MAT KILAU MUNCUL SEMULA SETELAH LAMA MENGHILANG

Terharu sungguh bila mengenangkan semangat dan perjuangan orang-orang hebat Melayu dahulu yang berjuang habis-habisan mempertahankan maruah bangsa dan agama dari dipijak penjajah. 

Nama nama hebat pejuang-pejuang dulu macam Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Bahaman di Pahang, Penghulu Dol Said di Naning, Tok Janggut di Kelantan serta Datuk Maharajalela di Perak semamangnya banyak kali di sebut dalam subjek sejarah masa aku kat sekolah menengah dulu. 


 

Mat Kilau… beliau ni bukan calang-calang keturunannya kerana ayahandanya sendiri adalah salah seorang pejuang menentang penjajah ketika itu iatu Imam Rasu bin Shahrum, berpangkat Orang Kaya Raja iaitu setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang iaitu Tok Gajah sendiri. 

Dan Perjuangan Mat Kilau ni sebenarnya bukan saja setakat berjuang menentang British di negeri kelahiran beliau saja tapi melewati Terengganu dan Kelantan. Di ceritakan kehebatan Mat Kilau ketika bertempur dengan penjajah British dahulu… bahawa hanya dengan sekali libasannya sahaja… boleh mengorbankan 9 nyawa di hujung parangnya itu.  

Alkisah, kemunculan semula legenda itu pada 26 Disember 1969 menggemparkan tanah air setelah di kabarkan meninggal dunia ketika menentang penjajah dahulu. Pada tarikh tersebut setelah 74 tahun di percayai telah terkorban pada tahun 1895, bersama kuburnya yang terletak di Kelantan, Mat Kilau sekali lagi muncul dan kembali ke kampung halamannya di Kampung Masjid Pulau Tawar. 

Cerita kepulangan Mat Kilau di kabarkan telah tersebar dari mulut ke mulut dan pada hari bersejarah tersebut diceritakan hampir 15 ribu orang telah menunggu kedatangan beliau di perkarangan masjid. Semua yang hadir pada masa tu sememangnya menunggu-nunggu pengakuan lelaki tua misteri yang hanya dikenali dengan nama samaran Mat Siam dan bekerja di feri di Gambang, Pahang . 

Sekembalinya beliau ke kampungnya, Mat Kilau bersolat Jumaat bersama jemaah yang lain dan selesai solat, beliau membaca Al Quran dan selepas itu beliau akhirnya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau pahlawan terbilang Melayu yang melawan British suatu masa dahulu. 

Orang ramai yang menunggu semenjak pagi pada hari tersebut menyambut berita itu dengan gembira dan linangan air mata kerana kembalinya hero bangsa ke kampung halaman mereka. Diceritakan ramai yang mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mencium tangan insan yang besar jasanya itu. 


Pahlawan Mat Kilau di bawa ke Masjid untuk pengakuan terbuka dirinya sebenar. 
.

Dan pengistiharan ini memanglah meggemparkan seluruh Negara sehingga Kerajaan Pahang telah menubuhkan Jawatan Kuasa pada 8 Januari 1970 untuk menyiasat kesahihan kebenaran cerita tersebut. 

Alhamdulillah… 8 bulan selepas membuat kajian rapi lelaki misteri yang hanya dikenali sebagai Mat Siam itu akhirnya disahkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. 

Namun Allah lebih menyayangi insan yang berjasa besar ini, hanya 4 hari selepas pengisytiharan oleh menteri Besar tersebut, beliau akhirnya dijemput kembali menemui Yang Maha Pencipta di usia 123 tahun. 

Menariknya, anak angkat Mat Kilau iaitu Abu Bakar Awang yang akhirnya menjadi menantunya juga tidak tahu bahawa lelaki yang selalu bersamanya dahulu itu adalah merupakan pahlawan besar Negara Mat Kilau kerana beliau selalu berdalih-dalih bila ditanya mengenai asal usulnya. 

Namun cerita-cerita megenai perjuangan pahlawan terbilang dahulu seperti kisah Mat Kilau serta sekutunya Tok Bahaman sering diceritakannya dengan kemas dan jelas. 

Malah sebagai insan yang rapat di tahun-tahun akhir hayat Mat Kilau, Abu Bakar Awang telah diwariskan seni silat Tapak Setia Suci yang terkenal sebagai silat bertempur, daripada Mat Kilau sendiri. 

Cerita beliau lagi, Mat Kilau ialah di antara orang yang paling gembira menunggu pengisytiharan kemerdekaan. Beliau masih ingat, ketika itu, walaupun umurnya sudah melewati 100 tahun namun semangat dan keghairahan Mat Kilau sememangnya luar biasa untuk bersama-sama menyertai sambutan upacara bersejarah tersebut. 

Maka pagi-pagi 31 Ogos 1957 itu, selepas solat subuh mereka berdua terus ke Bandar Kuantan untuk sama-sama menyertai upacara sambutan kemerdekaan peringkat negeri. 

Menurut Abu Bakar lagi, di dalam ribuan orang ramai di upacara bersejarah tersebut bapa angkatnya itu ada berkata dengan penuh makna “Tengok, siapa sangka aku juga sempat melihat (negara) merdeka”. Tanpa di sangka bahawa beliau sedang memberi bayangan yang beliau adalah pejuang besar negara Mat Kilau yang bermati-matian menentang British pada tahun 1880-an dan 1890-an dulu. 

Namun ironinya, tiada seorang pun tahu pada hari berkenaan di kalangan puluhan ribuan manusia yang berkumpul di Padang Masjid Negeri Kuantan, ada terselit seorang tua yang berusia lebih 100 tahun yang berpeluang melaungkan ungkapan “Merdeka!” hasil pengorbanan beliau sendiri serta rakan-rakan yang sama-sama mempertaruhkan hidup untuk mempertahankan agama dan tanah air suatu masa dahulu. 

Dialah Mat Kilau, anak pejuang Imam Perang Rasu bin Shahrum iaitu Tok Gajah. Yang mana telah dipilih Allah untuk mewakili rakan-rakan seperjuangan dan sezamannya yang telah tiada seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Maharaja Lela dan Dol Said untuk menyaksikan hari bersejarah Tanah Melayu merdeka dan bebas dari penjajah. 

 
Mat Kilau di akhir usianya. 
 .

Beliau tidak meninggalkan apa-apa harta pusaka kecuali semangat perjuangan dan keberanian beliau untuk diwarisi generasi akan datang agar kita tidak kembali dijajah.

Betulkah kita sudah merdeka? Berbaloikah pengorbanan pejuang-pejuang seperti Mat Kilau ini? Masing-masing tentu ada jawapan peribadi sendiri.

Allahu’alam… 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s