HIMPUNAN CERITA2 GILA TENTANG SEGITIGA BERMUDA SERTA HAL2 YANG SEWAKTU DENGANNYA (PART 1 to PART 6 of 13)

Ini pula telah saya tulis dan mula kongsikan dalam bulan Mac 2012 dalam album NWO saya dulu. Ya… dah namanya pun himpunan cerita2 gila. Kalau anda rasa anda waras dan tidak gila, elok la jangan dibaca nukilan ini… nanti jadi gila pulak.

Walaupun sudah siap ditulis sepenuhnya, saya hanya memuatnaik Part 1 hingga Part 10 sahaja. Bagi Part 11 hingga Part 13 elok la saya simpan sahaja. Mengapa? Kerana saya bimbang ramai yang akan memaki hamun saya kerana tahap kekarutan yang tinggi atau… bimbang ada yang jadik gila seperti saya pulak selepas membacanya.

Berikut ceritanya…

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 1 of 13

Adoi la… terlalu banyak versi2 cerita dan berita tentang Segitiga Bermuda ini di internet. Begitu juga dengan buku2 yang berada di pasaran. Mentang2 lah kebanyakan kita tak berpeluang pergi dan melihat sendiri apa yang ada di situ, bermacam2 teori dan penjelasan dibuat mengenai kawasan segitiga yang masih menjadi misteri ini. Al-maklum, kalau kita banyak duit pun, belum tentu kita boleh pergi melawat keseluruhan Segitiga Bermuda dan kembali dengan selamat.

Seperti yang kita ketahui, memang banyak sekali pulau2 di dalam kawasan segitiga ini yang berbucukan Florida, Pulau Bermuda dan Puerto Rico. Yang diumumkan kepada kita ialah terdapat lebih kurang 347 buah pulau di kawasan segitiga ini dan hanya 20 buah pulau yang mempunyai penghuni. Jumlah penduduk di kesemua 20 buah pulau berpenghuni ini pula dikatakan tidak sampai 100,000 orang.

Apa yang akan saya kongsikan kali ini, mungkin sesuatu yang anda tidak pernah dengar sebelum ini tentang Segitiga Bermuda. Menjelang sekarang… I think you know the drill already (Sori… cakap omputih plak). Macam biasa, janganlah tanyakan saya daripada mana sumber2 maklumat saya dan janganlah bertanya sama ada saya pernah pergi melawat ke kawasan segitiga ini. Seperti biasa juga, kalau anda mula merasa yang maklumat2 yang ada untuk siri posting 13 Part kali ini berbau fantasi, feel free untuk berhenti menghidunya.

Pulau2 di kawasan segitiga ini sebenarnya melebihi 400 buah pulau. Dianggarkan, lebih kurang 60 buah pulau tidak ditandakan langsung di dalam mana2 peta rasmi… baik dalam bentuk atlas untuk kajian akademik mahupun carta2 peta pelayaran. Mengapa? Sudah tentulah untuk menyembunyikan kewujudan pulau2 tertentu ini. Kita pula dimomokkan dengan pelbagai cerita2 yang menakutkan supaya tidak ramai di antara kita yang berminat untuk datang dan melihat sendiri apa yang ada di kawasan segitiga ini.

Memang benar apabila kita memasuki ke sesetengah kawasan di dalam kawasan segitiga ini, kebanyakan peralatan2 navigasi yang biasa seperti kompas dan GPS tidak dapat berfungsi dengan betul. Malah di kawasan2 tertentu di sini, kompas dan GPS menjadi gila dan tidak dapat digunakan langsung sebagai penunjuk arah. 60 pulau2 rahsia inilah penyebab sebenarnya. Di pulau2 ini, diletakkan transmitter2 atau pemancar2 gelombang2 tertentu bagi tujuan menggilakan sebarang peralatan2 navigasi biasa. Maknanya apa? Maknanya, hanya kapal2 atau kapal selam2 atau pengangkutan2 udara yang mempunyai peralatan2 navigasi istimewa sahaja yang boleh mengemudi haluan2 mereka di kawasan ini. Untuk menambahkan tahap bunyik kekarutan siri posting kali ini, saya dengan berat hati ingin memaklumkan, pemancar2 ini pula bukanlah buatan manusia. Bukan buatan manusia? Macam mana tu?

Maka, soalan seterusnya pulak… mengapa pula mereka2 yang bertanggungjawab ini bersusah-payah nak mengelakkan kita memasuki kawasan segitiga ini. Ada apa yang berharga sangat di sini? Sebenarnya apa yang mereka2 ini mahu sorokkan bukanlah pulau2 ini. Akan tetapi, ialah apa yang berada di sebalik pulau2 ini. Daripada 60 pulau2 rahsia yang diceritakan tadi, 9 daripadanya adalah pintu2 masuk alam lain atau lebih tepat lagi pintu2 gerbang dimensi. Fuh!!! Sungguh sukar untuk terus mempercayai hal begini… Sudah tentu saya faham mengapa amat sukar untuk memproses maklumat2 sebegini. InsyaAllah, dapatlah saya cuba menerangkan hal2 ini sedikit demi sedikit dengan harapan, menjelang tamat 13 Part nanti, kita sama2 akan dapat melihat perspektif dan persepsi baru tentang kawasan segitiga ini.

Ok… sambung balik cerita.

Bagi setiap satu daripada pulau2 ini, ia dikawal ketat oleh bangsa2 yang berbeza dengan kota masing2 yang amat gah dan kukuh. Salah satu daripada bangsa2 yang menghuni di 9 pulau2 ini ialah bangsa jin. Lagi 8 bangsa2 lain pula akan diceritakan nanti la yer.

Saya rasa elok juga kalau saya masukkan sedikit penjelasan tentang asal-usul kawasan segitiga Bermuda ini dulu.

Kawasan ini dahulunya memang tiada langsung pulau. Pulau2 ini hanya wujud semenjak Nabi Adam a.s. dan Hawa mula menduduki bumi lebih kurang 102,000 tahun dahulu. Dengan izin Allah, sebahagian jin dan sebahagian daripada 8 bangsa2 lain telah dibenarkan untuk menduduki kawasan segitiga ini sebagai kawasan2 milik mereka. Namun, mereka semua diberi syarat yang jelas… jika ada manusia yang berusaha menduduki mana2 kawasan di kawasan segitiga ini, mereka perlu beralah dan memberi ruang.

Pada mulanya, 9 bangsa2 ini hanya menaikkan tanah untuk membentuk 9 buah pulau sahaja yakni 1 pulau untuk setiap bangsa bagi mendirikan pintu2 gerbang kota mereka. Akan tetapi, mereka kemudiannya bersepakat menaikkan tanah pula untuk lebih kurang 60 buah pulau lagi untuk meletak pemancar2 gelombang mereka. Tidak lama kemudian, mereka menaikkan tanah bagi beratus2 pulau lagi untuk “cover line” yakni menyembunyikan kedudukan kota2 mereka. Tu yang jumlah pulau2 yang ada kini adalah melebihi 400 buah pulau. Mengarut? Ya… memang mengarut?

Apabila semua kota2 dan pintu2 gerbang telah siap dibina dengan kukuh, tiada lagi manusia yang dapat masuk ke kawasan segitiga ini. Dikatakan, kumpulan orang2 yang pertama memasuki dan mula menduduki sebahagian pulau2 di kawasan segitiga ini ialah mereka yang diturunkan daipada bahtera Nabi Nuh a.s. Ini ialah semasa banjir telah mulai surut dan bahtera di dalam pelayaran sambil menurunkan kumpulan2 tertentu di lokasi2 terpilih di seluruh dunia.

Mmmmmm… apa la tujuan semua ni? Susah2 ajer nak buat pintu2 gerbang la… kota2 la… naik tanah bagi jadik pulau2 la….

Oh yer… pasal geng2 jahat pulak… diorang pun yer2 la dok citer hebat sangat teknologi2 diorang tu. Diorang pun sama jugak…. tak boleh masuk sewenang2 nya kawasan segitiga ni. Habis tu, siapa yang boleh masuk pulak? Nak buat apa pun manusia nak datang kat kawasan ni?

————————————————————————————————————————————————————————

Part 2 of 13


Marilah kita lihat pulau yang pertama dahulu yakni pulau penempatan jin.

Bertentangan dengan sifat jin, pulau yang dihuni oleh mereka ini amat dingin. Pulau ini menjadi dingin kerana bangsa jin di sini dengan ilmu mereka telah menaikkan tanah yang kaya dengan sebatian kaca, perak, tanah liat dan batu zamrud. Kemudian mereka mendatangkan hawa dingin yang dapat ditampung oleh bahan2 tanah pulau ini.

Cahaya pula tidak boleh berperangai seperti biasa di kawasan pulau ini. Disebabkan hal ini, daripada pandangan mata kasar, pulau ini sentiasa kelihatan berbalam-balam. Tiada tumbuh-tumbuhan yang hidup di pulau ini.

Jenis jin yang menduduki pulau ini adalah daripada jenis jin ifrit yang paling gagah perkasa. Seperti yang kita tahu, jin ni ada beribu2 jenis spesis. Tapi lain kali la cerita yer.

Haaa… sekarang sampai kepada informasi yang sensitif sikit. Ia mengenai dengan tugas utama jin2 ifrit yang duduk di pulau ini. Harap2 tidak ada yang melenting marah pulak kerana sudah tentu saya tidak dapat menghadirkan bukti2 tentang hal ini. Saya hanya berkongsi maklumat yang saya dengar serta dapat dan tidak boleh pula nak menyatakan sumbernya. Jadi terpulanglah pada anda untuk menilainya sendiri.

Di pulau ini tersimpan dua objek penting yang tidak ternilai harganya. Dua objek ini ialah tongkat Nabi Musa a.s. dan cincin Nabi Sulaiman a.s. Jin2 ifrit di sini menjaga dua objek ini dengan ketat sambil menantikan makhluk yang berhak datang mengambilnya.

Makhluk yang akan datang mengambilnya ialah tidak lain dan tidak bukan bernama Dabbatul-Ard. Ia adalah sejenis makhluk yang mempunyai campuran bulu2 panjang dan bulu2 pendek (bulu2 roma). Saiznya amat besar sehingga diceritakan semasa ia keluar daripada bumi nanti (di antara Bukit Safa dan Marwa), ia hanya dapat mengeluarkan separuh sahaja badannya dalam masa 3 hari dan akhirnya dapat mengeluarkan seluruh badannya dalam masa 9 hari.

Mula2 Dabbatul-Ard akan mengambil cincin Nabi Sulaiman a.s. dan memakai di jari tangan kanannya. Kemudian ia akan mengambil tongkat Nabi Musa a.s. dengan tangan kirinya. Setelah itu, di dalam perjalanannya daripada Segitiga Bermuda ini ke arah Mekah, dia akan berkata2 dengan semua manusia yang ditemuinya… “terlalu ramai manusia telah tidak yakin lagi dengan ayat2 Allah”.

Apabila sampai di Mekah, ia akan berhenti di antara Makam Ibrahim dan Hajarul Aswad. Ia kemudiannya akan memekik mengeluarkan suara yang amat kuat. Orang2 mukmin tidak akan takut atau gentar kerana mereka tahu Dabbatul-Ard ialah makhluk Allah yang sedang menjalankan perintahNya. Muka orang2 mukmin akan bersinar2 apabila disuakan cincin Nabi Sulaiman a.s. manakala muka orang2 kafir pula akan suram apabila ditunjalkan tongkat Nabi Musa a.s. kepada hidung2 mereka.

Sebagai renungan (Bukan dalil yer. Saya suruh renung jer dan bukan suruh jadikan ini sebagai dalil) … berikut ialah terjemahan [Surah An-Naml – Ayat 82] “Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka ,kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yg akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami”.

Begitulah, pintu gerbang dimensi kota di pulau ini ialah untuk dimasuki oleh Dabbatul-Ard yang akan datang mengambil tongkat Nabi Musa a.s. dan cincin Nabi Sulaiman a.s.

Bagaimana? Ni belum betul2 gila lagi… nanti kita akan tambah lagi tahap kegilaan cerita ini apabila kita telusuri satu demi satu Part yang ada di dalam himpunan cerita2 gila ini.

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 3 of 13

Pulau berikutnya ialah pulau yang diduduki oleh sejenis makhluk yang mungkin jarang sekali kita akan terfikir kewujudannya. Makhluk ini ialah tumbuhan yang berakal, mukallaf, boleh bergerak-geri dan boleh pula berkata2. Trademark makhluk ini ialah amat berlawanan dengan manusia. Kalau manusia terkenal dengan sikap tergesa-gesanya, makhluk ini pula sangat2 tidak tergesa-gesa. Contohnya, apabila makhluk ini berbual, mereka hanya akan mengeluarkan satu ayat sahaja dalam sehari. Selebihnya masa di dalam hari tersebut digunakan untuk berfikir apa ayat seterusnya yang akan dikeluarkan. Tentang pergerakan pula, mereka mampu bergerak-geri dengan pantas. Akan tetapi, sekiranya tiada keperluan mereka hanya bergerak perlahan2 atau tidak bergerak langsung.

Cuaca pulau ini sangat “hostile” dan “tidak friendly” kepada manusia. Manakan tidak, tempat ini menjadi tumpuan angin yang datang berpusu2 daripada seluruh pelusuk dunia. Pulau ini mempunyai beberapa lubang besar dan ratusan lubang2 sempit yang amat2 dalam. Lubang2 ini memancutkan udara yang sangat2 panas menyebabkan tekanan udara di kawasan pulau ini sangat2 rendah. Kerana hal inilah pulau ini menjadi tumpuan terjahan angin2 ganas yang menyebabkan lautan di sekelilingnya juga ganas bergelora. Lubang2 sempit pulau ini sebenarnya bersambung dengan jutaan lubang2 besar dan lubang2 sempit lain di seluruh dunia yang membentuk suatu “network” atau jaringan saluran2 udara panas dan sejuk di seluruh dunia. Secara ringkas, bolehlah diibaratkan jutaan saluran2 ini seperti urat2 saraf yang merentasi seluruh jasad bumi.

Maka apa pula gunanya pintu gerbang dimensi pulau ini dan tugas makhluk yang mendudukinya?

Kota dan pintu gerbang dimensi di pulau ini sebenarnya mempunyai suatu kuasa yang mampu mengawal dan menjana pergerakan angin. Ya, saya faham tentu sukar untuk mempercayai bahawa hanya sebuah pulau sahaja mampu mengawal dan menentukan rentak aliran angin di seluruh dunia. Tetapi begitulah yang saya difahamkan. Pulau ini ibarat jantung kepada bumi yang tidak henti2 mengepam dan meregulasikan aliran2 udara panas dan sejuk di bawah tanah dan di luar kerak bumi. Makhluk yang mendudukinya pula memastikan pulau ini dapat berdiri teguh dan bertahan demi memastikan fungsinya dapat dijalankan dengan baik. Akar2 makhluk di sini memegang jasad pulau dengan erat.

Disamping menjadi “control centre” atau pusat mengepam dan mengawal aliran angin seluruh dunia, kota pulau ini menyimpan dua jenis angin yang bila sampai masanya akan dilepaskan melalui pintu gerbang dimensi kota terus ke lubang2 yang telah ditetapkan di bumi. Angin yang pertama akan membawa kemarau yang dahsyat dan yang kedua ialah angin yang lembut bagi mencabut nyawa setiap orang mukmin di penghujung akhir zaman kelak.

Sebagai renungan…

[Surah Ad-Dukhan: Ayat 8-10]Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata.

[Rasulullah bersabda]

“Di pintu gerbang (menjelang) hari kiamat akan datang angin yang akan mencabut ruh-ruh setiap Mu’min”(Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidzi dan Ibn Majah dari An Nuwas Ibn Sam’an)

“Sesungguhnya Allah akan mengutus suatu angin yang lebih lembut dari sutra dari arah Yaman atau arah selatan. Tidak seorangpun yang akan dia sisakan dari orang-orang yang masih ada iman dihatinya walaupun seberat biji kecuali akan dia cabut rohnya.”(Riwayat Muslim dari Abi Hurairah. Riwayat Hakim. Dan dalam Asshahihah Al Albaani, nomer 1759)

Pulau ini jugalah yang menyebabkan projek HAARP geng2 jahat mengalami kesukaran dalam usaha2 mereka untuk mengawal sepenuhnya tingkah laku bumi seperti aliran angin. Seperti yang sesetengah kita telah ketahui… HAARP ialah sebuah projek tajaan geng2 jahat untuk menguasai tingkah laku bumi seperti gempa bumi, tsunami, hujan/kemarau, aliran angin dan banyak lagi cabang2 fenomena berkaitan frekuensi (untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek HAARP ini, bolehlah merujuk di posting yang lalu di dalam album NWO atau google sahajalah di internet).

Berdasarkan kajian geng2 jahat, mereka maklum yang sesuatu telah mengganggu penguasaan mereka menggunakan teknologi HAARP mereka dan ianya berpunca daripada suatu kuasa yang sumbernya datang daripada Segitiga Bermuda. Namun, sehingga kini mereka gagal memusnahkan punca kuasa ini walaupun Syaitan dan Dajjal tahu sangat tentang kewujudan dan kedudukan pulau ini. Mereka setakat ini tiada dapat berbuat apa2 kepada jantung bumi ini yang terletak di sebuah pulau di bawah jagaan makhluk2 tumbuhan yang mukallaf.

————————————————————————————————————————————————————————-

Part 4 of 13

Dua pulau yang terdahulu agak mudah untuk dikongsikan ceritanya… boleh dikatakan “straight forward” manakala pulau2 yang berikutnya (ada lagi 7 buah pulau belum cerita lagi), “complicated” sikit. Namun begitu, insyaAllah dapatlah kita dipermudahkan memahami cerita pulau2 ini.

Sebelum kita boleh mula mengenali pulau yang ketiga di dalam Segitiga Bermuda, ada eloknya kalau saya dapat kongsikan dahulu tentang beberapa konsep terlebih dahulu. Konsep2 ini pun bukanlah konsep2 yang luar biasa tetapi mudah sangat untuk kita lupa dan terlepas pandang untuk memberikan apresiasi yang secukupnya.

Seperti yang semua orang pun tahu, Allah maha melihat. Akan tetapi Allah tidak memerlukan mata untuk melihat. Malah, Allah menciptakan mata dan bagi pinjam pulak kat manusia supaya manusia boleh melihat. Kemudian Allah mengadakan pula beberapa jenis cahaya supaya manusia dapat menikmati penglihatan di dalam pelbagai bentuk warna-warni dan perspektif. Di dalam hal ini, timbul dua persoalan. Untuk apa Allah meminjamkan penglihatan kepada kita? Soalan yang kedua pula, bagaimana Allah melihat?

Satu lagi konsep pula berbunyi begini…. Kita pun maklum yang Allah maha mengetahui. Sudah tentu pengetahuan Allah bukan seperti pengetahuan kita. Contohnya rambut yang atas kepala kita ni… pengetahuan kita setakat tahu atas kepala kita ni ada rambut dan rambut kita warna apa… Itu sahaja. Tapi pengetahuan Allah pula amat2 mendalam. Allah tahu berapa helai rambut rambut atas kepala kita dan berapa helai yang hitam serta berapa helai pula dah mula memutih. Allah juga tahu bila masanya bagi setiap helai rambut atas kepala kita ni gugur dan bila pula masanya setiap rambut baru nak tumbuh. Malah bila gugur rambut kita, Allah tahu pula di mana ia akan jatuh. Dan begitulah seterusnya pengetahuan maha luas dan sama sekali tidak dapat dibayangkan oleh kita. Semuanya di dalam pengetahuan Allah.

Baiklah… balik semula kepada hal pulau ketiga di dalam Segitiga Bermuda. Pulau ini dihuni oleh makhluk yang payah hendak diceritakan. Walaupun makhluk penghuni pulau ini masih tergolong di dalam golongan makhluk fizikal (bukan seperti jin)…kita tidak boleh melihat mereka dengan cara biasa. Kita hanya boleh melihat susuk jasad mereka dengan bantuan alat2 canggih seperti kamera infra-merah atau peralatan2 seumpamanya. Ini kerana susuk jasad mereka tidak membalikkan atau memantulkan cahaya seperti objek2 biasa. Al-maklum, mata kasar kita hanya boleh melihat dengan ihsan cahaya terhad yang dipantulkan oleh objek2 sekeliling kita. Penghuni pulau ini pula bukan melihat menggunakan mata seperti kita tetapi menggunakan kebolehan sonar (pantulan bunyi) seperti keluang atau unggas2 seumpamanya. Kalau anda berminat untuk mengetahu bagaimana sesetengah unggas melihat menggunakan teknik sonar… google jer la yer. Saya tidak akan menerangkannya dengan panjang lebar kerana ruangan posting FB yang terhad ini.

Maka kalau kita tidak boleh melihat pulau ini… bagaimana untuk kita datang melancong ke sini. Jawapannya mudah sahaja. Sekiranya anda masuk ke kawasan Segitiga Bermuda, pulau ini dapat anda kenali dengan “trademark” cahaya hijau yang menyelubunginya. Tanah pulau ini pula dinaikkan daripada kawasan tanah yang amat2 dalam dan sangat2 gelap.

Sekarang… cuba renungkan ayat Al-Quran ini:

“Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (memandunya ke jalan yang benar)” [Surah An-Nur – Ayat 40]

Geng2 saintis zaman sekarang dengan bantuan teknologi moden telah dapat mengesahkan bahawa adanya apa yang dipanggil “Kegelapan Mutlak di Dasar Laut.” Apa kah maksudnya hal ini? Berikut adalah sedikit kupasannya:

1. Seperti yang ramai di antara kita tahu, cahaya biasa (berwarna putih pada mata kasar kita) adalah terdiri daripada 7 jalur warna iaitu ungu (violet), biru nila (indigo), biru (blue), hijau (green), kuning (yellow), oren (orange) dan merah (red). Hukum alam fizikal telah ditetapkan oleh Allah di mana sinaran cahaya putih ini mengalami biasan atau pemantulan apabila ianya mengenai air. Lapisan air 10 hingga 15 meter teratas akan menyerap warna merah. Oleh itu jika seorang penyelam menyelam sedalam 25 meter ke bawah laut dan terluka, ia tidak akan dapat melihat warna merah darahnya, kerana sinar warna merah ini tidak dapat menembusi kedalaman ini. Begitu juga sinar warna oren akan diserap pada kedalaman 50-100 meter, hijau pada kedalaman 100-200 meter, biru pada kedalaman melebehi 200 meter, sinar ungu dan biru nila pada kedalaman melebehi dari lapisan tersebut Akibat dari kehilangan berperingkat sinar warna ini, dari satu lapisan ke lapisan yang lain, lautan menjadi bertambah gelap secara berperingkat. Kegelapan bertambah mengikut lapisan penyerapan sinar warna. Di bawah kedalaman 1500 meter, ianya menjadi gelap-gulita mutlak.

2. Sinaran matahari diserap oleh kepulan awan ,yang mana ia membias/memantulkan sinaran cahaya mengakibatkan lapisan gelap di bawah awan. Ini merupakan lapisan pertama kegelapan.. Apabila sinaran cahaya ini sampai ke permukaan laut, ianya dibiaskan/dipantul oleh permukaan ombak menyebabkab adanya sinar pada permukaan air. Oleh itu ombak membias/memantulkan cahaya dan mengakibatkan kegelapan. Sinar cahaya yang tidak dipantul akan menembusi ke dalam lautan. Oleh itu lautan mempunyai dua bahagian, iaitu permukaan laut yang bercirikan cahaya dan kepanasan, dan laut dalam yang bercirikan kegelapan. Permukaannya pula dipisahkan berdasarkan kedalaman ombak.

Ombak dalaman menutupi air dalam di bahagian bawah lautan kerana air di bahagian dalam ini mempunyai kepadatan yang lebih tinggi berbanding dengan air di bahagian atasnya. Kegelapan bermula di bawah ombak dalaman, sehinggakan ikan-ikan di bahagian air dalam ini tidak dapat melihat. Sumber cahaya bagi mereka adalah dari tubuh ikan-ikan itu sendiri. Inilah yang dipanggil cahaya2 istimewa.

Ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Al-Qur’an:

“Kegelapan di dalam lautan dalam yang meluas, ditutupi ombak-ombak, yang di atasnya lagi ditutupi ombak-ombak”.

Dengan lain perkataan, di atas ombak ini ada lebih banyak jenis ombak, iaitu yang terdapat di permukaan lautan. Al-Qur’an menyatakan lagi, “di atasnya ditutupi awan (gelap), kegelapan yang berlapis-lapis, satu di atas yang lain”.

Awan-awan ini adalah lapisan –lapisan penghadang , satu di atas yang lain, yang seterusnya menyebabkan kegelapan akibat penyerapan warna-warna pada peringkat-peringkat yang berbeda.

Bagaimana? Bolehkah memahami ini semua? grin emoticon

Sebagai penutup untuk Part 4 ini, berikut ialah sedikit maklumat tentang pulau ketiga ini serta penghuni2 nya:

1. Makhluk2 penghuni pulau ini diberikan tugas untuk menyelubungi seluruh dunia dengan beberapa lapisan hijab yang terdiri daripada lapisan2 kegelapan mutlak dan lapisan2 cahaya istimewa yang sukar kita fahami.

2. Pintu gerbang dimensi kota pulau ini ialah sumber pengeluaran lapisan2 kegelapan mutlak serta lapisan2 cahaya istimewa bagi menyelubungi dunia kita dengan beberapa lapisan hijab.

3. Sekiranya lapisan2 hijab ini tiada, kita akan terkejut besar kerana kita akan serta merta dapat melihat bermacam2 makhluk halus yang selama ini sama2 menduduki bumi di sekeliling kita. Apa yang akan juga berlaku sekiranya lapisan2 hijab ini tiada ialah kesemua 11 dimensi yang selama ini kita tidak dapat fahami dan tidak dapat lihat akan terserlah di depan mata kasar kita.

4. Sekiranya kita berdiri betul2 di hadapan pintu gerbang dimensi pulau ini, kita akan dapat melihat dunia kita tanpa sebarang hijab. Dan dikatakan, selepas kita melalui pengalaman ini, kita boleh meninggalkan pulau ini dengan keadaan penglihatan kita tidak terhijab lagi.

5. Diceritakan suatu masa dahulu, sekumpulan manusia telah dapat mempelajari ilmu2 tentang lapisan2 kegelapan mutlak dan cahaya2 istimewa daripada penghuni2 pulau ini. Merekalah yang telah mengajarkan dan munurunkan pula ilmu2 ini kepada orang2 yang terbuka hijab dan boleh pula membuka hijab penglihatan orang2 biasa seperti kita.

p/s: Harus difahami, gelap pada definisi kita ialah keadaan cahaya yang tidak dapat diproses oleh mata kasar kita dan ianya bukanlah tiada kehadiran cahaya.

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 5 of 13

Untuk bercerita tentang pulau keempat ini, rasanya saya perlu terlebih dahulu berkongsi secara ringkas kisah tentang Annunaki. Pernahkah anda membaca atau mendengar tentang Annunaki ini?
Memang ada banyak sekali versi tentang cerita Annunaki. Walaupun demikian, rata2 nya semua versi ini bersependapat tentang perkara2 berikut:

1. Rekod tentang Annunaki dan kaum kerabatnya mula dapat dikesan di dalam rekod2 papan (tablet) tanah liat Kerajaan Sumeria yang berusia lebih 3,000 tahun dahulu.

2. Mereka datang daripada planet yang jauh (bernama Planet Nibiru atau Planet X). Ada pula sesetengah pengkaji berpendapat planet mereka sebenarnya berada di dalam dimensi yang lain.

3. Mereka amat berminat dengan emas (berkemungkinan besar untuk digunakan sebagai bahan utama teknologi memanjangkan umur bangsa2 hybrid serta manusia2 yang di bawah kawalan mereka).

4. Ramai manusia2 terdahulu menganggap mereka tuhan, dewa atau utusan tuhan.

5. Di kalangan mereka sendiri terdapat perbalahan besar tentang bagaimana mereka hendak menetapkan status hubungan mereka dengan manusia i.e. sesetengahnya mahu menjadikan manusia hamba mereka, sesetengahnya pula mahu bekerjasama dengan manusia, sesetengahnya mahu manusia menyembah mereka sebagai dewa atau tuhan dan sesetengahnya pula mahu berterus-terang dan berkongsi ilmu sebenar tentang ketuhanan dan teknologi mereka.

6. Ada di kalangan mereka yang bercinta dan berkahwin dengan manusia menyebabkan lahirnya bangsa2 hybrid atau campuran. Ada pula di antara mereka yang mengubah genetik manusia2 tertentu untuk menjadi pasangan2 mereka atau orang2 kanan mereka.

7. Anu adalah raja mereka manakala watak2 lain yang utama adalah Ninhursag, Enlil, Enki, Marduk dan Inanna. Sebenarnya ada banyak lagi watak2 penting yang lain. Jika anda betul2 berminat untuk mengetahui mengenainya secara lebih terperinci, bolehlah mendapatkan naskhah tulisan Zachariah Sitchin yang bertajuk “The Earth Chronicles” atau buku2 lain yang mana pada pendapat saya amatlah tebal sehingga tidak sanggup untuk menghabiskan pembacaannya. Sudahlah buku2 ini tebal, banyak pula hal2 penting yang telah diubah atau sekurang2 nya disaring oleh pakar2 “censorship” geng2 jahat.

8. Raja Anulah yang bertanggungjawab mengajarkan teknologi2 songsang yang kita miliki hari ini. Teknologi2 ini memudahkan mereka mengawal manusia. Teknologi2 songsang ini dikatakan telah menyebabkan kita lalai berhibur, meningkatnya tahap nafus2 buruk kita, timbul sifat2 cintakan penghidupan dunia secara melampau, dipenuhi rasa hasad dengki sesama kita dan dipenuhi juga dengan rasa ingin berlumba2 mencapai kemajuan materialistik.

Siapakah mereka sebenarnya? Siapakah Anu dan konco2 nya ini? Berikut ialah versi tentang Annunaki yang telah disorokkan daripada pengetahuan kita.

Anu sebenarnya adalah salah satu daripada raja2 jin kafir yang mempunyai kerajaan yang amat2 besar. Ninhursag, Enlil, Enki, Marduk dan Inanna pula sebenarnya adalah pembesar2 kerajaan jin ini yang beroperasi dan berkebolehan untuk berinteraksi dengan sesetengah manusia dan manusia hybrid yang memuja2 jin serta mensyirikkan Allah.

Berikut adalah nama sebenar pembesar2 jin kafir ini menurut kajian Islam serta tugas2 mereka:

Ninhursag (Tsabar) – Dia mengetuai kementerian yang mendatangi orang2 yang sedang di dalam kesusahan atau ditimpa musibah seperti kematian isteri, awek, anak ataupun kaum kerabat lain yang disayangi. Begitu juga dia akan mendatangi orang2 yang baru mengalami kerugian akibat bencana alam, kemalangan, dibuang kerja, kerugian urusan jual-beli, dirompak dan sebagainya. Dia membisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu keluhan2 and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

Enlil (Dasim) – Dia bertanggungjawab mengetuai kementerian untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan atau membuat rasa cemburu benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri sehingga menjadi penceraian. Dia adalah pembesar yang paling disayangi oleh Raja Anu.

Enki (Al-A’war) – Dia mengetuai kementerian yang mempunyai pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Konco2 nya pandai menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita zaman moden masa kini. Segala persoalan yang bersangkut-paut keruntuhan moral, hubungan2 seks sumbang dan pembangunan kancah2 perzinaan berada di dalam agenda kementerian Al-A’war. Kementerian ini juga telah memajukan teknologi menaikkan nafsu syahwat dengan penggunaan campuran herba2 dan bahan2 kimia tertentu sebagai afrodisiak.

Marduk (Maswath) – Dia mengetuai kementerian yang pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan konco2 nya lakukan sampai pada tahap dia memperlihatkan diri mereka sendiri dalam bentuk seseorang manusia yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia. Ia kemudiannya menyebarkan kebohongan di dalam kumpulan2 perjumpaan manusia ini yang kemudiannya disebarkan pula oleh manusia2 ini kepada masyarakat umum dunia. Banyak konco2 Maswath yang kini duduk memperlihatkan diri di dalam kumpulan2 manusia seperti Bilderberg Group, Trilateral Committee, Council on Foreign Relation (CFR), Club of Rome, Skull and Bones, United Nations (UN) dan banyak lagilah persatuan2 seumpamanya. Kementerian Maswath ini jugalah yang menguasai semua pemimpin2 negara seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Inanna (Zalnabur) – Dia mengetuai kementerian yang bertanggungjawab menyelewengkan urusan2 ekonomi, kewangan, perniagaan dan urusan jual-beli di dunia. Konco2 nya berkeliaran di pasar-pasar perniagaan besar dan kecil di seluruh penjuru dunia termasuklah bursa2 saham dan kaunter2 foreign exchange. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia melalui kesempitan hidup disebabkan hal2 kewangan dan harta-benda. Konco2 nya juga menzahirkan diri2 mereka dalam bentuk manusia dan duduk di dalam kumpulan2 penting ekonomi serta kewangan dunia seperti World Bank, US Federal Reserve, International Monetary Fund (IMF), Central European Bank (CEB), syarikat2 milik keluarga Rothschild, keluarga Goldman Sachs dan lain2 lagi seumpamanya.

Sekarang kita telah pun tahu, siapa penghuni pulau keempat di dalam Segitiga Bermuda. Untuk makluman, pulau ini mula diduduki oleh kerajaan Raja Anu setelah mereka diusir sepenuhnya oleh sekumpulan wali2 Allah keluar daripada Kerajaan Sumeria. Setelah sekian lama menipu penduduk2 Kerajaan Sumeria, akhirnya tembelang mereka pecah apabila salah satu daripada cendekiawan2 mereka yang paling berilmu memeluk Islam dan mendedahkan rancangan2 jahat Raja Anu kepada manusia. Cendekiawan ini juga ada kaitan dengan pembangunan teknologi kumpulan Paladin yang pernah saya ceritakan di dalam posting2 terdahulu album NWO ini.

Daripada jauh, pulau ini kelihatan merah menyala serta kehitam-hitaman pekat. Tanahnya dinaikkan daripada lahar2 api yang amat panas daripada perut bumi. Pulau ini juga dikenali sebagai “Mysterious Volcano Island” oleh mereka2 yang menduduki Segitiga Bermuda. Mereka menganggapnya sebagai misteri kerana gunung berapi pulau ini tidak pernah meletus. Apa yang mereka mungkin tidak fahami ialah memang terdapat banyak letusan gunung berapi di pulau ini tetapi ianya dilindungi oleh kota dan pintu gerbang dimensi Raja Anu. Setakat ini, api2 daripada pulau ini tidak pernah lagi memudaratkan kawasan2 di sekelilingnya.

————————————————————————————————————————————————————————-

Part 6 of 13

Di dalam Segitiga Bermuda, penghuni pulau kelimanya ialah musuh ketat penghuni pulau keempat yang telah diceritakan sebelum ini. Ini kerana penghuni pulau kelima ini adalah pengamal ilmu2 Hizib secara tegar atau “hardcore”. Ilmu2 Hizib? Apa mender pulak la ilmu2 Hizib ni? Bagi yang pernah mendengarnya apatah lagi yang maklum tentangnya tentulah tidak merasa pelik.

Seperti yang saya maklumkan di dalam part 4 yang lalu, semakin lama, memang semakin susah nak menerangkan tentang pulau2 berikutnya di dalam Segitiga Bermuda ini. Untuk bercerita tentang pulau kelima ini pula… saya akan memerlukan 2 kali posting FB lah nampaknya.

Sebelum bercerita lebih lanjut… berikut ialah beberapa perkara yang tidak boleh tidak… mesti ditonjolkan atau di “highlight” kan terlebih dahulu.

Sekiranya anda pernah membaca posting2 terdahulu di dalam album NWO, saya pernah menyatakan bahawa “tidak ada” ialah tidak sama dengan “tidak wujud”… make no mistake about this! Selepas itu saya juga ada menyatakan pula “ada” dan “tidak ada” adalah dua bentuk kewujudan yang serentak serta saling memerlukan di antara satu sama lain. Oleh itu persamaan “ada”dan “tidak ada” ialah kedua-duanya wujud. “Ada” tidak boleh wujud tanpa “tidak ada” dan begitulah sebaliknya.

Kita ambil satu contoh. Cuba lihat dan amati betul2 tulisan posting ini. Tanpa latar belakang putihnya, adakah anda rasa anda boleh nampak tulisan2 di dalam posting ini? Inilah yang selalu berlaku di dalam fikiran kita. Seringkali kita merasakan bahawa tulisan2 atau teks2 ini sebagai penting manakala latar belakang putihnya tempat tulisan2 ini duduk sebagai tidak penting walhal tulisan2 atau teks2 ini tidak boleh “ada” tanpa latar belakang putihnya yang bersifat “tidak ada”.

Kita ambil pula satu lagi contoh. Cuba anda pegang sebatang pen di tangan anda. Bolehkah anda sekarang menyatakan bahawa di tangan anda “ada” sebatang pen? Sama ada anda sedar atau tidak sedar… anda tidak akan boleh menyatakan di tangan anda “ada” sebatang pen tanpa membandingkan dengan keadaan sebelumnya di mana di tangan anda sebelum itu “tidak ada” sebatang pen.

Bolehkah anda memahami konsep ini?

Bak kata hamba Allah yang saya pernah berbincang mengenai hal ini… beliau mengatakan kepada saya “1” tidak boleh wujud tanpa “0” dan “0” tidak boleh wujud tanpa “1”. Ini sahajalah yang benar2 wujud. Kalau kau faham tentang ini… tentu kau akan sedar bahawa “2”, “3”, “4”… hinggalah “9” hanya ilusi semata2… apatah lagi “10”, “11”, “12”… “1000”… “1 juta” hinggalah positif infiniti… ianya adalah ilusi di dalam ilusi di dalam ilusi yang mengkhayalkan. Itulah DUNIA. Ya, itulah DUNIA. Pastu hamba Allah tu ada menyambung lagi… tetapi terlalu panjang pulak nak dikongsikan di sini.

[Kalau masih tak faham lagi konsep ini, saya cadangkan baca dengan perlahan-lahan seberapa banyak kali yang perlu perenggan2 di atas. InsyaAllah… bolehlah difahami nanti. Kefahaman tentang konsep ini amat penting bagi membolehkan kita benar2 memahami situasi di pulau kelima di dalam Segitiga Bermuda ini]

Sekarang cuba bayangkan anda tiba2 hilang deria pendengaran anda. Keadaan sekeliling anda tiba2 menjadi sunyi sepi. Hal ini berterusan sehingga 3 hari, kemudian berlanjutan selama 3 tahun dan tahu2 sahaja sudah 10 tahun anda menjadi seorang yang pekak. Bayangkan anda yang sebelum ini biasa mendengar macam2 jenis mak nenek bunyi-bunyian tiba2 tidak mendengar apa2 selama 10 tahun. Adakah anda rasa anda masih boleh mengingati bagaimanakah rasanya mendengar bunyi? Bolehkah anda menerangkan kepada diri anda apakah itu bunyi setelah 10 tahun tidak mendengar apa2?

Tidak cukup dengan keadaan pekak selama 10 tahun ini… anda secara tiba2 hilang pula deria penglihatan (yer la… hilang penglihatan tu buta la :P). Hal ini berterusan sehingga 3 hari, kemudian berlanjutan selama 3 tahun dan tahu2 sahaja sudah 10 tahun anda menjadi seorang yang buta (Adoi la… kesiannya… dah la pekak, buta pulak). Bagaimanakah rasanya duduk di dalam keadaan ini agaknya?

[Masih laratkah anda memberikan fokus dan konsentrasi anda untuk menggunakan lagi kuasa imaginasi anda untuk menyambung eksperimen mental ini. Kalau tak larat… stop la dulu. Pasni boleh sambung balik :D]

Okay… sekarang bayangkan anda bertemu dengan seseorang yang mengalami keadaan yang sama dengan anda. Ya… sama sebijik dan senasib seperti anda. Adakah anda akan sedar yang orang ini sama2 sedang merasai apa yang anda sedang rasa… pekak selama 20 tahun…. dan buta selama 10 tahun? Bagaimanakah mungkin anda akan sedar hal ini? Tentulah anda tidak akan sedar atau tahu… bukankah begitu?

Nah! … saya cadangkan kita berhenti rehat dulu di sini. Kalau anda rajin… ambillah masa beberapa minit… beberapa jam atau mungkin beberapa hari untuk berfikir dan membayangkan serta menghayati dengan jelas sejelas-jelasnya konsep dan eksperimen mental yang telah diterangkan di atas.

Kalau takder aral… dalam beberapa hari lagi (atau beberapa minggu lagi :P)… saya akan cuba menerangkan persoalan2 yang telah ditimbulkan di dalam Part 6 ini iaitu:

1. Apakah tujuannya eksperimen mental ini? 2. Apakah pula kena mengena eksperimen mental ini dengan konsep yang telah diterangkan panjang lebar sebelum itu? 3. Seterusnya, apa kaitannya pula semua hal2 ini dengan pulau kelima di dalam Segitiga Bermuda yang penghuninya terdiri daripada makhluk yang mengamalkan secara tegar ilmu2 Hizib?

p/s: Sedikit peringatan… harap anda mendapatkan rehat secukupnya sebelum memikirkan hal2 sebegini supaya anda dapat mengelakkan daripada menjadi “stressed-out” atau tegang seperti orang2 dalam gambar posting ni.

————————————————————————————————————————————————————————–

 

Part 7 hingga Part 10 boleh didapati di dalam “posting” selanjutnya.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s