SECEBIS KISAH TENTANG ‘THE NEW WORLD ORDER’

Dikatakan oleh ramai orang bahawa perasaan yang sentiasa dirasai oleh kita digelar sebagai “emosi”. Sebab bahasa Melayu tiada perkataan yang tepat untuk ini, maka kita pinjam la perkataan omputih “emotion” dan kita melayukan menjadi “emosi”. 

Emosi dapat kita alami dengan nyata tetapi pada masa yang sama kita tidak dapat menuding secara fizikal di manakah ianya terletak. Kita tak boleh cakap… aku rasa sedih la. Sedih kat siku. Aku rasa emosi yang menyakitkan la. Sakitnya tu di sini.

Ya… emosi sebenarnya bukan dirasai oleh mana-mana deria kita yang lima itu. Emosi tidak dapat dilihat dengan mata, didengar dengan telinga, dihidu dengan hidung, dikecap dengan lidah dan dirasa dengan deria sentuhan di seluruh badan kita. Justeru, di manakah letaknya emosi?

Cuba fokus pada perasaan anda sebentar. Apakah emosi anda sekarang? Adakah ia menyenangkan atau tidak menyenangkan anda? Adakah anda sedang merasa gembira, bahagia, tenang dan nyaman? Atau… Adakah anda sedang merasa murung, bosan, marah, cemas dan takut?

Ok… sekarang mari kita cuba buat penerangan tentang emosi. Seperti biasa, sebarang percubaan menerangkan  benda2 macam emosi ni sudah tentu akan berbunyi pelik. Tapi takper la, kita cuba jer la yer. Kalau anda mula merasa emosi anda terganggu ketika membaca penerangan ini, elok hentikan dulu pembacaan anda sehingga anda dapat mengawalnya semula.

Emosi tidak dapat kita tuding kedudukannya kerana ia terletak di suatu realiti alam yang lain. Hehe… pelik? Ala, memang la pelik tapi tiada ruginya pun kalau kita cuba “explore” hal ini. Sambil2 tu boleh jugak exercise minda. 

Kalau anda memahami String Theory, anda akan dapati bahawa di peringkat asas sahaja terdapat 11 realiti alam yang wujud serentak. Tapi tak perlu la cerita banyak2 pasal String Theory ni sebab anda boleh dapati semua maklumat tentangnya di Internet. Google la sendiri. 

Sifat emosi pula boleh diibaratkan seperti portal atau “gateway” kepada 11 realiti alam ini. Emosi ialah salah sebuah pintu kepada diri anda yang sebenarnya wujud di kesemua 11 realiti alam. Merepek? Hmmm… ntah la.

Sesiapa yang dapat mengawal emosi anda, dia dikatakan akan dapat mengawal fikiran dan lima deria tubuh anda. Sukar untuk dipercayai? Cuba kita fikirkan sejenak… dengan lisan kita sahaja kita mampu untuk menerbitkan emosi kemarahan seseorang. Bila marah… suhu badan dan tekanan darah meningkat. Kadang2 sampai mengamuk pun boleh.

Sekarang mari kita bandingkan diri kita dengan sebuah komputer.

Lihat sebuah komputer… bagaimanakah anda berkomunikasi dan memberi arahan kepadanya? Adakah anda menggunakan tetikus (mouse), papan kekunci (keyboard), skrin sesentuh (touch screen) atau kamera yang terpasang kepada komputer ini? Kalau semua ini tiada, terdapatkah cara lain yang dapat anda guna untuk berkomunikasi dan memberi arahan kepada komputer ini.

Lihat lagi komputer ini. Adakah ianya jenis yang ada skrin bagi membolehkannya memaparkan maklumat dan berkomunikasi dengan anda? Adakah ianya mempunyai “speaker” untuk ia mengeluarkan suara atau bunyi untuk anda dengari? Adakah ia mempunyai roda atau kaki yang membolehkan ia menggerakkan jasadnya? Apakah sumber tenaganya… bateri atau “power supply” yang menjalar kepada sebuah “power point”? Adakah ia mempunyai tuan punya? Adakah ia mempunyai jantina?

Gelaran komputer yang boleh berkelakuan seperti manusia dipanggil robot, cyborg atau humanoid. Bolehkah anda bayangkan robot yang boleh bergerak-geri seperti manusia? Ia boleh melihat, bercakap, mengecapi “taste”, menghidu bau dan merasa dengan “sensor” rasa… Pada pendapat anda, apakah yang akan membezakan robot begini dengan manusia? Ya, yang akan membezakan robot begini dengan diri kita ialah robot tidak ada emosi. Manusia ada emosi. Bolehkah anda membuat sebuah komputer marah?

Diulang semula apa yang disebut dalam perenggan di atas tadi untuk renungan kita… < Sifat emosi pula boleh diibaratkan seperti portal atau “gateway”. Dengan kata lain, emosi sebenarnya ialah sebuah pintu kepada diri anda. Sesiapa yang dapat mengawal emosi anda, dia akan dapat mengawal fikiran dan lima deria tubuh anda>

Masih sukar untuk dipercayai?”

Masih sukar untuk dipercayai atau anda sudah mula dapat memahaminya?

Penerangan mula bertambah pelik lagi.

Bolehkah kita mempertimbangkan kemungkinan di mana setiap kali kita merasai emosi yang negatif seperti murung, bosan, marah, cemas dan takut, ia bermakna ada sesuatu entiti atau makhluk yang sedang berusaha untuk “hacking” atau memecah masuk ke dalam fikiran kita dan cuba mengawal kita? Kalau nak “hack” robot atau komputer, kita tau macam mana nak buat… tidakkah begitu? Tapi kalau nak “hack” manusia macam mana?

Bagaimana? Semakin sukar untuk dihadamkan oleh fikiran kita? 

Sebenarnya senang sahaja kalau kita nak “hack” manusia ni. Kita boleh gunakan stimulasi atau rangsangan tertentu bagi menerbitkan emosi negatif. Bila kita mengalami emosi negatif, kita mudah dikawal dan diperkudakan. 

Ada banyak jenis stimulasi atau rangsangan luaran yang boleh dikenakan kepada kita bagi mencetus emosi negatif. Rangsangan2 luaran ini boleh dijana dengan mudah… contohnya melalui kewujudan “wang”. Dengan “wang”, ramai manusia dapat dikawal pemikiran mereka. Pada bila-bila masa emosi negatif dapat dicetuskan kerana inginnya manusia kepada wang. 


Dengan “wang” misalnya, manusia akan cenderung untuk saling tipu-menipu dan saling mengkhianati sesama manusia. Ekonomi dapat dijatuhkan. Pendidikan dapat dicemarkan. Peperangan dapat dihasilkan. 

Emosi negatif juga dapat dicetuskan dengan berita-berita di saluran-saluran TV, radio, akhbar, majalah dan internet.

Bagi meningkatkan rangsangan2 luaran ini, diadakan pula pengiklanan atau “advertising”. Iklan-iklan di semua media pula akan menekan kita bagi membantu dalam mencetus lebih banyak lagi emosi negatif. 

Iklan-iklan ini akan mengatakan… anda tidak cukup cantik, pakai la produk kecantikan ni. Anda gemuk, makan la ubat ni. Anda tidak cukup gagah di ranjang, makan la produk ni. Anda bodoh, masuk la universiti ni. Anda tidak mempunyai status yang baik, beli la kereta mewah ni. Anda tidak cukup wangi, beli la minyak wangi ni. Anda tidak cukup bergaya, beli la kasut dan jam tangan ni. Anda akan terus-terusan merasa rendah diri, sentiasa merasa hina, sentiasa ingin berlumba-lumba untuk jadi lebih kaya, lebih cantik, lebih mulia, lebih berstatus tinggi dan terus-terusan merasai emosi negatif.

Siapakah yang sedang cuba “hack” kita dengan semua ini?

Justeru, persoalan seterusnya ialah… bagi mengelakkan diri kita kena “hack”, bolehkah kita mengawal emosi kita supaya sentiasa positif? Apa kita nak buat bila tiba-tiba emosi negatif menerpa dan cuba menguasai kita? 

Biasanya apabila kita bangun tidur pun… kajian menunjukkan 80% emosi kita adalah negatif. Maka, pandai-pandai la yer… rasanya tak perlu la nak diceritakan panjang lebar bagaimana nak mengekalkan emosi yang positif.

Oh ya… kalau anda nak tau lebih lanjut tentang bagaimana emosi digunakan untuk meng “hack” dan mengawal manusia boleh cuba google dengan katakunci mkultra, monarch butterfly, mind-controlled slaves dan montauk project. Anda mungkin terkejut dengan eksperimen2 yang mereka telah lama jalankan dan produk-produk manusia yang telah mereka hasilkan. 

Mereka boleh mengawal manusia-manusia ini untuk digunakan sebagai pembunuh, pelacur, perusuh, artis atau pemberontak pada bila2 masa. Google juga “Club of 27”.

Siapakah mereka yang sibuk2 nak mengawal manusia ni?

Ok, cukup la dulu kot. Kalau cerita panjang2 sangat bimbang ada yang terganggu emosi pulak nanti.

Semoga bermanfaat difikir2 kan.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s