HIKAYAT TEMBERANG AGE OF THE AQUARIUS

​Di ambang “Age of the Aquarius” dulu, saya telah menulis temberang ini bagi berkongsi tentang perkara2 yang mungkin kita akan hadapi apabila “Age of Aquarius” ini bermula pada 21 Disember 2012. Juga saya kongsikan beberapa perkara lain yang berkaitan dan mungkin elok kita tahu serta fikir2 kan tentang perubahan zaman lama kepada zaman baru ini. Posting ini mempunyai 5 bahagian dan pernah saya siarkan di page Public Secret pada bulan Oktober 2012.

Berikut al-kisahnya…

————————————————————————————————————————————————————————-

Part 1 of 5

Salam sejahtera kepada semua. Saya dengan rendah hati ingin berkongsi beberapa maklumat dan kisah lanjutan daripada beberapa pendedahan mengarut yang telah dibuat melalui album NWO sebelum ini. Mungkin ada di antara kita pun yang telah mendengar tentang hal ini tetapi merasakan ianya amat susah difahami apatah lagi untuk dipercayai. Lantas, kita secara refleks atau tindakbalas automatik menolaknya mentah2. 

Mengapa jadi begini? Mengapa sukar dipercayai dan difahami? Seperti biasa… saya suka mengulangi hal ini. Bagi kita yang telah mendalami dan jelas dengan isi utama album NWO, kita maklum yang ianya memang sukar diterima kerana amat bertentangan dengan apa yang kita telah biasa dengar dan lihat selama ini. Semenjak kita kecil lagi dan kemudian masuk ke alam persekolahan hinggalah ke menara gading, kita belajar menggunakan silibus dan skop yang telah ditetapkan oleh pihak2 tertentu yang tidak kita kenali. Ini ditambah pula dengan silibus pelajaran tidak formal sebagai pengukuhan penjara minda kita melalui media2 yang dikuasai mereka seperti surat khabar, radio, televisyen dan internet. Pendek kata, apa yang kita belajar, lihat dan dengar selama ini hanyalah apa yang mereka mahukan dan telah tetapkan sahaja.

Ramai yang mungkin sedia maklum yang kebelakangan ini (terutamanya di antara tahun 2005 hingga 2012 ini), suatu fenomena telah dapat dilihat berulang-ulang kali dan semakin menjadi2 di seluruh dunia termasuk di Malaysia sendiri. Terbaru… fenomena ini telah dapat dilihat dengan lebih jelas dan telah dirakamkan oleh ramai orang dengan kamera telefon masing2 (al-maklum sekarang zaman iPhone ngan hp android). Baru2 ini… di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Segamat, Batu Pahat dan Muar adalah tempat2 yang paling jelas kelihatan matahari bersinar di tengah2 halo (cincin cahaya). Malah ada tempat2 tertentu yang dapat melihat matahari bercincin cahaya ini diiringi pula oleh objek kemerah-merahan yang juga mempunyai cincin cahayanya sendiri (rujuk gambar yang disertakan).

Seperti yang kita telah lihat daripada posting2 terdahulu di dalam album NWO, badan2 atau organisasi2 yang mempunyai “authority” atau bidang kuasa tentang kajian angkasa lepas dan cakerawala seperti NASA misalnya sentiasa membekalkan kita dengan maklumat yang sekali pandang meyakinkan tetapi dua kali pandang meragukan. Mereka begitu berkuasa di dalam hal ini kerana mereka tahu yang kebanyakan kita memang tidak mampu untuk memeriksa kesahihan teori dan laporan saintifik palsu mereka. Manakala mereka yang cuba untuk menyebarkan maklumat yang sebenar, sudah tentu akan disenyapkan dengan pelbagai cara.

Apakah sebenarnya yang sedang berlaku dan apakah fenomena ini? Adakah ianya cuba memberitahu kita sesuatu? 

Di sini saya rasa akan bermulanya kocakan fikiran yang akan menimbulkan rasa ingin menolak (rejection) tentang kemungkinan fenomena matahari bercincin cahaya ini cuba menyampaikan sesuatu maklumat penting. Akan tetapi ianya akan berbunyi seperti kisah2 dongeng purba kitab2 tulisan manusia2 terdahulu. Kalau anda rasa sanggup untuk meneruskan sambil menahan perasaan gundah anda ini, bolehlah meneruskan pembacaan. Jika tidak sanggup… anda tentu tahu apa yang patut dibuat… tutup jer la… hehe.

Baiklah… kita lihat sistem solar (sistem matahari) kita sendiri bersama planet2 nya dahulu. 

Pernahkah anda terfikir bahawa matahari adalah sebenarnya berfungsi sebagai pintu keluar masuk (a.k.a. portal) bagi kita membuat “star jump” di mana kita boleh menggunakannya sebagai jalan pintas untuk pergi ke sistem bintang lain? Saya rasa tentu secara refleks atau tindakbalas automatik kita akan menolak hal ini. Mengapa? Ya, kita telah diajar dan telah pun belajar bahawa matahari sangat panas. Jika kita menghampirinya, sudah tentu kita akan hangus terbakar.

Next, pernahkah anda mendengar sebelum ini tentang “The Gatekeeper” atau Penjaga Pintu Pagar? Harap kita tidak keliru dengan penjaga pintu pagar kandang binatang ternakan atau penjaga pintu pagar kedai kereta potong yang menyimpan berbagai2 jenis “spare-part” dan “half-cut”. Pagar ini bukan pagar biasa. Pagar ini memagari matahari dengan kepanasan yang tinggi. Walaupun pun pagar ini sangat panas, “The Gatekeeper” diberi kebolehan untuk mengiringi anda atau sesiapa sahaja yang mempunyai syarat tertentu untuk melalui pintu pagar dengan selamat. Anda kemudiannya akan melalui matahari untuk keluar di pintu pagar bintang yang lain. Nanti akan diterangkan lebih lanjut lagi tentang “The Gatekeeper” ini.

Bagaimana? Adakah anda mampu lagi menahan perasan “rejection” yang mula membuak2 di minda anda? Masih ada kesanggupan untuk teruskan pembacaan lagi? Untuk makluman anda, semasa pertama kali saya mendengarkan tentang hal ini pun, saya pun secara refleksnya tertawa terbahak2 sehingga berlelehan air mata. Manakan tidak, sekali pandang dan dengar tentang hal ini… tentu kita akan menolak mentah2 tanpa berfikir terlebih dahulu dan lebih merasakan ianya sebagai modal bahan jenaka. Inilah senjata paling ampuh geng2 jahat ini. Mereka tahu, perkara yang sebenar akan berbunyi sangat asing dan mengarut. Bak kata omputih… “the truth is stranger than fiction”.

Ok… mari kita teruskan lagi. Pernahkah anda mendengar pula tentang planet nibiru atau nama lainnya ada banyak… seperti planet X, saqqar, dan lain2 lagi? Cerita yang mungkin kita pernah dengar ialah ianya mempunyai orbit berbentuk elipse seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Setiap 2500 tahun sekali (plus minus 150 tahun), ia akan lalu melewati sistem solar kita dan menyebabkan pelbagai bencana alam seperti banjir besar dan polar shift. NASA pula menyifatkan planet nibiru sebagai komet atau asteroid yang besar dan bukannya sebuah planet. Maka persoalan timbul… Jika benar seperti yang dikatakan NASA ini tentang orbit planet nibiru, mengapa apabila selesai sahaja planet nibiru melewati sistem solar kita ianya tiba2 menghilang dan tidak dapat dikesan lagi? Sepatutnya, kita masih boleh melihat atau mengesan lagi kewujudannya semasa ianya bergerak meninggalkan sistem solar kita. Adakah planet nibiru menghilang kerana ia sebenarnya menuju dan kemudiannya masuk ke dalam matahari? Benarkah ianya hanya komet atau asteroid?

Nampaknya ruang dah habis. Saya tahu, masih belum terjawab lagi banyak perkara pokok seperti… apa ada dengan matahari bercincin cahaya?; apa pula objek kemerah-merahan bercincin cahaya?; apakah planet nibiru sebenarnya?; apa kena mengena pula cerita planet nibiru dengan matahari sebagai pintu pagar ke bintang lain?; siapa atau apakah sebenarnya penjaga pintu pagar atau “The Gatekeeper”?; kenapa planet nibiru hilang tiba2 setelah lalu melewati sistem solar kita setiap 2500 tahun sekali?; dan pelbagai lagilah persoalan2 yang bersangkut-paut dengannya. InsyaAllah dapat disambung di dalam part 2 of 5 nanti.

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 2 of 5

Untuk Part 2 ini kita mulakan dulu dengan “The Gatekeeper”. 

Seperti yang diberitahu oleh NASA… matahari dipagari oleh satu lapisan yang sangat2 panas. Suhunya mencecah 5,505 darjah Celcius. NASA menamakan lapisan panas ini sebagai “corona”. Serta merta membuatkan kita terfikir, bagaimana mungkin sesiapa boleh melepasi lapisan pagar sepanas ini? Di sinilah “The Gatekeeper” memainkan peranannnya.

The Gatekeeper sebenarnya ialah satu teknologi yang mampu membiaskan haba. Bukan hanya setakat membiaskan haba, malah ianya juga mampu mengimbangi beberapa lagi hal lain seperti hentaman radioaktif serta meneutralkan kesan tindak balas “fusion” yang berlaku bagi menghasilkan lapisan “corona” yang amat panas ini. Struktur matahari juga sebenarnya banyak membantu sesiapa yang mahu memasuki pintunya untuk ke sistem bintang lain.

Jika kita tinjau tentang kajian2 sejarah yang selalu dipaparkan kepada kita melalui pelbagai media, kita tentu perasan yang bangsa2 terdahulu di dalam sejarah peradaban atau tamadun dunia kelihatan taksub dengan matahari sehingga ada yang seolah2 menyembah dan bertuhankan matahari. Contoh2 yang biasa kita lihat… Mesir Kuno – Tuhan Ra, Greek – Tuhan Helios, India dan Tibet – Tuhan Surya, etc. Tempat2 lain juga tidak terkecuali termasuklah di Amerika Selatan, Eropah dan di mana sahaja… ada sahaja bangsa2 yang kelihatan betul2 taksub dengan matahari. Adakah mereka ini benar2 menyembah matahari? Atau mereka hanya membuat sesuatu “ritual” sebagai penghormatan kepada matahari? Atau adakah mereka telah berpengalaman melihat berkali2 banyak makhluk2 hebat datang dan pergi daripada matahari?

Persoalan seterusnya ialah bagaimana pula matahari boleh menjadi portal? Kalau melihat daripada struktur matahari seperti yang dipromosikan oleh NASA dan “authority”2 yang sewaktu dengannya, matahari hanyalah bebola gas yang panas dan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang ditunjukkan di dalam grafik di atas. Benarkah struktur matahari begini?

Sebenarnya memang ada banyak cara untuk menerangkan struktur sebenar matahari dan bagaimana ianya boleh menyebabkan ianya menjadi portal. Akan tetapi semuanya amat sukar untuk difahami… Di sini, saya akan cuba cara yang saya rasa paling mudah faham… tapi kalau kurang faham juga… mintak maaf la yer.

Untuk permulaan, cuba kita renungkan ayat Al-Quran ini (Nota Peringatan Keras: Ayat2 ini disertakan BUKAN sebagai dalil. Akan tetapi dimuatkan di sini supaya mudah-mudahan dapat mencetus minat berfikir dan mengkaji mengenainya) 

Surah 24 – An Nur (Ayat 35 dan Ayat 36)

[35]Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[36](Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

Bagaimana? Pernahkah kita memikirkan perihal Ayat2 ini dengan serius?

Di dalam salah satu posting2 di dalam album NWO terdahulu, saya pernah bercerita tentang string theory ni. Kalau nak membacanya semula… boleh la pergi ke: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3146564863618&l=d1171463f7

Secara ringkasnya, string theory menerangkan tentang adanya 11 dimensi kewujudan jirim dan jisim yang terhasil oleh kombinasi lapisan2 tenaga, getaran dan cahaya yang berlainan. Jika kita mengkaji tentang matahari, kita akan dapati ianya adalah salah satu lokasi di mana semua 11 dimensi kewujudan ini saling bersentuhan. Tidak seperti yang biasa kita fahami, realiti hanya mempunyai 3 dimensi sahaja. Ok cukup… cerita panjang2 sangat takut makin konpius pulak. Kalau masih tak jelas… mungkin di masa hadapan saya boleh buat posting khas untuk menerangkan lebih lanjut tentang hal ini.

Sekarang mari kita lihat fenomena matahari yang mempunyai halo (cincin cahaya) pula. Apabila sesuatu objek keluar atau masuk ke dalam matahari, fenomena matahari mengeluarkan halo terjadi. Semakin besar saiz objek yang keluar-masuk ini, semakin “intense” lah halo yang terbentuk sehingga boleh dilihat dengan jelas oleh mata kasar kita yang berada di bumi ini. Kejadian baru2 ini, sekiranya kita teliti kita akan dapat membuat agakan, objek merah yang mempunyai halo merah itu adalah salah satu objek yang sama ada dalam perjalanan masuk atau baru sahaja keluar daripada matahari. Daripada sumber2 merapu yang saya rujuk, objek merah ini adalah objek yang baru keluar daripada matahari. Objek ini, dalam perjalanan untuk memintas planet nibiru. Nak pintas buat apa pulak?

Untuk makluman, “path” atau jalan laluan planet nibiru yang biasa ialah daripada sistem bintang terdekat dengan kita bernama alpha centauri… ia masuk ke sistem solar kita dan seterusnya masuk ke dalam matahari untuk muncul semula di alpha centauri. Sebab itulah apabila selesai kita membuat pemerhatian planet nibiru ini melintas masuk ke sistem solar kita, ia kemudiannya tiba2 menghilang. Tentang lokasi alpha centauri pula kita boleh sahaja membuat carian “google” atau rujuk link seperti ini http://earthsky.org/brightest-stars/alpha-centauri-is-the-nearest-bright-star

Untuk Part 3 of 5 nanti, saya akan berkongsi pula sedikit maklumat tentang siapa yang dok keluar- masuk masuk matahari ni? Dan… apa sebenarnya planet nibiru?

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 3 of 5

Cuba fikirkan… kita al-insaan diperbuat daripada tanah. Maka planet bumi tempat kediaman kita pun diperbuat daripada tanah. Bagaimana pula dengan jin? Mereka diperbuat daripada apa? Bukankah Jin diperbuat daripada lidah api? Ya, mungkin ada asasnya lintasan fikiran kita tu… maka tempat kediaman yang sesuai dengan mereka ialah tempat yang diperbuat daripada api. Matahari sesuaikah untuk diduduki jin? Kita fikirkanlah dan jawab dalam hati.

Walaupun ada di antara kita telah jelas tentang perkara di atas (kalau kita masih tak jelas lagi, amik masa fikirkan betul2 sampai jelas di dalam minda kita), hakikatnya bukan semua makhluk termasuk jin sendiri boleh dan mampu untuk keluar dan masuk matahari sesuka hati. Mengapa? Ya la… sekali imbas fikiran kita, kalau kita buat perbandingan, kita al-insaan ni pun bukannya boleh keluar dan masuk bumi sesuka hati. Tidakkah begitu? Atau… adakah kita al-insaan sebenarnya memang boleh bebas keluar dan masuk bumi sesuka hati cuma kita tidak tahu caranya? Ish… kalau pening, rehat la dulu… pastu baru sambung fikirkan semula hal ini.

Kemudian, cuba kita sama2 lihat Ayat 6 hingga 11 daripada Al Quran Surah 72: Al Jin di bawah [Nota Peringatan: Ayat2 Al Quran di dalam posting ini tidak sama sekali bertujuan untuk digunakan sebagai dalil. Akan tetapi diharapkan ianya dapat mencetuskan minat dan keinginan untuk kita membuat renungan dan mengkajinya]. Sambil tu, cuba ingatkan kembali apa yang kita telah baca di dalam Part 1 dan 2 sebelum ini. 

[6]`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

[7]`Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).

[8]`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

[9]`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

[10]`Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?

[11]`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

Bagaimana? Adakah kita mulai nampak sedikit sebanyak apakah sebenarnya matahari itu?

Nah, sekarang baru la boleh cerita sedikit tentang planet nibiru a.k.a saqqar a.k.a. planet X. Untuk mula menyentuh tentang planet nibiru ni… saya rasa ada baiknya kalau kita google dulu sebanyak mungkin di internet tentang beberapa perkara seperti… planet nibiru ini sendiri, kisah annunaki, enlil dan kaum kerabatnya, kisah2 atlantis dan lemuria version geng2 jahat, etc. Maklumat2 asas ini penting supaya apabila kita mula melihat penerangan mengenai planet nibiru di dalam posting2 seterusnya nanti… mudah la kita membuat perbandingannya. Oh ya… jangan lupa juga google tentang suatu terma yang dinamakan… “hollow earth”.

Posting Part 3 ini pendek sahaja. Walaupun pendek… rasanya ia cukup untuk menimbulkan banyak sekali persoalan2 yang berat2. Semoga di dalam Part 4 nanti… apabila sedikit sebanyak misteri tentang planet nibiru, bumi yang kita duduki ni dan matahari mula dirungkaikan… kita akan mendapat perspektif yang agak meluas dan mendalam tentang alam yang kita mungkin sangka hanya wujud dalam cerita2 Star Wars, Star Trek, The Matrix dan lain-lain yang sepertinya.

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 4 of 5

Seperti yang kita tahu teknologi al-insaan yang melibatkan banyak cabang ilmu seperti ilmu fizik, kimia, biologi, matematik dan sains adalah terhad. Ya, sekali pandang memang nampak hebat namun semua jenis teknologi ada hadnya. 

Sebagai contoh…. “graviti”. Hampir semua orang rasa mereka tahu apa itu graviti. Semua al-insaan tertakluk dengan graviti. Tanpa graviti jirim dan jasad tidak akan mempunyai berat. Ia adalah daya yang amat penting. Akan tetapi sehingga kini al-insaan tidak tahu daripada mana datangnya graviti. Cubalah tanya mana2 saintis di dunia ni. Tiada siapa yang mampu menjelaskan daripada mana datangnya graviti. Itu belum lagi perkara2 yang lebih halus seperti keberadaan jin, malaikat, makhluk2 Allah yang lain, roh dan perjalanan inter-dimensi oleh penduduk2 langit serta cakerawala. 

Kenapa saya utarakan semua perkara ini? Saya utarakan semua perkara ini kerana planet nibiru jatuh dalam kategori yang sama pada pandangan kita al-insaan. Jika dilihat dengan lebih dekat, semua perkara ini tidak dapat dijelaskan dengan teknologi al-insaan yang cetek ini walaupun kewujudannya memang tidak dapat dinafikan. Bagaimana mungkin hendak dinafikan kerana kesannya memang kita dapat rasakan di dalam realiti dunia fizikal kita. Cuma kita tidak tahu dan faham puncanya… daripada mana datangnya…? 

Betulkah semua al-insaan memang tidak tahu atau ada segelintir yang tahu tetapi merahsiakannya atas sebab2 tertentu? Betulkah terdapat banyak lagi jenis ilmu2 lain (yakni teknologi2 lain) yang mempunyai kebolehan menghasilkan apa sahaja yang teknologi al-insaan mampu hasilkan atau malahan lebih lagi? Adakah kita percaya yang piramid2 di seluruh dunia termasuk di Malaysia dibina dengan teknologi al-insaan? Adakah kita masih percaya patung2 di Pulau Easter didirikan dengan teknologi cetek kita? Adakah batu2 di Stonehenge disusun dengan teknologi seumpama teknologi kita? Atau… adakah semua ini terhasil dengan ilmu2 lain selain teknologi al-insaan yang kita memang tahu adalah terhad?

Geng2 jahat sentiasa mengatakan teknologi adalah satu2 nya ilmu di dunia ni. Tidak cukup dengan itu, mereka berpura2 menggunakan teknologi untuk mencari sesuatu yang memang tidak akan dapat dicapai dengan teknologi. Adakah kita betul2 percaya cerita geng2 jahat bahawa kononnya mereka belum menemui sebarang kesan tentang adanya makhluk2 lain di alam semesta ini walaupun sudah bertahun2 mencarinya? Sekiranya mereka mencari hanya dengan teknologi… mungkinkah mereka dapat menemui kesan2 kewujudan makhluk2 ini? Jika benar mereka telah menemuinya, fahamkah mereka daripada mana makhluk2 ini datang dan bagaimanakah keberadaan atau struktur kehidupan makhluk2 lain ini? Ntah la… cuba tanya NASA tentang hal ini.

Okay… sekarang mari kita lihat sedikit maklumat tentang planet nibiru. Mohon kita ketepikan dulu sementara maklumat2 yang kita dengar tentang kisah annunaki, enlil dan yang sepertinya yang dikatakan berkaitan dengan nibiru. Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah amat berlainan. Diharapkan kita bersedia untuk bersabar ketika membacanya nanti kerana sekali dengar bunyi cerita tentang nibiru ini adalah amat asing sekali pada pemikiran biasa kita. Ianya juga bukan sesuatu yang boleh dijelaskan dengan teknologi.

Masih ingatkah pada Part 3 of 5 saya meminta anda untuk membuat carian google tentang “hollow earth”. Apakah yang telah anda temui? Saya percaya apa yang kita temui ialah seperti apa yang dipaparkan di dalam grafik yang disertakan bersama posting ini. Bersama2 grafik hollow earth, saya sertakan juga grafik kalendar kaum maya dan pohon kehidupan kaum maya. Soalan cepumas…. adakah kita rasa yang semua grafik ini boleh dijelaskan dengan teknologi? Tentu sekali tidak. Sekiranya tiada halangan nanti, di masa hadapan saya akan cuba buat siri posting2 yang membincangkan ilmu2 selain daripada ilmu teknologi… InsyaAllah.

Kita lihat dulu hollow earth. Cerita tentang hollow earth ini sudah lama berada di internet. Malah semenjak tahun 1970an lagi telah banyak buku2 yang ditulis mengenainya. Geng2 jahat memang membiarkannya sahaja kerana mereka yakin, ianya memang berbunyi tidak munasabah bagi kebanyakan al-insaan yang telah lama diasuh dengan ilmu teknologi acuan mereka selama berpuluh-puluh malah mungkin beratus-ratus generasi. Sebenarnya, cerita tentang hollow earth adalah cerita tentang planet nibiru.

Saiz planet nibiru ialah 5 kali ganda lebih besar daripada bumi. Penghuni planet nibiru tidak duduk dipermukaan luaran planet seperti kita di bumi. Mereka hidup di permukaan dalam planet nibiru. Di tengah2 planet nibiru terdapat sebutir punca tenaga dan cahaya yang dipanggil “Matoma” bertindak seolah-olah seperti sebutir matahari. Kat planet nibiru, tiada istilah waktu malam pada penghuninya. Daya gravitinya pula adalah terbalik berbanding graviti di bumi. Penghuninya terbahagi kepada 24 kaum utama yakni Chan (penguasa langit), Wink (perantara makhluk2), Witz (penguasa gunung), K’in (penjaga matoma/matahari), B’alam (penguasa api), Bak (tabib atau penguasa tulang), Way (pengimbang jiwa), Juun (pengajar kitab), Ja (penguasa air), Ajaw (raja pemerintah), Muyal (penjaga pintu awan), Ix (penguasa kesuburan feminin), Ch’am (penguatkuasa/penggenggam undang2), K’uk (penguasa warna warni jelmaan burung quetzal), Chan (pelilit ular/DNA), Ch’ul (pengingat tuhan pencipta), Chok (penggembur), Jaab’ (penjaga masa), Yax (pembantu K’uk penjaga warna biru dan hijau), Pakal (pelindung bencana), Tok (pandai permata senjata), Naj (perancang tempat menghuni) dan K’al (pengira menggunakan andasar 20). Rasanya cukup la kalau setakat mengenal nama kaum2nya sahaja dulu sebab kalau nak huraikan satu persatu anatomi sifat kejadian dan kehidupan mereka di planet nibiru ni nanti jadik panjang sangat pulak macam cerita Lord of the Rings.

Sama ada kita percaya atau tidak kisah annunaki, enlil dan yang sepertinya ialah kisah yang telah diputar belitkan oleh pihak2 tertentu. Ianya telah banyak diputar belitkan seperti terjadi kepada kisah Atalan/Lamarakh berbanding Atlantis/Lemuria yang pernah diceritakan di dalam album NWO dahulu.

Kalau takder aral… di dalam part terakhir nanti yakni Part 5 of 5… saya akan cuba ringkaskan cerita tentang bagaimana penghuni2 planet nibiru pernah berhubungan dengan al-insaan di bumi suatu masa dahulu. Ya, kaum maya ialah antara kaum yang pertama berinteraksi dengan penghuni2 planet nibiru ini. 

————————————————————————————————————————————————————————-

Part 5 of 5

Melalui Al-Quran, ada banyak kali Allah menyebut dan mengajar kita tentang dimensi ruang dan masa. Di dalam Surah Al-Baqarah misalnya, diceritakan tentang kisah seorang hambaNya yang keluar daripada kampung kemudian tiba di suatu tempat lalu di ”tidur” kan selama 100 tahun. Apabila ia “bangun”, ditanyakan kepadanya berapa lama dia tertidur lalu dijawabnya mungkin sehari atau sebahagian daripada sehari. Dia diberitahu dia telah tidur selama 100 tahun. Dia disuruh memeriksa bekalnya dan bekalnya masih elok. Disuruh melihat binatang tunggangannya… didapati sudah tinggal tulang belulang sahaja. Kemudian Allah membangkitkan semula tunggangannya itu menjadi seperti sediakala. Adakah bekalannya duduk di dimensi lain dan tunggangannya pula duduk di dimensi lain kerana selepas 100 tahun keadaan bekalan dan tunggagannya berbeza? Kemudian Allah menunjukkan kekusaanNya menguasai dimensi ruang dan masa dengan menghidupkan semula binatang tunggangan tersebut.

Di dalam Surah Al Israk pula… kita tentu tahu tentang kisah Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Yang ini tak perlulah kot saya cerita panjang2… anda semua tentu tahu.

Di dalam Surah Al Kahf pula, diceritakan tentang sekumpulan pemuda yang bersembunyi di dalam gua. Matahari silih berganti menyimbahkan cahaya di rekahan sebelah mereka pada waktu pagi dan di rekahan sebelah satu lagi pada sebelah petang. Walaupun fenomena pagi dan petang ini menunjukkan mereka masih lagi di alam fizikal dunia kita tetapi mereka tidak sedar mereka duduk di dimensi lain yang menyamai masa di alam fizikal selama 300 tahun. Selepas 300 tahun mereka masih lagi muda. Apakah maknanya semua ini? Dapatkah kita memahaminya?

Planet nibiru mempunyai sifat2 kejadian seperti yang digambarkan di dalam kisah2 di atas. Ia adalah planet yang aneh kepada kita jika kita masih kabur tentang wujudnya sesuatu yang kadang kala di dimensi ruang dan masa yang lain… kadang kala di dimensi ruang dan masa fizikal kita.

Sekarang mari kita lihat tentang kaum Maya pula. Menurut para pengkaji sejarah dan saintis sekular, kaum Maya mencapai kemuncak kegemilangan mereka di antara tahun 240 hingga ke tahun 900 masehi (A.D.). Kaum ini dikatakan menduduki dan menguasai kawasan yang luas… kalau hari ini kita mengenali kawasan ini sebagai Mexico, Honduras, Guatemala dan Belize. Mereka dikatakan mengamalkan agama yang menyembah Tuhan Utama Itzamna, Tuhan Chac penjaga Api dan Angin, Tuhan Kukulkan yang berbentuk ular berbulu pelepah dan banyak lagilah. Di awal tahun 900an… dikatakan saki baki kaum Maya ini telah ditawan dan dikuasai oleh askar2 Sepanyol. Akan tetapi, benarkah ini semua?

Okay… ini cerita yang kita mungkin tak pernah dengar pulak tentang kaum Maya ni. Mereka adalah keturunan yang berasal daripada beberapa kumpulan pertama yang memulakan tamadun selepas kejadian banjir besar di zaman nabi Nuh a.s. Apa? Betul ke ni? Ala… takpe la… biarlah saya habis cerita dulu… kemudian terpulang kepada semua untuk memeriksa sumber2 masing2. Boleh yer?

Teknologi mereka pula bukan seperti teknologi yang kita lihat hari ini. Ia bukan bersandarkan ilmu fizik, matematik, sains, elektronik dan astronomi biasa sahaja. Ia bersandarkan di atas kefahaman punca kuasa sebenar yakni cahaya tulen, ibu tenaga dan kawalan frekuensi jirim serta jisim. Bahasa yang mereka gunakan pula bukan seperti bahasa2 yang kita biasa guna hari ini di mana bahasa mereka boleh menjelaskan banyak perkara seperti bahan yang saintis2 sekular kita hari ini memanggilnya sebagai dark matter dan dark energy. Pendek kata, teknologi mereka bukan seperti teknologi acuan geng2 jahat sekular masa kini. Satu lagi yang mungkin memeranjatkan kita ialah mereka beragama yang sama aliran dengan agama Islam. Ya, mereka menyembah Allah… dan bukan seperti yang digembar-gemburkan menyembah Itzama, Chac, Kukulkan dan yang sepertinya itu.

Cuba kita fikirkan… mengapakah tamadun2 barat dan lain2 tamadun tajaan Iblis dan Dajjal bertungkus lumus menghantar askar2 mereka untuk menakluk dan memusnahkan tamadun2 lain yang tidak akur kepada kekuasaan mereka? Mengapa agaknya Sepanyol bersusah payah menghantar askar2 mereka untuk menakluk dan memusnahkan saki baki tamadun kaum Maya?

Okay… okay… jauh plak saya side-track. Balik semula kepada perkaitan planet nibiru dan kaum Maya ini… sama ada kita boleh proses maklumat2 ini atau tidak terpulanglah kepada yang empunya diri. Sesetengah kita boleh sahaja mengenepikan semua cerita2 ini kerana saya tak kuasa untuk menjelaskan sumber2 saya secara terperinci. Lagipun, tujuan page “Public Secret” ini dan terdahulu “album NWO” bukanlah untuk menyediakan maklumat2 dan sumber2 menepati syarat2 akreditasi universiti atau kolej. Akan tetapi, hanyalah ingin mencetuskan budaya untuk berfikir sebelum menerima sebarang ilmu walaupun ianya datang daripada Harvard, Cambridge, MIT atau Oxford. Yang penting… marilah kita elakkan penyakit “Blind Acceptance”.

Baiklah.. here comes the bomb…

Penghuni2 planet nibiru ialah mereka yang berasal daripada kaum Maya. Mereka adalah di antara pengasas2 utama ilmu kosmologi dan ketuhanan semenjak zaman berzaman. Planet nibiru pula bukanlah planet… ianya adalah sebuah planet tiruan yang dibina dengan teknologi kaum maya. Mengapa kalendar kaum Maya berakhir pada 21 Disember, 2012? Ini ialah kerana mereka akan kembali membawa kalendar yang baru bagi menyambung kalendar kaum Maya yang semakin hampir sampai ke penghujungnya itu. Mengapa planet nibiru kejap boleh dikesan dan kejap hilang pula macam iklan biskut chipsmore? Ianya kerana planet nibiru mampu merubah keberadaannya keluar masuk dimensi ruang dan masa mengikut keperluan mereka. Adakah dunia akan kiamat pada 21 Disember, 2012? Hanya Allah yang tahu… tetapi seperti yang kita maklum Dajjal masih belum lagi muncul di Jerusalem, Imam Mahadi masih belum muncul daripada Khurasan dan Nabi Isa a.s. masih belum turun semula lagi…. so kalau mengikut perkiraan tersebut… 21 Disember, 2012 sudah tentu belum kiamat lagilah.

Semoga siri posting “THEY COME AND GO” ini memberi manfaat kepada kita. Yang baik datang daripada Allah… yang tak baik tu daripada kelemahan saya sendiri.

Wassalam – zulsegamat

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s