YANG KAYA SEMAKIN KAYA DAN YANG MISKIN SEMAKIN MISKIN: KONSEP WANG FIAT (WANG KERTAS, WANG ELEKTRONIK DAN MATAWANG DUNIA)

Bagi ramai orang yang masih tidak faham atau kurang faham bagaimana Abang Roth mengawal nilai matawang sesebuah negara dan juga wang fiat US Dollar, mungkin analogi ini mudah utk dihadamkan.  Seterusnya, analogi ini akan disusuli dengan pencerahan yang lebih terperinci. Adalah diharapkan, kefahaman tentang hal ini dapat diperluaskan seluas-luasnya agar bermanfaat untuk semua.

Kita mulakan dengan analogi ini:

Suatu hari, Tuan Pengetua Sekolah telah mencadangkan di dalam mesyuarat guru2 tentang suatu aktiviti. Sekolah mereka perlu cari duit tambahan untuk menambah dana sekolah.

Dia beri cadangan yg mereka boleh buat Hari Kantin Sekolah.

Tuan Pengetua seterusnya bertanya… “Macam mana mekanisma kita nak buat untung? Apakah memadai hanya semata2 kita kerahkan semua guru2 serta murid2 berniaga dan kita ambil sewa tempat sahaja?”

Seorang guru bernama Cikgu Ali menjawab… “Tidak Tuan Pengetua. Pada hari kantin ni, kita jual kupon di mana, sesiapa yang ada kupon ini sahaja yang boleh membeli makanan pada Hari Kantin Sekolah tersebut. Jadi, masa hari kantin, kupon2  ini akan digunakan, duit kertas kita tidak akan gunakan. Peniaga2 yang ada kupon ini, akan kemudian menebus kupon2 ini dengan duit kertas”.

Pengetua bertanya…  “Tapi, macam mana pulak kita boleh dapat untung dari kupon2 ini?”

Cikgu Ali menjawab… “Saya harap Tuan Pengetua dan cikgu2 lain boleh serahkan urusan ini pada saya, saya akan uruskan.”

Jadi, bermula hari itu, bermulalah promosi Hari Kantin Sekolah.. setiap murid diwajibkan beli satu set kupon berharga RM10.

==================================

HARI KANTIN SEKOLAH

Pada hari kantin, berlakulah seperti yang dirancangkan Cikgu Ali.

Hanya org yg mempunyai kupon boleh membeli, masing2 beli apa yg boleh dibeli.

Selepas habis waktu Hari Kantin Sekolah,  setiap peniaga mendatangi kaunter pihak sekolah bagi menebus kupon2 yang mereka kutip tadi kepada duit kertas.

Setiap satu set kupon diberi RM 10 seperti yg dijanjikan.

Selepas dari hari kantin, ada persoalan2 dari murid2 & ibu bapa mereka, apa yg perlu dibuat dengan kupon2 yang lebih ada ni?? 

Kupon2 yg mereka masih ada tak boleh dibuat beli di kedai2, dan mereka nak tukarkannya dgn duit semula dengan pihak sekolah.

Cikgu Ali  sebagai Pengarah Projek tersebut, memberikan pengumuman kpd murid2 pada hari perhimpunan:

“Sebenarnya murid2 yg dikasihi sekalian, kupon2 tersebut kamu perlu gunakan sepenuhnya pada hari kantin yg lepas. Kami pihak sekolah sudah membuat keputusan kupon2 lebih tersebut kami tak akan kembalikan semula nilainya selepas tamat hari Kantin. Jika kalian tetap mahu menukarkannya juga, ianya bersyarat, bagi setiap satu set kupon RM10 yang kamu ada pihak sekolah hanya akan membayar separuh yaitu RM5 sahaja”.

Maka, pulanglah murid2  ke rumah dan bagitau pada ibu bapa mereka, kecewa dan putus harapanlah mereka terhadap perkara ni, kerana mereka merasa ditipu dan merasa dizalimi.

Walaupun begitu mereka tetap menukarkan kupon mereka kepada duit kertas semula dalam keadaan tertipu dan dianiaya.

====================================================================

SISTEM WANG KERTAS ATAU DUIT KERTAS

Ok, sekarang mari kita bandingkan analogi Hari Kantin Sekolah tadi dengan wang kertas. 

Pada tahun 1944, satu sidang mesyuarat dari 44 buah negara termasuk darinya ada negara dari negara yg majoritinya umat islam telah diadakan. Mereka setuju utk menjadikan US Dollar sebagai wang antarabangsa, dan US Dollar akan disandarkan kepada  satu nilai tetap emas.

Seperti kupon kantin sekolah tadi, sesiapa yang ada US Dollar boleh menukarkannya kepada emas. 

35 US Dolar boleh tukar dgn 31.1 gram emas.

Maka berlakulah perdagangan dunia seperti yg dimesyuaratkan ini.

TETAPI, pada 1970, Amerika mengumumkan bahawa US Dollar tidak lagi disandarkan kepada emas. Dalam masa yg sama, mereka menukarkan kadar tukaran emas , dari 35 US Dollar utk 31.1 gram emas kpd  70 US dolar utk 31.1 gram emas.

Nilai tukaran US Dollar vs Emas ini telah ditingkatkan tahun demi tahun. 

Sehinggalah suatu masa… ianya hampir sampai ke kemuncak, 1400 US Dollar untuk 31.1 gram emas.

Sesiapa yg menyimpan 35 US Dollar pada 1970, hari ini tidak cukup membeli satu gram emas pun. Anda faham hal ini?

======================================================================================================

SISTEM RIBA YANG MENJADI ASAS RAKYAT

Apabila kita membandingkan sistem kupon Hari Kantin Sekolah dan sistem wang kertas, ianya sama.

Juga kita perlu tahu, wang kertas hanyalah mewakili 3% wang di mana 97% lagi adalah wang elektronik. Konsep wang elektronik ini sama dengan wang kertas dan kupon Hari Kantin Sekolah.

Dapatkah kalian melihat penipuan pihak Sekolah dan Amerika?

Manusia pada awalnya, diberikan satu situasi yg mendamaikan, merancakkan perdagangan, memudahkan org ramai agar tak takut membawa wang (sama ada emas atau duit kertas) .

Kemudian, satu masa mereka baru disedarkan, bahawa mereka hidup di atas ilusi dan mainan kata2 pihak yg memerintah ( sama ada pihak Sekolah atau pihak Negara).

Jika kita melihat balik hadis2 nabi berkaitan emas dan perak, ianya tak bole dilengah2kan pemberiannya.

Apabila berlaku transaksi melibatkan emas atau perak, maka perlu dibayar cash.

Melihat kepada duit kertas yang awalnya dikatakan memudahkan orang untuk buat urusan jual beli, kemudian duit tersebut boleh dibawa ke bank utk ditukar kepada emas, maksudnya di sini, emas dilengahkan pemberiannya.

Sedangkan, barang yg dibeli sudah ada ditangan, tetapi emasnya diberikan kemudian.

Sistem kupon atau duit kertas secara realiti pada awalnya, emas/duit seseorang itu bukan ada di situ, tetapi ada di suatu tempat lain. Kupon atau kertas itu sebagai bukti, kita punya sesuatu nilai emas/duit yg boleh ditebus.

Maka, apabila kita faham realiti ini, maka kita akan sedar, masyarakat terkecil iaitu dari peringkat sekolah lagi sudah diasuh utk hidup dalam riba, sebelum mereka keluar ke alam realiti.

Bagaimanakah mahu dijana akhlak, aqidah, sahsiah dan ilmu generasi ini jika dari awal lagi sudah dibelai dan diasuh dgn menjadi musuh Allah, mengisytiharkan perang kepada Allah dari kecil lagi.

Allah mengharamkan riba.

Apabila masyarakat dah terbiasa dgn riba, dari semua aspek muamalat, maka tiada apa lagi yang tinggal melainkan kehancuran yang nyata akan menunggu masyarakat yang terus menerus gunakan sistem riba.

Siapa ya untung?? Ya, Abang Rothschild yang untung.


Apabila syarat berurusan untuk beli emas adalah dengan bayar dulu, (bank in, guna cek, etc.), kemudian, emas atau peraknya akan diberi kemudian, menimbulkan satu lagi tanda tanya. Bagaimana dengan sistem beli emas dan perak pada hari ini yang guna medium bayar dulu, terima barang lambat sedikit?

Apa yg perlu kita peka, riba bukanlah jual beli, tetapi exploitasi yg membuka ruang kepada penipuan, kezaliman, penganiayaan, penindasan dan pelbagai lagi perkara negatif yg sedikit demi sedikit ianya merosakkan jiwa masyarakat, dan seterusnya membawa kita kepada kehancuran.

==================================

Sejak dulu lagi, emas adalah dianggap matawang seluruh dunia kerana jumlahnya adalah sedikit & nilainya adalah terjaga sepanjang zaman & sistem ini telah diubah kepada wang fiat (wang kertas dan wang elektronik) yg menyebabkan inflasi. 

Kita sudah terbiasa dgn sistem ini sekian lama. Lihat sahaja nilai US Dolar pada tahun 1971 bersandarkan emas ialah sekitar 30 dollar bagi 1 ounce emas. Pada 3 Disember 2009 mencecah sekitar 1200 dollar bagi 1 ounce emas. Betapa liciknya Abang Roth mencetak sewenang2nya duit US Dolar bagi meruntuhkan ekonomi dunia. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin, yang papa tergadai segala2 nya.

Yang jadi mangsa adalah kita yg gunakan duit US Dolar sbg matawang untuk urusan eksport & import. 

Jika mana2  kerajaan Islam atau bukan Islam buat sama macam kerajaan Uthmaniah yakni menjalinkan hubungan ekonomi dengan Abang Roth, sistem riba berleluasa dan menjadikan Abang Roth sebagai penasihat ekonomi maka tunggulah saat kehancurannya. 

“Hai orang2 yg beriman! Bertakwalah kpd Allah dan tinggalkanlah sisa2  riba (yg belum dipungut) jika kamu orang yg beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa2 riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya memerangimu…” (Al-Baqarah, 2: 278-279).

================================

Tadi disebutkan wang kertas hanyalah mewakili 3% sahaja wang yang dikeluarkan oleh sesebuah negara. 97% lagi adalah wang berbentuk elektronik. Nilainya hanya boleh dilihat di skrin komputer sebagai digit-digit.

Benar, kerajaan mencetak wang kertas kita. Tetapi itu hanya mewakili 3% dari jumlah wang dalam negara. Sebahagian besar wang dicipta melalui pinjaman bank komersial.

YA, WANG DICIPTA SETIAP KALI KITA MEMBUAT ATAU MENAMBAH HUTANG.

Sistem mencipta wang ini dinamakan Fractional Reserve Banking System (FRS).

Untuk memahaminya, mari lihat penerangan di bawah.

=====================================

MENCIPTA WANG ATAS ANGIN SECARA FRS

Kini mari kita andaikan wang kertas dalam negara bermula “$0″ untuk memudahkan pemahaman ke atas sistem ciptaan wang di dalam ekonomi negara dan peranan bank negara serta komersial.



Peringkat 1: Wang permulaan “$0″

Anda pegawai tinggi kerajaan berpendapatan $10,000. Dari manakah kerajaan mendapatkan $10,000 untuk membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara “$0″?



Peringkat 2: Kertas Ditukar Kertas, menjadi Wang

 

Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari manakah Bank Negara mendapatkan $10,000 kerana wang dalam negara masih lagi “$0″?

Bank Negara melakukan “magik” dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000, dan nilai ini semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang.

Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan pada peringkat ini untuk pemahaman awal sistem “ciptaan wang riba” ini.

Kesimpulan awal ialah wang atau “bank note” ialah “hutang“; hutang kerajaan dan kemudian daripadanya termasuklah hutang rakyat.



Peringkat 3: $10,000 pertama dalam negara

Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.

Jika wang dibelanjakan, situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke bank. Kini wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.

Peringkat 4: Sistem rizab dan riba berganda-ganda

Berdasarkan simpanan $10,000 ini, bank menjadikan10% atau $1,000 sebagai rizab Bank Negara. Akibat daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan 90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi sekadar jumlah yang direkodkan dalam sistem perbankan.

Dakwaan bank memberikan pinjaman dari simpanan pendeposit adalah penipuan! Ini kerana jika jumlah wang dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menanggung kos pentadbiran dan bayaran dividen pendeposit?

Jika bank membayar dividen $1,000 maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu bagaimana bank berupaya mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya $10,000? “…Of course, they (bank) do not really pay out loans from the money they receive as deposits. If they did this, no additional money would be created…”; (Modern Money Mechanics from The Federal Reserve Bank of Chicago, page 6).

Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama, iaitu “If they did this, no additional money would be created“. Bank sekadar memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam) direkodkan secara tepat dan tiada “NPL” (non performing loan).

It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.

Peringkat 5: Ciptaan wang atas angin

Kini Bank meminjamkan wang $9,000 yang baru dicipta kepada Sarimah, dan merekodkan akaun aset bank menyamai akaun liabiliti peminjam.

Seperti anda, Sarimah mendepositkan ke bank atau berbelanja dan Penjual mendepositkan &9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah daripada $10,000 kepada $19,000.

Peringkat 6: Rizab yang di “Recycle”

Bagi simpanan Penjual berjumlah $9,000 ini, Bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan berupaya mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu gandaan 90% daripada rizab $900.

Kini Johari mengambil pinjaman $8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual mendepositkan $8,100 dan jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada $27,100.

Peringkat 7: Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin

Proses bank mencipta wang melalui pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada ciptaan wang baru bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, 5,314 dan sehinggalah ciptaan wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.

Rajah adalah penerangan dikeluarkan Federal Reserve Bank of Chichago (Bank Negara) bagi menerangkan proses ciptaan wang berasaskan pinjaman $10,000 kepada $100,000.

Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang.

Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi negara dapat terus berkembang.

Peringkat 8: Semua akan bankrup tanpa anda sedari!!

Terdapat persoalan penting bagi kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan bank hanya mencipta wang “prinsipal“ melalui pinjaman, sedangkanwang bagi membayar bunga pinjaman tidak dicipta.

Oleh itu dan jika bank menetapkan bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10 tahun, ini bermaksud kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar kembali ialah $200,000.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau $200,000) memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?

Kerajaan boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana terdapat negara lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar untuk menanggung bunga pinjaman mereka.

Sistem ini telah menetapkan jika terdapat satu negara menjadi maju maka pasti terdapat beberapa negara lain yang akan sengsara dan kebuluran.

Oleh itu kekurangan wang bagi membayar bunga bermaksud kerajaan terpaksa mengambil pinjaman baru berjumlah $10,000 untuk menanggung bunga pinjaman asal. Namun itu bukankah pinjaman baru hanya akan mewujudkan bunga yang lebih besar.

Situasi yang sama turut dihadapi rakyat di mana hanya wang “prinsipal” dicipta dan wang bunga tidak dicipta dan mengakibatkan rakyat terpaksa berebut-rebut peluang mendapatkan wang yang sedikit di dalam ekonomi.

Jika situasi dihadapi adalah sedemikan rupa, bukankah matlamat akhir sistem ini hanya akan membankrupkan negara dan rakyat?


Kini dapatkah anda memikirkan kenapa pendapatan semakin tidak mencukupi, dan rakyat terpaksa terus menerus berhutang? Dapatkah anda kaitkan rasionalkerajaan menggesa bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi mengalami kemerosotan?

Seperkara yang lebih serius, dapatkah anda memikirkan kenapa negara terpaksa terus menerus berhutang dan menambah hutang dengan jumlah kini mencecah RM600 billion dan tidak pernah berupaya mengurangkan kembali hutang ini?

YA, HUTANG NEGARA TIDAK AKAN PERNAH KURANG. HUTANG NEGARA AKAN SENTIASA BERTAMBAH DAN BERTAMBAH.

Adakah anda sedari setiap bayi yang lahir hari ini pada asasnya secara langsung telah pun berhutang secara automatik lebih daripada RM21,000 memandangkan hutang negara melebihi RM600 billion dengan populasi 28 juta penduduk. Mengikut Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat boleh dimufliskan jika tidak berkemampuan membayar hutang sebanyak RM500, oleh itu adakah hakikatnya Malaysia telah pun lama menjadi bankrup?

Kalau di Amerika Syarikat, yang mencetak duit US Dollar ialah US Federal Reserve (USFR). Kehebatan USFR ini ialah ianya adalah dipunyai oleh Abang Roth dan sekutu2 nya pihak swasta. USFR bukan dipunyai oleh Amerika Syarikat. Diulangi, USFR bukan dipunyai oleh Amerika Syarikat.

USFR mempunyai kuasa mencetak US Dollar sesedap hati dan kemudian meminjamkannya kepada Amerika Syarikat sambil mengenakan bunga ke atas pinjaman tersebut. Kerana ini, tidak hairanlah jika Amerika Syarikat telah kini berhutang lebih daripada USD 18 thrillion dengan USFR. Walaupun demikian, dari semasa ke semasa USFR masih terus terusan mencetak dan mencetak US Dollar.

Bagaimana hal ini boleh terus bertahan? Mudah sahaja. Dengan memastikan pakatan Petro-Dollar terus dipastikan berterusan secara ketenteraan. Jual beli minyak mestilah menggunakan US Dollar. Kalau ada yang berani menggunakan wang lain selain US Dollar, maka kena bom la jawabnya. Untuk memahami hal ini lebih lanjut, boleh la membacanya di dalam artikel tentang Petro-Dollar yang pernah disiarkan sebelum ini.

================================

Ada sesetengah orang tak setuju dengan gambo ni. Yang marah pun ada.

Hakikatnya hutang isi rumah (household debt) kita kini dah hampir mencecah 90% daripada KDNK (GDP). Kalau ikut sifir orang2 ekonomi… maknanya golongan orang2 marhaen (yakni 80% rakyat) sedang menanggung hutang 4 kali ganda pendapatan masing2. 

Bila dah sebut hal ni, tak payah la pulak toleh kiri kanan nak tengok orang lain… tengok diri sendiri cukup. Cuba kira berapa pendapatan masing2 dan banding dengan hutang2 yang ada.

Bila dah berhutang 4 kali ganda pendapatan, maknanya sampai mati pun takkan habis bayar la hutang2 ni. Hutang2 ni terdiri daripada Personal Loan, hutang kad kredit, hutang beli rumah, hutang beli kereta, hutang sambung belajar, hutang kecemasan, dan macam2 hutang lagi la. Jangan pura2 terkejut pulak, bila ada yang dah terdesak… mula la buat hutang dengan Along pulak. 

Al-maklum, hutang2 ni direkacipta supaya kita nak bayar bunga (interest) pun tak habis2. Dah bayar berbulan2 atau bertahun2 pun, pokok hutang masih tak luak2 lagi… dok bayar bunga jer memanjang. Sambil tu bila2 terdesak, mula la buat hutang baru. Bala… bala…

20% orang2 yang tak marhaen… orang2 kaya la… berebut2 pulak beli rumah dan hartanah lain. Masing2 ada lebih daripada sebijik rumah. Yang ada lima enam bijik rumah pun… dok beli dan beli rumah lagi. Maklum la, banyak duit. 

Ini pulak menyebabkan harga rumah dan hartanah lain melambung naik ke paras yang tak munasabah. Sekarang ni… harga dah jejak di antara 250% ke 400% berbanding nilai sebenar. Maknanya… orang2 marhaen 80% rakyat ni terpaksa menyewa rumah dengan kadar mahal atau terpaksa beli rumah dengan harga yang mengarut2 mahal yang disebabkan oleh orang2 kaya ni. Rumah PR1MA? Jangan harap la. Ramai yang dah lama memohon, sampai sekarang tak dapat2 lagi.

Yang semakin menghairankan… marhaen2 yang dah kena blacklist CTOS dan CCRIS pun masih boleh tambah buat pinjaman lagi. Kenapa? Tidak lain tidak bukan… adalah untuk melengah2 kan kegawatan ekonomi. Tapi macam biasa la… lagi lama kegawatan ekonomi dilengah2 kan, lagi teruk la bila ekonomi secara terpaksa membuat “economic correction” nanti.

Antara usaha2 lain untuk melengah2 kan “economic correction” ni ialah dengan memberi BR1M. Berapa lama Gomen sanggup nak bagi BR1M ni? GST pulak macam mana? Dulu 80% marhaen ni dikecualikan daripada cukai pendapatan… tapi dengan GST, tetap tak boleh lari… kena bayar jugak. Harga barang pulak semakin naik… orang2 kaya akan terus membeli… diorang tak heran pun dengan GST ni. Sebab tu harga barang kalau dah naik, takkan reti nak turun. Orang2 marhaen la yang terkena tempiasnya. Sambil terpaksa membayar barang2 yang mahal, sambil tu jugak la terpaksa tambah hutang kad kredit tu.

Kesimpulannya… sekarang ni kegawatan ekonomi sedang berlaku. Cuma kesannya belum lagi dirasai sangat… kerana Gomen dengan sedaya upaya mengambil macam2 langkah sementara untuk melengah2 kan kesannya. Maka… sendiri mahu ingat la. Bersedia la sekadar yang mampu.

Malaysian Retail Chain Assoc (MRCA) pulak dah buat unjuran lebih kurang 40% sales transaction akan jatuh untuk tahun 2016. Maknanya apa? Maknanya lebih banyak syarikat2 kecil atau sederhana akan mengecilkan operasi kerana jualan berkurangan dengan teruk. Bila ini berlaku, syarikat2 yang kurang berdaya saing pulak akan gulung tikar. 

Seterusnya, kerja2 yg menawarkan gaji munasabah akan semakin berkurangan. Yang banyak nanti adalah kerja2 yg gaji ciput… nak bayar hutang2 gerenti tak cukup punya. 

Kerja2 gaji ciput ini kemudiannya akan dikuasai oleh pekerja2 asing yg tak kisah gaji ciput. Lepas tu mula la orang2 tertentu tanpa segan silu mengeluarkan statement kononnya rakyat Malaysia memilih kerja.

Inflasi pulak semakin tak terkawal dan kita semakin senak dan sempit untuk menanggung kos sara hidup. Inflasi maksudnya nilai duit fiat semakin semakin kecil. Kalau masih tak faham, tengok grafik perbandingan hidup di zaman P. Ramlee dengan hidup kita di zaman ini.

Soalan2 cepumas yang mungkin selalu dan biasa kita dengar ialah,

1. Kenapa nilai duit “fiat” semakin lama semakin kecil?

2. Duit “fiat” ni apa kebenda sebenarnya?

3. Betulkah kerana duit “fiat” kita terpaksa berhutang dan berhutang dan berhutang sampai dah mati pun selalunya tak habis2 bayar lagi?

4. Riba tu ada kena mengena ke dengan duit “fiat”?

Satu jawapan sudah memadai… Jawapan cepumas untuk semua soalan2 cepumas kat atas tu ialah,

“Aaahhhh… pegi mampus la. Ada aku kisah?”

Betulkah kita tak perlu ambil kisah? Pilihan di tangan masing-masing.

Semoga bermanfaat diketahui dan difikir-fikirkan.

Allahu’alam… Wassalam – zulsegamat

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s