ISRA MI’RAJ: KITA KENA LA AMBIL TAHU 

Inilah sejarah Isra Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w. lengkap yang diceritakan secara singkat, beserta dengan erti, makna dan hikmahnya yang diambil daripada kitab Al Anwaarul Bahiyyah dan Dzikrayaat wa Munaasabaat. 

——————————————————————————-

Isra Mi’raj adalah perjalanan malam hari Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w. dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Al Aqsa (Jerusalem-Palestin/Israel), kemudian dilanjutkan menuju ke langit kemudian ke Sidratul Muntaha dengan tujuan menerima wahyu Allah Swt. Ada banyak erti, makna dan hikmah dari peristiwa Isra Mi’raj. 

Peristiwa Isra Mi’raj secara singkat boleh diceritakan sebagai berikut…

Suatu malam, Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w. didatangi malaikat Jibril, Mikail, dan Israfil. Lantas, Rasulullah dibawa ke sumur zam-zam.

Di sana, malaikat Jibril membelah dada nabi Muhammad s.a.w. dan mensucikan hatinya menggunakan air zam-zam. Setelah itu, baginda Muhammad s.a.w. disiapkan kenderaan yang boleh berlari secepat kilat bernama buroq.

Diceritakan, bentuk buroq berwarna putih, lebih besar dari keledai tapi lebih rendah dari baghal. Kenderaan buraq juga terdapat pelana dan kendali sebagaimana kuda.

Dalam perjalanan dari Masjidil Haram menuju Masjidil Al-Aqsa, Muhammad s.a.w. ditemani Malaikat Jibril pada bahagian kanan dan Mikail menemaninya di sebelah kiri. Mereka melaju mengharungi alam indah ciptaan Allah s.w.t. pada malam hari yang penuh dengan keajaiban dan hikmah.

Banyak peristiwa terjadi sepanjang perjalanan rasulullah Muhammad s.a.w. Salah satu kisah yang acapkali diceritakan, di antara lain Jin Ifrit yang berusaha mengejar dan mencelakai nabi.

Ada yang mengatakan Jin Ifrit membawa obor. Ada pula yang mengatakan bangsa ghaib itu mengejar nabi dengan semburan api. Lantas Jibril mengajar nabi untuk membaca suatu doa khas.

Lantad, Jin Ifrit terjungkal jatuh dan terbakar apinya sendiri. Ada pula peristiwa nabi melihat sekelompok kaum yang menghentamkan batu besar ke bahagian kepala sendiri hingga hancur dan kejadian itu berulang berkali-kali. Jibril menjelaskan mereka adalah manusia yang berat melaksanakan solat.

Rasulullah juga melihat sekelompok orang yang memilih makan daging busuk. Malaikat Jibril pun menjawab bahawa mereka adalah orang-orang yang semasa hidup di dunia melakukan zina padahal, mereka sudah punya suami atau isteri yang sah secara syarak.

Kisah perjalanan Isra Mi’raj sebetulnya lebih lengkap dengan banyak peristiwa-peristiwa yang oleh dipetik hikmahnya, tetapi di sini saya menyajikannya secara singkat agar mudah difahami dan dicerna.

Sesampainya di Baitul Maqdis atau Al Aqsho, beliau turun dari kenderaan kilat bernama buraq dan mengikatnya di sisi pintu masjid. Rasul pun masuk untuk menunaikan solat dua rakaat.

Di sana, ternyata ada para nabi a.s. Solat pun akhirnya diimami oleh rasulullah s.a.w.. Beliaulah, Nabi Muhammad imam atau pemimpin para anbiya’ dan mursalin.

Setelah itu, Rasulullah s.a.w. kehausan dan meminta minum. Malaikat Jibril memberinya dua wadah berisi susu dan khamr (semacam bir, arak, ciu, anggur fermentasi yang memabukkan atau miras). Namun, Muhammad Saw memilih susu.

Jibril berkata, “Sungguh, Engkau memilih fitrah yaitu Islam. Kalau Engkau pilih Khamar, nescaya umat Engkau akan menyimpang dan sedikit yang mengikuti syariat.”

Kisah perjalanan menuju langit

Setelah peristiwa isra selesai, iaitu dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kini Rasulullah saw harus melanjutkan perjalanan menuju langit yang disebut dengan mi’raj.

Boleh dikatakan, perjalanan malam (Muhammad’s night journey to sky and heaven) mirip seperti perjalanan ke angkasa dan semesta yang dihiasi dengan taburan bintang-bintang, bulan, planet, dan galaksi.

Bezanya, perjalanan malam Muhammad s.a.w. adalah menunaikan tugas spiritual untuk bertemu dengan Allah Swt untuk kemudian disampaikan kepada umatnya. Namun benar, perjalanan istimewa nabi menuju langit sampai lapis tujuh memang hadiah paling istimewa dari Allah yang Maha Esa kepada kekasih-Nya, Muhammad.

Kisah bertemu para nabi, surga dan neraka

Peristiwa penting dalam perjalanan di langit sebelum bertemu Allah, Muhammad Saw bertemu dengan Nabi Adam As di langit pertama, bertemu Nabi Isa As dan Nabi Yahya As di langit kedua, bertemu Nabi Yusuf As yang tampannya seperti bulan di antara bintang-bintang di langit ke tiga.

Selanjutnya, Rasulullah saw bertemu dengan Nabi Idris As pada langit ke empat, Nabi Harun As di langit kelima, Nabi Musa As di langit ke enam, dan Nabi Ibrahim As di langit ketujuh.

Perjalanan di langit pertama, Nabi Muhammad Saw melihat sesuatu yang mengerikan di sebelah kiri dan hal-hal yang bahagia di sebelah kanan. Itu merupakan gambaran syurga dan neraka.

Diceritakan, suatu ketika Nabi Muhammad Saw melihat orang-orang dengan perut yang besar yang dipenuhi dengan ular. Isi perut boleh dilihat dari luar. Malaikat Jibril menjelaskan, mereka adalah manusia yang suka memakan riba.

Riba adalah bunga dalam dunia perbankan moden. Namun, riba lebih ditekankan pada hal yang meminjamkan dengan bunga berlebih hingga “mencekik leher” orang yang dipinjamkan wang. Bukan niat membantu dengan meminjamkan wang, tetapi menjebak dengan bunga untuk keuntungan peribadi semata-mata yang sebesar-besarnya.

Muhammad Saw juga melihat pemandangan mengerikan sebagai gambaran neraka di mana ada orang-orang yang dagingnya dipotong-potong lalu diminta untuk memakannya. Jibril AS pun menjelaskan, mereka adalah orang-orang yang suka menganjing, ghibah, menjelek-jelekkan orang lain yang diibaratkan memakan daging saudara sendiri.

Sampai di langit 7, Nabi Ibrahim berkata. Setidaknya begini, “Khabarkanlah bahawa syurga sungguh sangat indah tanahnya, airnya tawar dan tanaman syurgawi adalah subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar.”

Beliau juga berkata, “Perintahkan umatmu untuk banyak-banyak menanam tanaman syurga. Tanaman syurga adalah (zikir) la hawla wala quwwata illa billah.”

Kisah Sidratul Muntaha

Sampai akhirnya perjalanan panjang Muhammad Saw sampai ke Sidratul Muntaha. Gambaran di sana, terdapat sebuah pohon yang besarnya tiada terkira.

Di bawahnya, muncul sungai air jernih nan menawan di mana airnya tidak akan berubah baik bau, warna maupun rasa. Ada pula sungai susu yang putih bersih dan elok dipandang.

Ada juga sungai madu yang mengalir jernih. Di sana juga dihiasi dengan permata zamrud (semacam batu akik termahal). Namun, sesungguhnya gambaran itu tidak mampu dilukiskan dengan kata-kata maupun deskripsi. Keindahannya jauh lebih indah dari apa yang ditulis atau dikata-katakan.

Dalam suatu riwayat, setelah Nabi Muhammad Saw melihat syurga dan neraka dalam perjalanan Isra’ Mi’raj, maka untuk kedua kalinya beliau diangkat menuju Sidratul Muntaha. Di sana, malaikat Jibril mundur sehingga baginda Rasulullah sendirian untuk bertemu, “bertatap muka” atau berjumpa dengan Sang Maha Pencipta, Allah Swt.

Di sebuah singgasana yang tidak mampu dijelaskan dengan kalimat apapun, tempat di mana tidak seorang atau makhluk pun boleh berdiri di sana, Rasulullah Saw dan Tuhan Semesta Alam bertemu. Nabi pun seketika bersujud di hadapan-Nya.

Dalam Hadis Riwayat Muslim, kemudian secara singkat dijelaskan, Allah memerintahkan Muhammad Saw dan umatnya untuk melakukan solat 50 waktu dalam sehari semalam.

Lantas Rasul turun ke langit keenam untuk bertemu Nabi Musa. Di sana, Nabi Musa meminta agar Muhammad Saw meminta keringanan. Baginda naik lagi bertemu Allah dan akhirnya dikurangi 5 menjadi 45. Baginda pun turun lagi bertemu dengan Nabi Musa AS.

Begitu seterusnya hingga akhirnya sampai solat lima waktu. Namun, Nabi Musa masih menyarankan agar dikurangi lagi. Baginda Saw pun malu untuk menawar dengan Allah lagi.

Peristiwa itulah yang menjadi sejarah, asal-usul munculnya aturan solat dalam agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad. Setelah itu, beliau turun kemudian naik kenderaan buraq hingga kembali ke Kota Mekah. Saat itu, fajar masih belum tiba.

Pagi harinya, beliau memberitahu mukjizat agung tersebut kepada umatnya. Namun, mereka justeru banyak yang mendustakan. Ada pula yang mengatakan Muhammad sudah gila, tukang sihir atau semacamnya.

Orang pertama kali yang percaya dengan peristiwa Isra’ Mi’raj adalah Abu Bakar sehingga mendapatkan gelaran As Siddiq.

Makna Isra Miraj dan Hikmahnya

Ada banyak makna dan hikmah yang boleh dipetik dari kisah perjalanan malam (night journey) Isra Mi’raj. 

Pertama, tentu munculnya kewajipan solat bagi setiap pemeluk agama Islam atau umat Muslim.

Meskipun kewajipan, sebaiknya jangan terpaksa menjalankan solat kerana hujungnya nanti tidak ikhlas. Jalani solat sebagai sebuah kecintaan kita kepada Allah Saw dan RasulNya yang sudah mendapatkan perintah untuk menunaikan solat.

Hikmah selanjutnya, Nabi Muhammad Saw diberikan gambaran syurga dan neraka sebagai balasan bagi setiap perbuatan manusia yang hidup di dunia. Orang yang baik, syurga adalah balasannya.

Sebaliknya, orang yang jahat, berzina, membenci orang lain, suka menganjing, memakan riba, serakah, kejam, dan perbuatan-perbuatan tidak terpuji lainnya adalah neraka balasannya.

Bagaimana agar kita boleh selamat dari siksa neraka? Muhammad sudah membawa Islam untuk kita lengkap dengan petunjuknya, Al Quran. Ikutilah petunjuk itu dengan ilmu dan pengetahuan yang cukup sehingga kita boleh menikmati indahnya syurga dan menghindari siksa neraka.

Namun, sebaiknya kita berbuat baik bukan kerana syurga, melainkan ikhlas dari hati yang paling dalam kerana Allah. Dengan hati dan kesedaran yang ikhlas berbuat baik kepada sesama manusia dan makhluk itulah, Allah dengan rahmat dan bslas kasihannya akan menyediakan syurganya kepada hamba-Nya.

Kisah Isra Miraj dalam Al Quran

Peristiwa nyata perjalanan malam Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad dijelaskan dalam Al Quran Surah Al Isra ayat 1. Tidak dijelaskan secara terperinci dalam surah tersebut.

Dalam Al Quran, sejarah Isra Mi”raj hanya dituliskan, setidaknya terjemahan bahasa Melayunya begini, “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa yang Kami berkahi sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

Semoga bermanfaat diketahui, difikir-fikirkan dan diambil iktibar.

Allahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s