TEMBERANG TEORI “RAHMAN”

—–

Ini adalah sekadar temberang. Jangan ada yang percaya pulak.



Pasti ramai yang sudah membaca tentang teori RAHMAN ni. Malahan, rasanya ramai juga yang telah menulis dari pelbagai perspektif dan sudut pandangan yang bermacam ragam.

Persoalan pokoknya, sejauh manakah kebenaran disebalik teori ini? 

Daripada pandangan umum, ada yang berkata ianya hanyalah suatu kebetulan atau mitos sahaja, malah tiada asas langsung dari sudut syarak. Akan tetapi, ada pula yang berpendapat, sebenarnya ada makna yang tersirat di sebalik teori ini. 

Hakikat inilah yang membawa kita ke persoalan yang berikutnya, apakah kaitan teori ini dengan pucuk pemerintahan dan masa depan negara?

Apa yang pasti, sesungguhnya, hanya Allah swt yang mengetahui akan rahsia alam Melayu ini, alam-alam lain dan segalanya itu milik Allah swt. Dalam artikel pendek ini, dengan sedikit ilham yang dicetuskan dari Allah Yang Maha Esa, saya ingin berkongsi sedikit pandangan melalui beberapa petanda yang terdapat di dalam surah Ar-Rahman.

Mengapa? 

Ada sumber-sumber tertentu yang memberitahu, tercetusnya idea orang yang mula-mula mengajukan teori Rahman ini ialah sewaktu beliau sedang giat mengkaji surah Ar-Rahman sambil memikirkan masa depan politik Melayu dan Malaysia.

Seperti lumrahnya, apabila teori Rahman ini tersebar secara luas kepada masyarakat umum, maka mulalah bercambah berbagai-bagai spekulasi serta versi-versi lain tentangnya.

———————————————————————

Ok, sekarang mari kita lihat asal usul teori Rahman menurut kisah di atas yang dikatakan sebagai sumber sebenar.

Melalui pengamatan dari sudut ilmu matematik Islam, surah Ar-Rahman ini mengandungi beberapa kod rahsia dan sekiranya kita dapat memahami petanda dari kod ini, insyaAllah ianya mungkin dapat merungkai rahsia di sebalik teori RAHMAN ini.

Sebelum saya menjurus terus kepada kod rahsia yang terdapat di dalam teori RAHMAN tersebut, marilah kita imbas kembali apakah yang dikatakan teori RAHMAN itu dari sudut definasi.


Huruf    Membawa Maksud Nama Pemimpin
1     R                              Rahman
2     A                           Abdul Razak
3     H                           Hussein Onn
4     M                             Mahathir
5     A                        Abdullah Badawi
6     N                                Najib


Samada kita sedari atau tidak, pada awal merdeka Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 itu membawa seribu makna.

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (betul ke dah merdeka?) selepas dijajah selama lebih kurang 446 tahun itu dimuliakan pula dengan pemimpin  yang meminjam-pakai salah satu daripada 99 nama Allah (Asmaul Husna) iaitu Ar-Rahman. 

Bumi ketika itu telah melahirkan 2 pemimpin besar negara yang bernaung dibawah nama RAHMAN. Pemimpin RAHMAN yang pertama menjadi  Yang di-Pertuan Agong Malaysia Pertama, iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad manakala pemimpin RAHMAN yang kedua pula adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Secara kebiasaannya, sudah menjadi rasmi orang Islam, memberikan nama yang elok pada bayi yang baru lahir agar orangnya esok menjadi insan baik lagi mukmin. Begitu jugalah dengan negara. Sesungguhnya Ar-Rahman itu membawa maksud Allah swt Yang Maha Pemurah mengurniakan banyak nikmat dan rezeki kepada semua makhluk tanpa mengira sama ada mereka mukmin, muslim atau kafir.

Apakah penggunaan nama RAHMAN ini ada membawa makna yang tersirat? 

Sekiranya benar, adakah ini merupakan suatu petanda atau petunjuk dari Allah swt di atas rancangannya  ke atas bumi Malaysia ini yang juga pernah suatu ketika dahulu dikenali sebagai Suvarnabhumi di dalam Bahasa Sanskrit yang membawa erti Semenanjung Emas?  Disebaliknya pula, adakah ini hanyalah kebetulan atau mitos semata-mata?

Dengan lafaz Bismillah, RAHMAN itu adalah salah satu nama Allah swt yang sering kita amalkan di dalam zikir Asmaul Husna. Dan sekiranya penilaian saya ini betul, maka jawapan pada teori RAHMAN tersebut terletak di dalam surah Ar-Rahman. 

Mari kita lihat surah yang ke-berapa Surah Ar-Rahman itu terletak didalam Al-Quran. Surah Ar-Rahman di dalam kitab suci Al-Quran itu jatuh pada Juz 55.

Melalui penggunaan ilmu matematik Islam, nama RAHMAN itu juga berjumlah 55 (jika dicampur kesemua huruf abjad tersebut mengikut turutan nombor) seiring dengan surah ke-55 Ar-Rahman. Inilah pecahan kod rahsia yang pertama.

Huruf           Turutan Nombor Dalam Sistem Abjad
   R                                         18
   A                                          1
   H                                          8
   M                                        13
   A                                          1
   N                                         14

Jumlah                                    55

Persoalan seterusnya, apakah khaitan nombor 55 dengan teori RAHMAN ini?

Sekiranya kita imbas kembali, selepas merdekanya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, pilihanraya yang diadakan selepas kemerdekaan diadakan pada tahun 1959. Ini merupakan tarikh penting didalam sejarah negara kerana pada pilihanraya inilah, Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mendapat mandat secara mutlak daripada rakyat untuk memerintah negara.

Maka, tahun 1959 inilah merupakan pecahan kod rahsia yang kedua di dalam teori RAHMAN. 

Apa yang saya cuba maksudkan di sini adalah, sekiranya tahun 1959 (pecahan kod rahsia kedua) itu dicampur dengan jumlah nombor 55 (pecahan kod rahsia pertama) maka jumlahnya adalah 2014.

Jadi, persoalan seterusnya, apakah rahsia di sebalik angka 2014 itu dan kaitannya dengan teori RAHMAN? 

Pada pengamatan saya, angka 2014 ini menjurus kepada peristiwa besar yang telah berlaku pada tahun 2014 tapi kebanyakan kita langsung tidak menyedarinya. Apakah peristiwa tersebut? 

Ramai yang melihat tetapi mungkin ramai yang menganggap ianya hanya sebuah lambang. Dan lambang ini pula digunakan oleh sebuah parti politik tertua di Malaysia yang dikenali sebagai “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai  “United Malays National Organisation (UMNO) yang telah ditubuh lebih kurang 66 tahun dahulu  pada 11 Mei 1946.

Ingin di ingatkan di sini, artikel ini hanya tertumpu ke arah kajian untuk merungkai akan kewujudan keris hijau yang tertera pada bendera UMNO dan kaitannya dengan teori RAHMAN sahaja. Persoalan yang juga cuba di utarakan di sini adalah, apakah makna tersirat di sebalik keris hijau ini dan benarkah ianya benar-benar wujud? 

Mungkin ramai yang menganggap keris hijau ini hanya sebuah lambang pada bendera UMNO. Akan tetapi, berapa ramaikah ahli UMNO yang pernah bertanya, sekiranya ianya benar-benat wujud, di manakah ianya disimpan dan apakah peranannya di dalam perjuangan UMNO? Siapa sebenarnya di belakang UMNO?

Persoalan yang seterusnya,  mengapa pula warnanya hijau kerana masyarakat Melayu itu sendiri sedia maklum keris buatan Melayu tiada pernah yang kita lihat berwarna hijau. 

Setelah sekian lama mencari jawapan akan kewujudan  keris hijau ini, saya akhirnya dengan izin Allah swt dapat bertemu dengan pemilik cerita yang memahami sejarahnya. Beliau adalah merupakan penyimpan rahsia khazanah Alam Melayu yang mana identitinya tidak boleh la diceritakan di sini dan terpaksa disorokkan.

Dengan lafaz Bismillah, kisahnya begini. 

Bak kata pujangga Melayu dahulu kala, Melayu dan Islam dalam konteks negara itu akan senantiasa beriringan bagaikan aur dan tebing. Sememangnya, Melayu dan Islam itu bagaikan isi dan kuku. Begitu rapatnya ikatan Melayu dan Islam, begitu jugalah rapatnya hubungan keris hijau ini dengan jati diri Melayu itu. 

Dan hijaunya pula yang jarang dapat dilihat pada keris-keris Melayu yang lain kerana melambangkan betapa penting dan khususnya peranan Melayu itu didalam memastikan agama Allah swt itu iaitu Agama Islam tetap berdiri tegak di bumi bertuah ini. Melayu nya itu tetap menganuti agama Islam dan bukan agama yang lain.

Inilah ikatan yang pastinya tidak dapat dipisahkan sejak zaman-berzaman. Secara tidak langsung, peranan Ulama dan Umarak itu telah sama-sama berganding bahu memastikan roh Islam itu senantiasa terpahat di dalam jati diri Melayu. 

Dari lipatan sejarah, bumi yang bertuah ini di mana nama asalnya Tanah Melayu sudah puluhan tahun menjadi rebutan pihak luar untuk dijajah. Bumi yang pernah dikenali sebagai Semenanjung Emas ini memiliki banyak rahsia menunggu ketibaan pemerintah Agong di suatu hari kelak. 

Pihak penjajah dari zaman Portugis, sehingga ke Belanda dan kemudiannya Inggeris  telah lama mencuba untuk merungkai  misteri ini. Walaupun mereka datang dari negara yang berlainan, tujuan mereka tetap sama iaitu demi memastikan bangsa Melayu di bumi bertuah ini dimurtadkan seiring dengan Perang Crusader yang dilancarkan oleh pihak Kristian ke atas umat Islam di seluruh dunia hingga hilangnya Khalifah Islam yang terakhir iaitu Ottoman di Turki. 

Sekiranya Melayu itu berjaya dimurtadkan ataupun paling kurang diliberalkan pemikiran mereka, maka sudah pasti mereka akan dapat menutup misteri Alam Melayu ini dari menjadi pautan pada kebangkitan Islam akhir zaman.

Tetapi ironinya di Tanah Melayu yang bertuah ini, usaha pihak Portugis, Belanda dan Inggeris untuk memurtadkan orang Melayu itu tetap gagal walaupun beratus tahun mereka mencuba. Walhal jika diperhatikan apa yang berlaku di sekeliling Nusantara, di mana wilayahnya merangkumi kepulauan Indonesia, Singapura, bahagian selatan Thailand, Filipina dan Timor Timur telah berjaya dimurtadkan secara berperingkat. 

Wilayah Nusantara ini suatu ketika dahulu merupakan kepulauan rumpun Melayu yang beragama Islam bernaung dibawah Sultan-Sultan yang menjaga wilayah masing-masing. Akan tetapi, apabila pihak penjajah berjaya memisahkan peranan agama dari aspek pemerintahan beraja, maka sedikit demi sedikit kuasa Sultan itu dihapuskan dan akhirnya peranan Sultan itu sendiri hilang hingga tiada yang bertakhta malahan kini tiada yang bertanah. 

Dengan lenyapnya peranan Sultan, maka rakyatnya lama-kelamaan berjaya dimurtadkan kerana tiada lagi peranan penguasa Islam sebagai khalifah untuk umat Islam di rantau Nusantara ini. 

Yang terselamat kini hanyalah Tanah Melayu, kini Malaysia dan sebuah negara kecil di utara Borneo iaitu Brunei Darulsalam. Tidakkah kita merasa pelik, kenapa bumi sekecil Tanah Melayu dan Brunei ini selamat dari ancaman penjajah yang bertuankan Freemason dan Illuminati? Dan apakah khaitan ini semua dengan keris hijau yang dimiliki UMNO dan apakah peranannya  dalam konteks Islam. 

Ok la, setakat ini sahaja saya boleh bercerita. Ingat katakuncinya:

Surah Ar-Rahman, apa telah berlaku tahun 2014 dan keris hijau UMNO.

Sekarang sudah tahun 2016 dan tidak lama lagi Plihanraya Umum ke-14 akan dijalankan pada tahun 2017 atau selewat-lewatnya 2018. 

Agak-agaknya apa yang akan berlaku nanti setelah RAHMAN tamat? 

Bagi yang betul-betul ada minat dan sanggup buat kajian sikit, insyaAllah akan tahu apa yang saya maksudkan.

Saya berhenti di sini… kalau cerita lebih-lebih, nanti ada yang marah pulak. Bagi yang langsung tidak faham apa yang cuba disampaikan di sini, tidak mengapa. Lupakan sahaja la hal ini. Nanti bila apa yang dijangka sudah berlaku, maka pada waktu itu akan faham la kita.

Oh ya… jangan lupa. Tak lama lagi akan wujud satu parti baru bernama Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Rasa-rasanya apa yang akan berlaku pada PRU ke-14 nanti?
Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s