AGAMA MENJADI MODAL PENDAPATAN DAN PERNIAGAAN YANG LARIS


Antara watak yang paling menarik dalam novel Animal Farm karya George Orwell adalah gagak bernama Moses. 

[Nota: Bagi yang pernah mengikuti kursus diploma International Baccalaureate tajaan MARA suatu masa dulu tentu kenal dengan George Orwell ni. Banyak karya beliau telah mengupas pelbagai isu kehidupan.]

Moses jarang berada di ladang bersama binatang lain. Tapi apabila binatang-binatang berada dalam kesusahan dan rasa mahu memberontak, Moses akan muncul memberi nasihat agar binatang-binatang bersabar. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Moses sebenarnya dibayar oleh penguasa babi – dalam novel Animal Farm watak penguasa adalah babi.

Berikut sedikit petikannya:

In the middle of the summer Moses the raven suddenly reappeared on the farm, after an absence of several years. He was quite unchanged, still did no work, and talked in the same strain as ever about Sugarcandy Mountain. He would perch on a stump, flap his black wings, and talk by the hour to anyone who would listen. “Up there, comrades,” he would say solemnly, pointing to the sky with his large beak– “up there, just on the other side of that dark cloud that you can see– there it lies, Sugarcandy Mountain, that happy country where we poor animals shall rest for ever from our labours!” He even claimed to have been there on one of his higher flights, and to have seen the everlasting fields of clover and the linseed cake and lump sugar growing on the hedges. Many of the animals believed him. Their lives now, they reasoned, were hungry and laborious; was it not right and just that a better world should exist somewhere else? A thing that was difficult to determine was the attitude of the pigs towards Moses. They all declared contemptuously that his stories about Sugarcandy Mountain were lies, and yet they allowed him to remain on the farm, not working, with an allowance of a gill of beer a day.[1]

Kalau diperhatikan sememangnya watak Moses ini mewakili orang agama yang hidup senang dengan elaun kerajaan. Kerana sudah dapat laba, mulut ditutup dari mengkritik kesalahan kerajaan kerana sayangkan elaun.

Dalam masa yang sama, rakyat disuruh sabar dengan bersandar pada pelbagai riwayat orang-orang soleh yang bersabar ketika dizalimi lalu dikurniakan syurga oleh tuhan. Jika rakyat marah, dikata rakyat tidak sabar dan hanya menurut jejak langkah syaitan. Akhirnya rakyat hanyut dan mabuk dengan hikayat syurga. Bak kata Karl Marx, agama sangat mujarab sebagai candu kepada masyarakat.

Golongan sebegini telah dikritik dengan sangat keras dan tajam oleh HAMKA di dalam buku beliau, Islam: Revolusi Ideologi & Keadilan Sosial. Kata HAMKA:

Ulama siang malam berusaha mematikan semangat rakyat dengan fatwa-fatwa membenci dunia, bahawasanya dunia itu adalah tipuan semata-mata, hingga tidak disisihkan lagi mana dunia untuk mencapai akhirat dan mana yang dibenci itu. Padahal Raja sendiri memakai dunia itu, iaitu dunia yang tidak boleh didekati rakyat. 

Kalau rakyat mengadu kepada Ulama atas malang nasibnya, maka dia pun dipujuklah, disuruh sabar! Meskipun di dunia dapat celaka, sengsara, miskin dan hina, semuanya adalah Takdir Allah Taala yang tidak boleh dielakkan. 

Jika Raja berlaku zalim, adalah itu cemeti Tuhan kepada hamba Allah, kerana derhaka kepada Tuhan. Maka tidaklah ada jalan lain lagi, melainkan memperbanyak taubat dan zikir dan memperbanyak sedekah kepada orang Alim. Kalau sabar, maka nanti akan masuk ke dalam syurga jannatun Na’im, di sana ada anak bidadari yang permai dan cantik.
Untuk usaha yang amat baik itu, tentu ada ‘T.S.T.’ (tahu sama tahu)nya. Beliau diberi Raja persalinan, balairung indah, kekayaan dan gelaran;

‘A’lamul ‘Ulama’ (Lebih alim dari segala yang alim).

‘Qadhi al Qudhaat’ (Qadhi dari segala Qadhi).

‘Syeikh ul Islam’ (Syeikh Agama Islam).

Dan lain-lain pangkat kebesaran yang sama sekali tidak ada waris dari Nabi Muhammad (s.a.w.) dan tidak daripada zaman semasa Agama Islam masih berjiwa.

Tentu politik ‘T.S.T.’ tadi dilanjutkan pula. Maka Ulama itupun mencarikan pulalah gelar yang sepadan buat Baginda Sultan, yang harus ditelan mentah oleh rakyat, rakyat yang tidak ada perasaan tanggungjawab sama sekali atas Negara itu.[2]

Bagi HAMKA, ulama seharusnya bersama rakyat, merasa denyut nada kesusahan mereka. Bukannya bergayut pada jubah penguasa. Sifat seorang ulama sejati menurut HAMKA: 

“Ulama yang saleh. Ulama yang berani mengatakan yang benar, walaupun dunia menjadi lawannya. Ulama yang berani menegakkan yang hak walaupun lehernya akan putus. Perangainya lain benar. Dia laksana orang yang sombong apabila berhadapan dengan penguasa dunia. Tetapi dia sangat merendahkan diri apabila berhadapan dengan orang yang lemah. 

Baru saja anda duduk di hadapannya, sinar matanya telah menembus ke dalam hatimu, sehingga anda menerima segala sesuatu dengan hati ridza. Anda merasa tenteram melihat mulutnya yang komat-kamit menyebut nama Tuhan. Bila anda tinggalkan majlis itu, sinar matanya itu masih tetap melekat dalam ruang matamu dan menembus ke dalam sanubarimu. Berhenti fikiranmu dan subur perasaan halusmu. Berniat engkau hendak meniru jejak beliau.” [3]

Dulu agak pelik jika ustaz hidup senang. Tapi hari ini kita akan pelik jika seorang ustaz hidup dalam kesusahan. Bak kata seorang sahabat, “Ustaz dulu bimbit kitab, ustaz sekarang bimbit sampul (berisi duit)”.

Bukanlah semua ustaz sebegitu. Tapi begitulah pandangan orang terhadap ustaz yang setiap tahun keretanya bertukar dan rumahnya semakin besar. Yang hidup gembira di majlis keraian kerajaan. Dan pada masa yang sama, bisu terhadap kejahatan kerajaan.

[1] George Orwell (Animal Farm)

[2] Buya HAMKA (Islam: Revolusi Ideologi & Keadilan Sosial, m/s 64)

[3] Buya HAMKA (Pandangan Hidup Muslim)

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s