POLITIK DI PEJABAT: NASIHAT BUAT ADIK-ADIK YANG BARU MEMULAKAN KERJAYA

_*.. Seekor Kerbau yang BAIK mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata…*_

*_1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang :_*

*_”kawan, saya sangat penat…. besok nak rehat sehari suntuk…”_*

*_2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok :_*

*_”Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau”_*

_*3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing :*_

_*”Kerbau komplain dan bising-bising sebab bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!”*_

_*4. Kambing berjumpa Ayam*_

_*”Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos… mungkin ada bos lain yang lebih baik…”*_

*_5. Ayam bercerita kepada Monyet :_*

*_”Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!”_*

*_6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos :_*

_*”Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain! Dia pun ada cakap macam-macam yang tak elok pasal bos. Dah lama saya perhatikan…”*_

_*7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!*_

==================================

Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.

Allahu’alam… 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s