LELAH MENCARI TETAPI MASIH TIDAK KETEMUI. BILA SUDAH KETEMUI TIDAK PULA MENGENALI.


Seorang pemuda telah sampai ke suatu kawasan yang sungguh cantik. Dia sungguh teruja dengan keindahan tempat itu, ia ibarat taman syurgawi. 

Burung-burung yang berkicauan, pohon-pohon hijau yang mendamaikan, seribu satu buah-buahan bergantungan, ada pula aliran-aliran sungai kecil yang jernih dan menyejukkan pemandangan.

Semakin lama berada di situ, pemuda semakin terpegun. Dia melihat di hadapannya tersergam istana dan mahligai indah yang tidak terperi dengan kata-kata. Dek terlalu kagum, tanpa disedari… kakinya melangkah dan membuka pintu mahligai lalu masuk ke dalam.

Kehairanan dan kekaguman bertambah dan terus bertambah, dirinya kini ibarat berada di dalam asyik yang mengasyikkan. Tiang, tangga, karpet, dinding, hiasan, almari, meja, kerusi, aroma nya… semua itu mencengangkan jiwa pemuda. 

Dia mencari-cari siapa pemilik dan bagaimana boleh ada keupayaan yang luar biasa menjadikan mahligai serba indah itu wujud. Di matanya, serba-serbi tidak ada kekurangan. Semuanya rapi dan kena.

Pemuda terus berjalan membiarkan dirinya menikmati segala keindahan dan kemewahan yang terdapat dalam mahligai itu. Dari satu tingkat, ke tingkat yang lain. Dari satu ruang ke ruang yang lain. Anehnya dia tidak bertemu sesiapa.

Tiba-tiba, si pemuda ternampak sebuah buku yang kelihatan agung dan hebat. Dia membuka dengan berhati-hati setiap helaian. Rupanya dalam buku itu terkandung rahsia setiap perkara di dalam dan di luar mahligai itu. 

Setiap satu halaman menceritakan secara terperinci bagaimana pembikinan dan bahan-bahan yang terkandung dalam tiang-tiang, batu-batu indah dan segala-gala yang telah dan sedang dialaminya. 

Pemuda membaca dan meneliti satu persatu gambar rajah penciptaan dan manual setiap perkara. Kesenian tangga, ukiran, hiasan, wangiannya semua diceritakan dengan amat tersusun sekali Bahan-bahan yang digunakan batu yang bagaimana, ukiran yang macam mana, diambil dari mana dan bermacam-macam perihal lagi.

Pemuda menjerit gembira. Dia pun berkata kepada dirinya… 

“Ahhh… rupa-rupanyanya buku inilah punca tersergamnya tempat dan mahligai yang indah lagi hebat ini. Aku sudah menemui jawapannya. Buku inilah segala-galanya.”

Sungguh bodoh dan dangkal si pemuda ini.

————-

Iktibar dari Kisah

Inilah sebenarnya kekeliruan kronik yang dihadapi oleh pemikiran Sains dan ilmu tanpa Tuhan. Kisah ini antara lain boleh dikaitkan apabila membincangkan teori evolusi (Charles Darwin) dan Teori Big Bang para cendikiawan sekular. Ya, cendekiawan sekular inilah pemuda tadi. Hidup berpaksikan Sains dan menolak adanya Tuhan.

Lelaki bodoh tadi, yakin sekali apabila menyandarkan segala yang tersergam di depan matanya kepada sebuah buku hebat yang ditemui. 

Kononnya buku inilah punca segala-galanya.

Sesungguhnya tempat dan mahligai itu diibaratkan kepada alam semesta ini. Bumi, bulan, bintang dan segala-galanya.

Kita sebagai manusia memang teruja dan tercengang dengan kehebatan alam semesta yang indah berwarna-warni. Kita kagum dengan segala susun atur dan seni binaannya, segalanya rapi dan tepat.

Buku hebat itu pula boleh diibaratkan umpama ilmu yang ditemui oleh pengkaji-pengkaji sekular. 

Contohnya saintis seperti Darwin, cuba menegakkan teori evolusi. Katanya… teori evolusi adalah punca segala-galanya. Tidak ada yang mutlak. “Everything is subject to change”… Segala-galanya berubah kepada yang lebih baik mengikut keperluan. Semua ini tidak memerlukan adanya Tuhan.

Teori “Big bang” juga tidak terkecuali… Para pengkaji sekular mengatakan big bang juga segala-galanya… Punca kejadian seluruh semesta. Terjadi dengan sendirinya.

Pemuda bodoh terlupa, bahawa buku itu juga sudah pasti ada yang menulisnya, melukis dan menghuraikan setiap perkaranya. Sekiranya “big bang” itu benar, big bang juga termasuk dalam perancangan yang Maha Mencipta.

Semoga bermanfaat difikir2 kan.

Allahu’alam… Wassalam

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s