SIFAT RELATIF DAN KEKENYALAN MASA

Apa sahaja yang kita lihat, rasa, dengar mahu pun apa yang kita ukur serta sukat adalah sesuatu yang relatif. Tidak ada satu pun yang benar-benar boleh dikatakan pasti atau tetap pada satu-satu keadaan. 

Ia amat relatif dan sentiasa relatif di antara satu keadaan dengan satu keadaan yang lain dengan satu keadaan yang lain. Amacam… Konpius ka? Ok… ok… sebelum saya terus merepek lebih lanjut tentang relatif ini, mungkin lebih baik kita cuba fahami dulu istilah “relatif” ini. 

Relatif berasal dari perkataan omputih “relate” yang membawa makna “berkait”. Jadi relatif bermaksud “sifat berkait”. Dalam konteks tertentu, boleh juga digunakan takrifan “pergantungan”. Sebagai contoh: 

KECANTIKAN ADALAH RELATIF… IA BERGANTUNG KEPADA PANDANGAN MASING-MASING

Ini bermaksud kecantikan itu bergantung kepada mata yang memandangnya seterusnya berkait dengan otak yang menafsirnya. Got it?

Seterusnya kita akan telusuri  pula satu teori yang agak kontroversi mengenai relatif ini, tak lain dan tak bukan adalah Teori Relativiti yang diperkenalkan oleh seorang saintis yang tidak asing lagi kepada kita iaitu Albert Einstein. 

Ada yang mengatakan bahawa Einstein ini seorang Yahudi dan ada yang kata dia seorang Jerman dan juga seorang Austria, mungkin juga benar, tapi yang pastinya Einstein ini bukan seorang Atheis. Beliau mempercayai keberadaan, kewujudan dan kekuasaan Tuhan. Ini boleh dilihat dalam beberapa quotes dari beliau. Ini salah satu contohnya:

Ok… cukup. 

Lupakan dulu persoalan tentang siapa Einstein, kita lihat dan fokus dulu teori beliau ini untuk kita lihat apa signifikannya teori ini dalam bidang sains mahupun kehidupan.

TEORI RELATIVITI

Teori relativiti ini tidak bercanggah dengan Al Quran malah tersokong lagi disokong di dalam beberapa ayat di dalamnya. Di antara  yang menerangkannya dengan agak jelas adalah di dalam surah Al Kahfi.

[QS 18:10] (Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdo’a: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” 

[QS 18:11] Maka Kami tutup telinga merekabeberapa tahun dalam gua itu

[QS  18:18] Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. 

[QS 18:19] Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (disini) sehari atau setengah hari”. Berkata (yang lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.  

QS 18:25] Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi).

Dalam Teori Relativiti ini terdapat beberapa formula dan kesimpulan yang dihasilkan. Di antaranya ialah “Time Dilation” atau Pelebaran Masa. 

Masa boleh melebar atau mengecut? Adakah masa bersifat kenyal? Macam getah?

KEKENYALAN MASA

Sebelum kita kaitkan dengan ayat ayat dari surah Al Kahfi ini, adalah lebih baik kita menonton dulu video di bawah untuk memahami konsep tentang Teori Relativity dan khususnya mengenai Time Dilation.



Salah satu dari kesimpulan menarik yang terhasil dari teori ini adalah :

“You age slower when you move faster.”
“Umur anda lebih panjang jika anda bergerak lebih laju”

Dan formula yang terhasil dari penyataan di atas ialah :


Dalam surah Al Kahfi, t1 merujuk kepada 309 tahun manakala t merujuk kepada 1 hari. v merujuk kepada kelajuan dan c merujuk kepada kelajuan cahaya. 

Berdasarkan formula ini, untuk tmenjadi 309 tahun sedangkan t adalah satu hari, maka kelajuan(v) harus satu nilai yang besar. Lihat frasa yang di highlightkan dari ayat 11 dan 18 surah al kahfi tadi :

“Kami tutup telinga mereka”
“Dan kami bolak balikkan mereka ke kanan dan kekiri”

Dua frasa ini menunjukkan mereka ini digerakkan ke kanan dan ke kiri dengan kelajuan yang amat laju. Buktinya adalah telinga mereka ditutup. Seperti kita tahu dalam pergerakan ke kanan dan ke kiri dengan laju akan menghasilkan frekuensi yang amat tinggi. Frekuensi yang tinggi ini boleh mengakibatkan impak kecederaan kepada gegendang telinga. Frasa di bawah ini pula mengukuhkan lagi hujah ini :

“kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka”

Sudah pasti kalau sesiapa yang melihat pergerakan atau keadaan yang amat laju dan ganjil itu akan menakutkan mereka yang melihatnya.(Tidak tidur dalam keadaan biasa). 

Berapa kelajuan sebenar pergerakan itu? Anda boleh lah masukkan sendiri nilai-nilai ke dalam formula di atas untuk mendapat kelajuan(v) yang sebenar. Tukarkan t1 (309 tahun kepada saat) dan t juga (1 hari kepada saat) manakala c adalah 299,792,458 m/s. Kira sendiri yer…

Teori Relativiti ini sebenarnya jika difahami dan  dihayati dengan lebih mendalam akan dapat menyingkap banyak lagi persoalan-persoalan yang seringkali bermain di fikiran kita jika kita adalah seorang pemikir dan pencari yang dahagakan kefahaman tentang keberadaan diri kita dan alam ini. 

Akhirnya tidak satu pun yang kita pegang, rasa dan lihat ini adalah satu yang  nyata. Ia hanyalah relatif-relatif kepada satu keadaan dengan keadaan yang lain.

Itu saja nukilan saya kali ini.

Apa pun, sentiasalah kita beringat… tidak ada yang wujud selain wujudnya dia yang Maha Pencipta.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s