LIMA PERKARA

Kematian itu pasti…

LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

Dari Hatim Al-Asom:

“Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat”.

1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.

2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.

3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.

4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.

5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah dilakukan.
LIMA AMALAN YANG SUKAR DIFAHAMI

Dari Syaikh Al-Bakhi: 

“Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan”.

1) Sembahlah Allah sebanyak mana kamu rasa keperluanmu kepadaNya.

2) Ambil apa-apa dari dunia sekadar menurut keperluan sahaja selama umurmu ada di dalamnya.

3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut sebanyak mana kamu rasa kemampuanmu memikul azabNya.

4) Persiapkan bekal di dunia untuk selama mana kamu rasa kamu akan tinggal di dalam kubur.

5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal di dalamnya.”
LIMA PERKARA YANG MUDAH TERJADI APABILA HARTA MULA DITIMBUN DAN MULA BERTIMBUNAN

Dari Sufyan Sauri:

“Tiada terkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya lima perkara”.

1) Panjang angan-angan.

2) Sentiasa tamak.

3) Sangat kedekut.

4) Berkurang waraknya.

5) Lupa kepada akhirat.

Semoga bermanfaat direnungkan.

Allahu’alam… Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s