AL HIND… TEMPAT NABI ADAM DITURUNKAN

Dari Ali ra. telah berkata: “Bumi yang paling wangi adalah tanah AL HIND, di sanalah Nabi Adam as. Diturunkan dan pohonnya tercipta dari wangi surga”. (Kanzul Ummal).


Dari Ali ra. berkata bahawa dua lembah yang paling baik terdapat di kalangan manusia adalah lembah yang ada di MEKKAH dan lembah yang ada di AL HIND, di mana Nabi Adam as. diturunkan. Di dalam lembah itu ada satu bau yang wangi, yang darinya boleh membuat kamu jadi wangi.


Temuan pengkaji-pengkaji barat… tapak kaki yang didapati di Sri Lanka dikaitkan dengan tapak kaki Adam. Mereka juga mengaitkannya dengan tempat Nabi Adam diturunkan. Benarkah begini?


Seperti halnya… kita tahu tinggi Nabi Adam itu 60 hasta (betul ke 60 hasta? Entah ler, cuba google sendiri). Jadi, anak-anaknya juga mempunyai saiz ketinggian yang lebih kurang sama seperti halnya saiz ketinggian Adam. Akan tetapi, tidak boleh juga senang-senang sahaja dikaitkan Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka atau India hanya kerana bukti tapak kaki yang dijumpai tersebut.


Di dalam Hadis disebutkan adalah Al- Hind. Ia tidak bererti India, bahkan beberapa faktor turut mengaitkan Adam diturunkan di Sri Lanka kurang tepat. 


Apakah Al Hind yang dimaksudkan oleh beberapa Hadis dibawah sebenarnya?

.

Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa Nabi saw. telah menjanjikan kepada kami tentang perang yang akan terjadi di AL HIND. Jika saya menemui peperangan itu maka saya akan korbankan diri dan harta saya. Apabila saya terbunuh, maka saya akan menjadi salah satu syuhada yang paling baik dan jika saya kembali (dengan selamat) maka saya (Abu Hurairah ra.) adalah orang yang terbebas (dari neraka). (H.R. An Nasai)


Fakta-Nusantara yg meliputi Malaysia dan Indonesia pernah dijajah dengan jalan peperangan bukan? 


Dari Ibnu Abbas ra. telah meriwayatkan Ali Bin Abi Thalib ra. telah berkata: “Di bumi tanah yang paling wangi adalah tanah AL HIND (kerana) Nabi Adam as. telah diturunkan di AL HIND, maka pohon-pohon di AL HIND telah melekat wangi-wangian dari surga.” (H.R.Hakim) 



Bukti: Pohon Gaharu yang terdapat di Nusantara.


Cuba anda kaji dimanakah terdapatnya wangian ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah di Gugusan Nusantara

.

Jadi sebelumnya, Tanah di Nusantara yang meliputi serta bertembung dengan India ini adalah bersatu? Jadi hal Nabi Adam menunaikan Haji dari tempatnya di Nusantara dan hanya berjalan kaki ke Mekah adalah logik jika keadaan pada waktu itu adalah merupakan satu tanah daratan bukan?

.

.

Peta dunia yang kita lihat hari ini adalah selepasnya beberapa peristiwa banjir besar Nuh, peristiwa beberapa kaum yang dibinasakan. Ada yang ditenggelami, ada yang ditimbun dengan tanah dan sebagainya.


Tanah daratan pada waktu ini adalah daratan yang berada di kedudukan yang tinggi. Jadi, tanah yang rendah akan ditenggelami oleh air ketika banjir bahkan Banjir yang berlaku sewaktu kebinasaan Kaum Nuh itu amat dahsyat ketinggian paras airnya. 

.

Bukankah tanah daratan yang rendah akan tenggelam? Jadi ianya adalah tepat dengan keadaan geografi bumi yang dilihat pada India yang bersambung dengan Asia Tenggara meliputi Nusantara ketika  Jutaan tahun yang lampau.

.

Dan difirmankan: “Hai bumi telanlah airmu, dan Hai langit (hujan) berhentilah,” dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: “Binasalah orang-orang yang zalim”.

.

.

Fenomena Gagak juga antara salah satu faktor yang perlu diambil kira. Mengapa? 


Ketika Qabil membunuh Habil, Qabil tidak tahu hendak berbuat apa. Qabil hanya mengangkat dan membawa mayat adiknya Habil ke tempat teduh. Namun ia mendapat ilham dari dua ekor burung gagak yang berkelahi, salah seekornya mati, lalu dikambuslah yang mati itu dengan tanah. Dari situ mulalah Habil mendapat tahu untuk menanam mayat adiknya Habil.


Bukankah Burung Gagak juga terdapat di Nusantara?


Maka, di manakah kedudukan AL HIND itu sebenarnya?


Sekian. Semoga bermanfaat difikir-fikirkan.


Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s