ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK? [Part 1 of 7]


Setiap hari… sama ada kita suka atau pun tidak… kita kena berfikir. Macam2 la benda yang difikirkan. Daripada sekecil2 benda sampailah benda2 besar yang mungkin memberikan impak tinggi kepada kita atau masyarakat… tak berenti2 kita berfikir. Paling tidak pun kita mungkin kena fikir pasal cam mana nak bayar hutang, macam mana nak nampak kekal cantik menawan, hari ni nak makan apa, kenapa nasib kita selalu malang, macam mana nak majukan bisnes/karier kita, macam mana nak mengenakan orang, bila nak balik kampung, siapa kita nak undi, kat mana nak beli rumah, atau macam mana nak ngorat awek atau mamat yang kita suka… 😛 Ish ish… tak habis2 berfikir, berfikir dan berfikir.

Sedarkah kita, setiap kali berfikir, apa yang kita buat sebenarnya ialah bercakap dengan diri kita sendiri? Kalau tak percaya… cubalah fikirkan sesuatu dalam keadaan sedar yang kita sedang berfikir. Cuba camkan apa yang kita sebenarnya sedang buat… Ya, sewaktu berfikir kita sebenarnya bertanya kepada diri sendiri dan kemudiannya, kita sendiri yang menjawab soalan tersebut. Bagi para saintis moden, hal ini dipanggil monolog. Dalam sehari… kita dikatakan membuat monolog beratus2 kali… malah bagi sesetengah orang mungkin bermonolog beribu2 kali.

Bila nak bermonolog atau berfikir… kita perlu gunakan bahasa. Ada orang berfikir dalam bahasa Inggeris… ada yang berfikir dalam bahasa Melayu… bahasa Cina… bahasa India dan sebagainya. Pendek kata, bermacam2 bahasa la yang kita gunakan sebagai medium kita berfikir atau bermonolog. Disebabkan hal ini, lahirlah pendapat yang mengatakan “the limits of my language are the limits of my world” atau “had penguasaan bahasa saya ialah had dunia saya”. Dengan kata lain, sekiranya penguasaan bahasa kita lemah… tak kiralah bahasa apa yang kita gunakan untuk berfikir, maknanya lebih terbataslah kebolehan kita untuk berfikir dalam memahami dunia yang kita diami ini.

Ada orang pula berpendapat, sesetengah bahasa itu lebih baik daripada bahasa2 yang lain kerana ketepatan istilah yang dimiliki. Dikatakan bahasa yang terbaik ialah bahasa Arab, Hebrew, Sanskrit dan Portugis. Jika hal ini benar, adakah ini bermakna… sesiapa yang berfikir di dalam bahasa2 ini lebih mudah menguasai ilmu2 dan dapat berfikir dengan lebih baik?

Sekarang cuba bayangkan mereka yang dilahirkan pekak dan bisu pula… Mereka membesar tanpa pernah mendengar dan mempelajari sebarang bahasa khusus. Bagaimanakah cara mereka berfikir? Sekiranya mereka belajar bahasa isyarat tangan pula, adakah setiap kali berfikir mereka akan melakukan monolog bahasa isyarat tangan di dalam minda mereka?

Persoalan lain yang juga timbul ialah… benarkah tiada cara lain untuk kita berkomunikasi atau berfikir melainkan bermonolog menggunakan bahasa? Tak bolehkah kita berfikir tanpa bahasa? Apa benda sebenarnya bahasa ini? Tidakkah anda dapat merasakan bahawa bahasa ini telah digunakan ke atas al-insaan supaya ianya menjadi pagar atau lebih tepat lagi penjara bagi fikiran kita al-insaan? Bahasa adalah penjara yang menghadkan minda al-insaan?

Rasanya… dpd pembacaan hal2 dan persoalan2 yang ditimbulkan di atas, anda kini mungkin telah dapat menangkap tujuan posting ini dibuat. Apa yang saya cuba ketengahkan kali ini ialah tentang siapakah dalang yang telah memanipulasi kewujudan bahasa untuk tujuan memenjara fikiran kita…. al-insaan. Apakah tujuannya? Yang kedua pula… Pernahkah kita terfikir… betulkah sewaktu kita berfikir… kita bermonolog atau sebenarnya kita bukan bermonolog… tetapi dalam diri kita memang ada dua karektor yang senantiasa berbual? Malah pernah kah anda merasakan yang di dalam diri anda ada bermacam2 karektor yang bergilir2 mengambil alih menyuarakan kehendak masing2? Dan yang ketiga… apakah sebenarnya yang sedang berlaku di dalam hal ini terhadap al-insaan?

Berikut adalah maklumat2 yang saya kutip daripada pelbagai sumber.

Diceritakan sewaktu dimasukkan sahaja roh ke dalam jasad semasa kita di dalam alam rahim ibu, bahagian yang paling mula2 sekali memberikan reaksi ialah kelenjar pineal atau “pineal gland”. Apakah kelenjar pineal? Boleh rujuk posting2 terdahulu tentang kelenjar pineal ini di dalam album NWO. (Saya cuba menjimatkan ruangan yang terhad di sini dengan mengelakkan penerangan ulangan tentang kelenjar pineal ini).

Secara analogi perkomputeran… kelenjar pineal ini boleh la dilihat berfungsi sebagai sebuah komputer mikro yang sangat hebat. Cuba bayangkan… walaupun saiznya amat2 kecil (sebesar sebiji kacang) ia dilengkapi dengan hardware dan software yang membolehkan roh menjalankan kerjanya bagi mentadbir jasad. Betulkah begitu?

Daripada apa yang telah diterangkan setakat ini, bolehlah kita membuat perkaitan awal (atau bagi yang skeptik…. andaian awal) bahawa:

(i) roh adalah operator atau “user” bagi komputer mikro hebat bernama kelenjar pineal; dan

(ii) Kelenjar pineal digunakan oleh roh untuk mentadbir jasad.

Adakah anda faham setakat ini? Mari kita sambung….

Tadi semua yang diceritakan berlaku sewaktu kita di dalam rahim ibu. Seterusnya, sebaik sahaja kita dilahirkan, sebuah lagi komputer mikro hebat mula diaktifkan. Ya, komputer mikro hebat kedua ini ialah otak. Kebanyakan saintis moden memberitahu kita yang otak telah mula berfungsi semenjak kita di dalam rahim ibu lagi. Akan tetapi ini adalah tidak benar. Sebenarnya kelenjar pineal lah yang berfungsi sewaktu kita di dalam alam rahim ibu di mana otak pada ketika ini masih belum diaktifkan lagi. Bagaimana boleh jadi begini?

Sama ada kita sedar atau pun tidak, selepas kita dilahirkan…. secara beransur-ansur otak mula mengambil alih sedikit demi sedikit peranan kelenjar pineal. Roh pula secara berperingkat, mula menggunakan otak bagi mentadbir jasad kita dan sedikit demi sedikit roh melepaskan kelenjar pineal daripada kawalannya. Apabila kita berumur sekitar 6 atau 7 tahun, otak pun mengambil-alih sepenuhnya peranan kelenjar pineal.

Setelah otak mengambil alih sepenuhnya, apa yang berlaku ialah kelenjar pineal pun mengalami proses “reboot”. Selepas selesai proses “reboot”, kelenjar pineal duduk di dalam mod tunggu-sedia atau “stand-by mode”. Stand-by untuk apa?

Nampaknya posting Part 1 ini lebih banyak meninggalkan persoalan2 berbanding jawapan2. InsyaAllah… semuanya akan semakin jelas nanti di dalam Part 2, Part 3…. dan seterusnya hinggalah Part 7.

.

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK? [Part 2 of 7]



Percayakah anda… perbuatan berfikir dianggap sebagai salah satu bentuk ibadah yang amat tinggi dan unik nilainya di sisi Allah s.w.t? Cuba lihat firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab neraka. [Surah al-Imran, ayat 190].

Kemudiannya Allah s.w.t juga berfirman lagi [dalam surah al-Baqarah ayat 164] bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, perubahan malam dan siang serta kapal yang belayar di lautan membawa perkara yang memberi faedah kepada manusia, dan apa yang diturunkan Allah s.w.t dari langit dari air lalu dihidupkan dengannya bumi yang gersang dan menyebarkan padanya setiap kehidupan, melalukan angin dan awan yang ditundukkan di antara langit dan bumi, itu semua merupakan tanda (kekuasaan Allah s.w.t) bagi mereka yang berfikir”.

Sebenarnya… banyak lagi ayat2 Al-Quraan di mana Allah s.w.t menyebut tentang betapa perlunya dan betapa mulianya orang2 yang berfikir. Anda boleh semak sendiri di dalam Al-Quran…. kalau tak silap saya, hal2 tentang keutamaan berfikir ini disebutkan sebanyak 48 kali jumlahnya. Sila berikan komen di ruangan komen FB ini sekiranya saya tersilap kiraan dan mohon dapat diperbetulkan.

Okay… sambung balik cerita….

Pembenci2 al-insaan maklum sangat tentang hal ini. Justeru itu… mereka tahu, antara perkara yang mesti dilakukan ialah membendung kebolehan manusia berfikir. Akan tetapi… siapakah yang mampu untuk membendung fikiran manusia? Siapakah yang mampu memenjarakan fikiran manusia? Ya, Iblis dan Dajjal pun tidak mampu melakukan tugas ini sendirian.

Oleh kerana Iblis dan Dajjal tahu yang mereka tidak mampu membendung dan memenjarakan fikiran manusia sendirian…. lantas mereka sedar diri yang tugas ini mesti di “out-source” atau lebih tepat lagi mereka perlukan rakan kolaborasi di dalam hal ini. Mereka tahu yang mereka perlu pergi kepada makhluk2 yang mampu melakukan tugasan yang hampir mustahil ini. Suatu MOU dan seterusnya MOA perlu ditandatangani dengan salah satu daripada mana2 makhluk yang berkebolehan untuk mengikat persefahaman dan perjanjian supaya tugasan memenjarakan fikiran manusia dapat segera dilaksanakan.

Tanpa melengahkan masa, Iblis dan Dajjal menemui satu demi satu makhluk yang berkebolehan ini untuk dijadikan rakan kolaborasi. Akan tetapi, semuanya menolak. Ada makhluk yang menolak kerana takut kepada kemurkaan Allah (bagus la kalau macam ni, masih ingatkan Allah) dan ada juga yang menolak kerana tak sanggup untuk melalui kepayahan tugasan ini (yang ni jenis makhluk yang tak nak cari pasal). Tapi apa yang memeranjatkan ialah, kebanyakan makhluk ini menolak kerana takutkan al-insaan. Takut kepada al-insaan? Hebat sangatkah al-insaan ini? Makhluk2 berkebolehan ini bukan calang2… tapi masih takut kepada al-insaan? Mmmmm… musykila kabir 😛

Dipendekkan cerita, setelah puas Iblis dan Dajjal bertemu dengan makhluk2 yang berkebolehan ini dan semuanya menolak…. mereka tiada pilihan lain lagi melainkan bertemu dengan makhluk berkebolehan yang terakhir. Pada mulanya, mereka memang tidak mahu langsung menemui makhluk ini…. tapi apa boleh buat… hanya inilah harapan terakhir mereka di dalam menjayakan perlaksanaan memenjarakan fikiran manusia. Mereka tahu… kalau semua manusia berfikir… maka tak lakulah penipuan2 mereka untuk menyesatkan manusia.

Makhluk ini saya tidak tahu namanya yang sebenar… tetapi daripada beberapa sumber yang saya dapat semak… dia digelar “Aslaik La”. Kenapa ia tidak mempunyai nama? Ini ialah kerana ia bukanlah makhluk yang menggunakan bahasa di dalam komunikasi harian mereka… maka macam mana la ia nak mempunyai nama…. kerana untuk menamakan sesuatu… ia perlu dinamakan menggunakan perkataan dan perkataan ialah salah satu komponen bahasa. Adakah anda faham? Kalau tak faham… ulangi baca perenggan ini kerana amat mustahak untuk anda memahami perenggan ini sebelum meneruskan pembacaan anda.

Walaupun makhluk ini tidak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi sesama mereka, ironinya ialah makhluk ini amat handal di dalam bidang bahasa dan boleh dikatakan mereka menguasai seluruh dan segala mak nenek jenis bahasa…. malah dengan mudah pula spesies mahkluk ini boleh merekabentuk bahasa2 baru sekiranya mereka mahu. MasyaAllah… ini lah kekuasaan Allah.

Selain daripada itu… sesuatu yang lebih sukar untuk dipercayai ialah makhluk ini boleh mengesan, membaca dan memahami apa sahaja. Inilah sebabnya kenapa Iblis dan Dajjal pada mulanya amat keberatan untuk berjumpa makhluk ini untuk mengikat perjanjian. Iblis dan Dajjal tahu, sebaik sahaja mereka menemui makhluk ini…. sudah tentu apa yang ada luar dan dalam mereka (zahir dan batin) dapat dibaca dengan mudah oleh makhluk ini yang digelar “Aslaik La”. Saya diberitahu oleh beberapa rakan yang maksud “Aslaik La” ialah “Yang Ada di dalam Tiada”…. hahahhhh… saya tahu… ntah bahasa apa la ni agaknya… Bunyik cerita saya ini pun dah semakin lama semakin berbunyik seperti cerita orang gila 😛 Tapi terpulanglah… seperti biasa… saya selalu sahaja mengingatkan anda…. Sekiranya anda merasakan cerita ini gila atau anda merasakan saya gila… anda boleh sahaja memilih untuk menghentikan pembacaan anda.

Seperti yang diceritakan tadi, oleh kerana tiada pilihan lagi akhirnya Iblis dan Dajjal pun sepakat bertemu dengan “Aslaik La” untuk mengikat perjanjian supaya “Aslaik La” boleh membantu mereka memenjarakan fikiran manusia.

Sebaik sahaja Iblis dan Dajjal menemui “Aslaik La”…. mereka terkejut besar apabila mendengar apa yang dinyatakan oleh “Aslaik La” kepada mereka.

“Aslaik La” menyatakan seperti berikut…..Wahai Iblis dan Dajjal, kamu berdua sudah tentu tahu yang sebaik sahaja kamu datang menemui aku… serta merta aku tahu dan maklum segala yang berada di luar dan di dalam kamu. Oleh itu, aku maklum yang kedatangan kamu ini kerana mahu aku memenjarakan fikiran manusia bukan?

Iblis dan Dajjal tak tahu respon yang bagaimana harus mereka berikan….

“Alaik La” menyambung… Macam ni sajalah… engkau tidak perlu meminta aku melaksanakan perbuatan itu kerana aku memang telah difitrahkankan oleh Allah untuk menjalankan tugas memenjara fikiran manusia. Oleh itu… pulanglah kamu berdua dan jangan kamu menemui aku lagi.

Setelah faham maksud yang disampaikan oleh “Aslaik La”…. maka pulanglah Iblis dan Dajjal dengan seribu tanda tanya. Namun, walaupun mereka dipenuhi dengan seribu tanda tanya, sudah tentu mereka merasa teramat2 gembira.

.

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK? [Part 3 of 7]

Seperti yang kita maklum…. hari ini kita boleh lihat di sekeling kita. Dek kerana bahasa2 yang berlainan… kita terpecah dan hidup berpuak-puak. Ada yang terpecah mengikut sempadan2 negeri dan ada juga yang terpecah mengikut sempadan2 negara. Malah, banyak juga yang terpecah walaupun duduk di dalam kejiranan yang sama oleh kerana kekangan dan perbezaan bahasa yang digunakan untuk bertutur, menulis dan berkomunikasi.

Firman Allah dalam [surah Al-Hujurat ayat 13] Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kami telah menciptakan kalian terdiri daripada lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya manusia yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi ketaqwaannya, Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenali”.

Mari kita sambung mengenali makhluk yang digelar “Aslaik La” ini. Ia sebenarnya telah dijadikan Allah semenjak berbillion-billion tahun dahulu lagi. Ia telah menyaksikan kehidupan dan kehancuran semua bangsa2 terdahulu di bumi ini… bermula daripada 96 Bangsa2 Hebat (27.3 Bilion Tahun), Bangsa Al-Jin (16.4 Bilion Tahun), Kumpulan Al-Bashar Pertama (820 Juta Tahun), Kumpulan Al-Bashar Kedua (41 Juta Tahun), Kumpulan Al-Bashar Ketiga (2.2 Juta Tahun) dan Bangsa kita… Al-Insaan (bermula lebih daripada 100 Ribu Tahun dahulu).

Tentang gelaran “Aslaik La” pula yang bermaksud “Yang Ada di dalam Tiada”, rasanya elok kalau saya menjelaskannya sedikit. Harus kita faham bahawa maksud kewujudan yang sebenar ialah kedua-duanya sekali. Dengan kata lain, “Ada” ialah satu bentuk kewujudan. “Tiada” pun adalah satu bentuk kewujudan juga. Ada = Wujud; dan Tiada = Wujud. Anda boleh faham? Kalau tak faham takpe la 😛 Kalau faham… Alhamdulillah… 😀 Justeru itu kita kena betul2 jelas yang “Tidak Ada” adalah tidak sama dengan “Tidak Wujud”.

Seperti yang kita ketahui… bagi “Aslaik La”… kebolehan berkomunikasi dan merekabentuk berbagai2 bahasa baru adalah mudah sahaja. Ini semua kuasa Allah dan saya faham… bagi anda yang baru sahaja mendengar tentang hal2 yang sebegini sudah tentu akan merasa bingung. Tidak kurang pula yang akan menolak mentah2 cerita2 seperti ini. Bagi saya pula, saya hanya berkongsi maklumat2 yang saya dapati daripada pelbagai sumber sebagai juadah dan santapan fikiran anda. Sekiranya anda sudah selesa dan berpuashati dengan keadaan fikiran anda yang sebenarnya terpenjara itu, maka elok la anda berhenti membaca posting ini dan menyambung semula menatap buku2 lain atau akhbar2 serta media2 terbitan Iblis, Dajjal dan konco2 nya 😀

Setelah Iblis dan Dajjal pulang daripada bertemu “Alaik La”, mereka pun menunggu untuk “Aslaik La” untuk menjalankan tugasnya untuk memenjarakan fikiran manusia. Tunggu punya tunggu… “Aslaik La” masih lagi tidak melakukannya. Lama kelamaan, Iblis dan Dajjal pun hilang sabar dan kembali menemui “Aslaik La”. Apa yang berlaku selepas itu ialah kedua-duanya ditempelak oleh “Aslaik La”. Barulah Iblis dan Dajjal faham yang “Aslaik La” hanya akan memulakan kerja memenjara fikiran manusia selepas kejadian Banjir Besar di zaman Nabi Nuh a.s.

Dengan kata lain, sebelum kejadian “Banjir Besar” fikiran manusia adalah bebas yakni tidak terpenjara seperti fikiran manusia selepas itu. Mereka yang hidup sebelum Banjir Besar langsung tidak mengahadapi masalah perbezaan bahasa kerana mereka hanya menggunakan 9 jenis bahasa sahaja. Semua manusia pada waktu itu memahami kesemua 9 jenis bahasa yang mereka gunakan bersama2 ini (Apakah 9 jenis bahasa ini? – Nanti la, kena bukak siri lain. panjang ceritanya nih).

Seperti yang kita tahu, setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi ini sehelai sepinggang. Mereka telah meninggalkan kehidupan moden dan serba canggih mereka ditelan banjir. Mereka mula kembali menjadi orang2 gua dan kembali mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.

Selepas Banjir Besar, “Aslaik La” pun mula menjelajahi bumi bertemu dengan setiap puak yang bertebaran di muka bumi ini. Bagi setiap puak, dia mengajarkan beberapa ilmu tertentu dan bahasa yang unik untuk setiap puak. Akan tetapi, ada beberapa perkara yang sama diajarkan kepada semua puak…. iaitu kisah 96 Bangsa2 Hebat, Al-Jin dan 3 Kumpulan Al-Bashar yang telah hidup, dihancurkan dan saki-baki mereka yang masih tumpang hidup di bumi hingga ke hari ini. Sebagai tanda yang “Aslaik La” telah singgah mengajarkan ilmunya, setiap puak diarahkan untuk membina piramid2 dan kubah2 selaras dengan teknologi Atalan dan Lamarakh (seperti yang pernah saya ceritakan di dalam posting2 yang lalu di dalam album NWO).

Selepas selesai “Aslaik La” selesai menjalankan tugasannya ini, maka bermulalah manusia hidup berpuak-puak dengan mengamalkan semangat patriotisme puak masing2. Setiap puak mula melihat puak2 yang lain sebagai orang asing dan bukan lagi saudara mara mereka yang berasal daripada Bahtera Nabi Nuh a.s. Kini kita boleh lihat, semua negara/negeri bangga dengan bendera negara/negeri masing2, lagu2 kebangsaan negara/negeri masing dan seterusnya lupa yang mereka semua sebenarnya adalah bersaudara. Ada pula sesetengah puak (di bawah pengaruh Iblis dan Dajjal) menindas puak2 lain. Ketua2 negara hari ini pula dimestikan menyokong serta menganggotai kelab Iblis dan Dajjal di belakang rakyat mereka sendiri. Jika tidak, Dajjal akan memasukkan mereka ke dalam neraka Dajjal dan menghadapi kesukaran hidup serta “bancruptcy” ekonomi. Akhir sekali, fikiran manusia pun terpenjaralah dek kerana hal2 ini yang mana benihnya ialah semata2 berpunca daripada perbezaan bahasa2 mereka.

Menyambung cerita tentang “Aslaik La” pula, tugasannya bukan sahaja sekadar memenjarakan fikiran manusia. Rupanya ia ada tugasan lain. Saya pun hanya mengetahui tentang hal ini tidak lama dahulu. Saya baru mengetahui, yang “Aslaik La” bukan sahaja tugasnya memenjarakan fikiran manusia, akan tetapi di akhir zaman…. “Aslaik La” jugalah yang bertanggungjawab membebaskan manusia daripada penjara fikiran mereka. Bagaimanakah caranya untuk membebaskan fikiran manusia?

Kalau dulu manusia terpecah-belah berpunca daripada perbezaan bahasa, kini untuk melepaskan belenggu fikiran ini “Aslaik La” mula mengajarkan pula sejenis ilmu komunikasi yang melangkaui batasan bahasa. Sebelum hal ini dapat diterangkan, saya perlu menjelaskan lebih banyak lagi tentang “Aslaik La” dan berkongsi beberapa maklumat lain terlebih dahulu.

.

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 4 of 7]

Sebelum kita sambung mengenali “Aslaik La”, cuba perhatikan dulu ayat ini.

[Surah Al-Israa’, Ayat 84] Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya”.

Saya mengutarakan dulu ayat ini supaya boleh kita renung2 dan fikir2 kan. Apa yang saya tulis sebagai posting2 di dalam album NWO ini ialah interpretasi maklumat2 yang saya dapat melalui pembawaan jiwa saya. Sekiranya ada di antara anda yang berbeza pendapat, terpulanglah kepada anda dan saya tidak memaksa anda untuk melihatnya. Sedikit peringatan lagi, posting kali ini dan posting2 seterusnya di dalam siri ini akan membawa isi2 dan kandungan2 yang berat2 dan diharapkan sekiranya anda tidak mampu menanggungnya, tutuplah segera posting ini yer 😛

“Aslaik La” dijadikan daripada bahan yang dipanggil “Ketiadaan” atau “Nothingness”. Terkejut? Tidak faham? Meragukan? Ya, saya pun sama sahaja ketika mula2 mendengar tentang hal ini. Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk memahami dan menghargai bahan “Ketiadaan” ini…. di mana sesuatu itu tidak boleh ada tanpa adanya “Ketiadaan”.

[Nota: Rasanya elok la anda berhenti membaca dahulu di sini dan cuba fahamkan dulu perenggan ini. Setelah anda rasa agak2 sudah dapat menangkap dengan jelas apa yang diterangkan di sini, boleh la pembacaan anda disambung semula].

Sebenarnya, ada banyak lagi makhluk Allah yang setara kompleks nya dengan “Aslaik La” ini. Contoh makhluk2 yang setara dengan “Aslaik La” ialah….. “Masa”, “Ruang”, “Cahaya”, “Graviti”, “Kalam”, “Lauh Mahfuz” dan “Tenaga”. Ya… semuanya ini adalah makhluk2 Allah jua dan terlalu kerap ilmuan2 dan saintis2 hari ini menyalah anggap di mana mereka sama sekali tidak mengiktiraf semuanya ini sebagai makhluk2 Allah. Sebaliknya mereka menyangka yang semua ini sebagai sesuatu yang lain. Justeru, bagaimanakah sebenarnya kita hendak memahami struktur alam sejagat ini untuk mengenali dan membezakan kewujudan semua makhluk2 Allah? Sebenarnya, ada banyak kitab2 yang menerangkan hal2 sebegini.

Walaupun memang ada banyak kitab2 yang boleh menerangkan struktur keseluruhan alam sejagat yang mengandungi berlapis2 dimensi, di dalam posting kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang sebuah kitab sahaja. Kitab ini telah sekian lama dipandang serong oleh masyarakat umum kerana hasil manipulasi geng2 jahat. Kitab ini bernama Kitab Kabbalah. Kadang kala ia digelar sebagai “The Book of Jewish Magic” dan banyak lagilah gelaran2 yang memusykilkan telah diberi untuk kitab ini (boleh sahaja anda google di internet untuk melihat puluhan nama2 lain bagi Kitab Kabbalah serta ajaran2 nya).

Kitab Kabbalah sebenarnya adalah sebuah kitab lama yang digunakan oleh semua 96 Bangsa2 terdahulu yang telah disalin semula oleh cendekiawan2 di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s. Malangnya, hari ini jika anda cari di internet atau rujukan2 moden yang lain tentang Kitab Kabbalah… anda akan menemui maklumat2 yang telah diselewengkan habis-habisan oleh geng2 jahat. Tujuan penyelewengan besar-besaran ini ialah tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan fikiran kita Al-Insaan sentiasa terpenjara. Geng2 jahat juga mahu memastikan kita kekal mengikut telunjuk mereka dalam keadaan tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku.

Geng2 jahat juga maklum, dengan kedatangan Nabi Muhammad saw serta turunnya Al-Quran, Al-Insaan akan dibebaskan daripada belenggu dan penjara fikiran ini sekiranya benar2 menghayati ajaran2 Islam yang boleh merungkai semua persoalan2 yang terbuku di benak minda, fikiran dan hati kita.

Untuk makluman anda, Kitab Kabbalah yang asli adalah tidaklah berapa tebal… hanya setebal majalah2 hiburan yang biasa kita baca sahaja. Walaupun demikian, isinya mengandungi banyak sekali ilmu2 yang telah terkumpul dan digunakan semenjak zaman-berzaman daripada Bangsa2 terdahulu. Dalam Kitab Kabbalah asli (versi salinan zaman Nabi Sulaiman a.s.), ianya dipenuhi rajah2 geometri dan simbol2 sahaja. Setiap helaian mempunyai beberapa jenis kombinasi tekstur tertentu yang jika ditelusuri dan disentuh dengan jari atau kulit kita akan mengajarkan kita ilmu2 yang tidak boleh dijelaskan dengan bahasa pertuturan. Setiap helaian juga mempunyai bau-bauan yang mengandungi ilmu2 dan di helaian2 tertentu boleh dijamah dengan lidah bagi merasai sesuatu jenis rasa yang juga boleh menyampaikan maklumat2 yang tidak boleh kita bayangkan pada masa kini. Di permukaan2 tertentu kitab ini pula, kita boleh meniup dan ia akan mengeluarkan bunyi yang hebat serta boleh juga menyampaikan ilmu2 dan maklumat2 tertentu. Perkataan atau ayat hanya tertulis sedikit sahaja dalam bahasa Hebrew atau Ibrani. Tiada pengetahuan khas diperlukan bagi memahami isi2 kitab ini. Semua manusia boleh mentelaah kitab ini dengan mudah. Bolehkah anda bayangkan? Kini, kitab ini telah jatuh di tangan geng2 jahat. Untuk makluman anda, Dajjal mempunyai satu salinan peribadi kitab ini.

Saya faham, untuk kebanyakan kita, maklumat yang diceritakan di sini adalah terlalu berat untuk diproses oleh minda dan fikiran kita. Seperti biasa, fikiran anda tentu akan mengasak-asak dan tertanya-tanya daripada sumber manakah saya mendapat maklumat2 gila sebegini. Saya tahu, kita manusia moden telah lama melabelkan maklumat2 sebegini sebagai fantasi dan illusi. Inilah yang dimahukan oleh geng2 jahat.

Seperti posting2 saya yang terdahulu, polisi saya tetap sama untuk tidak mendedahkan sumber2 saya kerana sebab2 tertentu. Saranan saya ialah, cuba bukakan minda, fikiran dan hati anda dalam menimbangkan hal2 ini.

.

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 5 of 7]

Adakah kini anda sudah nampak dengan lebih jelas haluan siri kali ini? Apakah anda masih bersedia dan sanggup untuk menerima lagi maklumat2 yang berat untuk diproses? Kalau sanggup, silakanlah meneruskan pembacaan anda.

Di zaman moden ini atau lebih tepat lagi… di akhir zaman ini, kita sering lupa untuk betul2 mengamati apa yang kita lihat atau alami. Al-maklum… semuanya serba pantas, serba laju. Semua benda kita nak segera… makan nak segera disiapkan, rehat kejap nak segera segar kembali, membasuh sikit nak segera bersih berkilau… hatta sampai beri nafkah zahir/batin pun nak segera jugak (ni la punca2 keretakan institusi kekeluargaan :P). Pastu plak, kalau bisnes pulak nak segera untung dan kalau belajar pulak nak segera pandai (yang ni pulak punca2 yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran :D).

Oleh kerana semuanya serba nak segera, deria2 kita telah menjadi tumpul dan kita pun selalu sahaja terlepas pandang perkara2 yang sepatutnya kita amati dan lakukan dengan sehalus-halusnya. Berikut ialah soklan2 cepumas yang kita boleh tanya kepada diri kita sendiri…. Berapa ramai di antara kita yang dapat meluangkan masa untuk mengamati sehalus2 nya isi Al-Quran dan Al-Hadith? Berapa kalikah kita tak dapat menghadiri pengkebumian saudara mara serta sahabat handai kita yang meninggal dunia kerana ada hal lain? Berapa ramai yang tak sempat mengasuh sendiri anak2 kerana sibuk bekerja carik duit? Dan banyak lagilah soklan2 yang begini yang kita pun maklum jawapannnya. Saya ni pun sedap menulis dan bercakap sahaja… saya pun sama merasakan tekanan hidup begini seolah2 masa sentiasa tidak cukup dan saya sentiasa dalam keadaan terkejar2. Benda2 asas seperti rehat dan tidur pun selalu sahaja tak cukup. Mengapa jadi begini?

Pepatah Melayu ada mengatakan, “belum lagi duduk sudah nak berlunjur”. Memang bagi manusia inilah sifatnya… tergesa-gesa… asyik nak segera sahaja…. apa benda yang kita nak kejar sebenarnya? Di dalam Al-Quran pun ada menyebutkan hal ini… “Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa…” [Surah Al-Anbiya’, Ayat 37]. Iblis dan Dajjal amat maklum tentang kelemahan manusia ini. “Aslaik La” juga amat maklum tentang ini. Mereka sama2 tahu yang di sinilah letaknya lubang kunci yang memastikan fikiran manusia terus terpenjara.

Sebenarnya, manusia boleh melepaskan diri dengan mengawal dan seterusnya menguasai sikap tergesa-gesa ini. Benarkah begini? Wah, mudahnya? Apa kena mengena pula sifat tergesa-gesa dengan fikiran yang terpenjara?

Memang ada kena mengena. Sebab itulah saya cuba mengulas panjang lebar tentang hal tergesa-gesa ini supaya kita dapat betul2 memahami tentang apa yang “Aslaik La” sedang lakukan di akhir zaman ini untuk melepaskan fikiran manusia daripada penjara…. penjara fikiran yang asalnya wujud kerana perbezaan bahasa dan propaganda yang disebarkan oleh “Aslaik La” sendiri. Sebenarnya semua rentetan kejadian2 ini memang ada hikmahnya.

[Ok… untuk memahami mengapa “Aslaik La” memenjara fikiran manusia dan kemudiannya bagaimana “Aslaik La” membebaskan pula fikiran manusia… harap dapat membaca perenggan2 seterusnya dengan cermat dan tidak tergesa-gesa. Ingat… sekiranya kita berbuat sesuatu dengan tergesa-gesa, hasilnya memang menduka-citakan :P]

Seperti yang telah diterangkan terdahulu, “Aslaik La” memang sudah fitrahnya memenjara fikiran manusia dan kemudiannya membebaskan semula fikiran manusia. Seperti yang telah diterangkan juga, sebelum kejadian Banjir Besar, fikiran manusia tidak terpenjara… maka lihatlah apa akibatnya. Nabi Nuh a.s. telah berdakwah selama hampir seribu tahun…. tapi pengikutnya tidak sampai seratus orang. Inilah bahayanya fikiran yang tidak terpenjara.

Maka, apakah tujuannya selepas Banjir Besar “Aslaik La” memenjara fikiran manusia? Tidak lain dan tidak bukan… ianya ada untuk memberikan kemudahan (handicap) kepada kita. Ianya supaya lebih mudah jika kita mencari dan mengenali Allah terlebih dahulu dan barulah fikiran kita dibebaskan. Dengan cara ini, generasi2 manusia yang hidup selepas Banjir Besar lebih ramai yang menerima ajakan nabi2 dan rasul2 ke arah jalan kebaikan seterusnya mengelakkan ditimpa musibah besar seperti yang terjadi pada zaman Nabi Nuh a.s.

Baiklah… sekarang kita cuba memahami pula bagaimana atau apa usaha2 yang dilakukan oleh “Aslaik La” bagi membebaskan fikiran manusia. Untuk ini, sebenarnya “Aslaik La” dengan izin telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada makhluk2 Allah yang lain iaitu “masa”, “ruang”, “graviti” dan “tenaga”. Bagaimanakah ini mungkin? Dengan izin Allah, “Aslaik La” telah mengaturkan masa, ruang, graviti dan tenaga untuk membantu manusia mengawal sikap tergesa-gesa yang memusnahkan ini.

Cuba lihat betul2 sekeliling anda. Kemudian, nilaikan perkara2 berikut.

“Masa” sebenarnya telah diperlahankan. Dengan pengembalian teknologi2 sains oleh “Aslaik La” kepada manusia2 tertentu, kita kini sepatutnya ada lebih banyak masa. Misalnya, kalau nak memasak ada rice cooker dan microwave oven. Kalau nak bercakap dengan seseorang yang jauh, boleh sahaja menelefon atau lebih canggih lagi tele-conference dan tele-presence. Kalau nak basuh baju, mesin basuh siap dengan alat pengering boleh digunakan. Pendek kata, semua benda2 yang mengambil banyak masa boleh diselesaikan dalam masa yang jauh lebih singkat. Sepatutnya kita ada masa yang lebih panjang justeru tidak tergesa-gesa.

“Ruang” telah dikecilkan. Kalau dulu nak travel daripada Kuala Lumpur ke Kota Bahru misalnya… ish mengambil masa berhari-hari atau mungkin berminggu. Dengan pengangkutan moden, sekejap sahaja kita boleh pergi ke mana-mana.

“Graviti” pula telah dikurangkan. Yang ini pulak, anda periksa la sendiri daripada sumber2 yang patut. Graviti dunia telah banyak berkurangan berbanding 80,000 tahun dahulu sewaktu Banjir Besar berlaku.

“Tenaga” telah dimudahkan. Macam2 jenis tenaga kita boleh hasilkan, simpan dan guna dengan begitu mudah sekali daripada tenaga berpunca fosil, tenaga elektrik hinggalah tenaga nuklear . Semuanya mudah. Petik sahaja suis… tenaga sedia kita gunakan.

Semua ini untuk apa? Apa gunanya semua ini?

Sepatutnya apabila semua ini telah menjadi mudah, sikap tergesa-gesa sepatutnya boleh dikawal atau dilenyapkan. Kita sepatutnya boleh melaksanakan rukun islam yang pertama dengan khusyuk. Penting ke hal ini? Ya…. sudah tentu penting. Apalah gunanya rukun2 islam yang lain kalau kita awal2 lagi telah kantoi (tak lulus) rukun yang pertama ini? Anda nilaikan la sendiri soalan yang mudah tetapi ramai yang konpius bila ditanya?

Cubalah tanya diri kita lagi… bilakah kali terakhir kita mengucap 2 kalimah syahadah dengan sepenuh hati dan tidak tergesa-gesa? Berapa banyakkah masa kita pernah luangkan untuk memikirkan dan betul2 memahami apa itu kalimah syahadah? Berapa kalikah dalam sehari kita mengucap secara lisan atau dalam hati kalimah syahadah ini?

Saya harap, kita sama2 boleh bayangkan… dikatakan sekiranya DUA kalimah syahadah kita dapat betul2 sempurnakan, maka rukun2 islam yang lain itu akan dapat kita lakukan dengan baik juga. Sebagai maklumat tambahan… inilah juga sebenarnya rahsia terbesar Vatican yang menjadi asas simbol DUA kunci papal. Untuk pembacaan lebih lanjut boleh rujuk link ini:

http://zharifalimin.blogspot.com/2010/03/kebenaran-islam-rahsia-sulit-key-to.html

DUA kalimah syahadah lah yang dapat melepaskan kita daripada penjara fikiran. Syaratnya… kita kena buang jauh2 dulu sikap dan sifat tergesa-gesa kita.

p/s: sebenarnya kalau nak dibincangkan dengan jelas-sejelasnya hal ini, sudah tentu tidak akan cukup dengan hanya sekadar posting2 FB yang terhad. Malah mungkin sebuah buku pun belum tentu dapat mengupas hal ini sepenuhnya. Walaupun demikian, diharapkan posting2 ini sekurangnya memberi sedikit klu tentang hal ini. Di dalam Part 6 dan Part 7 nanti, saya akan cuba untuk berkongsi maklumat2 kontroversi yang saya telah kutip daripada berbagai sumber tentang apakah kalimah syahadah sebenarnya serta perkaitannya dengan perjanjian yang telah kita buat dulu tetapi kini kita telah lupa. Kita perlu mengingatinya kembali.

.

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 6 of 7]

Membicarakan perkara2 berkaitan dengan “Dua Kalimah Syahadah” memang bukan senang. Tambahan pula, jika ianya dibincangkan di ruangan terhad FB ini. Perkara ini juga sensitif dan saya membuat agakan… selepas posting ini dibuat, mungkin ramai yang akan mengatakan… “Carilah guru yang mursyid”. Atau “Apa kelayakan penulis untuk membincangkan hal ini?” Atau “Bahaya berfikir tentang hal ini…. boleh merosakkan aqidah…”, “Astaghfirullah… penulis dah sesat” dan berbagai2 lagilah bentuk maklumbalas yang seumpanya.

Walaupun demikian, saya beranikan diri juga demi mengajak kita sama2 berfikir dan tidak takutkan bisikan2 hati yang membungakan rasa was-was. Semoga Allah sentiasa memelihara pegangan kita bila memikirkan tentang hal2 berat seperti ini selagi niat tidak lain dan tidak bukan hanya mencari redha Allah.

Jika kita tidak berfikir tentang hal ini, adakah memadai kita menerima “Dua Kalimah Syahadah” begitu sahaja? Adakah salah jika kita bertanya soalan2 seperti… Siapakah Allah? Siapakah kita? Mengapa Nabi Muhammad saw dipilih menjadi Rasulullah penghulu segala rasul2 dan bukan orang lain? Bilakah masanya kita mengikat perjanjian sehingga kita berada di dalam kedudukan kita sekarang ini? Bolehkah Allah pada bila2 masa menukar status Iblis daripada makhluk yang engkar kepada makhluk yang diterima taubatnya? Ish… memang banyak lagi soklan2 yang bersifat kritikal begini yang rasanya saya tak ada kesempatan lagi untuk membicarakannya di sini.

Sebagai “warm-up” baca link ini:

http://www.e-bacaan.com/artikel_mungkinkahnabi.htm

Saya mengambil link ini sebagai contoh kerana ianya telah sedia terhidang di internet dan hal2 yang dikupas cukup sensitif untuk menyebabkan mereka yang tak sanggup berfikir menolaknya mentah2, atau melabelkan perbincangan ini membahayakan aqidah atau bagi yang ektrem pula terus akan meloncat dan menjatuhkan hukum murtad atau kafir.

Inilah salah satu “point” saya. Inilah gunanya “Dua Kalimah Syahadah”. Harap anda boleh bayangkan, beribu2 lagi isu2 sensitif yang boleh didebatkan atau dipertikaikan seperti link ini. Namun selagi kita yang berdebat berapi2 ini tetap sama2 berpegang teguh kepada “Dua Kalimah Syahadah”, insyaAllah perdebatan dan pertikaian dapat dilakukan dengan sihat, penuh beradab dan tidaklah kita mudah melatah tak tentu pasal.

Sekarang kita pergi kepada hal sebenar yang saya nak ketengahkan untuk posting kali ini.

Berikut ialah terjemahan “Dua Kalimah Syahadah” yang biasa kita dengar:

Laa – Tidak Wujud; Ilaha – Tuhan yang berhak disembah; Illallah – Selain Allah; MuhammadurRasulullah – Muhammad Pembawa Perutusan Allah.

[Nota: Sebenarnya ada terjemahan yang luar biasa, tetapi saya tidak akan membincangkannya dalam posting ini (terlalu kontroversi). Untuk posting ini, kita fokuskan kepada Kalimah Syahadah yang kedua sahaja… MuhammadurRasulullah. Kalimah Syahadah yang pertama… Laa Ilaaha Illallah, kita bincangkan lain kali sahaja la yer]

Sewaktu Allah berkehendak menjadikan sekelian benda yang wujud, Allah pun memulakan dengan mewujudkan Nur. Maka Allah pun mengeluarkan perintah “Jadilah engkau Muhammad”. Maka iapun menjadi satu tiang Nur yang berkilau-kilauan lalu Nur itupun terus bersujud dan berkata “Segala puji bagi Allah”. Maka Allah berfirman, “Untuk itulah Kuciptakan engkau dan Kunamakan engkau Muhammad. Daripadamulah Aku memulakan kejadian makhluk2 ku ini dan denganmulah Aku menyudahi Rasul-Rasul”.

Kemudian Allah membahagi2kan Nur itu kepada 4 bahagian. Daripada bahagian pertama dijadikanNya Lauh Mahfuz, daripada yang kedua dijadikan nya Qalam. Kemudian Allah berfirman kepada Qalam, “Tulislah”. Kemudian Qalam berkata, “Apakah yang perlu kutulis? Allah berfirman, “Tulislah Laa Ilaha Illallah, MuhammadurRasulullah”. Maka Qalam itu pun menulislah apa yang diperintahkan dan setelah itu ia mengikut ilmu Allah (dengan menulis) semua perkara berhubung dengan makhluk2Nya.

Di antara lain, Qalam menulis, “Wahai anak-anak Adam daripada sulbinya! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Nuh! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Ibrahim! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Musa! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Muhammad! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah…..” Qalam sudah hampir menulis “akan dimasukkanNya ke dalam neraka” tiba-tiba terdengar seruan daripada Allah, “Wahai Qalam! Beradablah”. Maka pecahlah Qalam itu kerana kehebatan Allah dan tertulis noktah2, bintik2 atau titik2.

[Nota: Inilah asal-usul setiap qalam biasa di dunia (tidak kiralah berapa hebatnya teknologi printing atau pengimejan kita) tidak akan menulis melainkan dalam keadaan terpecah-pecah atau berbintik-bintik – hari ini kita kira atau panggilnya sebagai “dpi” atau dot per inch atau kadang2 kita panggilnya sebagai “pixels”]

Allah kemudiannya berfirman kepadanya, “Tulislah Wahai ummat Muhammad! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah akan dicatatkan sebagai dosa tetapi Allah Maha Pengampun”.

[Nota: Perhatikan tulisan Qalam yang ini ialah hanya untuk ummat Muhammad sahaja]

Kemudian daripada bahagian yang ketiga Nur itu Allah menjadikan arasy.

Bahagian Nur keempat pula dibahagikan lagi kepada empat bahagian. Yang pertama daripadanya dijadikan Akal. Yang kedua dijadikan Ma’rifat. Dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang. Jika anda perasan, semua Nur-Nur ini adalah daripada Nur yang mula2 sekali dijadikan Allah dan diberi nama Muhammad. Oleh itu Nur yang diberi nama Muhammad ini adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan.

Bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di bawah arasy sehingga Allah menjadikan Adam dan diperintahkan malaikat supaya bersujud kepadanya.

Adam dimasukkan ke dalam syurga, ketika itu malaikat berdiri di bahagian belakang Adam bersaf-saf. Mereka memandang kepada Nur Muhammad lalu berkatalah Adam, “Wahai Tuhan! Kenapakah malaikat ini berdiri di belakangku bersaf-saf?” Allah berkata, “Wahai Adam! Mereka memandang kepada Nur Kekasihku (Muhammad) penyudah sekelian Rasul yang akan Ku keluarkan daripada sulbi belakangmu.”

Adam mendengar Nur itu bertasbih dengan tasbih yang agung. Kemudian Nur itu berpindah daripada Adam kepada Hawa. Adam melihat Nur itu pada wajah Hawa bersinar-sinar. Kemudia Hawa melahirkan Rasul yang mula-mula daripada anak Adam iaitu Syith. Maka hilanglah Nur itu daripada wajah Hawa , berpindah pulalah ia kepada Syith. Adam meminta kepada Syith agar tidak diletakkannya Nur itu melainkan pada perempuan-perempuan yang suci.

Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib dan seterusnya diletakkan kepada Aminah. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikanNya penghulu sekelian Rasul dan penyudah sekelian Rasul. Dijadikannya rahmat kepada sekelian alam dan pemimpin kepada orang-orang yang bertuah.

Kita tutup Part 6 ini dengan [Surah An-Nur: Ayat 24-35] yang ertinya… “Allah memberi nur langit dan bumi. Perumpamaan nurNya adalah seperti suatu misykat di mana di dalamnya ada suatu lampu, lampu itu ada dalam gelas, dan gelas itu seperti bintang yang berkelip, dinyalakan dari pohon yang terberkati, suatu zaitun yang tak terdapat di timur maupun di barat, yang minyaknya saja hampir-hampir sudah bercahaya sekalipun api belum menyentuhnya; cahaya di atas cahaya. Allah menunjukkan siapa yang dikehendakiNya kepada nurNYA itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah maha mengetahui tiap-tiap sesuatu”.

.

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 7 of 7]



Setelah menelusuri Part 1 hingga Part 6, rasanya kita sampai kepada situasi di mana kita boleh membincangkan persoalan2 asal yang dipaparkan dalam siri kali ini. Ia melibatkan persoalan2 pokok seperti berikut:

(i) Roh adalah operator atau “user” bagi 2 komputer mikro hebat bernama kelenjar pineal dan otak. Apa itu roh? Apa kena mengena roh dengan Nur yang diberi nama Muhammad?;

(ii) Pada mulanya, semasa kita dalam rahim ibu, kelenjar pineal digunakan oleh roh untuk mentadbir jasad dan apabila kita dilahirkan otak mula diaktifkan bagi mengambil alih peranan kelenjar pineal. Mengapa?;

(iii) Setelah roh mula mengawal otak sepenuhnya ketika umur kita 6 atau 7 tahun, kelenjar pineal mengalami proses “reboot” dan seterusnya duduk dalam “stand-by mode” atau mod tunggu-sedia. Stand-by untuk apa? Sedia untuk apa?

(iv) Kita telah berkenalan sedikit sebanyak dengan makhluk bernama “Aslaik La”. Selepas peristiwa Banjir Besar, “Aslaik La” telah memenjarakan fikiran manusia. Bagaimanakah dan apakah peranan akhir “Aslaik La” untuk melepaskan semula fikiran manusia daripada penjara ini? Adakah pelepasan fikiran daripada penjaranya memerlukan kita memenuhi syarat tertentu?

(v) Apakah natijah dan akibat apabila fikiran manusia terlepas daripada penjara ini?

Memang memeningkan untuk menjawab semua soklan di atas satu-persatu. Namun demikian, mungkin nukilan sebuah kisah disulami buah2 fikiran boleh dihidangkan untuk memberikan kita klu2 kepada jawapan2 bagi persoalan2 ini. Sebelum itu, perlu saya ulangi lagi apa yang biasa saya katakan. Diharapkan anda cuba memikirkan apa yang cuba disampaikan sebelum melontarkan komen2 seperti “Carilah guru yang mursyid”. Atau “Apa kelayakan penulis untuk membincangkan hal ini?” Atau “Bahaya berfikir tentang hal ini…. boleh merosakkan aqidah…”, “Astaghfirullah… penulis dah sesat” dan berbagai2 lagilah bentuk komen yang seumpamanya. Semoga Allah sentiasa memelihara pegangan kita bila memikirkan tentang hal2 berat seperti ini selagi niat tidak lain dan tidak bukan hanya mencari redha Allah.

Sekarang, saya kongsikan cerita2 yang saya ambil daripada beberapa sumber.

Selepas Allah menjadikan roh2 buat mengisi kelongsong pelbagai jenis makhluk2 nya, Allah pun bertanya… “Siapakah di antara kalian yang sanggup untuk menjadi manusia?” Maka semua roh pun ditunjukkan oleh Allah tentang apakah itu manusia serta darjatnya di sisi Allah. Sekalian roh2 segera menolak seraya berkata… “Kami tidak sanggup ya Allah, kami takut tidak terpikul amanahMu dan akan menjadi kufur serta engkar!” Allah pun bertanya lagi… “Mengapa pula takut jadi begitu sedangkan telah Kutunjukkan kelebihan2 manusia yang tiada taranya di kalangan makhluk2 Ku yang lain?” Sekalian roh2 pun menjawab… “Memang benarlah tentang kelebihan2 itu, tapi Kau juga telah meletakkan sesuatu yang rasanya tidak dapat dikawal oleh manusia sebati dengan jasad yakni NAFSU, EGO serta FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA.”

Allah pun berfirman lagi… “Tapi Aku juga meletakkan serta mengekalkan kelak KALBU (HATI) dan AKAL yang sebati dengan kalian semua walau pun kalian duduk di dalam jasad manusia. Dan kemudian aku tambah dengan suatu perkara lagi yang hanya akan diketahui apabila kalian mengisi kelongsong jasad manusia. Sekarang, bagaimana?” Sekalian roh2 pun menjawab… “Tapi kami tidak mengerti tentang perkara yang kau tambahkan itu.” Akhirnya Allah berfirman… “Aku tidak menzalimi makhluk2 Ku.”

Mendengarkan tentang hal ini, segera menjawab sekumpulan roh2. Mereka berkata… “Kami sanggup menjadi manusia ya Allah!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini… “Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersenang-lenang. Kelak di bumi, dalam senang-lenangmu, kau tetap berjaya mencari perkara yang Aku tambahkan dan kalian akan menemui Aku. Sesetengah daripada kalian aku lantik menjadi Rasul2, Nabi2 dan Wali2 Ku. Apabila kalian mati dan dibangkitkan semula, Aku letakkan kalian di dalam Jannah selama-lamanya.”

[Nota: maksud bersenang-lenang bukanlah kaya-raya dengan harta-benda dan anak-pinak, tetapi kelapangan dan ketenangan hati]

Kemudian menjawab pula sekumpulan roh2 lain. Mereka berkata… “Kami pun sanggup menjadi manusia ya Allah!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini… “Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersusah-payah. Kelak di dalam susah-payahmu, engkau tidak akan menemui apa yang Aku tambahkan tetapi kalian tetap berjaya mencari Aku. Apabila kalian mati dan dibangkitkan semula, Aku letakkan kalian di dalam Jannah selama-lamanya.”

Selepas itu, segera menjawab pula sekumpulan lagi roh2. Mereka berkata… “Kami sanggup menjadi manusia ya Allah dengan syarat Kau izinkan kami menemui apa yang Kau tambahkan itu!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini… “Nyata kalian ragu2 kepada sifat PemurahKu dan hanya mahukan kesenangan tanpa rasa malu. Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersenang-lenang untuk suatu masa. Kelak di bumi, dalam senang-lenangmu, kau akan lupa mencari Aku kecuali sebahagian kecil daripada kalian. Apabila kalian mati dan dibangkit semula, Aku akan campakkan kalian di dalam Neraka. Sebahagian kalian akan kekal di dalamnya manakala sebahagian kalian pula akan Aku keluarkan daripada Neraka dan Aku masukkan ke dalam Jannah dengan sifat PengampunKu”.

Melihatkan semua yang berlaku ini, sekumpulan lagi roh2 lain pula berkata… “Kami pun sanggup menjadi manusia ya Allah. Terpulanglah pada Mu sekiranya Kau izinkan untuk kami menemui apa yang Kau tambahkan itu. Sekiranya Kau tidak izinkan nercaya kami akan mencarinya sendiri di dalam jasad manusia kami!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini… “Kalian ragu2 kepada sifat PenyayangKu dan merasakan diri kalian tidak bergantung kepada Ku. Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersusah-payah. Kelak di dalam susah-payahmu, kau akan melupakan Aku. Apabila kalian mati dan dibangkitkan semula, Aku akan campakkan kalian ke dalam Neraka selama-lamanya kecuali sebahagian yang sempat bertaubat di atas keengkaran kalian semenjak di alam roh ini lagi.”

Selepas berakhir semuanya ini, tiada lagi roh2 yang berani dan sanggup menawarkan diri mereka untuk menjadi manusia. Maka Allah berfirman… “Kalian yang lain2 akan aku isi di dalam kelongsong makhluk2 Ku yang lain2. Sesetengahnya menjadi makhluk hampir2 menyerupai manusia dan sesetengahnya tidak. Sesetengahnya mukallaf dan sesetengahnya tidak. Aku Maha Mengetahui setiap sesuatu.”

Daripada kisah ini, sanggupkah kita renung2 kan, kumpulan roh2 jenis manakah kita ini? Adakah kita hidup berpandu NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA? Kadang2 kita suka sangat berkira-kira sehingga dengan Allah pun kita hendak berkira-kira.

Setelah membaca tentang hal2 di atas… tentu anda perasan yang persoalan tentang kelenjar pineal, otak dan “Aslaik La” masih belum disentuh lagi. Baiklah… adapun kelenjar pineal itu ialah sesuatu yang bukan sebahagian daripada roh dan bukan pula sebahagian daripada jasad. Inilah dia perkara yang ditambahkan kepada manusia sekaligus dengan DNA kita yang lengkap dengan segala-gala ilmu. Ia merupakan jambatan alam halus dan alam fizikal. Seperti diberitahu sebelum ini, apabila kita berumur 6 atau 7 tahun, otak pun mengambil alih peranan kelenjar pineal bagi digunakan oleh roh untuk mentadbir jasad. Kelenjar pineal “reboot” dan menunggu dalam kedudukan “stand-by”. Tujuan kedudukan “stand-by” ini ialah supaya “Aslaik La” boleh mengaksesnya. Kelenjar pineal kita diakses untuk menentukan apakah tindakan yang patut diambil oleh “Aslaik La” kepada kita. Apa maksudnya?

Pernahkah anda merasakan jiwa anda kosong? Jiwa diselubungi perasaan murung dan mendung. Semua benda tidak menarik untuk dilakukan. Nak makan pun tak selera, nak buat apa2 pun rasa tak menarik. Asyik mengeluh dan mengeluh… namun jiwa semakin tertekan. Kadang2 untuk keadaan yang ekstrem, terbit pula sel2 kanser yang mula memberontak dan memakan jasad kita. Ini adalah simptom yang menunjukkan kelenjar pineal kita dalam keadaan nazak.

Bagi kelenjar pineal yang nazak begini, “Aslaik La” akan mengetatkan kunci penjara fikiran. Semakin nazak kelenjar pineal, semakin ketat kunci penjara fikiran. Mengapa? Tujuannya ialah bagi mengecilkan NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA. Ini supaya lebih mudah kita kembali ke pangkal jalan dan memperbaiki keadaan kita.

Bagi kelenjar pineal yang sihat pula, “Aslaik La” akan melonggarkan penjara fikiran. Jiwa akan terasa bercahaya. Semua yang dilakukan serba menjadi dan menambahkan rasa bahagia serta gembira. Malah, sekiranya keadaan ini berterusan, KALBU (HATI) dan AKAL menjadi amat perkasa sehingga penjara fikiran akan termusnah sama sekali.

Apabila fikiran terbebas daripada penjaranya… apakah yang akan berlaku? Di sinilah letaknya sesuatu yang amat2 merbahaya. NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA akan berada di tahap yang tertinggi. Sekiranya tersalah langkah, kita akan memilih dunia dan melupakan akhirat. Kita akan lupa dan hilang rasa belas kasihan kepada manusia atau makhluk2 lain. Akan tetapi, sekiranya kita boleh mengawal NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA ini, sambil mengekalkan sikap zuhud dan merendah diri kita, segala2 ilmu dan berkat akan merapati kita. Terbongkarlah misteri alam sejagat satu-persatu.

Demikianlah berakhirnya siri 7 Part atau 7 Bahagian ini. Diharapkan ianya dapat menerbitkan buah2 fikiran yang menjadi manfaat bagi sesetengah orang dan mungkin pula ianya menjadi mudharat bagi sesetengah yang lain.

Allahu’alam… Wassalam – zulsegamat

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s