DAHULU MEREKA PERNAH DATANG MENCARINYA… KINI MEREKA AKAN DATANG MENCARI LAGI.


Kawasan Misteri di Hutan Taman Negara Malaysia 

[Lokasi: Di Sempadan Negeri Pahang-Kelantan berhampiran dengan Gunung Tahan]

Sebagai mukadimah, elok rasanya kalau saya gambarkan dulu lokasi ini secara lebih terperinci.

Anda pernah mendaki Gunung Tahan? Kalau tak pernah, elok la kalau anda boleh buka Google Earth atau Wikimapia sambil baca posting ini untuk memahami lebih jelas lagi tentang lokasi kawasan misteri yang akan saya ceritakan ini.

Sekiranya anda hendak mendaki Gunung Tahan, jalan biasa yang perlu anda lalui ialah seperti berikut. Daripada pejabat Taman Negara di Merapoh, anda boleh menaiki kenderaan pacuan 4 roda hingga Kuala Juram. Daripada Kuala Juram, anda akan mula berjalan kaki sambil mendaki ringan2 sejauh lebih kurang 15 km hingga Kem Kor. Daripada Kem Kor, anda perlu menyambung pendakian (kali ni betul2 mendaki kerana curam gak kat sini) hingga ke Kem Permatang dan terus ke Kem Kubang. 

Dipendekkan cerita… anda kemudiannya kena meneruskan perjalanan ke Kem Belumut, pastu Kem Bonsai dan terus ke Kem Bukit Botak… hahahhh… banyak giler kem2 yang anda lalui tapi masih belum sampai lagi. Akhirnya daripada Kem Bukit Botak barulah anda boleh sampai ke Kem Puncak Gunung Tahan. Semua ini mengambil masa di antara 4 hingga 5 hari. Kalau anda seorang yang berstamina rendah, mungkin ambil masa lama lagi 

Kalau anda cukup gila atau berstamina kuda hitam (seperti lirik lagu Juliza Adlizan), anda boleh la meneruskan perjalanan hingga ke Gunung Gedong, Gunung Reskit dan Pangkin Atas…. semuanya ini adalah di dalam deretan gunung2 atau banjaran gunung yang sama.

Sekarang lihat kawasan yang ditandakan merah di dalam imej yang disertakan bersama posting ini. Kawasan yang ditandakan merah ini ialah kawasan yang hutannya sangat2 luar biasa tebal. Kawasan ini juga merupakan kawasan lembah yang amat2 dalam dan dikelilingi oleh gunung2 dan tanah2 tinggi daripada segenap penjuru Taman Negara Malaysia.

Sekiranya anda berani juga untuk cuba2 masuk ke kawasan ini… jangan terkejut jika anda terserempak dengan binatang2 buas yang memang berkeliaran di sini semenjak zaman-berzaman lagi. Al-maklum, hutan di kawasan ini dikatakan berusia lebih 30 juta tahun… malah ada yang mengatakan ianya berusia 130 juta tahun. Entahlah.. saya tak tau, saya bukan pengkaji usia hutan.

Berikut ialah contoh ekspedisi2 terdahulu yang dicatatkan kononnya sebagai ekspedisi mencari puncak Gunung Tahan.

• 1875– Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak jauh Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).

• 1880 – Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak Gunung Tahan. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak. Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.

• 1884–Residen Perak, Frank Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.

• 1893 – H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan. Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.

• 1890 – Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan.

• 1898 – W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak yang luar biasa besar. Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi.

Semua ekspedisi2 ini dikatakan mengalami kegagalan kerana sukarnya mencari puncak Gunung Tahan. Apa…? Gagal? Susah ke nak cari puncak Gunung Tahan? Hutan Amazon pun selamba jer mereka redah… tapi hutan kat Gunung Tahan, mereka tak pandai nak redah pulak? Kenapa?

Sebenarnya ekspedisi2 ini cuba meneroka ke kawasan yang melangkaui Gunung Tahan iaitu ke kawasan misteri di lembah gunung2 hutan Taman Negara untuk cuba mencari sesuatu. Apakah sebenarnya yang cuba dicari oleh mereka ini?

Nota: …seperti biasa, harap jangan tanyakan daripada mana saya mendengar cerita ini. Kalau anda rasakan ianya mengarut… lupakan jer la yer.

Wassalam – zulsegamat

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s