TPPA DI MATA MARHAEN

Malaysia sudah pun menandatangani TPPA. Tahun 2018 nanti, TPPA akan dikuatkuasakan sepenuhnya dan masa tu, baru la kita tahu ianya baik atau pun tidak. Sekarang ni, semua tentang TPPA nampak bagus, indah dan murni.

Obama kata TPPA ada “… over 16,000 pieces of paper put together”. Memang tebal bebeno. Siapa la yang larat nak baca. Jangan lupa, dulu Perjanjian Pangkor 18 mukasurat pun dah huru hara  kita jadinya, inikan pulak 16,000 mukasurat. 

Apa2 pun diucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya “survive” kepada semua yang terlibat. Mungkin ada segelintir yang dah mula nampak, TPPA menjerut leher kita dengan kadar perlahan mula2 ni. Tapi bagi kebanyakan kita, masih seolah-olah tiada apa2 pun yang berlaku.

Menjelang tahun 2018 apabila TPPA dikuatkuasa sepenuhnya, baru la kita semua tau kot. Masa tu dah terlambat… 

TPPA tiada tarikh luput dan jika nak keluar daripada perjanjian, boleh bankrup bayar penalti dan denda.
Jangan konpius dengan TPPA ni. Ianya takder kena mengena dengan US nak menguasai mana2 negara melalui perdagangan. 

Tujuan utama TPPA ialah memberi corporations yakni syarikat2 kuasa mengatasi kerajaan negara2 terbabit yang dah sign TPPA.

Rakyat semua negara terbabit memang akan rugi. Yang untung ialah big corporations dan pemodal2 aka. kapitalis. The richest 20% population will become richer, the poorest 80% (golongan M40 dan B40) will become poorer. 

Corporations akan lebih berkuasa daripada kerajaan negara2 terbabit. Everything will soon be open for sale.

Kesimpulannya… takder negara dan rakyat mana2 negara terbabit yang untung pun dengan TPPA ni termasuk la rakyat US sendiri. Sebab tu rakyat US sendiri pun protes. 

Yang untung ialah corporations terutamanya GIANT Corporations (Syarikat2 Gergasi). Lepas ni semua negara terbabit kena ikut telunjuk GIANT Corporations ni.

Oh ya… satu lagi… jangan terkejut pulak kalau nanti Amerika Syarikat sendiri yang menarik diri daripada TPPA ni. Ini boleh terjadi apabila rakyat Amerika Syarikat mula buat bising secara besar-besaran.

Jangan la percaya apa yg aku cakap ni… Korang buat la research sendiri dan kesimpulan sendiri yer. Kalau tak nak buat research sendiri pun takper, boleh tunggu tahun 2018 datang kerana ia pasti datang.

Semoga bermanfaat diketahui dan difikir-fikirkan.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s