MATA MANUSIA

Adakah anda percaya terdapatnya suatu kuasa hebat dalam alam semesta ini? Mencipta dan mengawal segala-galanya? Wujudkah corak dan turutan tertentu dalam alam ini? Dari mana corak dan turutan alam ini datang? 

Mari kita lihat pada MATA manusia yang kompleks untuk menyedari hakikat ini.

Mata manusia… terdapat 266 ciri-ciri dapat dikesan padanya. Struktur paling kaya dengan data pada badan manusia. Coraknya jauh lebih spesifik dari cap jari.


Hanya 1 dalam 1000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 (10 kuasa 75) terdapat 2 orang yang sama corak iris mata.



Dalam mata manusia terdapat 2 komponen utama rods dan cones. 

Rods penting untuk penglihatan waktu malam dan pada keadaan gelap. Cones pula untuk membolehkan mata mengenal dan dapat membezakan pelbagai warna.

Jumlah kedua-dua komponen ini adalah 120 juta rods dan 7 juta cones.

Setiap satu mata mempunyai 1 juta saraf fiber yang berhubung dengan jutaan neuron otak.

Lensa digital hari ini memang amat dikagumi tetapi ia tetap tidak boleh dibandingkan dengan tahap mata manusia bekerja.

Untuk memproses satu putaran lengkap data, satu sel mata hanya memerlukan 10 mili saat manakala cray supercomputer (antara processor terlaju di dunia) memerlukan
beberapa minit untuk memproses jumlah data yang sama.

Disebabkan terdapatnya 10 milion sel mata berinteraksi secara kompleks dalam sesuatu masa… sekurang-kurangnya 100 tahun diperlukan untuk cray supercomputer memproses jumlah data yang sama banyak dengan apa yang mata anda proses untuk satu saat.


(picture of cray supercomputer)


Hebat bukan?



“Didalam penciptaan langit dan bumi , serta berganti silihnya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir. iaitu mereka yang mengingati tuhannya ketika berdiri, duduk mahupun berbaring dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi sambil berkata, wahai tuhan kami. Tidaklah sia-sia benda-benda yang kau jadikan ini. Maha Suci Engkau, Peliharalah kami dari Azab Neraka.” -Surah Ali Imran (ayat 190-191)

Semoga bermanfaat difikir-fikirkan.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s