HIMPUNAN CERITA2 GILA TENTANG SEGITIGA BERMUDA SERTA HAL2 YANG SEWAKTU DENGANNYA (PART 7 to PART 10 of 13)

​Part 7 of 13

Di dalam posting Part 6 yang lalu anda telah dihidangkan tentang beberapa perkara yang jarang diperkatakan di kalangan orang2 biasa iaitu ilmu2 Hizib, konsep saling memerlukan di antara “ada” dan “tiada” untuk membentuk kewujudan serta eksperimen mental bagi membayangkan sejauh mana kita memerlukan deria penglihatan dan pendengaran kita di dalam memahami makna tentang sesuatu itu.

Baiklah… begini cerita (yang telah diringkaskan) tentang pulau kelima di dalam Segitiga Bermuda ini.

Suatu masa dahulu, ada seorang manusia telah sampai ke pulau kelima ini. Dia adalah orang ke-7 dan kalau tak silap yang terakhir sampai ke pulau kelima ini. Lepas dia ni, takder lagi la orang pernah dapat sampai ke pulau ini. Dia bernama Ricardo Francais Burton. Percaya atau pun tidak, walaupun dia menyembah tuhan yang satu… dia ni diiktiraf sebagai salah seorang ilmuan yang terulung dan teragung di kalangan ketua2 freemason dan illuminati. Malah, geng2 jahat ni dok la bercerita yang dia ni adalah salah seorang ahli kumpulan jahat mereka. Mengapa yer?

Dia dikatakan lahir pada tanggal 19hb Mac 1821 dan mati pada tanggal 20hb Oktober 1890 pada umur 69 tahun. Sebenarnya identiti dia ni serta tarikh lahir dan tarikh kematian dia hanyalah direka-reka bagi menyorokkan maklumat dan kisah yang sebenar.

Nama sebenar dia ni ialah Sianmun Herhorr. Dia seorang Raja berstatus Firaun yang memerintah di Mesir selama 7 tahun semenjak 1081 B.C. hingga 1074 B.C. Tempoh dia memerintah adalah agak pendek kerana dia dikatakan hilang pada penghujung 1074 B.C. Sepanjang pemerintahan dia, Mesir mengalami suasana yang amat2 tidak aman kerana banyak sekali berlaku pemberontakan. Ini disebabkan hakikat bahawa Sianmun Herhorr bukanlah berdarah diRaja Firaun. Dia hanyalah Ketua Paderi (High Priest) bagi Kuil Amun di Thebes. Kalau nak cerita lagi macam mana dia boleh jadi Raja… memang menarik… tapi panjang la pulak. Untuk itu, kita terus sahaja la loncat ke “timeline” di mana tiba2 Sianmun Herhorr menghilangkan diri daripada tanah Mesir. 

Al-kisah tentang Sianmun Herhorr ni… dia seorang yang amat luar biasa. Dia diizinkan Allah panjang umur. Silap2 dia masih hidup lagi pada hari ini. Sekiranya dia masih hidup lagi sekarang ini… harap2 nya dia mempunyai FB dan membaca secebis kisah hidupnya sendiri di ruangan album NWO dalam FB saya yang tidak seberapa ini. 

Dia boleh menulis dan bertutur lebih daripada 70 bahasa termasuklah Arab Qibti, Hebrew, Sanskrit hinggalah sampai ke bahasa2 lain di Afrika, Eropah, Asia dan Nusantara. Entah2 bahasa Melayu pun dia boleh jugak agaknya tongue emoticon Daripada segi ilmu pula, dia memang fasih segala cabang ilmu sains dan astronomi. Dia juga amat2 fasih dengan pelbagai ilmu halus dan ilmu kasar. 

Semenjak dia menghilangkan diri pada 1074 B.C. dia telah merantau ke merata2 ceruk dunia. Dikatakan dia pernah bertemu Dajjal beberapa kali dan kehebatannya diakui sendiri oleh Dajjal sebagai setaraf dengan Dajjal sendiri. Cerita tentang pengalaman dia merantau memang seronok sekali dibaca tetapi sayang ceritanya tidak pernah dibukukan. Saya pun hanya mendengarnya secara lisan daripada seseorang yang saya temui tidak lama dahulu di lobi hotel Sheraton Kuala Lumpur di sebelah Jalan Dooraisamy (Jalan Maksiat nih :P).

Dipermudahkan cerita, setelah mengembara ke segala ceruk rantau di dunia ni, Sianmun Herhorr telah dijumpakan Allah dengan seorang gembala kambing di Semenanjung Hijaz (semenjak dikuasai oleh geng2 Saud… Semenanjung Hijaz kini dikenali dengan nama Arab Saudi). Sianmun Herhorr telah dikejutkan dengan begitu hebat sekali di mana dia tidak pernah bertemu lagi dengan seseorang yang lebih hebat daripada Dajjal dan dia sendiri. Maka kepada gembala kambing ini ditanyakan olehnya… “Wahai gembala kambing, mahukah kau memberitahu aku di mana kamu perolehi pengetahuan dan ilmu yang begitu hebat ini?” Gembala kambing itu pun menjawab… “Sudah tentu aku boleh memberitahu kau. Cuma aku tak pasti sama ada kau sanggup atau tidak untuk pergi ke sana. Aku mempelajari apa yang aku tahu ini daripada penduduk2 di sebuah pulau. Di sana, mereka mengamalkan ilmu2 Hizib dan taat sekali mengabadikan diri mereka kepada Allah”.

Setelah memahami tentang lokasi pulau ini, Sianmun Herhorr tidak berlengah2 lagi. Segeralah dia bergerak menuju ke pulau kelima dalam Segitiga Bermuda ini. Apabila sampai sahaja di pulau ini dia terkejut kerana tidak nampak sesiapa pun. Maka dia mula menjelajah ke seluruh pulau mencari penghuninya namun tiada sesiapa yang ditemuinya. Oleh kerana kepenatan, dia pun tertidur. Alangkah terkejutnya apabila dia bangun, dia tidak dapat melihat (yer la… tak dapat melihat maknanya jadik buta la tu). Anehnya, sepanjang masa dia buta teraba2 ini, dia sentiasa mendapat makanan dan minuman tersedia apabila tiba masanya dia lapar atau pun haus. Diam tak diam, telah 10 tahun lamanya dia buta. Tidak cukup dengan itu, selepas 10 tahun… dia mula hilang pendengaran a.k.a. pekak. Namun dia amat sabar sekali. Masa bergerak pantas sehingga sedar2 sahaja… dia telah pun melalui hidup sebagai seorang yang buta selama 20 tahun dan pekak selama 10 tahun. 

Sepanjang 20 tahun ini, Sianmun Herhorr sedar yang segala2 ilmu yang dia tahu dan mahir langsung tidak dapat membantunya di pulau ini. Dia buta dan pekak terlalu lama sehinggakan dia lupa bagaimana rupanya warna dan apakah itu bunyi.

Suatu hari… dia pun berdoa… “Wahai tuhan yang aku tahu wujud tapi aku tidak mengenali Mu, pulangkanlah penglihatan dan pendengaran ku. Nescaya aku akan keluar daripada pulau ini dan menjadi hamba Mu yang berdakwah dan mengajar kepada orang ramai tentang segala kebesaran ilmu2 Mu”. Tidak semena2… terdengarlah dia akan suara. Alangkah nikmatnya mendengar bunyi setelah sekian lama menjadi pekak. Suara itu berbunyi… “Amalkanlah Hizib… nescaya engkau akan pulih menjadi orang yang melihat dan mendengar semula. Fahamkanlah mengapa perlu ada dan tiada itu serentak untuk suatu kewujudan. Tidaklah sama sesuatu yang wujud dan tidak wujud”. Kemudian dia tidak mendengarkan apa2 lagi.

Puas Sianmun Herhorr memikirkan… apa la Hizib ni? Apa la halnya dengan ada dan tidak ada supaya timbul kewujudan? Walapun masih tidak bertemu jawapannya… dia masih tenang dan tidak putus harapan. Kemudian selama 10 tahun lagilah dia bersabar menjadi buta dan pekak. Namun kali ini, ada perbezaan. Selama 10 tahun kali ini, dia tidak henti2 mengarang segala macam ayat2 yang indah2 dan baik2 dalam berbagai2 jenis bahasa di dalam fikirannya untuk memuji tuhan yang dia tahu wujud tetapi tidak mengenaliNYA. Genap 10 tahun… dia mendengar sekali lagi suara yang sama yang dia pernah dengari dulu. Suara itu berbunyi… “Ya… apa yang kau tidak putus2 lakukan selama 10 tahun kebelakangan ini… itulah Hizib”. Habis sahaja suara itu berkumandang… Sianmun Herhorr segera mendapat semula penglihatan dan pendengarannya”. Namun apabila dia meninjau keadaan sekelilingnya… dia sedar yang dia kini tidak lagi berada di pulau kelima Segitiga Bermuda. Dia sedar, dia kini berada di tanah suci Mekah.

Pada hari ini nama Sianmun Herhorr telah dilupakan oleh kebanyakan orang. Dia lebih dikenali dengan nama Sir Ricardo Francais Burton dengan ratusan buku2 ilmiah seluruh dunia yang telah dia telah terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris seperti “Hikayat Seribu Satu Malam (Arabian Nights)” dan “Kitab Karmasutra (The Book of Karmasutra)”.

———————————————————————————————————————————————————————–

Part 8 of 13

Part 8 saya mulakan dengan sedikit petikan daripada sebuah kitab tauhid yang saya baca suatu masa yang agak lama dahulu. Tajuk kitab? Entah, tak tau la pulak sebab kulit atau “cover” kitab ni telah dikoyakkan. Kitab ni rasanya memang kena “banned” kat Malaysia. Diorang dok cerita kat saya, macam tu la caranya kalau nak bawak masuk buku2 dan kitab2 yang kena “banned”. Koyak jer “cover” kitab tu. Maka, kalau tak tau tajuk kitab, kastam ngan imigresen pun malas nak check isi buku2 atau kitab2 ni. Kalau ada tajuk, pastu tajuknya mencurigakan pula, geng2 kastam atau imigresen mungkin timbul rasa syak.

Selepas puas membaca kitab ni lebih daripada sepuluh kali (bukan tebal pun, lebih kurang 80 mukasurat jer pun)…. baru la saya faham kenapa ianya dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia. Isinya amat kontroversi dan amat mudah untuk disalah tafsir sebagai ajaran sesat. Tentang jenis tulisannya pula pula… tulisan jawi lama tetapi masih boleh dibaca kerana lebih kurang macam tulisan jawi buku2 sekolah agama tahun 80an jer.

Berikut ialah petikan yang saya maksudkan: 

Alam adalah firman Allah yang tak tertulis iaitu ayat-ayat kauniyah (abstrak atau bersifat halus), Al-Quran pula adalah ayat-ayat kauliyah (tidak abstrak atau bersifat kasar).

[Contohnya roh bersifat kauniyah (abstrak dan halus), dan jasad pula bersifat kauliyah (tidak abstrak atau kasar)]

Semua alam semesta tergelar atas Asma Allah iaitu Nama Allah. Ini ditegaskan di mana “Bismillah” atau lebih tepat lagi “huruf Ba” ialah permulaan Al-Quran dan berperanan sebagai “border” atau “pemisah” atau “sempadan” di antara kauniyah dan kauliyah.

Asma Allah terkandung di dalam Kehendak Allah seperti yang diterangkan secara kauliyah iaitu “Kun Faya Kun” dan Kehendak Allah terkandung dalam sifat.

Sifat terkandung di dalam Af’al iaitu penyebab, musabab atau perbuatan. Akhir sekali, Af’al pula terkandung di dalam Dzat.

Adoi la… memang susah nak faham… sekali baca memang bunyik nya macam berbelit2. Akan tetapi, jika diteliti dengan sabar berulang2 kali… rasanya ia akan memberikan perspektif baru dalam mendapatkan secebis lagi kefahaman benda2 yang tidak nampak di mata kasar kita.

Setelah saya dok puas memikirkan tentang macam mana nak menerangkan maksud petikan ini, saya hanya mampu menyusun penerangannya seperti berikut. Kalau penerangan ni tak boleh difahami, saya tak tau la nak terangkan macam mana lagi. 

Semua hal2 yang diceritakan di dalam petikan ini adalah hijab. Ya, hijab! Ini kerana Asma Allah, Sifat Allah, Af’al Allah bukanlah Dzat Allah itu sendiri … itulah yang dimaksudkan oleh para ahli sufi atau guru2 tauhid bahawa segala yang mampu digambarkan tentang kauniyah secara kauliyah adalah adalah secara analogi HURUF sahaja, dan ia merupakan hijab itu sendiri di mana Dzat Allah berada di sebalik (beyond) TITIK-TITIK yang membentuk HURUF ini. Dzat Allah sudah tentu tidak boleh digambarkan oleh sesuatu yang wujudnya di dunia kauliyah atau dunia fizikal yang kita duduki ini. Untuk mengetahui Dzat Allah, kita harus berupaya berfikir tanpa menggunakan HURUF dan TITIK-TITIK, kerana ianya sendiri adalah hijab!

Hehehh… boleh faham ke? Kalau tak faham… takper la. Mungkin boleh bertanya orang2 lain yang boleh menerangkan hal ini dengan lebih baik lagi. Ingatlah… “laisakamislihi Syai’un”.

Pulau keenam di dalam Segitiga Bermuda ini pula memang berkait rapat dengan hal2 yang dibincangkan di atas. Dikatakan pintu gerbang kota pulau ini ialah sempadan atau “border” di antara alam kauniyah dan kauliyah. Alangkah baiknya kalau kita dapat merasa berdiri betul2 di atas sempadan alam kauniyah dan kauliyah ini. Boleh la kita melihat dan membandingkan kedua2 alam ini dan memahami perkaitannya. Makhluk2 yang menghuni pulau ini pula dikatakan makhluk yang berbentuk tenaga dan tiada jasad tetap.

Di dalam kitab Kabbalah ada penerangan tentang satu konsep yang sama iaitu konsep “As Above, So Below” yakni apa yang berlaku di alam kauniyah pasti ada perkaitannya yang setara di alam kauliyah dan begitulah sebaliknya. Malah, di dalam pengajian Kabbalah, ianya lebih terperinci lagi di mana alam kauniyah dibahagikan kepada beberapa “Sefirot” atau lapisan. 

[Seperti yang saya maklumkan di dalam posting2 saya yang terdahulu, ilmu Kabbalah hari ini telah banyak sekali diubah-suai. Walaupun begitu, jika hendak mendapatkan gambaran tentang apakah ilmu Kabbalah ini… boleh la melawat website ini http://edu.kabbalah.info/bnei-baruch Website ini ada menawarkan program2 Kabbalah percuma secara online dan bahan2 belajarnya seperti video dan e-book akan dibekalkan secara percuma. Pusat pengajiannya bertempat di Tel Aviv, Israel. Pensyarah2 nya pula ialah rabai2 yahudi. Saya sendiri pernah mengikuti salah satu program2 yang ditawarkan dan saya dapati ianya sedikit sebanyak boleh membantu memahami tentang perspektif alternatif perkaitan hal2 kauniyah dan kauliyah berbanding apa yang ada di dalam kitab2 yang diajarkan di sekolah2 pondok di Nusantara ini. Cuma sedikit peringatan… pandai2 la menapis maklumat2 daripada sumber ini. Nanti jadik macam Ayah Pin susah pulak.] 

Sekarang, marilah kita melihat beberapa contoh bagaimana alam kauniyah dan alam kauliyah saling bergantung dan berkait di antara satu sama lain.

Contoh pertama… bagi tukang2 sihir misalnya… sekiranya mereka ingin mendatangkan kesakitan kepada seseorang… mereka akan menggunakan khidmat khadam mereka untuk pergi ke alam kauniyah. Di alam kauniyah, khadam ini akan bertugas membuat sesuatu di alam ini di mana implikasinya ialah mendatangkan kesakitan kepada “target” mereka yang tinggal di alam kauliyah.

Contoh kedua pula, di alam kauliyah… ayat2 Al-Quran yang dibaca mungkin hanya akan kelihatan seolah2 hanya ayat2 bacaan sahaja dan biasanya tiada kesan yang “direct” atau jelas untuk dilihat dengan mata kasar. Akan tetapi, sebenarnya ayat2 Al-Quran ini dengan niat2 tertentu akan memberikan kesan yang besar di alam kauniyah. Kesan terhadap alam kauniyah ini pula seterusnya akan kembali menampakkan hasilnya atau akibatnya di alam kauliyah.

Saya rasa, sekiranya kita benar2 jelas tentang konsep “As Above, So Below” ini, tentu kita akan boleh memikirkan banyak lagi contoh2 lain dalam memanipulasi alam kauniyah dan kauliyah ini.

Persoalannya… adakah ia sesuatu yang beretika bagi kita memanipulasi situasi bagi mendapatkan faedah peribadi dengan pengetahuan ini? Tak tau la nak kata… saya tidak mampu untuk menjatuhkan hukumnya kerana saya bukannya arif di dalam hal2 menjatuhkan hukum.

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 9 of 13

Diam tak diam, telah sampai masanya kita untuk melihat pula pulau ketujuh di dalam Segitiga Bermuda. Sedikit peringatan untuk para pembaca yang dihormati sekalian; Bermula daripada pulau ketujuh (yakni Part 9) ini hinggalah Part 13 nanti, segala kisah2 dan maklumat2 yang dikongsikan akan menjadi amat2 pelik dan amat2 tidak pernah didengar. Ianya akan amat2 menyakitkan hati sekiranya anda seorang yang benar2 berpegang teguh kepada “skeptism” dan benar2 bersikap tegar kepada hanya apa yang boleh diterjemahkan oleh 5 deria anda. 

[Disclaimer: Penulis tidak akan bertanggungjawab jika anda dilanda kesan2 negatif setelah membaca dan cuba memikirkan posting2 seterusnya di dalam siri album NWO ini.]

Penerangan penghuni pulau ketujuh ini mudah. Ianya mudah kerana penghuninya hanya satu makhluk sahaja. Dia ditakdirkan duduk menyendiri di pulau ini. Akan tetapi, apa yang tidak mudah dan yang akan berbunyik “Super Karut” atau “Super Gila” ialah pengetahuan dan kefahaman makhluk ini tentang alam kauniyah dan kauliyah (kalau tak ingat apa itu “alam kauniyah” dan “alam kauliyah”… rujuk la Part 8 yer).

Makhluk ini… pada saat ini sedang duduk menyendiri di pulau ketujuh setelah diberikan “privilege” untuk menyaksikan hampir segala2 nya. Sebagai contoh… dia pernah meyaksikan alam semesta ini sebelum terjadinya “Big Bang” di mana pada waktu itu, segala2 yang ada di dalam alam kauliyah ini hanyalah berupa suatu titik padat (tanpa “ruang” dan tanpa “masa”). Rasanya ahli2 sains moden masakini pun baru2 jer cuba nak belajar dan paham bahawa titik padat ini mengandungi tenaga tulen (sebahagian dpd Nur) tanpa sebarang jisim dan jasad. Kita semua pada waktu itu masih duduk di alam roh lagi (tentang cerita2 hal ini, boleh la rujuk posting terdahulu album NWO yang bertajuk ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK? – Part 6 dan Part 7).

Makhluk ini juga telah menyaksikan apa yang ada di tujuh lapisan langit (kalau nak panggil lapisan la… sebenarnya perkataan “lapisan” kurang tepat untuk menggambarkan keadaan langit ini sebab bunyiknya macam kuih lapis jer. Takkan la langit berlapis2 macam kuih lapis pulak la, kan?). Makhluk ini juga bebas keluar masuk “alam kauniyah” dan “alam kauliyah”.

Baiklah… cukup2 la kan dok cerita contoh pasal pengalaman hidup dan “privilege” kejadian makhluk ni. Kalau nak cerita semua… panjang berjela2 la pulak nanti. Rasanya anda dah faham maksud saya. Jadi, ada baiknya kita berkongsi dulu apa yang lebih penting daripada menceritakan pengalaman hidup dan “privilege” kejadian makhluk ni. Saya cuba kongsikan seperti berikut.

Terus-terang… sewaktu saya cuba menulis posting Part 9 ini serta Part yang berikutnya (Part 10, 11, 12 dan 13), saya sentiasa merasakan diri saya kekurangan perbendaharaan kata (vocabulary) serta kosa kata.

[Nota: Kosa kata adalah himpunan kata yang diketahui oleh seseorang insan atau entiti lain (seperti al-bashar, jin dan polipa). Ia merupakan bahagian serta struktur bentuk dari sesuatu bahasa tertentu. Kosa kata seseorang didefinisikan sebagai himpunan semua kata2 yang dimengertikan oleh orang tersebut atau semua kata-kata yang berkemungkinan akan digunakan oleh orang tersebut untuk menyusun “kalimah” baru untuk tujuan menyampaikan maksud atau informasi.] 

Masalah tentang bahasa ini telah saya ceritakan dengan panjang lebar di dalam siri posting album NWO bertajuk ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK? – Part 1 hingga Part 13. Walaupun saya menghadapi kekangan bahasa ini, saya cuba2 jugak ler menulis.

Okay… okay… kita balik semula kepada isi pokok posting ini. Persoalan yang lebih penting sebenarnya ialah apakah yang membolehkan makhluk ini diberikan “privilege” atau kelebihan ini? 

Bagi memulakan penceritaan tentang hal ini, suka saya terlebih dahulu menarik perhatian anda bahawa makhluk ini pernah bermastautin di suatu tempat di Tanah Melayu beribu2 tahun sebelum masehi (B.C.) dulu. Kalau saya sebutkan nama bandar di mana tempat itu pada zaman sekarang ini saya bimbang anda akan ketawa pecah perut sehingga perut anda benar2 pecah. Jadi elok la kalau saya tak sebutkan nama bandar tu. Harap2 di ruangan komen posting ni nanti, jangan la dok tanya plak pasal nama bandar ni yer.

Sewaktu makhluk ini bermastautin di sini, dia dilawati oleh ramai sekali cendekiawan2 dan ilmuan2 daripada seluruh pelusuk dunia. Dikatakan ramai juga mereka2 yang telah berjaya mempelajari banyak perkara daripada makhluk ini. 

Akan tetapi, ada sedikit keanehan. Kebanyakan mereka yang kembali ke kampung halaman mereka setelah belajar daripada makhluk ini mengalami suatu penyakit. Penyakitnya ialah tidak lain dan tidak bukan penyakit riak dan takabbur. Mungkin inilah bahaya ilmu2 yang hebat tetapi berat untuk menanggungnya. Kebanyakan mereka2 ini mula mencipta agama baharu dan menyebabkan ramai sekali manusia sesat kerana menyembah mereka sehingga ke hari ini.

Apakah ilmu ini? Saya akan cuba terangkan. Mana la tahu… kot kot boleh difahami. Kalau tak boleh faham… saya mohon maaf in advance… sebab setakat ini sahaja la yang saya mampu cuba menulis tentangnya kerana kekangan bahasa.

Sebaik sahaja “ruang” tercipta, “masa” pun serta merta cuba memenuhinya. Kalau anda dapat bergerak cukup pantas di dalam “ruang”… “masa” akan terhenti bagi anda. Dan… kalau anda dapat bergerak lebih pantas lagi, anda akan faham mengapa “ruang’ dan “masa” itu hanyalah ilusi semata.

Seperti yang kita tahu… alam semesta atau “universe” adalah sentiasa dalam proses pengembangan semenjak peristiwa “Big Bang”. Maka… sepantas mana ruang alam semesta mengembang, sepantas itu jugalah “masa” perlu mengejar pengembangan ini bagi memenuhi “ruang” baru yang terbentuk. Daripada manakah masa ini datang? Apa sumbernya? Bagaimanakah “masa” sentiasa sahaja boleh memenuhi “ruang” baru yang tercipta? Wujudkah “ruang” yang masih tidak sempat diisi oleh “masa”? Inilah kuncinya di dalam memahami apa yang telah diajarkan oleh makhluk ini sejak zaman berzaman.

“Ruang” yang tidak sempat diisi oleh “masa” semasa proses pengembangan alam semesta akan selama-lamanya tidak diisi oleh “masa”. “Ruang” tanpa masa inilah yang dipanggil sebagai “dark matter” oleh saintis2 moden masakini. Mereka memanggilnya “dark matter” kerana mereka tahu tentang kewujudannya tetapi tidak tahu apakah bendanya “dark matter” ini. Kalau anda mahukan kepastian, anda boleh menyelidiki sendiri tentang hal ini. Anda boleh sahaja “google” sepuas2 nya atau rujuk semua buku2 terbitan NASA atau hasil2 penulisan saintis2 tersohor seperti Stephen Hawking dan sewaktu dengannya. Anda kemudian akan tahu bahawa para saintis sudah lama tahu yang “dark matter” ini memenuhi lebih dua pertiga alam semesta ini. Bolehkah anda bayangkan bahawa dua pertiga alam semesta ini dipenuhi oleh “dark matter” tetapi TIADA langsung saintis yang tahu apakah itu “dark matter”? 

Ada satu lagi terma yang disebut sebagai “dark energy”. Yang ini pula satu lagi hal yang berkait rapat dengan “dark matter”. Saintis2 NASA yang ngaku terer tu pun tak tau jugak apa benda ni.

Betul ke NASA dan saintis2 ini tidak tahu? Atau mereka pura2 tak tahu sebab mereka tak mahu kita tahu?

Kalau tiada aral, saya akan sambung penerangan tentang hal ini di dalam Part 10 dan seterusnya nanti.

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 10 of 13

Menyambung daripada Part 9… rasanya elok kalau kita tidak tergesa2 terus masuk kepada penerangan tentang “dark matter” dan “dark energy” ini. Lagipun, apa yang akan dipaparkan di dalam posting ini adalah bukan maklumat yang mengikut arus perdana (mainstream) seperti yang biasa didapati di internet atau mana2 buku2 terbitan NASA dan badan2 yang memegang “authority” ketika ini. Maka penerangan “step-by-step” diperlukan. Bukan apa… supaya tidak tersalah tafsir. Nanti mungkin ada pula yang menuduh penulis menyebarkan buah fikiran sesat pulak.

Baiklah… slow and steady… kita mulakan satu persatu. 

Seperti yang saya telah ulangi banyak kali sebelum ini di dalam album NWO, anda boleh saja membaca mengenai “Big Bang” atau apa2 sahaja fakta2 sains berkaitan dengannya (betul ke semuanya fakta?) di dalam buku2 mahu pun di internet. Apa yang kita biasa dengar tentang “Big Bang” ialah… lebih kurang 15 Billion atau 20 Billion tahun dahulu, alam sejagat (universe) masih belum wujud. Semuanya masih bercantum sebagai suatu objek yang padat. Tiba2 “BOOOM!!!” objek padat ini mengalami letupan besar dan ia pun pecah berkecai membentuk apa yang kita panggil ruang (space). Proses inilah yang membentuk segala2nya… bintang2, planet2, galaksi2 dan seumpamanya. Ruang yang terbentuk ini pula dikatakan masih lagi dalam proses pengembangan sehingga ke hari ini. Yang tambah pelik… pengembangan ruang ini bukannya semakin lama semakin perlahan… malah pengembangannya semakin lama semakin cepat. Bolehkah anda membayangkannya? Setiap saat masa berlalu, alam sejagat (universe) yang kita diami ini menjadi semakin membesar dan semakin meluas berkali2 ganda?

Sudah tentu… banyak sekali persoalan2 lain yang ditimbulkan tentang hal kejadian “Big Bang” ini. Antaranya… sewaktu semuanya masih lagi bercantum sebagai suatu objek padat… objek ini duduk di mana? Objek padat ini terapung2 di awangan ke? Kenapa pula objek padat ni tiba2 nak meletup pula? Adakah masa telah wujud sebelum atau semasa keadaan ini? Apa kebenda la sebenarnya benda yang kita panggil masa ini? Sampai bila alam sejagat ni nak terus berkembang selepas berlaku letupan? Ruang alam sejagat akan terus berkembang sampai bila2 ke? Jika ini benar, adakah suatu hari nanti semua bintang2, planet2 dan galaksi2 akan duduk teramat2 berjauhan di antara satu sama lain sehinggakan semuanya akan luput daripada penglihatan kita yang duduk di bumi ini? Ahh! memang memeningkan…

Seperti yang kita ketahui… memang ada pun orang2 yang telah lama gigih mengkaji dan membandingkan penemuan2 saintifik ini dengan apa yang tersebut di dalam Al-Quran. Terima kasih kepada mereka2 yang gigih ini. 

Sebagai contoh… kita boleh lihat link ini (harap dapat baca terlebih dahulu): http://www.al-azim.com/~smkdolsaid/sainsdlmquran.htm 

Selain daripada link ini, suka saya masukkan juga di sini link2 yang telah di “paste” kan sebagai komen di dalam Part 9 yang lalu iaitu http://re-matrix.blogspot.com/p/toc.html oleh saudara Ajaque Rahman, http://isa777.multiply.com/ oleh saudara Khalil Rafael dan http://ms.harunyahya.com/ms/books/917/RELATIVITI_MASA_DAN_HAKIKAT_TAKDIR/chapter/2251 oleh saudara Angos Rizal.

Pada saya, semua rujukan2 ini adalah amat2 baik sekali untuk menerbitkan buah2 fikiran. Cuma kita mungkin sedikit terkilan kerana buah2 fikiran sebegini mungkin hanya dapat berlegar2 di fikiran masing2 sebagai individu tanpa dapat diluahkan, dikongsikan dan dibincangkan sepenuhnya kerana kekangan perbendaharaan kata dan kosa kata bahasa yang kita punyai. Al-maklum, banyak sekali yang ada di dalam fikiran kita ini memang tidak terkeluar sama sekali kerana cara komunikasi biasa kita sesama manusia adalah benar2 terhad.

Setelah anda membaca artikel2 daripada link2 ini, harap2nya anda akan dapat mengenalpasti yang posting ini bukan bertujuan untuk mengulang cerita2 tentang apa yang telah dikaji dan ditulis oleh ramai orang seperti yang terdapat di dalam contoh link2 yang diberikan di atas. Posting ini sebenarnya bertujuan untuk menceritakan bahagian2 yang masih belum disentuh atau tidak mahu disentuh lagi. Sekali lagi saya cadangkan… anda membaca dahulu link2 di atas supaya dapatlah kita sama2 membuat perbandingan kajian masing2 ini kelak. 

Sekarang marilah kita perhatikan beberapa kata kunci ini. Sebagai permulaan… cuba anda terangkan terlebih dahulu kepada diri anda sendiri… apakah sebenarnya maksud2 kata kunci ini.

Senarai kata kunci yang dimaksudkan saya ialah NAMA, JIRIM, JISIM, RUANG KAUNIYAH, RUANG KAULIYAH, MASA KAUNIYAH, MASA KAULIYAH, RUANG TANPA MASA,TENAGA TANPA MASA, GRAVITI, TENAGA CAHAYA, TENAGA KEUPAYAAN, TENAGA KINETIK, TENAGA HABA, GELOMBANG, FREKUENSI, IMAGINASI dan EMOSI. 

Telitikanlah setiap perkataan betul2… dan fikirkan perlahan-lahan. Cuba terangkan kepada diri anda sendiri… apakah pengertian dan bagaimanakah apresiasi anda untuk setiap perkataan ini? Benar… kita mungkin pernah mendengar sesetengah perkataan2 ini. Akan tetapi, anda mungkin akan perasan bahawa perkataan2 ini amat jarang sekali dibincangkan atau diterangkan secara terperinci… baik di peringkat persekolahan rendah serta menengah kita dahulu mahupun di peringkat pembelajaran “tertiary” kita di kolej2 atau universiti2. Mengapa? Mengapakah hal2 yang amat penting ini tidak dimasukkan di dalam silibus pengajaran dan pembelajaran kita?

Kalau dilihat semua kata kunci ini… rasanya anda mungkin bersetuju jika saya katakan bahawa setiap satu daripadanya adalah secara sendirinya subjek yang berat jika dikaji. Saya merasakan, setiap satu daripada kata kunci ini mungkin akan memerlukan berpuluh2 atau beratus2 muka surat untuk bercerita secara terperinci mengenainya. Tidakkah begitu? Maka bagaimana pula saya hendak meringkaskannya di dalam ruangan terhad Album NWO ini? 

Walaupun demikian, di dalam Part 10 ini… saya akan mula cuba juga menulis mengenainya dengan rasa rendah hati dan sebarang kekurangan saya memohon maaf “in advance” yer. Saya akan cuba menyentuh sedikit sebanyak (yakni sebahagian) dahulu tentang kata kunci ini dan kalau tiada aral saya akan menyambungnya lagi di dalam Part 11, Part 12 dan Part 13 (bahagian akhir) nanti. Juga… dengan melakukannya sebegini, harap2 nya dengan ruangan terhad posting di FB ini… dapatlah juga saya berkongsi sedikit sebanyak tentang perihal semua kata kunci ini dan kaitan rapatnya dengan dua pulau terakhir (pulau berkembar) yang berada di dalam Segitiga Bermuda.

NAMA…. apa ada pada nama? Begitulah soalan yang telah diutarakan semenjak zaman berzaman lagi dan sehingga kini… soalan ini masih belum berjawab. Jadi… ni nak cuba try jawablah… walaupun tak seberapa sangat jawapan ini.Kalau kita rujuk Al-Quran… ayat yang pertama di dalam surah yang pertama (Surah Al-Fatihah) menyentuh tentang NAMA yakni “BismillahiRahmaaniRahiim” – Dengan NAMA Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Tidakkah ini menunjukkan bahawa NAMA adalah penting dan mempunyai signifikasi yang besar?

Menurut beberapa sumber yang telah menerangkan kepada saya bahawa NAMA juga dikenali sebagai “ISIM”. Ia adalah bekas tempat meletak sesuatu. Nak letak apa plak? Dikatakan… JIRIM dan JISIM tidak boleh wujud sendiri kerana ia perlu diletakkan di dalam tempat meletaknya yang dinamakan NAMA atau “ISIM”. Dengan kata lain… apa yang saya cuba nyatakan ialah objek padat sebelum berlakunya “Big Bang” sebenarnya ialah “JIRIM dan JISIM yang diletakkan di dalam ISIM”. Got it? Kalau tak “got it” tu kena “got it” dululah yer. Kalau tak lagi susah nak faham bila masuk kepada kata kunci yang berikutnya iaitu RUANG KAUNIYAH dan RUANG KAULIYAH.

Mmmmm… okay la,  cerita dah habis. Sampai sini jer la yer.

Wassalam – zulsegamat

————————————————————————————————————————————————————————–

Nota: Seperti yang telah dimaklumkan, Part 11 hingga Part 13 digantung dan tidak disiarkan kerana tahap kekarutan yang teruk dan dahsyat. 

Allahu’alam…

Advertisements

One thought on “HIMPUNAN CERITA2 GILA TENTANG SEGITIGA BERMUDA SERTA HAL2 YANG SEWAKTU DENGANNYA (PART 7 to PART 10 of 13)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s