PULAU IBIZA: SALAH SEBUAH SYURGA DUNIA TAJAAN DAJJAL

Di laut lepas pantai timur Sepanyol, terletak pulau Mediteranian Ibiza yang begitu menjadi idaman dengan matahari, pasir, dan kelab hiburan pesta seks, dadah dan alkohol ala Barat. Penggemarnya menyebut tempat ini sebagai “Mekkah Nafsu” dan ia amat sesuai untuk kaum hedonis materialis yang terus mencari hidup nikmat lazat dalam lingkaran syahwat semata-mata.

Ibiza tidak pernah tidur. Orang hanya terlelap sebentar ketika Subuh, hinggalah bila mana matahari telah naik di atas kepala. Selebihnya, dipenuhi dengan aktiviti bergembira, berlibur dan bergedik diiringi dentuman muzik dari satu kelab ke kelab yang lain tanpa henti. 

.

Ya… Ibiza memang tidak pernah tidur dan selalu sahaja berpesta, termasuk minum, menari dan seks (ya, juga sambil mengambil ubat, dadah dan alkohol sebagai perangsang nafsu supaya lebih nikmat lagi). 

Akan tetapi, di siang hari… ia adalah pulau yang tenang seolah tanpa dosa dan begitu santai dengan bangsawan-bangsawan yang lelah menyerap matahari di pantai sambil berpakaian seksi seadanya atau telanjang tanpa sehelai benang pun.

Untuk setiap tetamu, Ibiza menawarkan hidup mewah yang terbaik dengan restoran yang unggul, perahu mewah, dan villa yang mungkin paling mewah di dunia dipenuhi penghibur-penghibur yang seksi, cantik serta tampan. Apa yang diinginkan… semuanya ada di sini.

Ibiza sudah menjadi taman bermain selama berabad-abad lamanya dan terus menarik kerumunan besar setiap tahunnya. Sebuah kelab di Ibiza biasanya penuh sesak dengan 3,000 orang pada satu lantai saja. Maka dengan ratusan kelab yang ada, ratusan ribu atau mungkin juga jutaan manusia boleh melayan nafsu mereka secara serentak.

Kalau anda tidak tahu nak buat apa dengan duit anda yang banyak itu dan ingin merasai nikmat syurga duniawi… datanglah ke sini. Dajjal dan dayang-dayangnya sentiasa menanti 😀

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s