TEMBERANG AKHIR ZAMAN

 


Ada sesetengah orang tak setuju dengan gambo ni. Yang marah pun ada.

Hakikatnya hutang isi rumah (household debt) kita dah hampir mencecah 90% daripada KDNK (GDP). Kalau ikut sifir orang2 ekonomi… maknanya golongan orang2 marhaen (yakni 80% rakyat) sedang menanggung hutang 4 kali ganda pendapatan masing2.

Bila dah sebut hal ni, tak payah la pulak toleh kiri kanan nak tengok orang lain… tengok diri sendiri cukup. Cuba kira berapa pendapatan masing2 dan banding dengan hutang2 yang ada.

Bila dah berhutang 4 kali ganda pendapatan, maknanya sampai mati pun takkan habis bayar la hutang2 ni. Hutang2 ni terdiri daripada Personal Loan, hutang kad kredit, hutang beli rumah, hutang beli kereta, hutang sambung belajar, hutang kecemasan, dan macam2 hutang lagi la. Jangan pura2 terkejut pulak, bila ada yang dah terdesak… mula la buat hutang dengan Along pulak.

Al-maklum, hutang2 ni direkacipta supaya kita nak bayar bunga (interest) pun tak habis2. Dah bayar berbulan2 atau bertahun2 pun, pokok hutang masih tak luak2 lagi… dok bayar bunga jer memanjang. Sambil tu bila2 terdesak, mula la buat hutang baru. Bala… bala…

20% orang2 yang tak marhaen… orang2 kaya la… berebut2 pulak beli rumah dan hartanah lain. Masing2 ada lebih daripada sebijik rumah. Yang ada lima enam bijik rumah pun… dok beli dan beli rumah lagi. Maklum la, banyak duit.

Ini pulak menyebabkan harga rumah dan hartanah lain melambung naik ke paras yang tak munasabah. Sekarang ni… harga dah jejak di antara 250% ke 400% berbanding nilai sebenar. Maknanya… orang2 marhaen 80% rakyat ni terpaksa menyewa rumah dengan kadar mahal atau terpaksa beli rumah dengan harga yang mengarut2 mahal yang disebabkan oleh orang2 kaya ni. Rumah PR1MA? Jangan harap la. Ramai yang dah lama memohon, sampai sekarang tak dapat2 lagi.

Yang semakin menghairankan… marhaen2 yang dah kena blacklist CTOS dan CCRIS pun masih boleh tambah buat pinjaman lagi. Kenapa? Tidak lain tidak bukan… adalah untuk melengah2 kan kegawatan ekonomi. Tapi macam biasa la… lagi lama kegawatan ekonomi dilengah2 kan, lagi teruk la bila ekonomi secara terpaksa membuat “economic correction” nanti.

Antara usaha2 lain untuk melengah2 kan “economic correction” ni ialah dengan memberi BR1M. Berapa lama Gomen sanggup nak bagi BR1M ni? GST pulak macam mana? Dulu 80% marhaen ni dikecualikan daripada cukai pendapatan… tapi dengan GST, tetap tak boleh lari… kena bayar jugak. Harga barang pulak semakin naik… orang2 kaya akan terus membeli… diorang tak heran pun dengan GST ni. Sebab tu harga barang kalau dah naik, takkan reti nak turun. Orang2 marhaen la yang terkena tempiasnya. Sambil terpaksa membayar barang2 yang mahal, sambil tu jugak la terpaksa tambah hutang kad kredit tu.

Kesimpulannya… sekarang ni kegawatan ekonomi telah berlaku. Cuma kesannya belum lagi dirasai… kerana Gomen dengan sedaya upaya mengambil macam2 langkah sementara untuk melengah2 kan kesannya. Maka… sendiri mahu ingat la. Bersedia la sekadar yang mampu.

Malaysian Retail Chain Assoc (MRCA) pulak dah buat unjuran lebih kurang 40% sales transaction akan jatuh untuk tahun 2016. Maknanya apa? Maknanya lebih banyak syarikat2 kecil atau sederhana akan mengecilkan operasi kerana jualan berkurangan dengan teruk. Bila ini berlaku, syarikat2 yang kurang berdaya saing pulak akan gulung tikar.

Seterusnya, kerja2 yg menawarkan gaji munasabah akan semakin berkurangan. Yang banyak nanti adalah kerja2 yg gaji ciput… nak bayar hutang2 gerenti tak cukup punya.

Kerja2 gaji ciput ini kemudiannya akan dikuasai oleh pekerja2 asing yg tak kisah gaji ciput. Lepas tu mula la orang2 tertentu tanpa segan silu mengeluarkan statement kononnya rakyat Malaysia memilih kerja.

Soalan2 cepumas yang mungkin selalu dan biasa kita dengar ialah,

1. Kenapa nilai duit “fiat” semakin lama semakin kecil?

2. Duit “fiat” ni apa kebenda sebenarnya?

3. Betulkah kerana duit “fiat” kita terpaksa berhutang dan berhutang dan berhutang sampai dah mati pun selalunya tak habis2 bayar lagi?

4. Riba tu ada kena mengena ke dengan duit “fiat”?

Satu jawapan sudah memadai… Jawapan cepumas untuk semua soalan2 cepumas kat atas tu ialah,

“Aaahhhh… pegi mampus la. Ada aku kisah?”

Ok… masuk bab lain yang ada perkaitan pulak dengan duit ni.

Adakah kita masih belum rasa fed-up? Adakah kita masih sanggup untuk menelan semua sampah2 ini?

Bila pakai kopiah, serban dan jubah… simpan janggut tebal2… petik ayat2 Quran dan Hadis… cakap apa2 pun… habis terus percaya. Camni la… agama diCANDUkan.

Pastu watak tokoh2 politik tertentu tanpa segan silu dibanding dan disamakan dgn watak2 rasul, nabi dan orang2 solihin terdahulu… ni la contoh bagaimana teruknya agama dicandukan.

Penagih2 agama pun tanpa fikir panjang meloncat dan menghisap candu2 yg ditawarkan.

Kalau di peringkat antarabangsa plak boleh tengok ISIL, Taliban, Al Qaeda, JI, etc. Sama jer MO nya. Mencandukan agama.

Kat TV plak… dibuat serta disiarkan rancangan2 bodoh mcm Pencetus Ummah, Ustaz dan Ustazah Pilihan, Daie, etc…. TV pun tolong support mencandukan agama utk majoriti rakyat yg menjadi penagih2 agama.

Hmmmm… ntah la…

Nak lagi hebat… zaman sekarang ni, pengamal2 ilmu sihir pun dah boleh make-up servis2 diorang dengan agama. Jampi2 diselang seli sikit dengan ayat2 Quran dah cukup… ramai yang akan percaya dan mintak tolong macam2.

Bomoh minyak dagu misalnya… Gred pertama minyak dagu yang tulen dan terbaik ialah diproses dari orang yang mati. Lebih bagus kalau orang yang mati dibunuh dengan kejam. Ada juga diambil dari perempuan yang mati kemalangan. Ada juga yang diambil dari perempuan mati beranak. Ada juga minyak ini diambil dari buah dada dan dagu..atau apa jua anggota mangsa dengan sebab2 tertentu. Pastu bila ada orang nak ambik, bomoh pun baca2 la sikit ayat2 Quran. Maka ramai la yang sanggup beli… bayar beribu2 ringgit sebotol pun sanggup.

Ish… alang2 dah bercerita pasal minyak dagu ni, aku kongsi sikit lagi la.

Minyak dagu gred kedua pulak biasanya datang dari sembelihan beruk, monyet atau mawas. Kalau nak kenal jenisnya… boleh tengok warna la.

Yang paling murah pulak, minyak dagu gred tiga… biasa dibuat dari anjing hitam.

Kegunaan Minyak Dagu:

Bergantung kepada tahap tulen kepekatannya dan tahap ketinggian grednya… minyak dagu (atau penghuninya) boleh disuruh melakukan tugas berat seperti menggerakkan sesuatu barang serta merta seperti menolak kereta. Biasanya minyak gred macam ini sangat berat nak menjaganya. Ada cerita mengatakan kapal terbang pun tak boleh berlepas terkena penangan minyak dagu gred tinggi ni. Boleh dilihat dan diuji dengan mata kasar sesuatu bukti itu… kalau berani ler 😛

Selain daripada itu, minyak dagu juga boleh digunakan untuk membunuh orang atau pukulan jarak jauh…Lebih hebat dari silat Nasrul Haq. Boleh mematah-matahkan kaki musuh beberapa minit sahaja… Boleh menyakitkan mangsa serta merta… Tapi macam biasa la, dengan izin la yer.

Juga, minyak dagu boleh digunakan untuk mendapat kekuatan cinta berahi dan kekuatan seks atau mengikat pasangan sehingga akhir hayat… Ada yang tahan beberapa bulan dan ada yang bertahan sangat2 lama.

Boleh juga kalau nak membuat aniaya kat kedai atau premis orang lain supaya perniaagaan tidak laku. Biasa untuk peperangan perniagaan.

Kebanyakan yang gred tinggi berasal daripada Siam, Utara Semenanjung dan Pantai Timur.

Ia amat sukar dibawa semasa hujan atau ribut. Kenapa? Jika ingin membawanya semasa hujan atau ribut, ia perlu disimpan di dalam sesuatu yang neutral. Petir sangat suka menyambar minyak dagu ni.

Berhati-hati juga semasa membawa menyeberangi sungai. Dan hindarkan merentasi lautan. Banyak jin suka menjamu minyak dagu.

Jika minyak ini tidak digunakan, elok kalau disimpan dalam tanah… dah sebut sebabnya tadi… untuk mengelakkan disambar petir. Tak hujan pun petir boleh tiba2 menyambar.

Sebenarnya ada cara yang boleh dibuat mengenai minyak dagu ini untuk mengelakkannya dari disambar petir… Hanya bomoh2 terer la yang boleh melakukannnya. Minyak dagu ini kekuatannya bergantung pada wilayah juga… Kenapa? Ala… Panjang ler nak cerita.

Ok la… cukup la aku dok merapu. Camner la cerita mencandukan agama boleh masuk cerita minyak dagu pulak ni.

Balik semula ke “point” asal… jangan la menCANDUkan agama. Iblis ni pandai jugak. Orang yang pada mulanya berniat suci nak buat kebaikan silap2 boleh terpesong pulak merasakan dirinya sendiri la yang torbaik dan lebih baik daripada orang lain.

Orang yang rajin beramal pulak silap2 mula terasa dirinya ahli syurga. Lepas tu mula la pandang orang lain macam rupa penjenayah dan pendosa.

Sendiri mau ingat la… cakap panjang2 pun tak guna.

Akhir kata, sentiasa beringatlah dan berhati2 dengan dua ejen ni:

1. Ejen yang cakap dia boleh tolong kau jadik kaya.

2. Ejen yang cakap dia boleh tolong kau masuk syurga bila kau dah mati nanti.

Ok Bye…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s