ORANG-ORANG BERKUASA AKHIR ZAMAN IALAH LUKA’ (لكع) BIN LUKA’?

SIAPAKAH LUKA’ (لكع) BIN LUKA’?

Luka’ bin Luka’ adalah satu watak yang disebut dalam hadith Nabi saw :

لا تقوم الساعة حتى يكون أسعد الناس الدنيا لكع بن لكع

“Tidak akan berlaku kiamat sehingga (berlaku) manusia yang paling bahagia (kerana diberikan tempat dan dimuliakan) adalah Luka’ bin Luka’”.

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At Tirmizi dan dinilai hasan oleh Al Baihaqi.

Siapakah sebenarnya Luka’ yang disebut dalam hadith ini?

Para Ulama yang mensyarahkan hadith menyebut bahawa Luka’ bin Luka’ itu ialah :

1. Pada asalnya digunakan untuk hamba dan juga untuk lambang “kedunguan dan kehinaan”.

2. Luka’ ialah “orang biasa” yang tak punya malakah ilmiah yang mengurus urusan manusia atas title ahli ilmu.

3. Luka’ adalah اصاغر ‘orang kecil’ dalam bidang ilmu tetapi cuba menonjolkan diri sebagai ulama.

4. Luka’ juga dirujuk kepada الرويبضة (ar Ruwaibidhoh) yang ditakrifkan oleh Nabi sebagai ‘orang biasa yang tak punya ilmu yang cukup tetapi bercakap (dan menguruskan) urusan awam (yang memerlukan kelayakan Ilmu).
(Rujukan asas : syarh sunnah شرح السنة karya Al Baghawi).

Mempertikaikan Luka’ (ulaRmak dan orang penting/penguasa) bukan bererti mempertikaikan Ulama dan Pemimpin.

Setiap orang ada medannya sebagai ‘pendakwah’ kerana dakwah adalah tugas ummah, tersilap memposisikan diri menyebabkan kita terjerumus sebagai لكع بن لكع

Lihatlah di sekeliling kita. Adakah kita sedang ditadbir oleh golongan ini? 

Hmmm… ntah ler.

Ok la… tak boleh cerita banyak-banyak. Nanti ada orang yang terasa pulak.

Semoga bermanfaat difikir-fikirkan.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s