PENJARA FIKIRAN

fikiran bawah sadar 2

Fikiran manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu… fikiran sedar dan fikiran bawah sedar. Perbandingan pengaruh fikiran sedar dengan bawah sedar pada kehidupan manusia adalah mempunyai nisbah 12 : 88, di mana fikiran bawah sedar jauh lebih dominan dan kuat, justeru mempengaruhi kehidupan seseorang.

Tidak ada orang yang sanggup melawan dominasi serta kehendak dan pengaruh fikiran bawah sedar dalam kehidupannya, walaupun fikiran sedarnya berusaha melawan dengan sekuat tenaga. Contoh pengaruh fikiran atau alam bawah sedar dalam kehidupan sehari-hari di antara lain:

  • Ketika anda sedang berjalan di lorong rumah sakit pada waktu remang-remang gelap  dan terbaca di sebuah pintu tulisan “Kamar Jenazah”… tanpa disrdari anda akan bergegas mempercepat langkah untuk meninggalkan tempat itu. Anda tidak mampu menahan dorongan kuat untuk mempercepat langkah itu.



  • Ketika habis makan bersama sekelompok kawan-kawan, anda segera keluar ke ruangan merokok, satu persatu mulai menikmati hisapan rokoknya. Kita tahu merokok tidak baik untuk kesihatan tapi kita tidak boleh menahan dorongan yang muncul dari dalam diri untuk merokok.



  • Ketika diceritakan pada anda tentang hirisan jeruk belimbing buluh yang masam , tiba tiba air liur anda keluar tanpa boleh ditahan.

Pola kehidupan kita sehari hari secara automatik mengikuti apa yang tertanam di dalam fikiran bawah sedar kita, seperti bangun pagi, berangkat kerja, sarapan dan makan, merokok, ke kedai hiburan malam, melayari internet atau menonton televisyen.

Sukses dan gagal kehidupan seseorang juga dipengaruhi oleh apa yang tertanam di dalam fikiran bawah sedarnya. Jika fikiran seseorang dipenuhi hal negatif seperti kegagalan, ragu, cemas, paranoid, kemiskinan, kehinaan, dan lain sebagainya maka semua itu cenderung untuk menjelma jadi kenyataan dalam hidupnya. Ia tidak boleh melawan kenyataan hidup yang penuh kegagalan, kesengsaraan dan malang walaupun ia berusaha keras untuk melawannya . Fikiran sedarnya tidak akan mampu melawan apa yang tertanam kuat di dalam fikiran bawah sedarnya itu. Orang yang berusaha menolongnya pun boleh pening kepala, kerana semua usaha yang diberikan selalu menemui kegagalan.

Jika fikiran bawah sedar seseorang dipenuhi hal positip seperti kejayaan, kemenangan, kemuliaan, kekayaan, kebahagiaan, optimis, semangat, penuh harapan, maka semua itu cenderung untuk menjelma menjadi kenyataan dalam hidupnya. Ia selalu menemui sukses dan keberhasilan dalam hidupnya tanpa menggunakan tenaga dan usaha yang luar biasa. Keberuntungan demi keberuntungan selalu menghampiri kehidupannya. Tidak ada orang yang boleh menahan kenyataan dan kemajuannya yang luar biasa  itu.

Hal inilah yang menyebabkan mengapa orang yang hidup miskin bertambah miskin, dan orang yang kaya bertambah sukses dan kaya. Penderitaan dan kepahitan  hidup yang dialami si miskin membekas di dalam alam bawah sedarnya, menciptakan keadaan yang semakin buruk. Namun tidak semua orang miskin mengalami hal ini kerana ada di antara mereka yang memiliki semangat tinggi dan tidak terpengaruh oleh kenyatan yang ada. Mereka mampu keluar dari kemiskinan kerana kekuatan yang muncul di dalam fikiran bawah sedarnya untuk mengubah keadaan.

Demikian pula hidup sukses yang di alami si kaya akan membekas di dalam alam bawah sedarnya, menciptakan sukses dan kemenangan baru bagi hidupnya. Namun di antara mereka ada juga yang memiliki fikiran negatif seperti was was, takut miskin, takut bangkrup dan sebagainya. Rasa was was itu mengendap di dalam fikiran bawah sedarnya justeru meciptakan kegagalan demi kegagalan dalam hidupnya dan pada akhirnya apa yang selama ini ditakutinya itupun terjadilah.

.

Keistimewaan fikiran bawah sedar

Fikiran bawah sedar tidak boleh membezakan di antara baik dan buruk, salah dan benar, bagi fikiran bawah sedar apa yang tertanam di dalamnya itulah kebenaran yang harus dilaksanakan. 

Jika fikiran bawah sedar dipenuhi hal negatif maka baginya itulah kebenaran yang harus dilaksanakan. Ia akan menjelmakan semua itu dalam kehidupan orang yang bersangkutan. Fikiran sedar orang itu tidak akan berdaya mencegah semua itu. Dan dia akan terus menerus hidup dirundung malang demi malang dalam hidupnya.  

Demikian pula jika fikiran bawah sedar dipenuhi hal positif seperti optimis, semangat, kebahagiaan, sukses, kemenangan dan lain sebagainya, maka semua itu juga akan menjelma dalam kehidupannya.

Bagi fikiran bawah sedar jika gula diyakininya pahit maka akan terasa pahit oleh orang itu, air batu yang dingin diyakini api boleh membakar tanganya. Kasut yang busuk boleh jadi harum. Hutan dan pegunungan boleh terlihat seperti pantai yang indah, semua tergantung apa yang diyakini oleh alam bawah sedar, walaupun pada kenyataannya itu tidak benar. Salah satu contohnya boleh kita lihat pada video berikut ini.

PEGUNUNGAN BERUBAH JADI PANTAI

 

Banyak orang yang terpenjara di dalam fikiran bawah sedarnya, dia tidak boleh keluar dari pola yang sudah tertanam didalam fikiran bawah sedarnya itu. 

Usaha orang lain untuk cuba-cuba membebaskannya hanya menemui sia-sia belaka.

Orang yang mengalami cuci otak meyakini sebuah keyakinan, yakin dan percaya bahawa apa yang diyakini itu adalah benar. Mereka sudah terpenjara di dalam keyakinan yang ditanamkan di dalam fikiran bawah sedarnya. Mereka rela mati untuk membela keyakinannya itu, seperti yang di alami oleh para pelaku pengebom bunuh diri yang rela mati unutk membela keyakinannya.

Para pencandu narkotik, judi, perokok berat, minum minuman yang memabukkan, pezina, pencuri, pencandu video game, perilaku gay homo dan lesbian, adalah mereka yang terpenjara di dalam pengaruh fikiran bawah sedarnya. 

Mereka sulit dan susah untuk  keluar atau melawan kebiasaan buruk yang sudah mendarah daging di dalam kehidupan mereka. Mereka menganggap tidak ada yang salah dengan perilaku mereka. Bagi mereka apa yang mereka lakukan itulah kebenaran.

Orang yang yakin bahawa dia adalah “loser”, orang yang lemah, miskin, sengsara hidup tanpa harapan, maka semua itu akan menjadi kenyataan dalam hidupnya. Dia sulit untuk keluar dari keadaan itu walaupun sudah berusaha sekuat tenaga, dan banyak orang yang berusaha menolongnya. 

Untuk mengubah kehidupanya menjadi lebih baik ia harus mengubah anggapan yang tertanam di dalam fikiran bawah sedarnya itu. Ia harus membersihkan semua fikiran dan perasaan negatif dari dalam fikiran bawah sedarnya.

Untuk keluar dari pengaruh negatif fikiran bawah sedar maka harus diadakan program ulang atau format ulang pada program yang tertanam di dalam fikiran bawah sedar itu. Hapuskan program lama,  masukan program baru , tanamkan program baru itu sekuat-kuatnya pada fikiran bawah sedar. Salah satu cara format ulang pada fikiran bawah sedar  diperkenalkan oleh Dr Maxwel Maltz dengan teknik psycho-cybernetics adalah cara CRAFT, yang meliputi lima langkah yaitu :

Cancel (hapuskan)- Replace (gantikan)- Affirm (tegaskan) – Focus (pusatkan, perhatikan) – Train (latih, biasakan).

Usaha memprogram ulang fikiran bawah sedar ini bukanlah pekerjaan mudah seperti membolak-balik telapak tangan, tapi diperlukan kesungguhan dan ketekunan dari diri yang bersangkutan. Tanpa dukungan dan kemahuan yang kuat dari diri yang bersangkutan maka perubahan itu tidak akan boleh terjadi . Allah telah mengingatkan hal ini dalam surah Ar Ra’d 11:

11. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah].Sesungguhnya Allah tidak mengubah  keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah  keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (Ar Ra’d 11)

Perubahan harus dimulai dari fikiran bawah sedar seseorang,  mengubah keadaan seseorang tanpa memformat fikiran atau alam bawah sedarnya hanya akan menemui kesia-siaan belaka.

.

Penjara fikiran

Umumnya orang dipenjarakan dibalik jeriji besi, namun pada kenyataannya banyak orang yang merdeka secara fisik tapi terpenjara di dalam fikirannya sendiri.  Ruang gerak manusia dibatasi oleh anggapan yang terbentuk di dalam fikiran bawah sedarnya masing-masing.

Ukuran kebenaran bagi setiap orang adalah apa yang tertanam di dalam fikiran bawah sedarnya, mereka menganggap sesat orang yang tidak sefaham dengan mereka.  

Setiap penganut sesuatu agama atau keyakinan merasa bahawa apa yang mereka fahami itulah yang benar. Bagi pemeluk agama kristian kristianlah yang benar, bagi pemeluk agam hindu , hindulah yang benar, bagi pemeluk agama buddha maka buddhalah yang benar, bagi pemeluk Islam maka Islamlah yang benar demikian seterusnya. Kebenaran menurut manusia itu relatif, tergantung cara pandang mereka masing-masing.

Bagi para pejudi, pemabuk, pecandu narkotik, pelacur dan pezina,  kaum Gay Homo dan Lesbian,  apa yang mereka yakini itulah kebenaran. Mereka merasa tidak ada yang salah dengan perilaku mereka itu, kerana itu mereka akan menolak keras setiap ajakan orang lain untuk meninggalkan perbuatan atau kebiasaan mereka itu.

Bermacam agama, aliran kepercayaan dan keyakinan bermunculan di dunia ini, dan setiap orang yang jadi pengikut aliran atau ajaran tertentu merasa yakin bahawa apa yang mereka yakini itulah yang benar. Mereka tidak mahu menerima keyakinan dan faham di luar keyakinan mereka. Mereka berusaha mengajak atau menyebarkan keyakinan mereka pada orang lain, yang kadang kala berakhir dengan kekalutan kerana masing-masing merasa sebagai yang paling benar.

Ruang gerak setiap orang dibatasi oleh keyakinan mereka pada agama atau keyakinan yang mereka anut. Rambu rambu yang ada pada keyakinan mereka itulah yang menjadi jeriji besi yang membatasi ruang gerak mereka. Itulah penjara fikiran.  Mereka tidak peduli dengan pendapat di luar keyakinan mereka, walaupun pada kenyataannya pendapat atau keyakinan mereka itu salah dan tidak benar.

Alam bawah srdar tidak mampu membedakan salah atau benarnya suatu keyakinan, bagi alam bawah sedar semua yang diyakininya itulah yang benar. Yang boleh membezakan salah benar suatu keyakinan hanyalah akal (fikiran sedar) yang dibimbing oleh Allah dengan wahyu seperti kitab al Qur’an.

Bermacam aliran dan keyakinan yang ada di dunia ini, yang benar mutlak menurut Allah hanya satu. Allah memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakinya dan membiarkan sesat siapa yang dikehendakinya.  Hanya orang yang pandai menggunakan akalnya dan mendapat bimbingan Allah yang boleh membezakan di antara yang benar dan salah. Mereka yang keliru dalam memilih keyakinan nya kelak akan menyesal di akhirat sebagaimana di sebut di dslam surah al Mulk ayat 10:

10. Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mahu mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala (Al Mulk 10)

Sulit bagi orang yang terpenjara di dalam fikiran dan pemahaman yang keliru untuk keluar dari pengaruh penjara fikiran itu, kerana mereka yakin 100 % apa yang mereka fahami itu adalah benar. Mereka rela mati untuk membela kebenaran yang mereka yakini itu. Walaupun pada kenyataannya apa yang mereka yakini itu adalah keliru.

Hanya hidayah dan pertolongan Allah yang boleh menyelamatklan mereka dari keyakinan yang keliru itu, sebagaimana diingatkan Allah dalam surat Al Qoshos ayat 56:

 

56. Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu  kasihi , tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. (Al Qoshos 56)

.

Mental blocking

Mental blocking adalah hambatan atau rintangan yang dialami seseorang dalam mencapai sesuatu yang berasal dari fikiran atau alam bawah sedar mereka masing-masing. Mental blocking boleh menghambat keinginan seseorang tanpa disedari oleh yang bersangkutan.

Seorang wanita selalu gagal dalam jodohannya, setiap hubungannya dengan seseorang sudah serius dan akan meningkat pada jinjang pernikahan ada- ada saja masalah yang menyebabkan hubungan mereka putus. Setelah diteliti ternyata ada hambatan mental pada diri wanita itu yang tidak disedari oleh dirinya. Wanita ini hidup bersama ayahnya yang sudah menduda, selama ini dialah yang menjaga dan merawat ayahnya. Di dalam lubuk hatinya yang dalam tersembunyi kekhuatiran kalau dia nanti menikah dan dibawa oleh suaminya , bagaimana dengan ayah, siapa yang akan merawatnya. Kekhuatiran ini mengendap di dalam alam bawah sedarnya dan automatik merintangi perjodohannya dengan sesiapa pun. Fikiran sedarnya ingin berumah tangga , namun di dalam alam bawah sedarnya ada penolakan yang tersembunyi.

Seorang pengusaha yang telah memiliki sebuah perniagaan yang cukup maju dan laris selalu mengalami kegagalan setiap kali ia berusaha, mengembangkan usahanya dengan membuka cabang baru. 

Dia merasa hairan mengapa setiap kali dia berusaha membuka cabang baru selalu menemui kegagalan, ia sudah mencuba beberapa kali. Akhirnya ia memutuskan hanya fokus pada sebuah perniagaan yang dimilikinya itu.  Setelah diteliti ternyata di lubuk hatinya yang dalam tertanam keyakinan bahawa jadi orang kaya itu tidak baik. Orang kaya itu sombong dan lebih dekat pada kekufuran.  Keyakinan yang keliru ini secara automatik menghalang setiap usahanya untuk maju di bidang bisnes.

Mental blocking ini boleh diumpamakan seperti  seekor gajah yang besar yang terikat pada sebuah batang besi yang kecil. Sebenarnya dengan sekali hentakan saja batang besi itu boleh dicabutnya , namun dia tidak pernah melakukan itu. Ia merasa batang besi itu amat kuat. Ketika kecil dulu ia pernah mencuba melepaskan diri dari batang besi itu namun tidak boleh hingga di dalam dirinya tertanam keyakinan bahawa batang besi itu amat kuat. Walaupun sebenarnyua setelah ia meningkat dewasa batang besi itu tidak ada ertinya dibandingkan dengan kekuatannya yang amat besar itu.

.

Kekuatan fikiran bawah sedar

Jika kita boleh mempengaruhi alam bawah sedar sebenarnya kita boleh melakukan berbagai hal yang luar biasa . Seorang atlit yang ditanamkan dalam fikirannya semangat dan kemahuan kuat untuk menjadi pemenang biasanya seluruh otot dan syarafnya akan bekerja secara maksima untuk meraih semua itu.

Pada video dibawah ini di perlihatkan bagaimana seorang ibu yang sudah berumur 67 tahun ketika ditanamkan suggestion kekuatan pada fikiran bawah sedarnya mampu mengangkat sebuah kenderaan yang tidak boleh diangkat oleh seorang pemuda tegap  berusia 35 tahun.

IBU UMUR 67 TH MENGANGKAT SEBUAH KENDERAAN

Di samping untuk keberhasilan dan sukses , fikiran bawah sedar ini juga boleh membuat seseorang jadi lemah tidak berdaya atau sakit-sakitan. Pada video di bawah ini diperlihatkan bagaimana seorang olahragawan yang dipupuk dengan hal negatif tidak sanggup mengangkat seseorang yang tadinya dia boleh diangkatnya dengan mudah.

OLAHRAGAWAN KEHILANGAN KEKUATANNYA

Orang yang sedang stress , tertekan dihurung rasa kecewa dan sedih yang mendalam ,fikiran bawah sedarnya dipenuhi hal negatif yang pada akhirnya akan menurunkan daya tahan tubuh serta  menimbulkan berbagai kelemahan dan penyakit fizikal pada diri yang bersangkutan. Inilah yang kita kenal dengan gangguan psikosomatik, iaitu penyakit fisik seperti gatal, lumpuh, murung , sulit tidur yang muncul akibat adanya gangguan kejiwaan atau stress berpanjangan.

.

PENJARA FIKIRAN

Kekuatan fikiran bawah sedar boleh digunakan untuk hal positif dan boleh juga untuk hal negatif bergantung program yang ditanamkan di dalamnya.

.

Hal yang mempengaruhi fikiran bawah sedar

Fikiran bawah sedar dapat dibentuk dan dipengaruhi oleh suasana lingkungan , apa yang dilihat dan didengar setiap hari. Mereka yang dibesarkan di tengah lingkungan penjudi, pemabuk dan pezina tentu saja fikiran bawah sedarnya akan dibentuk oleh lingkungannya menjadi orang yang sama dengan lingkungannya itu.

Mereka yang dibesarkan di tengah lingkungan keagamaan seperti di lingkungan pesantren, masjid, pengajian, bacaan al Qur’an  tentu fikiran bawah sedarnya pun akan dipenuhi oleh hal yang murni itu pula.

Secara khusus fikiran bawah sedar boleh diprogram dengan mendengarkan kalimah tertentu secara berulang-ulang hingga meresap ke dalam alam bawah sedarnya. 

Ini biasa dilakukan dalam  pemberian sugestion pada praktik hipnoterapi.  Di dalam organisasi sivil atau ketenteraan juga biasa dilakukan berupa ucapan atau ikrar janji yang diucapkan dan diperdengarkan secara berulang-ulang.

Dalam ajaran Islam kaedah ini sudah lama dipraktikkan .Di dalam shalat misalnya… seseorang membaca kalimah Allahuakbar berulang-ulang setiap ada perubahan gerak didalam shalatnya. Surat al Fatihah dibaca secara berulang ulang minima 17 kali sehari semalam.  Mereka yang rutin membaca Al Qur’an selama hidupnya akan mengalami pengulangan bacaan dan ayat Qur’an sampai beberapa kali seumur hidupnya. 

Pengulangan kalimah yang dibaca berulang-ulang ini akan meresap ke dalam alam bawah sedar menjadi sikap hidup yang bersangkutan.

Apa yang didengar , dilihat dan diucapkan setiap hari akan meresap ke dalam alam bawah sedar, membentuk program sesuai apa yang dilihat, didengar dan dilihat itu. Bolehkah anda bayangkan bagaimana keadaan seorang anak yang setiap hari mendengarkan musik satanic, melihat video porno, bergaul dengan penjudi, pezina dan pemabuk? Tentu semua akan terakam di dalam alam bawah sedarnya, dan akan membentuk keperibadian diri yang bersangkutan.

.

Pengaruh Iblis dan Jin pada fikiran bawah sadar

Pengaruh pada fikiran bawah sadar juga boleh masuk dari bisikan Iblis dan Jin yang ada di sekitar kita kerana itu dalam al Qur’an Allah memerintahkan kita untuk selalu berlindung pada Allah dari bisikan dan tipu daya setan , antara lain dalam surat Al Mukminun ayat 97-98:

97. Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan98. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku (Al Mukminun 97-98)

Dan masih banyak ayat-ayat Qur’an yang mengingatkan kita untuk berlindung pada Allah dari bisikan setan ini.

Bisikan setan ini berupa rasa was was, takut , cemas, paranoid , khuatir  yang tidak jelas penyebabnya. Mereka yang mengalami tekanan perasaan takut, cemas yang berlebihan ini kadang kala berhalusinasi melihat penampakan orang yang mengancam akan membunuhnya . Kadangkala pada diri yang bersangkutan muncul dorongan kuat untuk melakukan perbuatan maksiat atau perbuatan buruk lainnya.

Pada tingkat yang lebih teruk lagi Iblis dari golongan jin boleh sahaja mempengaruhi alam bawah sedar seseorang untuk melakukan hal hal yang tidak disedarinya deperti memaki, menampar, memukul , membunuh , atau melompat dari tempat yang tinggi, mencampakkan diri pada kenderaan yang sedang berjalan dan sebagainya.  Semua perbuatan itu terjadi di luar kawalan dari fikiran sedar yang bersangkutan.

Dalam hal ekstrim, Iblis dari golongan jin boleh mengambil alih kesedaran yang bersangkutan secara total. Sehingga ia menjadi peribadi atau karakter yang lain sesuai dengan jin yang mempengaruhi dirinya. Kejadian ini biasa disebut kerasukan atau kesurupan. 

Gejala kesurupan ini mirip dengan orang yang dihipnotis alam bawah sedarnya untuk menjadi diri seseorang lain seperti video di bawah ini.

PERUBAHAN KEPERIBADIAN DAN KARAKTER KERANA HIPNOSIS

PERUBAHAN KEPERIBADIAN ATAU KARAKTET KARENA KESURUPAN JIN

Mereka yang berada dalam pengaruh hipnotis maupun kesurupan jin melakukan segala sesuatunya di luar kawalan dan kendali kesedarannya. Bahkan adakalanya mereka tidak tahu sama sekali apa yang sudah dilakukan oleh diri mereka di bawah pengaruh hipnotis ataupun kesurupan itu. 

Mereka hanya boleh mengetahui dari rakaman video atau cerita orang lain. Dalam kes ini, fikiran sedarnya telah tenggelam dalam pengaruh fikiran bawah sedarnya. Kekuatan alam bawah sedarnya meningkat dari 88% menjadi 95% bahkan kadang kala boleh mendekati 100%. Sedang kekuatan fikiran sedarnya menjadi lemah di bawah 5% bahkan sampai hilang sama sekali.

Hati hatilah dengan fikiran bawah sadar anda, jaga fikiran bawah sedar anda dari berbagai unsur negatif. Jaga fikiran bawah sadar anda dari pengaruh dan bisikan setan dari golongan jin dengan berdoa dan melaksanakan shalat dengan khusuk dan benar. Jangan sampai anda terpenjara dalam fikiran yang negatif tanpa anda sedari.

Semoga bermanfaat diketahui dan difikir-fikirkan.

Allahu’alam… 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s