APA ITU “SINGULARITY”: KISAH DONGENG PARSI YANG TELAH DITAMBAH PENGAWET DAN PERISA TAMBAHAN

​Saya kutip kisah ini sewaktu saya bertugas selama seminggu di Cyprus dan 5 hari di Iran. Kemudian saya olah dan tulis semula supaya bunyik kisah ini menjadi lebih dongeng dan lebih mengarut. Ia mula2 sekali saya kongsikan di page Public Secret sekitar bulan October 2012 dulu.


Begini kisahnya…

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 1 of 7

Bolehkah kita menyatakan di mana letaknya ruang yang kosong di alam semesta ini? Benar2 wujud ke ruang kosong ini? Saya percaya, ramai di antara kita masih dok menjawab dengan spontan. Ruang kosong? Ala… pergi jer la keluar 50 batu daripada atmosfera bumi ni… angkasa lepas tu ruang kosong la. Kan ruang kat angkasa lepas tu kosong…. vakum! Apa la punya soklan? Tak pun pergi jer makmal, carik bekas yang kedap udara atau “air-tight container”…. pastu pam semua udara dan gas keluar sampai jadik ruang vakum… ruang kosong la tu. Adakah benar ruang vakum itu bererti ruang yang kosong? Maka, bagi kita yang masih menyangka istilah ruang vakum merujuk kepada ruang yang kosong… elok la membaca nukilan kecil ini. Kalau yang dah tau tu… tak yah la baca…

 
……

 
……

 
…….
Haishhhh… ok la… kalau dah tau, tapi masih nak baca… boleh la baca jugak.

Tahukah kita… ruang vakum semulajadi i.e. angkasa lepas atau mana2 ruang vakum tiruan yang dihasilkan di dalam makmal sebenarnya tidak kosong. Ada sesuatu yang sentiasa mengisinya. Dengan kata lain, there is no such thing as emptiness. Ceh… sori cakap omputih sikit. Ada sesuatu yang kita tidak boleh suka2 nak pam keluar… Betulkah begini? Apa yang sentiasa dok mengisi ruang vakum? Sebenarnya ada banyak…. contoh mudah… cahaya boleh “travel” atau bergerak melalui vakum… frekuensi radio dan lain2 lagi seumpamanya… boleh mengisi ruang vakum… dan kita masih panggil ruang itu vakum jugak hanya semata2 kita merasakan ruang itu kosong dan bebas daripada molekul2 dan atom2 jirim dan jisim. Boleh fahamkah setakat ini?

Sekarang cuba bayangkan wujud satu keadaan di mana sesuatu ruang itu benar2 kosong atau istilah omputihnya “true vacuum”…. maka persoalan yang timbul… adakah keadaan begini masih boleh dipanggil ruang? Apa sebenarnya ruang ini? Cuba pikir betul2…. apa mender ruang ni yang sebenarnya? Kalau dah ia benar2 kosong… satu habuk jirim dan jisim pun takder… cahaya ke.. frekuensi radio ke.. hapa ke… semuanya takder… apa yang memberinya ukuran panjang, lebar dan tinggi bagi membentuk apa yang kita biasa panggil sebagai ruang? 

Okay… okay… cukup dulu tentang ruang jenis ni… Sekarang… meh kita dok pertimbangkan beberapa soklan lain pulak.

Apakah yang kita faham tentang “Fikiran” dan “Emosi” ??? Kedua-duanya memang wujud. Ye ke? Kalau kedua-duanya wujud… boleh ke ianya mengisi ruang atau tidak? Atau… adakah kedua-duanya ini tidak memerlukan ruang untuk wujud? Abis tu… kalau kedua-duanya tak perlukan ruang untuk wujud… depa dok wujud kat mana plak? Sori… cakap Kedah la pulak. Haaaa… bolehkah kita menjawabnya..??? Depa dok kat mana?

Orait… sekarang try pikir macam ni pulak. “Fikiran” dan “Emosi” memang memerlukan ruang untuk wujud… tapi ruang tempat kedua-duanya wujud adalah ruang dimensi lain yang tidak sama dengan dimensi ruang tempat wujud jirim dan jisim fizikal. Amacam? Boleh terima ke kalau cakap macam ni?

Sebagai pengakhiran bagi Part 1 ini… saya suka untuk “highlight” satu perkara. Daripada persoalan2 yang ditimbulkan di atas, kita sepatutnya sudah boleh nampak bahawa untuk pembentukan ruang sahaja sudah ada sekurang-kurangnya dua dimensi kewujudan ruang yang berbeza. Sebenarnya terdapat 5 lagi dimensi ruang yang belum saya sentuh lagi. Dapatkah kita memikirkan apakah 5 lagi dimensi kewujudan ruang ini? Bagi setiap dimensi ruang ini… apakah benda atau perkara yang mengisinya?

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 2 of 7

Sebelum kita melihat 5 dimensi ruang yang lain, adalah penting kita memahami 2 dimensi ruang yang telah diterangkan di dalam Part 1 sebelum ini terlebih dahulu. Ramai sekali pihak2 yang menasihatkan saya agar pengetahuan ini tidak dikongsikan secara terbuka kerana bimbang tentang penyalahgunaannya. Namun bagi saya, pengetahuan ini wajar dikongsikan. Kalau nakdisalahgunakan, terpulanglah kepada kita….

Ok… recap sikit. Dimensi Ruang Pertama (DR1) = Keberadaan Fizikal yang boleh disentuh, didengar, dilihat dan dirasai secara fizikal. Ia melibatkan jisim dan jirim. Contohnya jasad kita sendiri dan benda2 yang ada disekeliling kita seperti batu, tumbuhan dan haiwan termasuklah bunyi-bunyian, bau dan “taste”. Dimensi Ruang Kedua (DR2) = Keberadaan yang tidak boleh diukur dan dinilai secara fizikal. Ia tidak mempunyai jirim dan jisim. Contohnya fikiran dan emosi.

Untuk makluman, ada sesuatu yang sentiasa mengisi kedua-dua dimensi ruang DR1 dan DR2 ini. Bergantung kepada tamadun atau budaya ia dikenali sebagai “ether”, “gaya”, “maya” atau kalau dalam cerita Star Wars… ia dikenali sebagai “The Force”. Ia adalah medium di mana keberadaan di dalam DR1 boleh memberi kesan kepada keberadaan DR2 dan begitu jugalah sebaliknya. Sebagai contoh, hanya dengan perkataan yang keluar daripada mulut kita yang bersifat fizikal ini… ia boleh mengubah fikiran ataupun emosi seseorang (DR1 memberi impak kepada DR2). Atau dengan emosi tertentu pula kita akan mengeluarkan perkataan tertentu (DR2 memberi impak kepada DR1). Nampak perkaitan ini? Ambillah masa sedikit dan cuba fikirkan contoh2 lain supaya kita benar2 faham. 

Tanpa “ether” DR1 dan DR2 terputus hubungannya. Tanpa ether kita boleh bercakap apa sahaja dan ia tidak akan memberi impak kepada fikiran atau emosi pendengarnya. Tanpa ether, idea yang timbul di dalam fikiran kita tidak akan boleh dimanifestasikan di alam fizikal kita. Tanpa ether kita semua akan menjadi sebuah robot dan komputer yang tidak berperasaan dan beremosi. Macam mana… boleh ikut penerangan setakat ini?

Okay… sekarang kita pergi ke peringkat yang seterusnya. Bolehkah sesuatu yang ada di dalam fikiran kita mengubah sesuatu di dalam fikiran orang lain tanpa melibatkan perbuatan tertentu seperti mengeluarkan perkataan tertentu atau melakukan perbuatan tertentu yang bersifat fizikal? Terima kasih kepada ether, kita boleh melakukannya. Bagaimanakah caranya?

Sama ada kita sedar atau tidak, kita boleh menyuruh seseorang itu melakukan sesuatu atau mengambil keputusan tertentu dengan hanya menghantar apa yang kita fikirkan terus kepada fikiran seseorang tersebut (hanya melibatkan DR2). Pernah lihat seorang “Jedi” dalam cerita Star Wars melakukan hal ini? Ini boleh dilakukan dengan satu syarat. Kita hendaklah boleh melepasi pertahanan fikiran orang yang hendak kita kawal itu. 

Apakah pertahanan fikiran? Pertahan fikiran telah diwujudkan secara semulajadi bagi semua jirim dan jisim di alam fizikal kita ini. Tidak kiralah sama ada kita seorang manusia, seekor kucing, sebatang pohon durian atau pun sebutir batu, kita mempunyai pertahanan fikiran semulajadi yang bertindak menghalang sesuatu pihak lain daripada menguasai fikiran atau emosi kita secara terus DR2 kepada DR2 tanpa melalui DR1. Tanpa pertahanan ini, kita akan dikuasai oleh manusia2 lain atau makhluk2 lain tanpa kerelaan kita. Tanpa pertahanan ini, maka rasanya kita boleh bayangkan dunia kita akan melalui perubahan yang amat2 drastik. Sebab itulah ramai di antara kita yang telah lama mengetahui serta memahami hal ini merasa sedikit bimbang. Mengapa bimbang? Inilah yang akan berlaku bermula hujung tahun ini pada 21 Disember, 2012. Kita akan tiba di suatu era atau zaman di mana sempadan DR2 dan DR1 semakin menipis dan pertahanan fikiran semulajadi kita akan semakin lemah dan mungkin terus hilang.

Orang yang paling beruntung ialah orang yang telah memahami hal ini terlebih dahulu dan telah mula melatih minda mereka untuk memperkuatkan pertahanan fikiran mereka. Pada masa yang sama, mereka juga telah berlatih untuk memperkuatkan minda mereka supaya apabila zaman jurang DR2 dan DR1 semakin terhakis tiba, mereka dapat mengeksploitasi orang lain dengan mudah sekali.

Inilah sebenarnya sebab saya berkeras untuk berkongsi tentang hal ini secara terbuka walaupun mendapat tentangan daripada banyak pihak. Saya merasakan tidak adil sekiranya ada pihak2 yang tahu dan ada pula pihak2 yang tidak tahu. Maka apabila bermulanya era baru nanti pada 21 Disember, 2012… pihak2 yang tidak tahu akan didominasi dan diperhambakan.

Kita boleh memilih untuk mengkaji hal ini lebih lanjut atau menganggapnya hanya sebagai cerita2 yang tidak masuk akal. Akan tetapi bila masanya tiba tidak lama lagi…. kita tanggunglah sendiri akibatnya.

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 3 of 7

Sekarang tiba masanya untuk penjelasan lebih lanjut tentang “ether”. Sebagai permulaan, elok kalau kita tengok dulu beberapa perkara yang mungkin kita pernah dengar tentang ether ni. Sambil2 tu, kita lihat juga beberapa perbandingan ilmu sains sekular juga. Perkara2 ini diharapkan akan memudahkan penjelasan tentang ether ini.

Pernahkah anda mendengar istilah “ethernet”? Ya, istilah ini mula digunakan pada era2 awal implementasi “internet”…sekitar tahun 60an, 70an hinggalah 80an. Istilah ini kemudiannya digantikan dengan internet? Mengapa? Sebenarnya, geng2 jahat telah lama tahu dan faham mengenai ether dan merasakan istilah ethernet ni melampau. Mereka tahu, sehebat mana pun internet… ia tetap tidak boleh mencapai tahap kehebatan ethernet. Mungkin selepas habis membaca posting ini, kita akan faham mengapa istilah ethernet dirasakan melampau.

Cuba jawab soklan ni…. Ada tak benda yang lebih laju daripada cahaya? Jawapannya…. ADA. Berdasarkan ilmu sains sekular, kita telah diajar bahawa tiada benda yang lebih laju pergerakannya daripada cahaya. Sebenarnya… FIKIRAN kita bergerak jauh lebih laju daripada cahaya. Betulkah hal ini?

Tahukah anda berapakah jarak setahun cahaya? Cahaya bergerak lebih kurang 6,000 billion (6,000,000,000,000) batu setahun. Kalau nak tukar pada sistem kiraan metrik yakni kilometer, anda darab la jarak 6,000 billion ini dengan 1.6…. Jauh tak? Ini bermakna, sekiranya anda dan saya duduk berjauhan sejauh 6,000 billion batu…. cahaya yang saya hantar kepada anda akan mengambil masa satu tahun untuk sampai.

Jika kita nak membayangkan kelajuan fikiran pula mudah sahaja… Sekiranya anda dan saya mampu menggunakan ether dan membuat hubungan telepati, fikiran yang saya hantar kepada anda akan sampai serta merta. Nah… mana yang lebih laju? Cahaya atau Fikiran?

Begitulah kelajuan fikiran… jauh lebih laju daripada cahaya. Secara ekstrim (extreme)… hal ini boleh diandaikan dengan apa yang kita biasa baca di dalam Al Quran… kehendak Allah sekiranya Dia terfikir dan mahu sesuatu terjadi… Ia cuma perlu berkehendak KUN (jadi)… FAYA KUN (maka jadilah). KehendakNya tentu lebih laju daripada cahaya… tidak kira di mana pun tempat dan dimensinya serta merta apa yang difikirkan segera terjadi…. tidakkah begitu? Suka saya tekankan sekali lagi di sini… Apa yang saya cuba sampaikan ialah cahaya masih lagi berbentuk jirim dan jisim. Ia bergerak dalam corak zig-zag melalui lonjakan atom demi atom yang digelar saintis sekular sebagai radiasi elektromagnetik. Berbeza dengan fikiran… ia bergerak melalui medium yang dipanggil ether. Fikir sahaja…. terusssssss sampaiii….. terus terjadiiii…. 

Anda tentu biasa dengan bahan yang dipanggil besi (iron)? Ilmu sains sekular mengajar kita bahawa besi sangat padat. Akan tetapi, hakikatnya saintis2 sekular pun tahu bahawa kandungan besi ialah atom2 yang terdiri daripada nukleus (neutron + proton) yang dikelilingi elektron. Anehnya, perbandingan saiz serta jarak di antara nukleus besi ini dengan elektronnya adalah sama dengan nisbah perbandingan saiz dan jarak matahari kita dengan planet bumi di dalam sistem solar kita. Adakah ini suatu kebetulan? Ini pun ada kena mengena dengan kehadiran ether.

Saintis2 sekular telah lama mengkaji otak. Ya… otak. Bahagian yang duduk dalam kepala kita ni. Saintis2 sekular kini mendabik dada bahawa mereka kini mempunyai peralatan2 canggih untuk mengesan dan mengira aliran2 elektrik di dalam otak kita untuk memahami kaitan otak dengan pergerakan2 lain pada tubuh badan kita. Setiap kali kita berfikir pun saintis2 sekular ni dapat mengesan aliran2 elektrik yang muncul akibat aktiviti berfikir ini. Namun, mereka masih gagal mengesan kandungan fikiran itu sendiri. Mereka gagal menterjemah aliran2 elektrik di dalam otak ini kepada apa yang sedang difikirkan. Mengapa? Ini kerana fikiran bukanlah sesuatu yang boleh diterjemah hanya dengan hanya mengkaji dan menggunakan aliran2 elektrik. Fikiran hanya boleh diakses melalui kajian dan penggunaan ether.

Jadi… apakah ether ini? Ingat semula posting Part 2 of 7… mengenai Dimensi Ruang Pertama (DR1) dan Dimensi Ruang Kedua (DR2). Bagaimanakah ether boleh memenuhi DR1 serta pada masa yang sama juga melimpah dan memenuhi DR2? Mengapa kita tidak mudah untuk mengesannya? Adakah kita telah terlalu lama diasuh oleh saintis2 sekular semenjak ribuan tahun lamanya sehingga kita lupa apakah itu ether dan bagaimanakah kita dapat memanfaatkan kehadiran ether?

Ramai juga yang mungkin salah sangka… menyangkakan ether itu sesuatu yang amat tipis komposisinya sehingga sukar untuk dikesan kehadirannya. Sebenarnya, ether adalah sangat2 tumpat komposisinya. Kalau boleh kita bayangkan… ether adalah 1,000 billion (1,000,000,000,000) kali ganda lebih tumpat dan padat berbanding air (H2O). Tetapi, mengapa kita tidak menyedari keberadaannya?

Jika anda seorang ilmuan atau pengkaji ilmu fizik, anda tentu maklum dengan “String Theory”. Akan tetapi, pada hemat saya ramai orang belum lagi faham dan mengerti apa itu string theory. Oleh kerana itu penjelasan mengenai ether di dalam posting ini saya cuba buat dengan cara tradisional iaitu ilmu sains sekular (bercerita tentang atom, netron, proton dan elektron) yang kita lebih biasa atau familiar. Sebenarnya, penjelasan tentang ether menggunakan string theory adalah lebih jelas.

Okay… berbalik semula kepada persoalan…. mengapa kita tidak menyedari keberadaan ether sedangkan ianya 1,000 billion kali ganda lebih tumpat daripada air? Ini ialah kerana, bahan binaan ether adalah jauh lebih halus daripada elektron. Mikroskop paling hebat yang saintis2 sekular kita ada pun hanyalah mikroskop elektron… maka jangan harap la kita nak melihat ether menggunakan mikroskop ini grin emoticon Mana mungkin jasad kita yang kasar ini beserta lima deria kita yang kasar ini juga dapat mengesan kehadiran ether. Semua benda2 fizikal lain di DR1 kita ini tidak dapat langsung memanipulasi ether kerana semua benda2 fizikal termasuk kita sendiri tidak dapat menggerakkan atau mengalih ether. Jadi… apa la guna ether kalau kita tidak dapat berbuat apa2 mengenainya?

Sebenarnya ada sesuatu yang kita miliki dapat menggunakan dan memanfaatkan ether ini…. InsyaAllah di dalam posting seterusnya, saya akan cuba berkongsi pula tentang hal ini.

p/s: kepada saudara mara serta rakan2 yang mengenali diri saya, selepas membaca posting ini…. janganlah anda merasa bimbang dan gundah gulana pula apabila kita bersua. Saya sedaya upaya tidak akan membaca fikiran anda.

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 4 of 7

Bagi memudahkan saya menerangkan bagaimana hubungan ether dengan kita al-insaan, rasanya elok kalau saya kongsikan sebuah kisah tentang tiga orang pendeta (the three wise men). Kisah ini telah diceritakan dari mulut ke mulut beribu2 generasi lamanya. Sayangnya, di masa ini, kisah tiga orang pendeta telah pun diolah oleh banyak pihak sehingga cerita serta mesej2 yang sebenar telah tenggelam dan hilang ditelan zaman. Sebagai contoh… lihat sahajalah di blog2 internet masakini dan buku2 mejai (magi) orang2 gipsy ataupun buku2 ahli2 sihir moden hasil terbitan orang2 eropah dan Amerika. Ada yang menceritakan kisah ini berlatarbelakangkan kerajaan Mesir di mana tiga pendeta ini dikatakan menjadi orang2 suci yang mengumumkan kemunculan Horus yakni dewa/tuhan mereka. Ada pula yang berlatarbelakangkan kerajaan Parsi di mana tiga orang pendeta ini menyelesaikan perbalahan besar tiga orang raja. Malah di negara2 barat pula, cerita tiga orang pendeta ini telah menjadi cerita tiga orang raja yang mempunyai angkatan perang yang hebat ditambah pula dengan kuasa2 ajaib masing2 seperti mampu membela pelbagai binatang2 aneh seperti naga, griffin, unicorn dan centaur. Ish… dan ada macam2 versi lagi la.

Kisah asal tiga orang pendeta ini sebenarnya berlaku di suatu masa di mana tiada wujud Laut China Selatan lagi. Kitab asal cerita tiga orang pendeta ini telah ditemui bersama2 sebuah lagi kitab yang mungkin tidak asing bagi sesetengah kita yakni Sulalatus Salatin. Seperti yang kita tahu… kitab Sulalatus Salatin ini pun telah banyak diolah2 dan kena “censor” sana sini. Akhirnya… kitab Sulalatus Salatin terjemahan pengkaji barat dan dilabel versi barat jugak yang kita iktiraf dan rujuk. Apa la nak jadi dengan kita ni kan?

Nama2 pendeta ini pun sebenarnya kita telah pernah dengar. Nama2 mereka telah diabadikan menjadi nama tiga butir bintang utama di dalam buruj orion (buruj belantik) yakni Mintaka, Alnilam dan Alnitak. Pada zaman di mana pendeta2 ini hidup, Laut China Selatan belum lagi jadik laut. Laut China Selatan masih lagi sebuah dataran subur yang luas terbentang menyambung Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Kalimantan pada waktu itu. Dataran ini digelar orang sebagai Sandai Sasantara (Sunda Nusantara). Bahasa yang dituturkan di seluruh dataran ini ialah bahasa Melayu Halus setara tinggi mutunya dengan bahasa2 semitik dan bahasa2 tinggi yang lain seperti bahasa Ibrani, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit. 

Oleh kerana kitab ini tebal dan ceritanya pun panjang, mungkin di masa lain, boleh la saya berkongsi tentang kisah kerajaan Sunda Nusantara ini. Buat masa ni, marilah kita memberi tumpuan terlebih dahulu kepada perbincangan raja Sunda Nusantara dengan tiga orang pendeta ini mengenai perkara2 yang kita sendiri pun selalu tertanya2 mengenainya. Mereka jadi berbincang tentang hal2 ini bagi menyelesaikan persoalan2 yang dihadapi oleh raja Sunda Nusantara ini. Seperti kita, raja Sunda Nusantara ini pun ingin sangat memahami tentang hal2 ini. Berpuluh2 guru dan cendekiawan telah ditemuinya namun masih tiada yang dapat memuaskan hatinya. Suatu hari baginda mendengar tentang tiga orang pendeta ini lalu menjemput mereka ke istana.

Untuk memendekkan cerita, hari yang ditunggu2 pun tibalah. Pendeta2 ini akhirnya sampai di istana dan dibawa bertemu dengan raja. Baginda raja merasa sangat gembira dan sudah tentu tidak berlengah2 lagi lantas mengajukan persoalan2 yang sudah lama dicari penjelasannya. Dengan muka bercahaya seronok, baginda menceritakan yang baginda telah mendengar banyak sekali penerangan2 dan jawapan2 tentang persoalan2 ini namun masih lagi keliru dan tidak faham. Baginda mengakhiri cerita dengan mengatakan…. “Maka dengan ini, mohonlah pendeta2 bertiga terangkan apakah itu roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda. Kemudian, mohon juga pendeta2 bertiga terangkan juga apakah dia yang dipanggil orang athar (ether)”. Side track sikit… nama minyak atar yang biasa kita pakai tu diambil sempena nama athar ini lah. Minyak atar yang asli, harum gemersik baunya seolah2 bukan datang daripada dunia fizikal kita ini.

So… berbalik semula kepada cerita pendeta2 kita ni… pendeta pertama yang membuka mulut ialah Mintaka. Dia berkata…. “Tuan, adapun persoalan2 tuan itu hanya boleh mula dijawab dan dikupas dengan melontarkan beberapa soalan akar terlebih dahulu”. Kemudian, Mintaka menoleh kepada Alnilam dan Alnitak. Alnilam kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Alnitak pula hanya mendiamkan diri sambil menghirup kopi herba panas yang sedia terhidang. Gerak mata dan gaya tubuh Alnitak seolah2 melahirkan rasa kurang senang berada di dalam majlis perbincangan itu. 

Tanpa memperdulikan body language Alnitak, Mintaka kemudiannya menyambung.. “Tahukah tuan, daripada segi bahasa kasar, lima perkara yakni roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda itu lebih kurang sama sahaja maksudnya?” Seterusnya dia bertanya lagi beberapa soalan…. “Sebelum kita dipinjamkan jasad dan dilahirkan ke dunia ini, tuan tentu maklum yang lima perkara ini telah lama ada. Tahukah tuan di mana duduknya?”…… “Pernahkah tuan mengambil masa sejenak untuk memikirkan betapa anehnya keadaan kita ini. Jasad kita wujud serta hidup di dunia ini tapi ia dikawal oleh minda yang wujudnya di alam lain pula?”…. 

Selepas itu Alnilam pula bersuara….”Di dunia ini, jasad kita bernafas udara. Adakah lima perkara kita itu juga bernafas sama?”….. “Adakah perbuatan jasad kita bernafas dan jantung kita berdegup itu dipanggil nafs yakni hidup?”…. “Jika benar, bagaimanakah boleh berlaku, jasad kita masih hidup tetapi minda kita telah dicabut dan diputuskan hubungannya dengan jasad?” 

Mintaka segera menyampuk setelah melihat air muka baginda raja yang berkerut2…. “begini sahajalah tuan… mungkin tuan boleh berfikir dengan lebih jelas sekiranya saya memberitahu tuan yang lima perkara itu sebenarnya adalah satu perkara jua. Namun satu perkara ini, jika dilihat dengan lima pandangan berbeza akan menjadi lima perkara yang berbeza yakni roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda”…. “Semua itu hanyalah satu perkara jua”.

Habis sahaja kata2 Mintaka… Alnitak yang semenjak mula lagi mendiamkan diri dengan pantas menumpahkan air kopi herba hingga kosong cawannya seraya berkata…. “Tuan, maafkan saya kerana menumpahkan air ini dengan sengaja. Saya sebenarnya daripada awal lagi telah membuat agakan…. kalau nak diterangkan dengan perkataan semata2…. tentu pening tuan jadinya”…. “Sebab itulah saya menumpahkan air daripada cawan ini”….

Baginda raja terpinga-pinga dengan kata2 Alnitak…. Namun Mintaka segera bersuara…. “Tuan… di antara kami bertiga ini… nampaknya Alnitak lah yang paling arif menjelaskan persoalan2 tuan ini”…. “Sebaik sahaja dia menumpahkan air tadi…. Alnilam dan saya segera mengerti maksudnya”. Alnilam hanya mampu tersenyum mengiakan kata2 Mintaka.

Baginda raja kemudiannya berkata…. wahai pendeta Alnitak… mohon lah jelaskan… 

Aiseh… ruang posting dah abis la plak… nanti sambung cerita kat Part 5 la yer.

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 5 of 7

Mendengar permintaan daripada raja, Alnitak pun bangun sambil mengangkat cawan kosongnya. Kemudian ia berjalan perlahan2 dan berdiri betul2 di sebelah bejana kopi yang terletak berhampiran dengan raja (bagi yang tak pernah dengar perkataan “bejana”… ia adalah tong besar yang ada kepala paip tu la macam yang orang catering jamuan makan selalu dok pakai letak air minuman). Kemudian ia berpaling melihat kepada muka raja. Alnitak berkata… “mohon maaf tuan kerana telah menumpahkan air kopi herba saya tadi. Saya tahu, kopi herba seperti ini tentu teramat amat mahal harganya kerana amat tinggi mutunya”. Kemudian Alnitak pun memusing kepala paip bejana kopi tadi bagi mengisi cawannya kembali lalu meminumnya.

Kemudian Alnitak menyambung lagi… “tuan, bekalan kopi herba sehebat dan semahal ini tentu tidak disimpan di sembarangan tempat dalam istana… bukankah begitu? Tuan pula terlalu sibuk dengan seribu satu macam urusan Sunda Nusantara sehingga tuan sendiri lupa mengambil tahu di mana bekalan kopi herba ini disimpan walhal perkara2 ini pernah dimaklumkan kepada tuan oleh ketua pekerja2 dapur istana… bukankah begitu?” Raja mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju. Alnitak berkata lagi… ”tuan, saya juga tahu yang cara2 untuk menyediakan kopi herba ini pun bukannya mudah. Mula2 pekerja dapur perlu merebus tiga jenis herba istimewa selama 3 hari 3 malam dengan menggunakan air istimewa yang diperolehi daripada mata air suci puncak Gunung Ledang. Selepas itu, kopi bermutu tinggi hadiah tahunan daripada Baginda Raja Sulaiman akan dimasukkan dan rebusan diteruskan selama 3 hari 3 malam pula. Semua yang perlu dilakukan ini mengambil masa 6 hari 6 malam lamanya dan semuanya ini pula hanyalah untuk menyediakan satu bejana kopi herba untuk diminum oleh kita bereempat hari ini. Inilah perbandingan2 yang saya akan gunakan untuk menerangkan persoalan2 tuan”.

Raja mengalih pandangannya kepada Mintaka dan Alnilam. Mereka hanya diam sahaja sambil memberi isyarat supaya raja meminta Alnitak meneruskan sahaja penerangannya. Raja berkata… “Wahai pendeta Alnitak, saya merasa amat hairan bagaimana pendeta boleh tahu semua perkara2 sulit tentang kopi herba istimewa ini. Saya sendiri pun kurang periksa. Tentang urusan simpanan bekalan dan penyediaanya pula hanyalah diketahui oleh ketua pekerja2 dapur istana sahaja dan saya sendiri memang telah lupa mengenainya. Namun begitu, pendeta tidak perlulah menerangkannya sekarang. Mohon pendeta meneruskan sahaja penjelasan tentang kedua-dua persoalan yang saya tanyakan mula2 tadi terlebih dahulu. Terangkanlah apakah itu roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda. Kemudian ceritakanlah juga apakah dia athar”.

Alnitak menjawab… “Baiklah tuan. Saya cuba menerangkan kedua2 persoalan tuan sekaligus. Sekiranya saya bertanya kepada tuan di manakah letaknya bekalan kopi herba… tuan akan hanya mampu menjawab… ianya ada di dalam istana. Tapi tuan tidak tahu di bahagian mana letaknya bekalan kopi herba tuan di dalam istana. Sekiranya saya bertanya lagi di mana pula letaknya kopi herba yang telah siap disediakan untuk diminum… tuan pun tidak tahu menjawabnya pada hari2 biasa yang lain. Kecualilah kalau saya bertanya hari ini… boleh la tuan mengatakan kopi herba yang sedia diminum ada di dalam bejana kopi ini. Adakah tuan faham apa yang saya katakan setakat ini?” Raja segera mengiyakan kata2 Alnitak.

Alnitak menyambung lagi… “Adapun roh itu adalah ibarat perihal kopi herba ini. Saya sedar memang tiada perbandingan yang tepat. Akan tetapi bolehlah saya katakan perihal roh mirip2 begitu juga. Seperti kopi herba ini, roh pun memerlukan bahan2 istimewa untuk disediakan iaitu jiwa, nafs, nyawa dan minda. Cara2 menyediakan roh daripada bahan2 istimewa ini juga bukanlah mudah pada pandangan kita. Sekiranya saya bertanya kepada tuan di manakah roh tuan… tuan akan hanya mampu menjawab… ianya ada di dalam jasad tuan. Tapi tuan tidak tahu di bahagian mana dalam jasad letaknya roh tuan sendiri”. Alnitak kemudiannya mengulang lagi pertanyaannya seperti tadi… ”Adakah tuan faham lagi setakat ini?” Raja mengangguk2 sambil meminta Alnitak meneruskan penerangannya.

Alnitak kemudian berkata lagi… “Tahukah tuan bahawa jiwa, nyawa dan minda telah direbus di dalam athar selama 30 ribu tahun langit? Kemudian nafs dimasukkan dan rebusan disambung selama 30 ribu tahun langit lagi. Semuanya mengambil masa 60 ribu tahun langit sebelum ianya boleh menjadi roh. Kemudian, roh ini telah diajarkan tentang kejadiannya dan diambil kesaksiannya namun ibarat tuan juga… apabila roh dimasukkan ke dalam jasad maka lupalah dia tentang semua ini kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia. Sebab itulah jika ditanyakan kepada tuan tentang roh tuan pada hari2 biasa tentulah tuan tidak dapat menjawabnya. Kecualilah sampai masa malaikat izrael datang mahu mencabut roh tuan daripada jasad… tatkala itu barulah tuan sedar dan ingat kembali. Cukupkah penerangan saya ini atau tuan suka kalau saya menyambung lagi?” 

Raja mengerutkan dahinya dan berkata… “Pendeta Alnitak, sekarang ini terangkanlah lebih lanjut tentang jiwa, nyawa dan minda”. Alnitak segera menjawab… “Ini samalah halnya kalau tuan bertanyakan daripada mana asal usulnya 3 herba istimewa kopi herba ini… tentulah saya kena menyiasatnya terlebih dahulu dimulai dengan ketua pekerja2 dapur tuan. Adapun ketua pekerja2 dapur tuan pun belum tentu dapat membantu saya kerana sewaktu menerima bekalan herba2 ini pekerja2 gudang istana pula yang menguruskannya. Lalu saya menyoal pula ketua pekerja2 gudang istana dan mereka pun hanya mampu memberitahu siapa yang menghantar herba2 ini kepadanya. Begitulah seterusnya… memang panjanglah penyiasatan saya seolah2 tiada kesudahannya. Itu belum lagi tuan bertanya tentang periuk bagaimana digunakan di dapur untuk memasaknya dan bagaimana air mata air suci puncak Gunung Ledang diangkut ke istana”. Sambil tersenyum Alnitak menyimpulkan…. “memang seolah2 tiada kesudahannya kalau nak diungkapkan dengan kata2”.

Kelihatan raja sudah mula nampak bahawa persoalan yang dibangkitkannya tentang roh, jiwa, nafs, nyawa, minda termasuk athar memang teramat rumit untuk diterangkan hanya dengan kata2 dan bukanlah boleh dijelaskan dalam masa yang singkat. Maka raja pun berkata…. “Benar wahai pendeta2 sekalian… Itu belum pula saya tanyakan mengapa roh lupa kejadiannya bila dimasukkan dalam jasad, semuanya direbus di dalam apa, 1 tahun langit sama dengan berapa tahun di bumi ini, dan lain2 lagi. Maka beginilah Pendeta Alnitak… saya mula nampak sekarang. Maka bagaimanakah caranya saya dapat betul2 memahami semuanya ini? Adakah memang mustahil untuk saya memahaminya atau sebenarnya ada cara tertentu?” Alnitak pantas menjawab… “Ada! Cuma kalau tuan tidak keberatan, bolehkah kita menyambung perbincangan ini esok hari sahaja?” Raja tersenyum tanda faham yang ketiga2 pendeta itu kini kepenatan. Raja bersetuju untuk menyambungnya pada keesokan harinya pula.

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 6 of 7

Hari berikutnya pun tiba. Ketibaan ketiga2 pendeta disambut oleh raja dengan penuh rasa gembira. Setelah semua mengambil tempat duduk masing2, raja pun memulai bicara dengan berkata… “Saya telah fikir masak2 tentang apa yang kita semua bualkan semalam. Di antara banyak2 perkara yang kita bincangkan, satu perkara yang saya yakin ianya adalah perkara pokok yang mengikat semua persoalan2 yang saya bangkitkan tentang roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar”. Mintaka dan Alnilam tersenyum mendengar kata2 raja. 

Mintaka kemudiannya berkata… “tuan memang tajam akal” sambil Alnilam mengiyakan kata2 Mintaka ini. Mintaka menyambung lagi… “oleh kerana Alnitak yang menjelaskan tentang persoalan2 tuan semalam, eloklah kalau dia sahaja teruskan penerangannya”. Raja merasa pelik dan bertanya… “Apakah kamu semua telah tahu apa maksud saya tentang perkara pokok yang saya maksudkan?” Mintaka menjawab… “Sudah tentu. Perkara pokok yang tuan maksudkan tentulah hakikat bahawa roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar ini seolah2 bersifat tiada kesudahannya”. Raja merasa hairan namun dia menahan dirinya untuk bertanya lagi tentang bagaimana pendeta yang bertiga ini telah sedia maklum tentang apa yang dimaksudkannya. Raja berkata… “Kalau begitu, silalah pendeta Alnitak menyambung penerangannya”. 

Alnitak termenung sebentar dan akhirnya bersuara… “Tuan, adapun sifat tiada kesudahan ini saya biasa memanggilnya ‘hayyah’. Adapun hayyah ini pula mempunyai dua arah. Saya rasa tuan pun tentu boleh mengagaknya. Arah hayyah yang pertama ialah bersangkut-paut dengan sesuatu yang tiada kesudahan besarnya atau banyaknya. Contohnya alam semesta kita ini sangat2 besar hingga kita tidak tahu ianya sebesar mana. Arah Hayyah yang kedua pula bersangkut-paut dengan sesuatu yang tiada kesudahan kecilnya atau halusnya. Contohnya, setiap bahan di dunia kita ini boleh sahaja kita hancurkan dan kisar sehingga menjadi zarah2 halus. Zarah2 halus ini pun masih kita dapat membelah dan memecahkannya menjadi semakin kecil yang tiada kesudahannya. Adakah tuan faham penerangan saya ini?” Raja mengangguk2 kecil. (Nota: kalau dalam bahasa kita hari ini, perihal sifat tiada kesudahan ini atau ‘hayyah’ kita memanggilnya sebagai infiniti).

Alnitak kemudiannya menerangkan lagi… “tuan, seperti yang tuan mungkin telah tahu, adapun semua alam kita ini terjadi daripada setitis inti. Cuma yang tuan mungkin tidak jelas ialah apakah dia inti ini sebenarnya. Tidakkah begitu tuan?” Raja mengangguk2 kan kepala. Alnitak menyambung… “Tatkala inti ini mengembang menjadi alam semesta, ada bahagian inti ini yang mengecut selaras dengan bahagiannya yang mengembang. Bezanya bahagian yang mengembang ini kita boleh lihat dan kesan dengan deria dan peralatan kajian kita manakala bahagian yang mengecut ini seolah2 tidak wujud pada pandangan kasar kita. Adapun di bahagian tengah pengembangan dan penguncupan inti yakni kedua2 bahagian ‘hayyah’ ini saling tarik menarik di antara satu sama lain. Inilah yang menghasilkan tarikan semulajadi”. (Nota: tarikan semulajadi yang dimaksudkan di sini ialah apa yang kita biasa panggil graviti). 

Raja kemudiannya berfikir sejenak dan seterusnya bertanya… “Kalau betul fikiran saya, adakah ini bermaksud roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar itu adalah bahagian inti yang mengecut? Sebab itulah kita tidak dapat mengesannya dengan deria kasar kita”. Alnitak segera memperbetulkan raja… “Bukan begitu tuan. Adapun setitis inti itu akan kekal menjadi setitis inti. Ia hanya akan menjadi alam semesta dengan dua arah hayyah berbeza apabila ditiupkan ke dalamnya roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar ini…. maka jadilah ia alam semesta penuh dengan kehidupan dan kejadian. Ada yang nampak di mata dan ada yang hanya nampak di hati”. 

Selepas mendengar penerangan panjang lebar ini, raja bersandar dan termenung sejenak. Kemudian raja pun bertanya… “Jika demikianlah halnya… ada berapa banyak jenis inti yang ada?” Alnitak menjawab… “Begini tuan. Sewaktu semuanya tiada, hanya dijadikan satu inti sahaja. Kemudian athar dimasukkan di dalam inti ini sebagai pencetus lalu berpecahla ia dengan dua arah ‘hayyah’ seperti yang saya telah terangkan tadi. Pepecahan inti ini terbahagi 6 peringkat atau 6 masa dalam kedua2 arah ‘hayyah’ ini. Dalam peringkat pertama sahaja, beribu2 inti lain terhasil daripada inti yang tunggal tadi. Dalam peringkat kedua pula beribu2 inti ini berpecah pula menjadi jutaan inti2 lain dan hal2 ini berterusanlah berlaku sehingga peringkat keenam tiadalah dapat terkira lagi jumlah inti2 yang terhasil”. Alnitak kemudian menerangkan lagi… “di dalam semua 6 peringkat pemecahan inti utama tadi dan penghasilan inti2 baru… roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda ditiupkan bagi mengisi bahagian2 hayyah terpilih. Suatu perkara tuan perlu betul2 faham. Tiadalah mengalir dan tersebarnya apa2 tanpa athar memenuhinya dan tiadalah berguna athar tanpa makhluk yang dipanggil masa. Ruang pula dilihat oleh roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda daripada kaca mata masa ini. Begitulah tuan halnya. Tuan pula janganlah berputus asa sekiranya tuan tidak dapat serta merta memahami apa yang saya katakan sekarang ini kerana tuan akan faham juga nanti sekira tuan terus-terusan memikirkan apa yang telah saya terangkan ini”.

Dipendekkan cerita, raja pun terpaksalah berpuas hati dahulu dengan penerangan Alnitak. Diceritakan di dalam kitab Sandai Sasantara ini… tidak lama selepas itu raja pun fahamlah apa yang diterangkan kepadanya lalu berhasrat berkongsi pemahamannya dengan seluruh manusia sejagat. Inilah dikatakan permulaan era pembangunan piramid2, tugu2, ukiran2 dan monumen2 lain bagi mencatatkan pemahaman raja untuk rujukan sepanjang zaman (mungkin cerita yang ini boleh saya kongsikan di dalam siri posting yang lain). Adapun kerajaan Sunda Nusantara ini kemudian diceritakan tenggelam kerana tanah dan batu2 nya terpaksa digunakan untuk memagar lingkaran api pasifik (yang ini pun suatu babak lain pula). Lalu terjadilah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Kalimantan hingga hari ini.

Sebagai penjelasan dan penyimpulan apa yang dicatatkan di sini, di dalam bahagian terakhir nanti yakni Part 7 of 7, insyaAllah saya akan menerangkan apa maksudnya penerangan Alnitak ini melalui cara dan bahasa2 yang kita lebih biasa berbanding dengan apa yang diceritakan di atas. Apa yang saya catatkan di dalam Part 6 of 7 ini hanyalah “direct quote” atau “salinan semula terus” daripada kitab Sandai Sasantara. Sekiranya kita sesorang yang telah lama mengkaji atau memikirkan hal2 ini, mungkin Part 7 of 7 adalah tidak perlu dan memadai dengan Part 6 of 7 ini sahaja. Bagi memudahkan untuk kita membuat perbandingan, saya sertakan link ini yang menerangkan beberapa konsep lain tentang kejadian alam semesta… 

http://lisanul-hakim.blogspot.com/2012/06/proses-kejadian-alam-menurut-al-quran.html 

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 7 of 7

Saya mulakan Part 7 of 7 ini yakni bahagian terakhir siri posting “Apa Itu Singularity?” dengan sepotong syair Persia yang saya kutip semasa saya berjalan2 di Negara Iran tidak lama dahulu. Syairnya panjang. Penulis syair ini pula tidak diketahui namanya kerana syair ini telah ditulis terlalu lama dahulu dan hanya disampaikan secara lisan daripada generasi ke generasi. Ia hanya ditulis semula pada awal tahun 1920an oleh pengutip2 syair tempatan di Esfahan. Anehnya, syair ini ada menyentuh tentang tentera2 yang telah lama besiap-sedia menanti kedatangan seorang pendeta yang buta satu matanya (tapi yang ini akan saya kongsikan di lain waktu lah yer). Saya pilih bait syair yang sedikit ini sahaja dulu kerana ianya kena mengena dengan hal “singularity” yang sedang kita kupas sepanjang siri posting 7 bahagian ini. 

“Berjalanlah di muka bumi sambil sesekali mendongak ke langit. Selamilah lautan dan sedari di situ lebih banyak jenis kehidupan. Berhentilah berfikir dan jawapan dicari akan datang sendiri tatkala kita fahami adalah mustahil untuk kita berhenti berfikir. Pohonlah daripada tuhan hanya satu perkara maka kita akan mendapat kurnia yang bercambah-cambahan. Ini kerana satu itu banyak dan tidak pula banyak itu satu. Ingatilah nama2 makhluk bila kita bersua kerana mereka mengingati kita. Hanya manusia yang menyangka manusia itu lemah kerana tidak kenal kehendak yang Maha Pencipta”.

Antara lain, bait syair ini mengingatkan kita bagaimana kita selalu terlupa bahawa pokok2 dan pohon2 yang besar meninggi itu asalnya hanyalah daripada butir2 benih. Selalu juga kita terlupa manusia2 juga dulunya hanya berasal daripada benih2 sahaja. Betapa besar kuasa Allah yang mengizinkan benda sekecil benih boleh mengandungi jutaan maklumat dan “blueprint” makhluk2 nya. Benih hanya akan tinggal benih tanpa interaksi dengan benih2 yang lain seperti tanah, api, angin, air dan juga athar.

Adapun “inti” yang dimaksudkan di dalam cerita Alnitak di dalam bahagian yang terdahulu merujuk kepada benih ini jua. Benih adalah nama yang kita lebih kenal berbanding singularity. Sekiranya ini benar, bolehkah kita mengatakan singularity itu ialah benih alam semesta dan athar itu pula tanahnya. Kemudian kita bertanya lagi… apa pula roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda? Bolehkah benih menghasilkan benih? Mengapa kita hanya melihat satu arah hayyah pertumbuhan benih sahaja? Ke mana menghilangnya arah hayyah pertumbuhan benih yang satu lagi? Semua ini memang sulit untuk difikirkan sekiranya kita tidak sedar bahawa setiap satu makhluk itu ada benihnya…. setiap satu kejadian itu ada singularity nya…

Sebagai contoh… Saintis2 sekular telahpun lama pening memikirkan bagaimana sebutir benih hidrogen boleh bercambah menjadi deutrium dan seterusnya menjadi tritium dan akhirnya menjadi helium. Helium pula boleh bercambah2 lagi menjadi unsur2 lain sehingga akhirnya boleh menghasilkan logam2 berat seperti aurum (emas) dan ferum (besi). Kalau difikirkan secara ilmiah empirikal mengikut acuan saintis2 sekular ini tentu kita akan terus terperangkap dengan soalan2 yang kita tidak tahu jawapan2 nya. Menjadilah kita pening seperti saintis2 sekular ini.

Menurut riwayat Matthew yakni salah seorang pengikut Nabi Isa a.s. … Dia pernah mendengar Nabi Isa a.s. menjelaskan tentang kejadian alam melalui benih atau singularity ini. Diriwayatkan Nabi Isa a.s. berkata…. “Behold, a sower went out to sow. And as he sowed, some of the seed fell by the wayside … on stony places … among thorns … but others fell on good ground…” (Matthew 13:3-9). 

Nabi Isa a.s. juga dikatakan menerangkan mengapa baginda terpaksa berkias-kias untuk menerangkan hal2 singularity ini…. “Because it has been given to you to know the mysteries of the Kingdom of Heaven, but to them it has not been given. For whoever has, to him more will be given, and he will have abundance; but whoever does not have, even what he has will be taken from him. Therefore, I speak to them in parables, because seeing they do not see, and hearing they do not hear, nor do they understand.” (Matthew 13:11-13).

Begitulah keadaannya. Kalau kita perasan, daripada Part 1 hinggalah kepada Part 6, saya terpaksa menulis secara pusing2 penuh dengan kiasan2 dan analogi2 untuk mengisahkan perihal singularity ini. Mengapa? Bagaimanakah saya mampu menerangkan sesuatu yang kita tidak pernah nampak, dengar atau mengesannya dengan lima deria kita yang terhad ini? 

Soalan seterusnya ialah bagaimana pula saya boleh memahaminya sedangkan saya juga manusia biasa terhad dengan lima deria? Inilah point utama saya yang saya telah ulang2 berkali2 sepanjang saya menukilkan buah2 fikiran saya menerusi album NWO dan Page Public Secret. Jika kita seorang yang betul2 teliti… kita akan dapat mengesan banyak maklumat2 yang telah saya encrypt atau sembunyikan di dalam nukilan2 dan posting2 saya. Pada hemat saya… hanya muslimin dan muslimah sahaja yang boleh mengesan maklumat2 yang saya encrypt ini. Antara lain… saya tidak jemu2 menyelitkan maklumat2 tentang bagaimana kita boleh mengakses deria2 yang lain selain daripada deria kita yang lima ini. Kalau anda rajin, sudi dan berminat… telusurilah semula semua posting2 di dalam album NWO dan Page Public Secret ini dan anda akan menemui apa yang saya maksudkan.

Berbalik semula kepada persoalan Apa Itu Singularity? Jawapan padat dan tepat telah tertulis di dalam surah Al-Ikhlas. Bacalah ia sebanyak mungkin, hafalkan makna2 nya dan fikirkanlah dalam2 tentang singularity ini. InsyaAllah… kita akan menemui jawapannnya. Semoga kita bertemu lagi di dalam siri2 posting akan datang. 

Okay ler… dah penat merapu ni. Bye.

Wassalam – zulsegamat

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s