BRICS – PUNCA AMERIKA SYARIKAT MEROYAN SERTA MULA MAIN KASAR DENGAN RUSIA DAN CHINA?

Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja ini, mencadangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani ketidak-adilan sistem ekonomi yang selama ini diterajui oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah(EU) dan sekutu2 Zionis.

Antara perkara2 dan cadangan2 radikal serta amat berani yang telah dibentangkan ialah:

1. Penolakan sistem pembayaran elektronik (Electronic Payment System) sedia ada seperti MasterCard dan Visa. Suatu sistem baru akan dibangunkan dan digunakan di dalam waktu terdekat ini oleh negara2 BRICS dan negara2 lain yang berminat.

2. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak di antara negara2 BRICS serta negara Iran dan negara Venezuela.

3. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak sesama negara2 yang bersetuju.

4. Memperkenalkan serta mempromosikan kesemua perkara di atas untuk digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ya, di seluruh dunia.

Perkara no. 1 nampaknya sudah nampak putik2 nya dan kemungkinan besar kita akan dapat melihat buah2 nya di dalam waktu terdekat ini. MasterCard dan Visa telah menggantung perkhidmatan mereka di Rusia gara2 arahan yang dikeluarkan oleh geng2 Zionis selaras dengan rasa tidak puas hati mereka. Timbul rasa tidak puas hati ialah apabila Crimea (terdahulu ialah sebahagian daripada Ukraine) telah diserap masuk semula oleh Rusia baru2 ini.

Perkara no. 2, 3 dan 4 akan segera menyusul, sekiranya geng2 Zionis ini tidak bertindak.

Soalan cepumas 1: Sekiranya semua ini berlaku… sistem siapakah yang kita akan pilih? Sistem Amerika atau Sistem BRICS? Adakah dengan menandatangani TPPA bermaksud kita sudah pun membuat pilihan ini?

Soalan cepumas 2: Adakah putik2 ini cukup untuk memulakan peperangan besar-besaran secara ketenteraan di dalam waktu terdekat ini?

Soalan cepumas 3: Mengapa berita2 sebegini penting tidak mendapat perhatian saluran2 berita Media Prima, ASTRO dan akhbar2 tempatan kita?

Soalan cepumas 4: Mengapa secara tiba2 Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU)? Mengapa baru sekarang Britain berbuat begini?

Semoga bermanfaat kita ketahui dan perhatikan perkembangannya.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s