SISTEM KHILAFAH DAN ALAM MELAYU NUSANTARA

Di zaman ini, semakin sedikit catatan dan maklumat yang boleh kita temui tentang hal ini. Entah mengapa la agaknya… mungkin dipadam dan mungkin disorok.

Berikut adalah cebisan-cebisan yang masih dapat ditemui, dikutip dan dihimpun.

———————————————————————

Syeikh Daud Hamdan (seorang Ulama’ Timur Tengah) berkata:

“Generasi kini belum pernah saksikan Khilafah yang menerapkan sistem Islam. Khilafah bukanlah khayalan. Buktinya… Khilafah pernah wujud dan telah bertahan selama lebih daripada 13 abad. Khilafah pasti wujud semula di masa akan datang. Menegakkan Khilafah adalah wajib”. 

Sejauh manakah kebenaran kata-kata beliau?





Karl Vick, Wartawan Akhbar Washington Post
Sabtu, Januari 14, 2006 membuat kesimpulan:



“Khilafah amat dihormati oleh begitu ramai sekali Muslim. Menurut temuramah dan kajian yang saya lakukan di Turki, Muslim melihat Khalifah sebagai ketua umat Islam yang sentiasa diharapkan. Harapan munculnya semula Khilafah tidak akan hilang kerana Muslim ingat kekuatan mereka di zaman silam. Mereka tahu kelemahan mereka hari ini, dan berharap mereka akan jadi kuat di masa hadapan”. 

Mengapa agaknya Karl membuat kesimpulan begini?

Sebahagian Hasil Temuramah dan Kajian Karl Vick

Karl Vick cuba memahami sentimen dan pegangan rakyat marhaen masakini tentang Sistem Khilafah. Berikut adalah di antara maklumbalas yang dapat dikutip oleh beliau.

Kerem Acar, tukang jahit di Istanbul berkata… “Saya mungkin tidak lagi hidup untuk saksikan Khilafah muncul semula, dan mungkin anak saya pun tidak dapat saksikannya. Akan tetapi cucu saya mungkin akan dapat saksikan seseorang isytihar dirinya Khalifah, dan ini akan datangkan kesan besar ke atas dunia”.

Ertugul Orel, pemilik kedai pakaian di luar Masjid Hagia Sofia, Istanbul, ”Saya harap Khilafah akan muncul sekali lagi kerana jika ada Khilafah semua Muslim di seluruh dunia akan bersatu”.

Atacan Cinar, pemilik kedai cenderamata, ”Semasa zaman Khilafah Uthmaniyah, tidak ada masalah dalam negara Islam“.

Ali Bulac, wartawan dan penulis buku,
“Konsep Khilafah masih lagi bergema dalam ingatan masyarakat”.

Ahmet Arslankaya, Turki, ”Sesuatu ideologi mesti kekalkan keutuhannya. Matlamat strategik terakhir kita adalah untuk sebarkan pemikiran Islam ke seluruh dunia dan bawa bendera Islam ke Rumah Putih di Amerika Syarikat”. 

Benarkah rakyat Turki hari ini masih mengingati dan merindui sistem Khilafah?

Bagaimana pula dengan kita di Alam Melayu Nusantara ini?

.

Hubungan Khilafah dan Alam Melayu

Terdapat persamaan di antara Bendera Khilafah dan Bendera Alam Melayu seperti berikut.

Bendera Kerajaan Turki Uthmaniyyah…


dijadikan ilham untuk bendera di Alam Melayu? 

Sebagai contoh:

Bendera Johor

.

Bendera Selangor…

.

Bendera Acheh


.

Catatan dari era Khilafah Umayyah

Dikatakan Muawiyah pernah berniat menyerang Jawa pada 674M tetapi tidak jadi.
Beliau sebaliknya menghantar utusan untuk menyiasat sahaja.

Raja Srivijaya kemudiannya mengirim 2 pucuk surat kepada Muawiyah dan Umar Abdul Aziz, bagi menyatakan perakuan mandat Khilafah.

Muawiyah membalas surat Raja Srivijaya, Lokitavarman dan mengajak beliau memeluk Islam.

Seterusnya, Khalifah Sulaiman (715-717M) mengirim 35 kapal perang ke Sumatera. Hasil dakwah Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M) Raja Srindravarman, pengganti Lokitavarman, pada 718M memeluk Islam.

.
Kerajaan Hindu Melayu Lenyap dengan bantuan Khilafah

Kerajaan Majapahit Hindu terakhir di Jawa merosot antara tahun 1513 dan 1528 akibat tentangan beberapa buah wilayah Islam.

Kejatuhan empayar Hindu Majapahit tidak akan tercapai tanpa peranan Khilafah Uthmaniyah yang menyekat penjajah Portugis sambil mengirimkan bantuan seperti pendakwah, askar, dan senjata ke Alam Melayu Nusantara.

.

Kesultanan Melaka

Dari perkataan Arab ‘Mulaqat’ = tempat pertemuan / pusat perdagangan
1471, Sultan Mahmud ke-2 (era Khilafah Uthmaniyah) mengikat perjanjian dengan Sultan Mansur Shah.

Khilafah membantu Melaka dengan membekalkan kelengkapan senjata dan askar.

Melaka kemudiannya menjadi Pusat Dakwah,
para ulamak dihormati di Melaka dan Sultan Melaka aktif menyebarkan Islam.
.

Portugis Takut dengan Tersebarnya Pengaruh Khilafah

1511 – Portugis menjajah Melaka.

1519 – Portugis di Melaka cemas dengar ura-ura tentang kiriman armada Khilafah Uhtmaniyah bagi membebaskan Muslim di Melaka.

Portugis menghancurkan kapal Turki di pantai Yemen yang dikatakan akan dihantar ke Melaka.

.

Khilafah Bantu Acheh Lawan Portugis

Acheh mula menggantikan Melaka sebagai kuasa Islam terkuat di Alam Melayu selepas Melaka dijajah Portugis 1511.

Nenek moyang para sultan Acheh adalah orang Arab yang dikirim oleh Khilafah Uthmaniyah untuk menyebar Islam di Acheh.

1530an Sultan Al-Qahhar (Acheh) dapat memperbaharui hubungan dan mendapat lebih banyak bantuan Khilafah Uthmaniyah.

160 orang Turki, 500 orang askar Habsyah, askar Gujarat (India/Pakistan) yang jumlahnya tak terhitung, dan 200 askar Malabar (India) tiba di Acheh untuk memperkuatkan kerajaan Muslim.

1564 Khilafah memberi Acheh 500 meriam. Teknologi meriam Khilafah adalah di antara yang tercanggih di dunia pada waktu itu.

.

Lebih 300 tahun Acheh terselamat daripada ancaman luar

Hubungan akrab di antara Acheh dan Khilafah Uhmaniyah telah berjaya mempertahankan kemerdekaan Acheh selama lebih 300 tahun.

Bila Acheh tidak lagi mendapat mendapat bantuan Khilafah, Belanda telah mengambil kesempatan dan mengalahkan Acheh pada awal abad 20. Khilafah tidak lagi dapat menaung Acheh kerana telah dijatuhkan oleh pakatan Inggeris dan Eropah.

.

Belanda mengugut Acheh untuk Putuskan terus Hubungan Dengan Khilafah

Akhbar The New York Times, 5 Julai 1873 melaporkan Belanda telah meminta Acheh untuk memutuskan semua hubungan Acheh dengan Khilafah Uthmaniyah serta menukar Bendera Acheh –Bintang Bulan– seperti Turki dengan Bendera Belanda.

(Bendera Indonesia sekarang adalah bendera Belanda yang telah diubahsuai)




Bendera Indonesia…

.

Hubungan Erat Johor dengan Khilafah

Johor dari perkataan Arab ‘Jauhar’ bermakna permata.

1879 – Lawatan pertama Sultan Abu Bakar ke Istanbul.

1893 – Sultan Abu Bakar melawat Istanbul kali ke-2.

Sultan Abdul Hamid kurniakan 2 wanita Turki, Khadijah Hanim untuk menikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayah Hanim untuk menikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar).

Ruqayah Hanim ibu kepada Dato’ Onn Jaafar.

1894, kapal perang Khilafah ‘Attughrul” datang ke Johor. Pegawainya dirai oleh Sultan Abu Bakar.


Raja Ali Kelana (Mufti Johor) Menghubungkan Alam Melayu dengan Khilafah

Raja Ali Kelana telah ke Turki pada 1883, 1895, 1899 dan 1913 untuk meminta bantuan Khalifah perangi Belanda dan bebaskan dunia Melayu dari penjajah. Belanda cepat bertindak balas dengan menjatuhkan takhtanya kerana sikapnya yang anti-Belanda.

Raja Ali kemudian bekerjasama dengan Syeikh Ahmad al-Fathani untuk satukan Melayu dengan Khilafah.

Misi Raja Ali itu gagal (Khilafah `Uthmaniyyah ketika itu lemah dan akhirnya dijatuhkan selepas itu).

Raja Ali lari ke Johor dan dilantik oleh Sultan Johor sebagai Syeikhul Islam sehingga beliau mati pada 1927.

Raja Ali adalah ulamak Riau dan Johor adalah waris kesultanan Riau-Lingga.

.

Rakyat Negeri Sembilan Sokong Khilafah

1892 – Di Negeri Sembilan, Syed Hamid (Tunku Besar Tampin) dan Penghulu Inas, meminta panglima tentera laut Khilafah yang melawat Singapura untuk membantu umat Islam di Tanah Melayu ‘ketepikan Britain’.

Majlis Negeri atas desakan Britain telah dapat menyingkirkan Penghulu Inas.

Britain serba salah untuk menghukum Syed Hamid.

Syed Hamid tokoh yang amat penting dan Britain tidak berani ambil tindakan drastik ke atasnya. (dicatat oleh J. M. Gullick)

.

Bendera Khilafah berkibar di Sungai Ujong

Pembesar-pembesar Sungai Ujong, Datuk Kelana dan Datuk Bandar pernah bergaduh.

Datuk Kelana melawat Gabenor Singapura dan pada 21 April 1874, menandatangani persetiaan menerima perlidungan British dan meletakkan Simpang dan kawasan-kawasan dari Simpang ke Permatang Pasir di bawah kuasa British.

Datuk Kelana mula mengibar bendera British.

Sekumpulan orang yang mengibar bendera Khilafah telah kelihatan untuk menentang bendera British yang dikibarkan oleh Dato Kelana. Ini mencerminkan gerakan Pan-Islam yang ditaja oleh Khilafah (h. 189, Sejarah Malaysia, Barbara Watson Andaya)

10 Oktober 1874, Datuk Bandar melancarkan penentangan terhadap Datuk Kelana tetapi Datuk Kelana menang dengan bantuan British.

Akibatnya Sungai Ujong dijajah British.

.

Pahang

Julai 1892 – Dato’ Menteri Pahang telah melakukan perbincangan di Singapura dengan Sir Cecil Clementi Smith, Pesuruhjaya Tinggi Britain.

Cecil mendakwa punca kekacauan di Pahang adalah kerana seorang Sayid Arab menjelajah negeri-negeri selatan sambil meminta pemimpin-pemimpinnya tandatangani dokumen memohon bantuan Khalifah di Turki usir Britain keluar dari Tanah Melayu.
(h. 71, William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, Oxford University Press, 1994)

.

Khilafah Hargai Ulamak Melayu

Syeikh Daud Abdullah al-Fatani lahir di Gerisik, Pattani, pada 1133H (1721).

Kerana ilmunya yang mendalam, beliau telah melayakkan diri mengajar di Masjidil Haram.

Khilafah Uthmaniah melantik beliau menjadi Sheikh Haji dan merupakan orang Melayu pertama memegang jawatan tersebut.

1884 – Di bawah penyeliaan Khilafah Uthmaniyah, sesi percetakan bahasa Melayu pertama telah ditubuhkan di Makkah dan diletakkan di bawah tanggungjawab Syeikh Wan Ahmad bin Mohamad Zain al-Fatani.

.

1890an – 1908
Usaha Khilafah Untuk Selamatkan Kelantan, Terengganu, Patani dan Kemboja


Usaha dibuat pada 1890an setelah Syeikh Wan Ahmad Fathani pergi ke Istanbul untuk suarakan keinginan Muslim bersatu dengan Khilafah.

Syeikh Wan Ahmad telah menemui dan berbincang dengan para pemimpin Khilafah di Istanbul menyebabkan Khilafah telah menghantar 2 orang perutusan rasmi.

Seorang daripadanya pergi ke Patani dan singgah di Bangkok merundingkan perkara ini dengan pegawai-pegawai Siam sementara seorang lagi pergi ke Kelantan dan singgah di Singapura merundingkan perkara yang sama dengan Inggris. 

Rancangan ini tidak berjaya kerana Barat terutama Inggeris begitu kuat mempengaruhi politik orang Melayu (h. 117, Mohd. Zamberi A. Malek, Patani Dalam Tamadun Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994). 

Cubaan itu tidak berhasil. Syeikh Wan Ahmad akhirnya meninggal dunia sebelum berjaya pada 1908.

.

Syeikh Wan Ahmad, Hero Melayu Pattani, Selatan Thailand

Syeikh Wan Ahmad (1866-1908M) seorang ulamak Pattani.

Beliau seorang pembesar di Mekah dan orang kepercayaan Khilafah.

Dia bertungkus lumus dengan rakannya untuk sedarkan Muslim dan menyatukan alam Melayu dengan Khilafah .

Sultan Abdul Hamid ke-2 menjemput beliau datang ke istananya di Turki.

Syeikh Wan Ahmad ada mengarang buku tentang sejarah Khilafah Uthmaniyah.

Bangsa Melayu menyimpan harapan yang tinggi bahawa Daulah Khilafah (Khilafah Uthmaniyyah) akan mampu melindungi mereka dan menyelamatkan mereka dari penjajahan Eropah.

Beliau ditugaskan oleh Khalifah untuk ke nusantara bagi meninjau keadaan penjajahan Belanda di Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu. Beliau hidup di bawah naungan Khilafah selama 54 tahun.

.

Filipina (Abad 18 hingga Abad 20)

Sultan Muizuddin pemerintah Sulu, Filipina (abad ke 18) menghubungi Khilafah Uthmaniyyah untuk minta bantuan perangi Sepanyol.

Sembahyang dan khutbah diadakan di Zamboanga untuk doakan kesejahteraan Khalifah di Istanbul (Rujukan: Cesar Adib Majul)

.

1904 Riau Minta Bantuan Khilafah

Februari 1904, putera-putera Sultan Riau memutuskan untuk minta bantuan Khilafah Uthmaniyah supaya kembalikan kedudukan Yamtuan.

Di Singapura, 20,000 dolar Singapura dikumpulkan untuk biayai misi itu.

Oktober 1904, Raja Ali Kelana, ditemani Syed Syeikh Al-Hadi, pergi ke Timur Tengah bawa beberapa surat daripada arkib diRaja serta perjanjian yang dilakukan antara Belanda dan Riau apabila Belanda gulingkan sultan pada 1857.

Julai 1905, Khalifah minta Ratu Belanda supaya tidak serang Muslim di nusantara tapi ditolak Belanda.

.

Singapura

Sayyid Mohd Alsagoff, tokoh terkenal Singapura (1880-1890an) cuba satukan alam Melayu dengan Khilafah.

Untuk projek landasan keretapi al-Hijaz (di Arab Saudi), penduduk Singapura sumbangkan 4 ribu pound sterling kepada Khilafah Uthmaniyah. Namun,akibat tiada perlindungan Khilafah, Singapura dijajah.

.

Sultan Brunei Minta Bantuan Khilafah Uthmaniyah – 1908



Perang Balkan dan Libya… Melayu Prihatin

Perang Balkan (1912-1913) – Khilafah lawan Bulgaria, Serbia, Greece, Montenegro.

Ia dilihat oleh orang Melayu sebagai perang salib baru.

Akhbar-akhbar Melayu, Neracha (1911-1915), yang juga dikenali sebagai al-Mizan, dan Tunas Melayu beri liputan bersemangat terhadap perkembangan membabitkan Khilafah Uthmaniyah dalam peperangan itu.

1912, Neracha satu-satunya akhbar yang beri liputan meluas tentang Khilafah Uthmaniyah yang pertahankan dirinya dari serangan askar Itali di Libya.
.

Seruan Khilafah Perang Dunia 1 (1914-1917)

Umat Islam di nusantara mendoakan kemenangan Khilafah.

Foto pengisytiharan Jihad:


In November 1914, when the Ottoman Empire had officially entered the war against the Allies, the Sultan had issued a declaration stating that it was a “Cihad-ı Ekber” (the greatest of all wars). This was not enough. It had to be declared as a “Cihad-ı Mukaddes” (holy war), because the Ottoman Sultan was at the same time the Caliph of all the Muslims in the world. This meant that the Muslims of the world should join the Turkish efforts to fight against the “infidels.”

The Sheikh-ul Islam, the top religious officer of the Ottoman government, proclaimed the holy war at the Fatih Mosque in Istanbul by reading the “fatwa” (religious decree).

.

Akhbar dahulu kritik Melayu suka berseronok. Malangnya Melayu hari ini tetap tak sedar. Akhbar Melayu kumpul dana untuk Khilafah.

Neracha (1911-1915) yang miliki pembaca hingga ke Indonesia, Makkah dan Kaherah, kritik Melayu yang sibuk dengan pertandingan bola, dan tidak peduli nasib umat Islam.

Akhbar itu lancarkan tabung bantu Khilafah Uthmaniyah dapatkan senjata dan peluru, minta pembaca menyumbang $1.00 seorang.

Orang-orang Melayu di Perak dan juga Muslim di Indonesia, anjurkan kempen kumpulkan dana untuk Persatuan Bulan Sabit Merah di ibukota Khilafah, Istanbul.

Kempen serupa dilancarkan sebelum itu untuk Muslim di Tarablus (Tripoli, Libya) ketika serangan Itali.

Neracha seru Melayu dan semua Muslim tentang tanggungjawab mereka untuk sokong Khilafah, ingatkan mereka jika Khilafah Uthmaniyah kalah, ia akan malukan mereka.

.

Perang Dunia 1: Khilafah lawan Britain

Bila Perang Dunia 1 meletus dan Khilafah Uthmaniyah bergabung dengan Jerman, timbul kebimbangan di pihak pentadbiran British di Tanah Melayu kemungkinan orang Melayu atas dasar persaudaraan Islam menyokong perjuangan Khilafah.

Kebimbangan pentadbir British ini didasarkan kepada semangat yang ditunjukkan oleh orang Melayu terhadap perjuangan Khilafah seperti dipaparkan dalam akhbar-akhbar yang mereka terbitkan.

.

Britain Sekat Berita Tentang Khilafah

Britain sedar Muslim taat kepada Khalifah.

Britain sekat berita tentang peperangan Dunia Pertama yang menyaksikan Khilafah menentang Britain.

Akhbar Neracha ditutup secara paksa oleh Britain dalam tahun 1915 dan akhbar Tunas Melayu juga ditutup oleh Britain.

.

Penentangan Askar Islam di Singapura – 1915

Februari 1915, askar Islam yang berkhidmat dengan Britain melakukan penentangan.
Askar Muslim dapat berita mereka akan dihantar untuk perangi Khilafah.

815 askar India dan 100 askar Melayu menentang Britain.
33 askar Britain dan 18 pegawai Eropah mati.

Peniaga Singapura Kassim Ali Mansor, dihukum bunuh kerana dituduh mengetuai penentangan. Kassim satukan askar Melayu dengan Khilafah.

Askar-askar Muslim ditembak mati oleh British:


.

3 Mac 1924 Khilafah dibubarkan

Fatwa Mufti Brunei:
“Demikian juga orang Islam apabila lebih mirip kepada Barat dengan membuang dan membelakangi agama sendiri dan memilih sekularisme sebagai dasar dan pemerintahan negara sebagaimana berlaku di Turki, bilamana perlembagaannya telah memasyhurkan sekularisme sebagai dasar pemerintahan”.

Mulai 1924 tumbanglah Khilafah Islamiah.

Mustafa Kamal Ataturk buang undang-undang Khilafah dan gantinya dengan yang baru.

Diambilnya undang-undang dari Switzerland, Itali, dan Jerman.

Bahkan juga kemuliaan dan kehormatan al-Quran juga turut dicabuli dengan merumikannya”.

.

Reaksi Melayu

Selepas Khalifah dibubarkan sebuah pertubuhan di Pulau Pinang yang namakan dirinya sebagai Perhimpunan Khilafah keluarkan pengisytiharan tentang tanggungjawab setiap umat Islam supaya hidupkan kembali Khilafah.

.

Tok Kenali (1870 – 1933) Berdakwah Bangkitkan Kesedaran




* Dirikan Majlis Ulama Islam Kelantan.

* Tok Kenali terbitkan majalah Pengasoh yang melaporkan perkembangan tentang Khilafah dan minta Melayu prihatin terhadapnya.

.

Tok Janggut

Pahlawan Islam, Tok Janggut, lawan Musuh Islam, Britain Tok Janggut digantung setelah diarak di sekeliling Kota Bahru.





Sultan Johor hantar 2 wakil ke Persidangan Khilafah 1926

Syed Hasan dan Syed Abu Bakar al-Attas hadiri Persidangan Khilafah di Kaherah 1926 sebagai wakil Sultan Johor.

Syed Muhammad Aqil, anak saudara beliau, Syed Ahmad bin Omar dan 2 anak lelaki Syed Ahmad (Syed Muhammad Ali dan Syed Abdullah) hadiri persidangan itu

Jumlah wakil dari Malaya ke Persidangan Khilafah = 6 orang.

.

Pelajar Malaysia Ingin Khilafah Kembali

Jawatankuasa Persatuan Kebajikan pelajar-pelajar Malaysia Al-Difa’ Al-Watani (Pertahanan Kebangsaan) hantar wakil ke Kongres Dunia Islam di Mekah pada 1926 untuk bincang tentang Khilafah, dan

2 wakil bertolak dari Tanah Melayu (William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism).

.

Sekularisme, Nasionalisme & Patriotisme Hancurkan Perpaduan Umat Islam Seluruh Dunia

1905 – Istilah ‘Tanah Air’ (Patriotisme) diperkenalkan dalam kamus Melayu supaya umat Islam lebih cinta tanah airnya daripada mencintai Islam.
(Dr. Michael Francis Laffan, Universiti Leiden, Holland)

Nasionalisme = Bersatu atas dasar bangsa yang sama adalah ikatan yang bersifat emosional.

Ia tidak manusiawi kerana menimbulkan pertentangan dan perselisihan sesama manusia.

Dalam tempoh antara Perang Dunia 1 dan 2, nationalisme Melayu dimasuki ideologi sekularisme dan terhakislah perpaduan Islam (pan-Islam).
Sumber: Buku bertajuk ‘Malaysia’ karya J. M. Gullick, Ernest Benn Limited, London, 1969

Umat Islam dilalaikan oleh penjajah dengan NASIONALISME, SEKULARISME, Kebebasan
Umat Islam di nusantara berpecah belah kepada beberapa buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand

Tiada siapa selamatkan umat Islam yang ditindas di selatan Thailand dan selatan Filipina sehinggalah ke hari ini.

.

Alam Melayu Menuju Khilafah

Kebangkitan Umat Islam drastik di Indonesia


Pasca 11 September 2001 – Amerika menyerang dan memberi imej buruk kepada umat Islam.

Penulis Free World Academy dalam artikelnya “FUTURE OF SOUTH EAST ASIA” berkata:

“Sejak September 2001, semangat Islam makin meningkat. Gelombang Islam bertujuan mewujudkan sebuah Khilafah yang perkasa termasuk Indonesia, Malaysia dan kawasan selatan Thailand dan Filipina.”

Selatan Thailand – umat Islam dizalimi

Selatan Filipina – umat Islam diserang

Muslim dibunuh di selatan Thailand

Hanya Khilafah yang boleh selamatkan mereka.

.


Musuh Mahu Melayu Menentang Khilafah ?

Jangan percaya propaganda musuh Islam.

Musuh Islam kaitkan Islam dengan pengganas.

Sebahagian besar perjuangkan Islam secara aman.

Oleh kerana Islam dipaparkan secara negatif, ramai beralih ke sekularisme.

Musuh Islam takutkan Muslim supaya jangan kembali kepada Islam dan lupakan sejarah.

Taktik Musuh: Muslim dilekakan dengan cara hidup Barat.

Ramalan Agensi Perisikan Amerika, CIA

Laporan ‘Mapping The Global Future’ oleh National Intelligence Council, agensi CIA
Khilafah akan tegak semula pada 2020 (ada kaitan dengan Wawasan 2020???)

Khilafah akan cabar Amerika?

Alam Melayu akan diperintah oleh Khilafah?

.

Lee Kuan Yew Berwaspada

Lee Kuan Yew berkata pada Disember 2002 bahawa 100 kumpulan Islam “mahu tegakkan Khilafah yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura”. 

Siapa mereka?

.
Nabi Berjanji Khilafah Akan Tegak Tapi Muslim Mesti Rajin Berdakwah

Hadis:
“…kemudian Dia akan menaikkannya kemudian menurunkannya; kemudian akan muncul Khilafah Rasyidah yang sesuai kaedah kenabian, kemudian dia (nabi SAW) diam.” (Musnad Imam Ahmad 4/273). 

.

Kemudian wujud pula ISIS aka. ISIL aka. Daesh yang kononnya mahu membangunkan institusi Khilafah dan Daulah Islamiyah.

Boleh percaya ke ISIS ni?

Hmmm… ntah ler.

.

Kesimpulan

Peranan Khilafah dalam alam Melayu dalam banyak buku sejarah telah lama diabaikan malah kadangkala diselewengkan.

Sejarah Alam Melayu di bawah naungan Islam bukan perkara asing kerana ia telah berjalan selama 1300 tahun lamanya.

Penyatuan umat Islam bukan khayalan atau mimpi kerana Allah dan RasulNya berjanji ia akan jadi kenyataan.

Melayu tidak akan berjaya jika mengenepikan Islam.

Pertahankan Islam jika Islam difitnah.

Sebarkanlah Islam secara AMAN jika tak nak hancur.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s