BUMI ADALAH SFERA ATAU DATAR?

bluemarblewestAda beberapa orang rakan peminat dan penyelidik ilmu falak bertanya soalan kepada saya mengenai dakwaan yang planet bumi ini sebenarnya bukan sfera, tetapi sebaliknya adalah rata.

Perbahasan ini bukanlah satu perkara yang baru. Bahkan di dalam wacana agama lain, khasnya Kristian, ramai sarjana dan pengikut mereka turut membangkitkan dakwaan yang sama.

Di dalam komuniti Kristian, antara yang mencadangkan teori bumi ini rata ialah Lactantius (245-325 CE). Beliau dikenali sebagai seorang ahli retorik profesional yang menganut ajaran Kristian pada pertengahan umur beliau. Beliau menolak falsafah Greek yang mempromosi bahawa bumi ini bulat. 

Dakwaan beliau ini ditolak oleh banyak gereja pada zamannya, dituduh ‘heresy’ (murtad), sehinggalah idea beliau dibangkitkan semula bahkan diterima semasa zaman Renaissance. Antara tokoh Kristian lain yang menyokong idea beliau ialah Cosmas Indicopleustes, Washington Irving dan ramai lagi. Sebahagian saintis di Eropah yang menyatakan bumi ini sfera, akan didakwa oleh pihak gereja.

Pada zaman sekarang, sama seperti paten atau corak pengembangan agama samawi yang akhirnya beransur-ansur diseleweng, teori bumi itu rata turut dibangkitkan di dalam masyarakat Muslim.

Pihak yang mendakwa bumi ini bukan bulat menyandarkan hujjah mereka kepada al-Quran, antara lain kepada istilah madadnā (Kami hamparkan, 15:19),mihadā (hamparan, 78:6), firāshā (hamparan, 2:22),bisāā (hamparan, 71:19) dan suṭihat (dihamparkan, 88:20).

Saya perlu membuat pengakuan, yang saya tidak membaca habis wacana mereka. Mengapa? Kerana ulamak tafsir serta ahli sains telah bersepakat menyatakan bahawa bumi ini bulat atau sfrea (كروي/ بيضاوي) dan bukannya rata (بساطي), dan saya tidak tidak mempunyai masa terluang untuk membaca wacana seumpama itu.

Menurut Ibn ‘Ashur, kalimah-kalimah al-Quran yang digunakan untuk mendakwa bumi itu rata, digunakan pada konteks yang salah. Umpamanya, beliau menjelaskan tafsir ayat 71:19:

والبساط: ما يفرش للنوم عليه والجلوس من ثوب أو زربية فالإِخبار عن الأرض ببساط تشبيه بليغ، أي كالبساط، ووجه الشبه تناسب سطح الأرض في تعادل أجزائه بحيث لا يوجع أرجل الماشين ولا يُقِضُّ جنوب المضطجعين، وليس المراد أن الله جعل حجم الأرض كالبساط لأن حجم الأرض كُرَوي، وقد نبه على ذلك بالعلةِ الباعثة في قوله: { لكم } ، والعلةِ الغائبة في قوله: { لتسلكوا منها سبلاً } وحصل من مجموع العلتين الإِشارة إلى جميع النعم التي تحصل للناس من تسوية سطح الأرض مثل الحرث والزرع، وإلى نعمة خاصة وهي السير في الأرض، وخصت بالذكر لأنها أهم لاشتراك كل الناس في الاستفادة منها.

Maksud petikan pilihan bergaris dalam tafsir beliau: Kalimah bisāā dalam ayat 71:19 tidak membawa maksud yang Allah menjadikan bumi ini rata. Ini kerana bumi itu memang bulat (al-Tarīr wa al-Tanwīr).

Shaikul Islam Ibnu Taimiyah juga membawa kata-kata Abu al-Husain bin al-Munadi:

لا خلاف بين العلماء أن السماء على مثال الكرة

Maksud: Tiada khilaf antara sarjana yang langit itu seperti sfera (Majmū‘ al-Fatāwā, 25/195).

Antara dalil di dalam al-Quran yang menjadi hujjah bahawa bumi ini bulat ialah:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ۗ أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ

Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, – tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (al-Zumar, 39:5).

Berkata Ibn ‘Ashur dalam mentafsirkan ayat ini, khususnya pada kalimat yukawwiru (al-takwīr – berlingkar, berpusing) berkata:

والتكوير حقيقته: اللف والليُّ، يقال: كَوَّر العمامةَ على رأسه إذا لواها ولفَّها، ومثّلت به هنا هيئة غشيان الليل على النهار في جزء من سطح الأرض وعكسُ ذلك على التعاقب بهيئة كَوْر العمامة، إذ تغشى الليَّةُ الليَّةَ التي قبلها. وهو تمثيل بديع قابل للتجزئة بأن تشبه الأرض بالرأس، ويشبه تعاور الليل والنهار عليها بلف طيات العمامة، ومما يزيده إبداعاً إيثار مادة التكوير الذي هو معجزة علمية من معجزات القرآن المشار إليها في المقدمة الرابعة والموضحة في المقدمة العاشرة، فإن مادة التكوير جَائية من اسم الكُرة، وهي الجسم المستدير من جميع جهاته على التساوي، والأرض كروية الشكل في الواقع وذلك كان يجهله العرب وجمهور البشر يومئذٍ فأومأ القرآن إليه بوصف العَرضين اللذين يعتريان الأرض على التعاقب وهما النور والظلمة، أو الليل والنهار، إذ جعل تعاورهما تكويراً لأن عَرَض الكرة يكون كروياً تبعاً لذاتها، فلما كان سياق هذه الآية للاستدلال على الإِلٰهية الحقِّ بإنشاء السماوات والأرض اختير للاستدلال على ما يَتبع ذلك الإِنشاء من خلق العَرضين العظيمين للأرض مادةُ التكوير دون غيرها من نحو الغشيان.

Maksud petikan tafsir bergaris: Dan bumi itu berbentuk sfera pada realitinya ((al-Tarīr wa al-Tanwīr).

Ayat ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa bentuk bumi ini ialah bulat. Allah menyatakan yang siang dan malam itu saling berlingkar/berpusing antara satu sama lain, iaitu pada satu masa, sebahagian bumi siang, sementara sebahagian lagi gelap. Fenomena ini mustahil berlaku sekiranya bumi ini rata.

Selain itu, kemajuan di dalam ilmu sains dan teknologi juga sudah cukup membuktikan bahawa bumi ini berbentuk sfera. Akan tetapi, patutkah kita percaya dengan NASA dan konco-konconya tanpa melihat sendiri?

Tidak juga dinafikan, bahawa maksud rata di dalam beberapa kalimah al-Quran itu sebenarnya membuktikan realiti sebenar sebahagian kecil bumi ini pada pandangan manusia, yang kelihatan rata. Maksud rata itu ialah dipermudahkan urusan untuk manusia di bumi Allah yang terbentang luas ini, tetapi untuk manusia tidak terasa bentuk sfera bumi.

Namun sekiranya dilihat dari jauh, atau ditinjau planet bumi ini dari luar atmosfera bumi, maka memang terbukti dengan jelas bahawa bumi ciptaan Allah ini amat luas sekali, dan bentuknya adalah sfera.

Justeru, perbesarkanlah Allah, yang telah mencipta bumi ini sebaik-baik planet untuk dihuni oleh manusia. Dengan bentuk sfera, maka wujudnya fenomena siang dan malam, adanya musim yang pelbagai, adanya masa terbit dan tenggelam jasad samawi dan bumi ini penuh dengan warna-warni. Benarlah, Allah itu Maha BESAR. Jangan perkecilkan ciptaan Allah ini dengan dakwaan berdasarkan pandangan mata kita yang singkat.

Realiti sebenar, bumi ini ialah bulat. Tetapi pada pandangan singkat manusia di bumi, ianya kelihatan rata dan datar. 

ALLAHU AKBAR…

devSurfaces

Ok… Bumi adalah sfera.

.

Tapi adakah Bumi benar-benar berputar? Berputar pada kelajuan 1000 batu sejam dan kita tidak rasa apa-apa?

.

Dengan kelajuan 67,000 batu sejam, adakah Bumi mengelilingi Matahari atau adakah Bumi dan Matahari saling mengelilingi di antara satu sama lain dalam corak spiral? Dan kita tidak rasa apa-apa?

.

Adakah betul Matahari, Bumi dan planet-planet lain dalam sistem Suria bergerak merentasi angkasa dengan kelajuan 45,000 batu sejam? Jika betul, mengapa kita sentiasa nampak gugusan-gugusan bintang yang sama sahaja semenjak beribu-ribu tahun?

.

Ada beberapa ustaz yang menyampaikan kuliah di masjid, menyatakan bahawa gugur shahādah bagi sesiapa yang menyatakan bahawa bumi mengelilingi matahari. Apa yang diajar di sekolah adalah sekular dan bercanggah dengan al-Qur’ān. Semuanya bertitik tolak dari kefahaman tekstual mereka terhadap ayat al-Qur’ān:

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui (Yāsīn, 36:38)

Adoi la! Agak mudah juga sebahagian penceramah melemparkan tuduhan gugur shahādah kepada ahlul qiblah..

Persoalan ini merupakan salah satu persoalan klasik dalam astronomi. Sekiranya dirujuk pada sejarah, teori matahari mengelilingi bumi (geocentric – geo(bumi) berada di tengah) adalah satu teori yang telah lama dipakai dalam tamadun manusia. Dengan ilmu dan teknologi yang ada zaman dahulu, manusia yang mencerap matahari dari permukaan bumi, melihat sendiri pergerakan matahari yang terbit dari timur dan tenggelam di arah barat bumi.

b734b2d1-0716-49bb-ae50-6dfacd85275e

Geocentric & Heliocentric

Di dalam gereja Kristian lama, teori geocentric ini dipegang kemas oleh mereka. Bahkan pihak gereja akan mengenakan hukuman yang keras kepada sesiapa yang mencabar teori ini, seperti sekatan penjara dalam rumah yang dikenakan oleh Vatican ke atas Galileo Galilei (m. 1642) yang cuma mempromosi teori heliocentric (helio (matahari) di tengah – sistem solar). Galileo, seorang saintis yang amat dihormati, diaibkan oleh gereja. Akan tetapi, hanya 350 tahun selepas itu, pada tahun 1992, gereja Vatican mengaku mereka membuat kesalahan menghukum Galileo, dan memohon maaf kepada keluarga mereka, selain mengiktiraf kebenaran teori heliocentric.

galileo-inquisition_large

Vatican menjatuhkan hukuman ke atas Galileo kerana mempopularkan teori heliocentric

Di dalam sejarah tamadun Islām, ahli falak yang awal seperti  Naṣīr al-Dīn al-Ṭūsī (m.1274) dan Ibn al-Shāṭir (m.1375), telah mengembangkan teori geocentric, tetapi di dalam kerangka yang membawa kepada lahirnya teori heliocentric. Salah seorang pencerap termasyhur di dalam balai cerap al-Maragha, Najm al-Dīn al-Qazwīnī al-Kātibī (m.1277) turut menulis di dalam Hikmat al-‘Ayn, teori asas kepada heliocentric, walaupun dilaporkan beliau kemudian menolaknya. Dapatan mereka adalah terlalu terhad dengan perkembangan ilmu matematik, sains serta teknologi cerapan yang ada pada zaman tersebut. Perlu diperingatkan, teori geocentric mereka bukanlah semudah yang kita faham sekarang, sebaliknya adalah kompleks yang akhirnya membawa kepada penemuan teori heliocentric.

Tokoh yang mendapat kredit di dalam memperkenalkan teori heliocentric ialah Nicolaus Copernicus (m.1543). Berasal dari Poland, Copernicus dianggap tokoh sarjana matematik dan astronomi zaman Renaissance terulung. Pun demikian, sekiranya dibaca sejarah, dapatan heliocentric beliau amat terpengaruh dengan dapatan-dapatan awal daripada al-Ṭūsī, Ibn al-Shāṭir dan al-Qazwīnī. George Saliba (1994) sendiri menyatakan bahawa rapatnya hubungan kajian antara Copernicus dengan sarjana Muslim terawal, sehingga Copernicus dianggap sebagai warisan kepada balai cerap al-Maragha dan astronomi Islām. Teori Copernicus ini disambut dengan baik oleh sarjana falak Arab terkemudian, sehingga ke zaman sekarang.

nikolaus_kopernikus

Copernicus yang mendapat kredit memperkenalkan teori heliocentric. Akan tetapi, semua teorinya adalah perkembangan daripada dapatan sarjana falak Muslim terdahulu

Persoalannya, adakah teori heliocentric ini bercanggah dengan al-Qur’ān seperti yang didakwa sebahagian agamawan? Tidak dinafikan, ada beberapa sarjana Islām terkemuka berpandangan bahawa matahari mengelilingi bumi. Sebagai contoh, Sheikh Ibn al-‘Uthaimin.

Walaupun demikian, tanpa sedikit pun menjejaskan rasa hormat terhadap kesarjanaan mereka, persoalan ini adalah persoalan di luar kerangka ilmu sharī’ah. Sebaliknya, ia merupakan persoalan sains, yang juga salah satu daripada sunnatullah dan ayatullah di muka bumi ini. Justeru, pihak yang terbaik untuk memberikan ulasan terhadap perkara berkaitan sains, ialah mereka yang mendalami ilmu sains itu sendiri, dengan bersendikan iman yang kuat kepada Allah.

Sekiranya diteliti, tiada walau satu ayat pun di dalam al-Qur’ān yang Allah menegaskan bahawa matahari mengelilingi bumi (al-shamsu tadūru haula al-arḍ). Akan tetapi, Allah menceritakan salah satu daripada sifat matahari itu sendiri, iaitu bergerak (tajrī) seperti di dalam Yāsīn, 36:38.

Di dalam sains, terdapat satu perbincangan mengenai perjalanan matahari. Ianya dikenali sebagai solar apex. Matahari merupakan salah satu daripada jutaan bintang yang terdapat di langit. Bintang mempunyai pelbagai warna. Ada yang kelihatan biru, biasanya bintang yang baru dilahirkan. Ada juga yang berwarna perang jingga, yang merujuk kepada usianya yang agak tua dan akan mati. Matahari kita berwarna perang jingga. Ianya bergerak di dalam solar apex, menuju ke satu destinasi (mustaqar), dan ia akan mati di situ. Kematian matahari sering dikaitkan dengan teori hari qiamat.

Pangkalnya, matahari bergerak di dalam satu perjalanan di galaksi bima sakti. Pergerakan matahari itu, diikuti oleh planet-planet lain di dalam sistem solar, termasuk planet bumi, berdasarkan kepada graviti dan tenaga yang terhasil. Mereka semua tunduk pada perintah Allah, bergerak mengikut orbit tersendiri, tidak pernah engkar lantas berlanggar dengan planet lain. Benarlah firman Allah:

لَا  الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing(Yāsīn, 36:40).

Ayat ini secara jelas membuktikan bahawa SEMUA (kullun) jasad samawi, seperti matahari, planet dan bitnang-bintang yang lain, bergerak di dalam orbit (falak) mereka yang tersendiri, dalam keadaan terapung-apung (seperti seseorang yang sedang berenang – yasbahun).

Berdasarkan kefahaman saya, antara heliocentric dengan geocentric, yang paling tepat ialah apa yang Allah firmankan di dalam al-Qur’ān. Sebagai penduduk bumi yang melihat langit, kita memang melihat dengan jelas betapa matahari itu terbit dan tenggelam, seolah-olah mengelilingi bumi. Tetapi cerapan pada skala yang luas dan kiraan astronomi juga membenarkan bahawa semua planet-planet sekitar matahari, mengelilingi matahari kesan daripada graviti dan tenaga yang terhasil. Kita sebagai hamba Allah, perlu insaf bahawa bumi ini hanyalah sebahagian kecil daripada alam ciptaan Allah yang terbentang luas. Hanya sebahagian mampu dicapai, bahkan dilihat oleh mata kita. Tidak perlulah kita berasa hebat, sehingga sanggup mengkafirkan orang lain yang bersetuju dengan teori heliocentric yang selari dengan sunnatullah, seolah-olah alam ciptaan Allah ini kecil sahaja saiznya.

Selain itu, Allah juga menyatakan bahawa salah satu sifat bumi itu ialah kifātā. Firman Allah:

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ كِفَاتًا

Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)?  (Al-Mursalāt, 77:25)

Sebahagian ‘ulamā’ tafsīr menyatakan maksud kifātā itu ialah seperti pergerakan terbang burung, yang begitu laju dan cepat berubah. Sekiranya kita membaca mengenai solar apex dan melihat sendiri pergerakan sistem solar berbanding solar apex, kita akan memahami mengapa Allah menyatakan bumi itu seperti kifātā, kerana ianya bergerak, mengikut dan mengelilingi matahari, di dalam keadaan seolah-olah cara burung terbang.

.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s