TRAFIK LANGIT, MULTIVERSE DAN LUH MAHFUZ

SISTEM KAWALAN TRAFIK LANGIT SEBENAR YANG NASA MALAS NAK CERITA

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, makhluk kategori Jin boleh dikatakan bebas bergerak di antara perhentian2 langit.

“Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya” Surah Al-Jin Ayat 9.

Siapa atau apa pula yang menghalang kebebasan mereka selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW?

وَلَقَدۡ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَـٰبِيحَ وَجَعَلۡنَـٰهَا رُجُومً۬ا لِّلشَّيَـٰطِينِۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang”. Surah Al-Mulk Ayat 5.

Syaitan (jenis Jin) ni merupakan makhluk yang direjam. Ayat kat atas menunjukkan bahawa salah satu benda yang merejam syaitan ni adalah bintang. Sungguh hebat bintang-bintang ni sampaikan boleh mengalahkan syaitan yang mempunyai kelebihan-kelebihan yang tak terjangkau oleh fikiran kebanyakan manusia.

Jadi, apa “arsenal” atau kelengkapan perang yang ada pada bintang-bintang ni? Sejauh mana kehebatannya? Mari kita kaji sikit kehidupan bintang.

Bintang terbentuk apabila gas-gas yang terkumpul di angkasa(kabanyakannya gas hydrogen dan helium) tertarik sesama sendiri. Dan bila jumlah gas dah melampau banyaknya, maka ia pun akan tercompress sehebat-hebatnya dan perlanggaran antara atom-atom semakin laju dan akhirnya terhasil haba yang sangat panas dan mengaktifkan proses cantuman nuklear. Dari hydrogen menjadi helium menjadi karbon dan akhirnya sehingga menjadi logam-logam berat seperti besi dan lain-lain lagi. 

Setiap cantuman atom yang berlaku akan menyebabkan bintang menjadi lebih besar hingga mencapai saiz red giant. Untuk bintang yang lebih berat diorang takkan capai sebesar red giant sebab graviti diorang lagi power.

Dan bila dah habis cantuman nuklear sampai besi, maka bintang-bintang yang ringan akan runtuh yakni “collapse” atau termampat yakni “compressed” menjadi bintang kerdil putih. Dan bila ini berlaku, kita kata tamatlah riwayat bintang ni.

Tapi bagi bintang yang lebih dari 1.4 kali ganda dari matahari kita, benda yang lebih menakjubkan berlaku. Mereka akan mula-mula collapse tapi disebabkan panas yang maha hebat akibat perlanggaran atom-atom, bintang tersebut akan BOOM!!! Meletup…

Meletup manjadi supernova yang amat hebat. Cahaya dari supernova ni lebih terang dari segala apa yang wujud di langit. Bintang bintang yang berdekatan dengan supernova akan tercampak keluar dari orbit asal. Dan syaitan pun direjam…

Apa jadi lepas tu? Ada dua kemungkinan boleh berlaku. Kalau berat bintang tu kurang dari 3 kali ganda matahari, maka akan terbentuklah neutron star. Makhluk ni sungguh dahsyat. Ketumpatan dia sungguh tinggi. Satu sudu bahan neutron star ni sama berat dengan Gunung Everest. Fuhhh… berat tu beb Gunung Everest. Dan bintang ni berputar dengan laju sampai boleh mencapai 120 pusingan sesaat. Bayangkan benda sebesar tu pusing laju gila. Dan putaran ni akan menghasilkan pulsar.

Pulsar ni menghasilkan suluhan elektromagnetik yang kuat. Dan bila dia berpusing, efek yang dihasilkan apabila dilihat dari bumi jadi macam lighthouse aka. rumah api. Maka direjamlah syaitan…

Dan belum habis lagi. Kalau bintang tu lebih berat dari 3 kali ganda matahari… apa berlaku? Maka selepas meletup menjadi supernova, bintang tersebut akan collapse sampaikan seluruh bintang tu menjadi sebesar satu titik je. Tapi sekeliling bintang tu akan menjadi gelap akibat tarikan graviti yang maha hebat sampaikan cahaya pun terperangkap. Inilah yang dipanggil black hole.

Dan black hole yang melampau besarnya akan menarik bintang-bintang lain mengelilinginya dan membentuk galaksi. Berat black hole yang macam ni boleh melebihi 50,000 kali ganda dari matahari. Dan kalau lebih berat lagi, ia boleh sampai mencecah berjuta-juta kali ganda lagi berat dari matahari, akan terhasillah quasar. Makhluk  quasar ni sama macam pulsar tapi tenaga yang dihasilkan jauh lebih ganas dan brutal. Kalau terdapat quasar dalam jarak beberapa tahun cahaya dari bumi nescaya hancur meletup bumi kita ni. Dan Iblis pun direjam…

Kalau black hole boleh menelan bintang, quasar yang hebat ni pula boleh menelan seluruh galaksi. Hebat tak? Bayangkan galaksi kita kena telan. Seram. Tapi Alhamdulillah jarak diorang ni jauh sangat dari bumi. Berbillion tahun cahaya jaraknya. Terselamat manusia. Dan direjamlah Iblis dan syaitan yang cuba mencuri dengar urusan langit. Subhanallah.

So, kalau makhluk Allah boleh jadi hebat, besar dan menakutkan berbanding manusia yang lemah ni, maka fikirlah kehebatan dan kebesaran Zat yang telah mencipta benda-benda tersebut. Takjub dan Taksublah kita kepada-Nya.

Semoga bermanfaat diketahui dan direnungkan bagi yang percaya. Yang tak percaya, takper la 😉
MULTIVERSE DAN LUH MAHFUZ

Yang ni pulak sebahagian dari satu cerita yang cukup panjang aku nak buat pasal multiverse. Maka kali ni aku cuma cerita kaitan dia dengan Luh Mahfuz jer la dulu yer. Sebelum tu sikit warning: kalau rasa dah nampak macam tak betul korang berhenti baca je la. Aku tak nak jadi sumber kesesatan orang yang tak boleh nak faham apa yang aku tulis.

Mula-mula meh aku cerita pasal multiverse. Serius pening gila. Aku pun tak tau macam mana nak tulis. Tapi untuk kali ni aku terang sikit je dulu yang kaitan dengan Luh Mahfuz. 

Siapa tengok cerita Fringe? Ataupun lagi senang cerita Alice in Wonderland. Dua-dua ada cerita pasal dunia yang lain dari dunia kita tapi wujud selari dengan dunia kita. Ini dipanggil parallel universe. Tapi aku lebih pegang konsep multiverse yang mana sama jugak dengan parallel universe cuma universe dia lagi banyak, bahkan tak terkira.

Aku bagi contoh, aku pegang pensel. Apa yang bakal aku buat dengan pensel tu? Tulis? Baling? Patahkan? Ok, andaikan aku tulis. Apa jadi dengan baling dengan patahkan? Mengikut teori multiverse, semua tadi berlaku, cuma pada universe yang lain. Maknanya dari point aku pegang pensel tadi dah ada 3 cabang universe yang berbeza, first aku tulis, lagi satu aku baling, satu lagi aku patahkan. Dan semua kemungkinan-kemungkinan ni akan hasilkan kemungkinan yang lain. Bagi setiap kemungkinan akan terhasil lagi satu cabang.

Itu cara mudah nak bagi faham. Kalau ikut teori tu, kemungkinan dikira sampai tahap laluan yang elektron lalu keliling proton pun diambil kira. Senang cerita setiap saat berbillion entah bertrillion entah berinfiniti cabang yang terhasil. Jadi tak kisah apa yang kita buat kemungkinan lain tetap akan berlaku. Setiap hasil keputusan ni akan hasilkan parallel universe yang selari dengan universe yang kita alami sekarang ni. Gabungan semua universe ni la yang dipanggil multiverse. Antara saintis yang awal bagi hujah kukuh terhadap teori ini adalah Erwin Schrödinger, Max Born, Niels Bohr dan Werner Heisenberg. Tak perlu la aku rasa nak cerita macam mana diorang buat, nanti melampau-lampau panjang pulak post ni.

Ada faham? 

Sekarang mari kita teruskan dengan Luh Mahfuz.

Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma : “Sesungguhnya Allah telah menciptakan Luh Mahfuz daripada mutiara yang putih, helaiannya daripada delima yang merah, penanya dari cahaya, kitabnya dari cahaya, bagi Allah 360 detik padanya, lebarnya adalah di antara langit dan bumi, Allah melihatnya sebanyak 360 pandangan setiap hari, Dia menciptakan, memberi rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan, menghinakan dan Dia perbuat apa yang Dia kehendaki.” [Diriwayatkan oleh al-Tabarani, al-Hakim dan ad-Dhiya’ al-Maqdisi. Al-Hakim berkata : Isnadnya sahih tetapi al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya. Al-Zahabi berkata dalam al-Talkhis : Nama Abu Hamzah itu thabit tetapi dia waahin(cinta akan dunia)].

Para sahabat, tabi’in dan semua Ahlis-Sunnah dan hadis telah bersepakat bahawa setiap perkara yang berlaku sehingga ke hari kiamat telah tertulis di Luh Mahfuz, dan ayat-ayat al-Quran telah membuktikan bahawa Allah telah mencatatkan apa yang Dia lakukan dan katakan di Luh Mahfuz. Dia telah menulis di Luh setiap perbuatanNya dan kalamNya, sesungguhnya ayat ‘Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!’ telah berada di Luh sebelum wujudnya Abu Lahab.’ [Lihat : Bada’i at-Tafsir, Ibn al-Qayyim, 4/131]

Point utama yang boleh kita ambil dari hadis ni dan ijma’ sahabat tabi’in dan Ahlis-Sunnah untuk topik aku kali ni ialah…. “Di dalam Luh Mahfuz telah tercatat segala takdir yang dah, sedang dan bakal berlaku”.

Jadi sebelum aku cerita kaitan dia, pernah tak korang terfikir atau ada orang tanya pasal takdir yang lebih kurang bunyi dia macam ni:

“Kalau orang yang buat jahat tu takdir Allah. Maknanya tak ada free will. Allah dah tentukan orang tu masuk neraka.”

Aduhai, tu pesimis namanya. Tapi tak apa, Insya-Allah aku boleh jelaskan.

Aku bagi ayat Quran jap:

وَلَوۡ أَنَّمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ مِن شَجَرَةٍ أَقۡلَـٰمٌ۬ وَٱلۡبَحۡرُ يَمُدُّهُ ۥ مِنۢ بَعۡدِهِۦ سَبۡعَةُ أَبۡحُرٍ۬ مَّا نَفِدَتۡ كَلِمَـٰتُ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

Maksudnya:Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Luqman:27

Antara makna istilah ‘kalimah Allah’ dalam ni termasuk jugak Luh Mahfuz. Maknanya banyak sangat takdir yang ditulis sampai tak boleh nak habis dengan segala lautan dan bantuannnya. Dan banyak sangat cabang-cabang yang terhasil akibat segala kemungkinan yang berlaku sehingga menyebabkan jumlah universe mencapai infiniti yakni tak terhingga banyaknya.

Apa yang aku maksudkan kat sini, semua takdir dah ditulis dalam Luh Mahfuz. Setiap kemungkinan. Memanglah orang tu jahat. Dalam Luh Mahfuz ada tulis dia jadi jahat. Tapi ada jugak dalam Kitab tu yang tulis dia jadi baik. Siapa suruh dia buat keputusan jadi jahat. Setiap apa yang mungkin berlaku tertulis dalam Luh Mahfuz. Semua cabang multiverse tertulis dalam tu.

So, camner? Got it? Kalau tak got it… cuba tengok cerita The Matrix Keanu Reeves tu seribu kali… mungkin lepas tu boleh paham kot.

“Choice… the problem is Choice…”

Sekian. Semoga bermanfaat difikir2 kan.

Advertisements

One thought on “TRAFIK LANGIT, MULTIVERSE DAN LUH MAHFUZ

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s