​CONTOH BUDAK INDIGO (JUNK DNA BUDAK NI TELAH AKTIF SEMENJAK LAHIR?)

Adakah anda semua mengenali Boriska Kipriyanovich? Seorang kanak-kanak Rusia yang mengaku dirinya berasal daripada Marikh dan dia telah dilahirkan di bumi. 

Pada Tahun 2016 ni, Boriska Kipriyanovich berusia 21 tahun. 

Apa yang uniknya di sebalik kisah Boriska Kipriyanovich… Ketika berusia 7 tahun dia telah menceritakan pelbagai perkara di antaranya adalah seperti kehidupan yang dialami di Marikh, teknologi yang ada di Marikh dan yang paling mengejutkan Boriska Kipriyanovich mengatakan yang dia sering turun ke Bumi untuk tujuan perdagangan, penyelidikan dan yang paling utama ialah untuk berjumpa dengan sahabatnya yang berada di Tamadun Lumeria!

Boriska Kipriyanovich menceritakan penduduk ketika Tamadun Lumeria kebanyakannya mempunyai tinggi sehingga hampir 9 meter. Kemusnahan Tamadun Lumeria ini adalah disebabkan kerana mereka tidak menjaga hal kerohanian (spiritual) mereka.

Tamadun Agung masyarakat Lumeria ini telah dihancurkan dengan satu bencana besar (tidak pasti bencana apa). Boriska Kipriyanovich berkata… ketika bencana ini sedang berlaku, keseluruhan Benua Lumeria tenggelam dan dia melihat di depan matanya sendiri bagaimana rakannya mati,”Satu batu besar telah jatuh ke atas bangunan dan ini menyebabkan rakan saya mati”, bencana apakah itu?? sungguh dasyat jikalau kita fikirkan secara logik bagaimana sebuah batu jatuh ke atas bangunan dan hancur punah bangunan itu.

Berbalik kepada kisah Boriska Kipriyanovich, ketika berusia satu tahun, ibunya telah memberinya permainan huruf-huruf tatkala itu Boriska Kipriyanovich merenung ibunya seperti renungan orang dewasa. Pada usia setahun setengah dia sudah boleh membaca surat khabar bercetakan besar. 

Pada usia dua tahun pula dia boleh melukis dan mewarna.Belum pun umurnya mencecah tiga tahun, Borischa sudah bercerita kepada ibu bapanya tentang alam semesta.

“Dia boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk satelit-satelitnya. Dia menceritakan kepada saya dengan nama-nama dan bilangan galaksi.Pada mulanya, saya berasa takut dan fikir anak saya mungkin hilang akal, tetapi apabila saya memeriksa apa yang telah dikatakannya, memang benar wujud.”Saya cari buku-buku berkenaan astronomi dan terkejut apabila mendapati anak saya tahu banyak mengenainya. Tidak ada sesiapa yang mengajarnya,”Apabila saya bawa anak saya kepada banyak saintis termasuk ufologis, ahli astronomi dan sejarahwan, mereka setuju bahawa adalah mustahil untuk menyatukan semua ini menjadi satu cerita.”Terma-terma asing dan saintifik yang digunakannya hanya diguna pakai oleh mereka yang pakar dalam bidang sains itu sahaja,” tambah ibunya.Kebijaksanaan Borischa turut menyulitkannya untuk belajar di sekolah. 

Selepas interview pertama, dia dipindahkan ke gred kedua, tetapi pihak sekolah seperti cuba untuk menyingkirkannya. Dia dikatakan terus menerus sering mengganggu proses pelajaran dan pembelajaran oleh cikgunya dan sering kali mengatakan yang mereka salah.

Kemudian, dia berguru dengan tutor persendirian. Semasa ditemu bual pada Oktober 2007 oleh Camelot Project, Borischa berusia hampir 12 tahun. Dia ketika itu dikatakan sedang belajar di sebuah sekolah berdekatan Moscow yang dikhaskan untuk kanak-kanak genius.

Profesor Vladislav Lugovenko telah menyifatkan kelahiran Boriska Kipriyanovich ialah merupakan golongan kanak-kanak indigo iaitu kanak-kanak yang mempunyai kebolehan luar biasa. Jikalau ini benar, kelahiran kanak-kanak seperti Boriska Kipriyanovich ini pasti akan mengubah dunia.

Kajian tentang Mitos Tamadun Lumeria belum pun selesai,keluar pula berita ini, tahukah teman-teman, berita ini ialah berita yang berlaku pada tahun 2008 tetapi ia hanya disiarkan dan di update oleh akhbar tempatan Rusia pada 5 Oktober 2010 tanpa menyebut langsung kisah Tamadun Lumeria yang diceritakan oleh Boriska. Mengapa?

Kini… tahun 2016, di manakah Boriska Kipriyanovich? Hilang begitu sahaja?

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s