimkan pernyataan mengejutkan melalui komunikasi radio: “…ternyata tidak semua daerah kutub itu hanya ais dan salji. Saya mendapati ada daerah berhutan yang aneh. Tanaman-tanaman di sini seperti berasal dari zaman dahulu kala. Saya juga melihat beberapa haiwan-haiwan aneh yang tidak pernah saya temui”.


Menurut para peneliti, mungkin Richard E. Byrd bukan hanya terbang mengitari kutub, tetapi dia masuk ke dalam cekungan di balik gunung-gunung ais. Mungkin dia masuk ke dalam rongga di sebalik gunung, dan dia tidak sedar akan hal itu. 

Tapi apa mungkin ada celah yang cukup besar untuk sebuah pesawat terbang masuk? Kalau pun memang ada, seberapa dalamkah celah itu? Kenapa E. Byrd tidak menyedarinya? Atau… adakah dia berbohong? Begitu banyak pertanyaan yang sampai sekarang masih belum terjawab.

Beberapa legenda atau cerita dalam kitab suci kuno menguatkan teori ini.

Orang-orang Iran, Cina, Aztec dan juga Eddaic mempunyai legenda yang selari dan ada bersamaan maksudnya seperti cerita E. Byrd. 

Dikatakan bahawa adanya sebuah tempat tinggal yang diperuntukkan bagi dewa-dewa yang merupakan rumpun manusia pertama di planet bumi, dan mereka berkembang biak menjadi banyak. Lokasi tempat itu diberi nama “Pusat Bumi”. Entah yang dimaksudkan sebagai ‘pusat bumi’ itu ialah kutub utara atau mungkin juga jauh di perut bumi.

 .


.

Kutub utara itu sendiri menyimpan rahsia yang tidak banyak orang tahu. Orang biasanya mengira kutub utara itu ada seperti buku-buku sains yang mereka baca. Tapi jawapan yang tepat ialah kutub utara TIDAK ADA. Di belahan utara Bumi tidak ada kutub, yang ada hanyalah daratan ais beku yang sangat luas di mana air laut terus menerus tiada hentinya mengalir masuk ke bahagian planet ini. Dan suhu air laut itu sendiri mempunyai suhu yang cukup hangat (seharusnya ia dingin dan bukan hangat). Memang seperti yang dikatakan tadi, tidak masuk akal, dari manakah asal air hangat ini?


Dr. Fridtjof Nansen dan Kapten C.F. Hall

Satu lagi orang yang mengaku pernah masuk ke dalam hollow earth adalah seorang penjelajah terkenal bernama Dr. Fridtjof Nansen dari Norwegia. Dia mencuba untuk menjelajah kutub utara pada tahun 1895. Ketika dia berada di daerah sana, dia kehilangan arah tujuannya, sehingga tak tahu di mana dia saat itu. 

Pada tanggal 29 Mac hingga musim bunga tahun 1896 Nansen sama sekali telah hilang!

Semasa Nansen dikatakan hilang itu, dia menceritakan pengalamannya. Dia merasa hairan mendapati dirinya berada di daerah bercuaca panas di kutub utara, dan merasakan angin yang bertiup dari utara itu semakin lama semakin hangat, malah matahari sekali-kali terasa sangat panas.

Berdasarkan pengalaman ini, apa yang dapat disimpulkan ialah Kutub Utara mempunyai suhu dan iklim yang hangat. 

Dia kemudiannya cuba mengukur kedalaman air itu, yang ternyata sangat dalam dan airnya juga hangat. Dia tidak tahu dari mana asalnya air itu. Dia juga menemui tapak kaki rubah (sejenis binatang yang sepatutnya tidak tinggal di kutub) yang masih baru. 

Dia juga mengalami peristiwa ganjil yang lain. Di kutub utara sepatutnya tidak ada gunung berapi yang mengeluarkan debu. Dia dapati ada dan debu-debu itu membuat salji di sesetengah kawasan berwarna hitam. Apakah debu itu merupakan debu dari dunia di bawah kutub itu? 

Pengalaman yang sama pernah dirasakan juga oleh Kapten C.F. Hall. Dia merasakan juga hangatnya air dan udara kutub, serta melihat rubah, unggas, binatang buruan, anjing laut juga jenis-jenis unggas yang dilabel mustahil hidup di daerah kutub utara.

*****
*****

Agharta 

Menurut seorang pelaut Norwegia bernama Olaf Jansen di dalam buku biografinya “The Smoky God”… dia cuba menjelaskan bahawa Agartha adalah nama sebuah kota di dalam hollow earth. 

Willis Emerson seorang penulis yang juga menulis kisah perjalanan Jansen di dalam buku “Agartha – Secrets of the Subterranean Cities” menjelaskan bagaimana Jansen berlayar melalui pintu masuk ke perut bumi di Kutub Utara.

Selama dua tahun dia tinggal bersama penduduk koloni Agharta. Dunia ini diterangi oleh matahari yang berasap, dia menyebutnya “smoky sun”. “Shamballa” adalah pusat pemerintahan di Agharta. 

.

Cukup aneh memang bagi kita para orang awam, seperti cerita mengarut yang dibuat-buat. Terlalu banyak pertanyaan yang membuat kita pening. 

Selama dua tahun tinggal di Agharta, Jansen mengatakan dia berjaya mendapatkan banyak informasi yang mengejutkan. Menurut mereka, Agharta dulunya juga berada dipermukaan (kerak bumi), namun kerana perang besar dan dahsyat yang terjadi pada masa itu, ia telah menenggelamkan mereka ke dalam bumi. Mereka mengaku Agharta adalah sisa-sisa peradaban seperti Atlantis dan Lemuria.

Dahulu Atlantis dan Lemuria adalah dua kota terbesar dan termaju. Kemudian kedua bangsa ini dikatakan bertempur, berperang dahsyat. Perang Thermo Nuclear berdebam berdebum yang dilancarkan kedua bangsa ini menyebabkan kedua-duanya hancur dan jatuh ke dalam bumi. 

Dikatakan sisa-sisa pertempuran Atlantis dan Lemuria ini masih ada di permukaan, iaitu Gurun Sahara, Gurun Gobi, Bagian selatan Australia, dan Gurun di AS.

Selain itu Jansen juga mengatkan dia berhasil mengetahui terdapat beberapa titik yang dipercayai menghubungkan Agharta dengan permukaan. 

Beberapa titik tersebut adalah seperti berikut:

1. Gua Mommoth Kentucky, di selatan Kentucky, Amerika Syarikat. 

2. Gunung Shasta, California, Amerika Syarikat – kota Agharthean dijangka terhubung dari bawah gunung ini. 

3. Manaus, Brazil. 

4. Mato Grosso, Brazil – dipercayai kota Posid terletak di bawah dataran ini.

5. Iguacu Falls, perbatasan di antara Brazil dan Argentina. 

6. Gunung Epomeo, Italia. 

7. Pegunungan Himalaya, Tibet – pintu masuk dikatakan dijaga oleh para rahib Hindu misteri.

8. Mongolia – kota bawah tanah Shingwa dikatakan ada di bawah perbatasan Mongolia dan Cina. 

9. Rama, India – di bawah permukaan kota ini memang terdapat kota bawah tanah yang sudah lama hilang bernama Rama. 

10. Pyramid of Giza, Mesir. 

11. King Solomon’s Mines

12. Kutub Utara dan Selatan, dan 

13. Segitiga Bermuda.

Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut di titik-titik yang disebutkan di atas. Yang anehnya lagi, banyak kesaksian penduduk sekitar kawasan-kawasan ini yang sering melihat UFO. Apakah ada hubungannya? UFO dan Agharta?

.

Sebelumnya tokoh-tokoh ternama, seperti Plato, Galileo, Edmund Halley, dan lain-lain pernah membuat teori yang menyatakan adanya kemungkinan kehidupan dunia bawah tanah (hollow earth) beserta dengan perhitungan dan pendapat mereka masing-masing.

Sebenarnya masih banyak legenda-legenda masyarakat yang berkaitan bahkan menyebutkan adanya kehidupan di dunia bawah (hollow earth), seperti Nagas – legenda dari India yang mengatakan daripada kerak bumi, hadir makhluk berkepala banyak yang berkongsi ilmu dan teknologi dengan mereka.

*****
*****

Kesimpulan

Bagi saya, adalah sangat sulit untuk kebanyakan orang menerima pernyataan bahawa ada kehidupan lain di dalam bumi. Ada beberapa faktor yang meragukan: 

1. Sampai sekarang belum ada penelitian dan keterangan lebih lanjut dari orang yang bersangkutan (yang mengaku pernah masuk ke hollow earth)

2. Seperti kita semua diberitahu oleh ahli-ahli sains arus perdana, di dalam bumi terdapat banyak lapisan batuan dan magma yang berpusat pada inti bumi (intinya bumi itu padat, bukan berongga).

3. Kalau memang orang-orang tersebut pernah ke hollow earth (bahkan sampai ada yang pernah tinggal selama 2 tahun di situ), seharusnya mereka boleh kembali lagi ke dalam hollow earth. Kenapa tidak pernah dilakukan lagi.

Namun, suatu yang jelas ialah… memang Dunia ini menyimpan begitu banyak misteri-misteri yang sukar difahami.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s