NABI SYITH

Riwayat dari Abu Dzar al-Ghifari dalam kitab Tarikh Thabari berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w…

Nabi Syith atau Seth شيث anak lelaki ketiga kepada Nabi Adam a.s. dan Hawa, juga merupakan adik bungsu terakhir kepada Habil dan Qabil. 
Dia satu-satunya anak Nabi Adam yang dilahirkan oleh Hawa tidak mempunyai kembar. Ada pendapat mengatakan bahawa Nabi Syith dilahirkan selepas tragedi pembunuhan Habil oleh Qabil. 

Hawa percaya akan kekuasaan Tuhan yang akan menggantikan Habil dengan yang lain, oleh itu Tuhan telah memberikan Syith sebagai pengganti.

Syith diangkat sebagai nabi kedua dan menjadi salah seorang dari beribu-ribu Nabi yang diutuskan oleh Allah sepanjang zaman menurut pandangan Islam, Kristian dan Yahudi.

Menurut Ibnu ‘Abbas, ketika Syith dilahirkan, Nabi Adam berusia 930 tahun. Nabi Adam memilih Syith sebagai ketua sebab anaknya yang satu ini memiliki kelebihan dari segi keilmuan, kecerdasan, ketakwaan dan kepatuhan dibandingkan dengan semua anaknya yang lain. 

Sebagai Nabi, Syith menerima perintah-perintah dari Allah yang tertulis dalam 50 sahifah.

Dalam kitab Qasas al-Anbiya menyebutkan bahawa setelah menderita sakit selama 11 hari, Nabi Adam wafat. Ketika masih sakit, Nabi Adam berwasiat kepada Syith untuk menggantikannya sebagai pucuk kepemimpinan umatnya. Nabi Adam juga mengingatkan Syith untuk menjaga rahsia ini agar tidak diketahui oleh Qabil, yang pendengki.

Menurut riwayat ulama Wahab bin Munabbih mengatakan, ketika Nabi Adam wafat, Syith telah berusia 400 tahun, dan telah diberikan beberapa kurnia. 

Dia diberikan tabut, tali, pedang, dan seekor kuda yang bernama Maimun yang telah diturunkan dari syurga. Diriwayatkan bahawa apabila kudanya berbunyi suara, maka semua binatang yang melata di bumi menyambutnya dengan tasbih. 

Syith telah diwasiati untuk memerangi saudaranya, Qabil. Dia pergi untuk memerangi Qabil dan akhirnya perang itu pun telah berkecamuk dan dikatakan bermulalah era manusia berpuak-puak serta berpecah belah mengikut siapa yang mereka pilih menjadi ketua masing-masing. 

Itulah perang pertama yang terjadi di antara anak-anak Adam di muka bumi. 

Dalam peperangan itu, Syith memperolehi kemenangan dan menawan Qabil.

Qabil sebagai tawanan berkata:
“Wahai Syith, jagalah persaudaraan di antara kita.”

Syith berkata, “Mengapa engkau sendiri tidak menjaganya? Engkau telah membunuh saudaramu, Habil.” 

Kemudian Qabil ditawan oleh Syith; kedua tanganya dibelenggu di atas bahunya, dan dia ditahan di tempat yang “panas” hingga meninggal dunia. 

Anak-anak Qabil kemudiannya telah berkumpul untuk mengebumikan Qabil. Ketika meeeka baru hendak mengebumikan Qabil, Iblis datang kepada mereka dengan menyerupai malaikat. Iblis berkata kepada mereka, “Jangan dikubur bapa kamu bumi.”

Iblis membawa dua biji batu hablur yang telah tebuk tengah-tengahnya, dan menyuruh mereka memasukkan Qabil ke dalam ruang antara dua batu hablur itu, memakaikannya pakaian terindah dan mengenakan minyak pada mayatnya dengan ramuan-ramuan tertentu sehingga mayat Qabil tidak menjadi kering. Lalu Iblis menyuruh mereka menyimpannya di sebuah rumah, diletakkan di atas kursi yang dibuat daripada emas dan memerintahkan kepada setiap orang yang masuk ke rumah itu untuk bersujud kepadanya sebanyak tiga kali. 

Iblis memerintahkan kepada mereka untuk merayakan upacara setiap tahun untuknya dan berkumpul di makamnya. Kemudian Iblis mewakilkan urusan ini kepada Syaitan. Maka Syaitan itulah yang kemudian berbicara dengan mereka sehingga manusia terus-menerus sujud kepada Qabil.

Setelah Nabi Syith menunaikan tugasnya memerangi Qabil, Nabi Syith kembali ke negeri Hind (India) dan menetap di sana sebagai hakim yang adil di antara manusia.

Wahab bin Munabbih mengatakan bahawa Hawa, isteri Adam, meninggal dunia ketika zaman anaknya, Syith. Setelah Adam meninggal, setahun kemudian Hawa meninggal dunia pada hari Jumaat dalam waktu yang sama ketika dia diciptakan Allah. 

Diriwayatkan bahawa Hawa dikuburkan berdekatan dengan Adam. Setelah ketiadaan Nabi Adam dan Hawa, Allah telah menurunkan 50 sahifah kepada Syith. Nabi Syith adalah dicatat sebagai orang pertama yang mengeluarkan kata-kata hikmah, orang yang pertama melakukan perdagangan dengan emas dan perak, orang pertama yang memperkenalkan Mualamat (jual beli), membuat sukat timbangan serta takaran dan orang pertama yang menggali hasil dari sumber dalam bumi.

Nabi Syith mempunyai seorang anak lelaki bernama Anusy. Di kening Syith terdapat cahaya Muhammad s.a.w yang berpindah kepadanya dari Adam. Setelah Anusy lahir, cahaya tersebut berpindah ke kening Anusy.

Syith tahu bahawa ajalnya telah hampir. Dia melihat rambut-rambutnya telah memutih. Nabi Syith meninggal dunia pada umur 1042 tahun.

Wahab bin Munabbih mengatakan, setelah Syith meninggal, dia digantikan oleh anaknya, Anusy. Sebelum meninggal dunia, Syith menyerahkan tabut, tali, suhuf, dan cincinnya kepada Anusy. Anusy menerimanya dengan baik dan memutuskan untuk menerima tanggungjawab dengan kebenaran. 

Anusy bernikah dengan seorang wanita, seperti juga bapa dan datuknya bernikah dengan bermaharkan salawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kemudian isterinya mengandungkan seorang anak. 

Setelah anakya itu dilahirkan, cahaya Muhammad saw yang ada pada Anusy pindah ke wajahnya. Anak tersebut diberi nama Qainan. Sebelum meninggal dunia, Anusy menyerahkan tabut dan suhuf kepada anaknya, Qainan. Dia memberi wasiat dan mengangkat Qainan sebagai penggantinya.

Wahab bin Munabbih mengatakan, setelah Qainan dilantik sebagai pemimpin, dia di antara manusia yang memerintah dengan adil serta memiliki peribadi yang sangat baik. 

Qainan kemudian bernikah dengan seorang wanita yang bernama Uthnuk. Uthnuk mengandung seorang anak laki-laki. Ketika lahir, anak tersebut dinamakan Mahlaila dan cahaya Muhammad saw pindah pula ke keningnya. Setelah Qainan meninggal dunia, maka tabut dan suhuf diwariskan kepada anaknya dan menjadikannya sebagai pengganti bapanya. 

Diringkaskan kisah… ketika Mahlaila meninggal dunia, cahaya Muhammad beralih ke anaknya yang bernama Yarid. Yarid meninggal dunia dan cahaya itu berpindah ke anaknya yang bernama Ukhnukh, yang kemudian dikenal dengan Idris a.s.

IDRIS BIN UKHNUKH BIN YARID BIN MAHLAILA BIN QAINAN BIN ANUSY BIN SYITH A.S BIN ADAM A.S.

Itulah kisah ahli keluarga terawal kita… keturunan kita… datuk kita… bapa kita…

Betapa hebatnya Nabi kita yang kita kasihi Nabi Muhammad s.a.w. yg sejak dari dulu lagi cahaya wajah baginda diberikan kepada para anbiya’ dan rasul-rasul sebelum kita…

PESANAN Nabi Adam a.s. kepada Nabi Syith A.S ( YANG JUGA BUAT KITA CUCU-CICITNYA)

(1) Janganlah kamu merasa tenang dan aman hidup di dunia kerana aku dulu pernah merasa tenang dan aman hidup di syurga yang bersifat abadi, sehingga aku terlalai dikeluarkan oleh Allah daripada syurga.

(2) Janganlah kamu bertindak menurut kemahuan isteri – isteri kamu kerana aku dulu bertindak menurut kemahuan isteriku (Hawa), sehingga aku memakan buah dari pohon terlarang, lalu aku menjadi menyesal.

(3) Setiap perbuatan yang kamu lakukan, renungkan terlebih dahulu akibat dan musibahnya yang akan berlaku. Seandainya aku dulu merenungkan akibat suatu perkara, tentu aku tidak tertimpa musibah seperti ini.

(4) Ketika hati kamu merasakan bimbang akan sesuatu, maka tinggalkanlah ia kerana ketika aku hendak makan buah khuldi, hatiku merasa bimbang, tetapi aku tidak menghiraukannya, sehingga aku benar-benar menemui penyesalan.

(5) Bermusyawarahlah mengenai suatu perkara, kerana seandainya aku bermusyawarah dengan para malaikat dulu, tentu aku tidak akan tertimpa musibah.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s