PEMBOHONGAN IBLIS, DAJJAL DAN KONCO2 ZIONIS TENTANG BULAN (PART 8 to PART 13 of 13)

​Part 8 of 13


Sori… side-track sikit daripada citer NASA, Bulan, Appoloc, Atalan dan Lamarakh….

Untuk Part 8 ini, kita akan cuba mengenali salah satu bangsa yang dikatakan sebagai saki baki Al-Bashar yang terselamat selepas perang besar tamat. Bangsa ini dikenali dengan nama Bangsa Kerinchi. Nama ini sebenarnya bukanlah nama yang asing bagi kita yang tinggal di Malaysia, Indonesia dan kawasan2 lain di Nusantara ini. 

Cerita2 yang biasa kita dengar tentang Bangsa Kerinchi ini ialah mereka tiada lekukan di bahagian antara bawah hidung dan bibir atas mereka serta mereka boleh bertukar menjadi harimau. Tapi… takkan itu sahaja. Kalau setakat boleh jadik harimau jer, tak lah hebat sangat. Nanti dulu…. memang mereka ada banyak lagi kebolehan dan kelebihan lain… pasni akan diceritakan.

Tidak lengkap rasanya kalau bercerita tentang Bangsa Kerinchi ni kalau tak menyentuh tentang Gunung Kerinchi dan kawasan sekitarnya. Mungkin juga ada di antara kita yang pernah mendengar pun tentang Gunung Kerinchi. Ia sebenarnya adalah kawasan yand diduduki Bangsa Kerinchi berzaman-zaman lamanya. Kawasan ini kalau kita amati betul2… kita akan perasan ianya dipagari bukit bukau dan gunung2.

Sedikit lagi maklumat tentang Gunung Kerinchi… Ia adalah salah satu daripada puluhan gunung2 berapi yang masih aktif di Indonesia. Ketinggiannya ialah 3,805 meter daripada aras laut. Gunung ini menjadi gunung tertinggi di Pulau Sumatera. Di sebelah timurnya terdapat Tasik Bento yang airnya sangat2 jernih. Di belakangnya terdapat Gunung Tujuh dengan kawah dan tasik yang juga sangat indah dan amat2 jarang sekali dikunjungi manusia. Kawasan ini dapat ditempuh melalui jalan darat dari Jambi menuju Sungaipenuh melalui Bangko. Jalan alternatif ialah mengikuti jalan dari Padang, Lubuk Linggau, dan Bengkulu. Kalau nak naik kapal terbang, boleh mendarat di Padang atau Jambi.

Ok… ok… cukup la cerita pasal info Gunung Kerinchi dan Gunung Tujuh ni… dah macam bunyik pemandu pelancong plak!

Balik semula kepada kisah tentang Bangsa Kerinchi. Mereka dikatakan salah satu bangsa yang keturunannya adalah berasal daripada anak kedua Iskandar Zulkarnain. Bagaimana pula boleh jadi begini?

Setakat kajian yang telah dibuat, saya agak terkejut juga bila mendapati… Bangsa Kerinchi ini berasal daripada percampuran Al Bashar (daripada keturunan Appolloc + Lamarakh) dan Al-Insaan (daripada Keturunan anak kedua Iskandar Zulkarnain). Jika diimbas kembali info dalam posting terdahulu, keturunan Apolloc ialah keturunan raja2 yang mentadbir Atalan dan Lamarakh. Tapi keturunan Apolloc yang ini sudah tentu bukan keturunan tulen lagi kerana telah bercampur baur dengan Lamarakh sejurus sebelum kematian Helion (raja terakhir sebelum peperangan besar).

Sebut tentang Iskandar Zulkarnain ini pula, anda tentu pernah mendengar tentang kisah satu bangsa yang hampir tidak difahami pertuturan mereka dan bangsa ini telah dipagar dengan tembok kukuh campuran besi dan tembaga (Dalam Al-Quran pun ada menceritakannya dalam surah Al-Kahf). Bangsa yang dipagar oleh Iskandar Zulkarnain ini sebenarnya ialah saki baki Bangsa Atalan yang bertindak agresif mengganggu Al-Insaan di kawasan Nusantara ini. Ya… kejadian itu berlaku di sini. Dengan ini saya menolak teori yang mengatakan kejadian mungkin berlaku di kawasan Pergunungan Kaukasus yang banyak dicadangkan kebelakangan ini. Walaupun yang demikian, oleh kerana saya tidak boleh mendedahkan sumber2 maklumat saya, maka terpulanglah kepada penilaian anda sama ada hal ini masuk akal atau pun tidak.

Menyambung lagi kisah Bangsa Kerinchi ini, ada banyak cerita yang mengatakan mereka mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa yang lain…. selain daripada boleh bertukar menjadi harimau. Mereka juga boleh menghilangkan diri daripada pandangan mata kasar manusia biasa. Kebolehan mereka mengubat bermacam2 jenis penyakit juga adalah sangat dikagumi. Selain daripada harimau, saya ada juga mendengar yang sesetengah mereka boleh bertukar kepada lain-lain jenis haiwan seperti kucing, burung helang dan kuda.

Tentang nama2 ketua mereka pula, yang paling selalu disebut2 ialah dua orang yang digelar Lebai Sakti Danau dan juga Salleh Seri Menanti. Katanya, kedua2 mereka ini masih lagi hidup dan bermastautin di kawasan Gunung Kerinci.

p/s: Kalau anda seorang lelaki yang masih bujang (atau bagi yang telah berkahwin dan masih ada kuota lagi), cuba2 lah carik gadis berbangsa Kerinchi untuk dikahwini. Anda pasti mendapat kejutan yang besar.

—————————————————————————————————————————————————————————

Part 9 of 13


Anda telah pun tahu sebab musabab tentang pembohongan NASA tentang “Projek Bulan” mereka dan lain2 maklumat yang bersangkut-paut dengannya. Sekarang mari kita cuba fahami pula, kenapa tak cukup dengan Bulan, NASA kononnya sibuk nak mengkaji planet2 lain di dalam Sistem Suria kita. Berbillion2 malah bertrillion2 US Dollar jugak la dihabiskan untuk penerokaan angkasa jauh ini sampai berjuta2 rakyat Bumi yang mati kebuluran tidak dipedulikan. Cubalah kita pikirkan… pergi teroka angkasa kah… atau bagi makan orang yang lapar lebih penting dan lebih utama?

Sebenarnya kebelakangan ini… rupanya ada perkembangan tentang respon Atalan Bulan kepada misi-misi NASA ke Bulan. Antara lain, mesej yang dibalas oleh Atalan Bulan ialah teknologi yang didesak untuk penyerahan kepada Atalan Bumi dan NASA kini tidak lagi berada di tangan mereka. Habis tu… duduk kat siapa pulak? Atalan Bulan telah berkeras mengatakan, teknologi itu kini telah dibawa lari oleh sekumpulan Atalan Bulan di mana mereka telah menyorokkannya di salah sebuah planet di dalam Sistem Suria kita. Betul kah begitu?

Sebenarnya saya pun tidak pasti kerana ada juga indikasi dan petunjuk yang mengatakan sebenarnya teknologi Atalan Bulan ini telah dihantar semula ke Bumi dan kini suatu kumpulan Al-Insaan telah diamanahkan untuk menjaganya. Nama kumpulan ini ialah Paladin. Untuk itu, semua ejen2 geng2 jahat di Bumi i.e. CIA, FBI, Mossad, MI6, KGB dan lain2 kumpulan yang mempunyai pelbagai huruf telah dikerahkan untuk mencari Paladin ini. Seperti biasa, ketua turus misi kumpulan2 pelbagai huruf ini ialah tidak lain dan tidak bukan saudara Adolfo Nicolas Pachon, Head of the Jesuits atau lebih dikenali sebagai “The Black Pope”. Opis beliau… semua orang pun tau… di Vatican City… pusat penyembahan Syaitan terbesar di Bumi.

Kisah tentang Paladin ni mungkin ramai yang pernah mendengarnya. Akan tetapi saya masukkan di sini juga sebagai rujukan. Mungkin juga ramai yang telah menonton watak Paladin ini di dalam wayang gambar terbitan geng2 jahat bertajuk “Jumper”. Di dalam wayang gambar ini, ditunjukkan seolah-olah Paladin ini kumpulan ekstrim Kristian berteknologi tinggi yang jahat dan tidak berhati perut bagi mengelirukan kita. Kisah tentang Paladin ini juga ada kat dalam Wikipedia. Kat dalam Wikipedia pula… Paladin dikatakan juga dikenali dengan nama “The Twelve Peers” dan diasaskan oleh King of Franks iaitu Charlemagne atau lebih dikenali sebagai “Charles the Great”. Paladin dikatakan sebagai Pahlawan2 Kristian yang gagah membantu menawan banyak kawasan2 di Eropah sekitar tahu 780 A.D hingga 850 A.D. Semua ini juga adalah cerita2 yang mengarut bagi mengelirukan kita tentang identiti Paladin yang sebenar.

Watak Paladin juga diwujudkan di dalam bentuk permainan2 video dan komputer seperti Fallout 3, Warcraft, Dungeons & Dragons dan banyak lagi. Permainan online dan permainan2 ringan berasaskan Flash pun banyak. Al-maklum seperti biasa… tukang buat permainan2 atau “games” ni pun geng2 jahat juga. Maka watak Paladin di dalam “games” pun amat2 mengelirukan. Ini belum lagi buku2 dan novel2 tentang Paladin… habis semuanya diputar-belitkan.

Jadi, siapakah Paladin ini sebenarnya? Mereka sebenarnya ialah Al-Insaan terpilih yang dilatih oleh saki baki Atalan baik yang belot kepada Atalan jahat. Mereka menyokong Lamarakh kerana sedar keangkuhan dan ketamakan Atalan lah yang menyebabkan peperangan besar berlaku. Sebab itu…. Paladin mempunyai teknologi tinggi berteraskan Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal. Bukan itu sahaja, mereka juga pemegang amanah menjaga teknologi teleportasi dan manipulasi bahan Atalan daripada jatuh ke tangan geng2 jahat.

Berkaitan dengan teknologi teleportasi dan manipulasi bahan ini juga…. ada sumber2 yang saya lihat mengatakan geng2 jahat ini perlukannya bagi membantu Dajjal menghilangkan Al-Masjid Al-Aqsa. Tentang hal ini, saya masih merasakan perlu disiasat lagi… tapi kalau dipikir2 kan mungkin ada juga asasnya. Seperti yang kita tahu, sebagai Plan B, geng2 jahat sedang gigih menggali di bawah Al-Masjid Al-Aqsa bagi meruntuhkannya. Hal ini ada saya kongsikan di dalam posting yang lepas di dalam album NWO.

Daripada Part 1 hingga Part 9, saya telah cuba menjelaskan perkaitan pembohongan Projek Bulan dan projek2 angkasa lepas dengan aspek2 pelan besar atau “blue-print” rancangan2 Syaitan, Dajjal dan konco2 nya. Seperti biasa apa yang saya harapkan ialah cerita2 sebegini tidak terus diterima atau tidak terus ditolak sebelum dibuat sebarang pertimbangan atau siasatan peribadi masing2. Ini supaya tidak berlaku penyakit “Blind Acceptance” mahu pun “Blind Rejection”. 

Maka….kalau semuanya dah jelas… apa perlunya Part 10 hingga Part13 pula. Ada sikit lagi hal yang rasanya perlu juga dikongsikan. Harap dapat terus mengikuti apabila posting2 nya dibuat nanti.

—————————————————————————————————————————————————————————

Part 10 of 13


Maklumat seterusnya yang ingin dikongsikan ialah penipuan NASA tentang 3753 Cruithne. Haaaa… apa benda 3753 Cruithne tu? Boleh makan ke? Macam nama kuih jer….

Untuk makluman, 3753 Cruithne adalah Bulan kita yang kedua. Apa? Kita ada Bulan kedua pulak? Ya… sebenarnya Bumi memang mempunyai dua Bulan. Seperti biasa, hal2 sebegini sudah tentu dinafikan dengan sekeras2 nya oleh NASA.

Begini ceritanya…. 

Tidak lama dahulu, pada tahun 1986 NASA terpaksa mengumumkan yang mereka telah menemui 3753 Cruithne. Mereka tak boleh nak sorok lagi kerana teleskop pengkaji bintang amatur pun telah dapat mengesannya. Walaupun demikian, seperti lazimnya berlaku… oleh kerana semua orang dok percaya kepada NASA, geng2 jahat telah menggunakan kepercayaan ini bagi mengaburi mata kita dengan mengisytiharkan 3753 Cruithne sebagai hanya sebiji asteroid. Sebijik asteroid yang tidak membawa apa2 makna kepada kita rakyat biasa di Bumi ni.

[Nota: Sebenarnya, penemuan ini pernah diumumkan lebih awal lagi oleh seorang ahli kaji bintang bernama Frederic Petit pada 1846. Komuniti saintis yang dikuasai geng2 jahat pada masa itu dengan mudah telah menafikan beliau.]

Maka… apakah signifikasi sebenar Bulan kedua ini sebenarnya?

Anda telah mendengar tentang cerita tentang Appoloc, Atalan dan Lamarakh. Anda juga telah dengar cerita peperangan besar di zaman Al-Bashar dan anda kini tahu yang saki baki mereka masih hidup bersama2 dengan kita hingga ke hari ini. Cuma… anda mungkin tidak menyedari beberapa perkara lagi…. insyaallah akan diceritakan sebentar lagi.

Pada 20 Disember 2011… Bulan kedua ini sebenarnya telah dilihat jelas dengan mata kasar. Gambar yang saya sertakan sebagai posting ini di ambil di Busby, Australia pada pukul 1.20 pagi. Pada masa itu ramai yang terperanjat dan mengatakan inilah tanda2 hari kiamat semakin menghampiri kita. Apakah penjelasan daripada NASA pula tentang bagaimana ini boleh terjadi? Anda boleh dapatinya dengan mudah di Wikipedia. 

http://en.wikipedia.org/wiki/3753_Cruithne 

Adakah anda percaya dengan penjelasan NASA ini? Terpulang kepada anda.

Sekarang mari kita menyambung cerita tentang Bulan dan Bulan Kedua ini. Sebenarnya, Al-Insaan telah pun tahu tentang hal ini beribu-ribu tahun dahulu lagi. Malah bagi Al-Bashar, mereka telah tahu hal ini jutaan tahun dahulu lagi. Mereka juga telah biasa berulang-alik di antara Bumi, Bulan dan Bulan Kedua ini yang juga merupakan mini-planet yang mampu menampung pelbagai hidupan.

Apa yang saya belum ceritakan ialah bagaimana keturunan Apolloc tulen pupus selepas Helion, raja terakhir Atalan dan Lamarakh daripada keturunan Apolloc mati.

Sebenarnya, keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir Al-Bashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir tidak lama lagi dan akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua. Selepas mereka berhijrah, mereka telah menggunakan teknologi mereka (nota: Apolloc menguasai kedua2 teknologi Atalan dan Lamarakh)…. untuk mengubah orbit Bulan Kedua ini. Tindakan ini sebenarnya mendapat tentangan banyak pihak namun mereka tidak sempat menghalangnya. Tujuan pengubahan orbit Bulan Kedua ini ialah bagi memutuskan perhubungan keturunan Apolloc dengan Bumi dan Bulan. 

Setelah sekian lama mereka (keturunan Apolloc) duduk di Bulan Kedua ini, timbul pula rasa ingin tahu tentang perkembangan Bumi. Maka, sekumpulan kecil Apolloc telah membuat keputusan untuk pergi menziarahi Bumi dan Bulan. Apa yang berlaku ialah kebelakangan ini mereka semakin kerap menziarahi Bumi. Kekerapan yang semakin tinggi ini adalah disebabkan 2 perkara berikut:

1. Mereka merasa kasihan dengan keadaan Al-Insaan yang pada pandangan mereka telah semakin jauh tersesat di dalam tipu daya Syaitan, Dajjal dan konco2 nya; dan

2. Mereka bimbang dengan perkembangan hasil percampuran genetik Al-Bashar dan Al-Insaan yang semakin berleluasa di Bumi (i.e. Bangsa Kerinchi dan beberapa bangsa lain yang saya belum ceritakan lagi).

[Nota: Lawatan keturunan Apolloc ke Bumi dan Bulan inilah yang dijadikan modal oleh geng2 jahat untuk mengada2 kan cerita Anunaki dan Ancient Astronaut Theory yang mengatakan kononnya makhluk asing a.k.a. UFO telah pernah datang melawat tamadun2 terdahulu seperti Maya, Aztech, Inca, Machu-Pichu, Egypt, dsb. bagi mengajarkan mereka teknologi tinggi. Tidak cukup dengan itu, sehingga kini kita dimomokkan dengan kisah X-Files dan UFO yang kononnya makhluk asing datang membuat penyelidikan di Bumi dan Bulan.]

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 11 of 13


Di dalam Part 10, saya ada menceritakan yang keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir Al-Bashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir dalam waktu yang terdekat. Mereka juga tahu yang mereka akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua.

Persoalannya ialah, bagaimana mereka boleh mengetahui pulak yang masa Al-Bashar telah hampir tamat dan tak lama lagi Bapa Al-Insaan iaitu nabi Adam a.s. dan Hawa akan diturunkan ke Bumi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah. Siapa pulak yang beritahu mereka?

Di sinilah sebenarnya bermulanya karier kejahatan Azazil a.k.a. Lucifer a.k.a Iblis semenjak dihalau keluar daripada Taman Syurgawi.

Sewaktu masa semakin hampir bagi Nabi Adam a.s. dan Hawa diturunkan ke Bumi, Azazil yang ketika itu baru sahaja dihalau daripada Taman Syurgawi telah menggarap satu rancangan. Apa yang dirancangkan oleh Azazil ialah mengajak Al-Bashar bersama2 dengannya untuk mempertikaikan kehendak Allah menurunkan Al-Insaan bagi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah di Bumi.

Azazil telah menemui seorang yang sangat berpengaruh di dalam kelompok keturunan Apolloc yang bernama Al-Hin. Kepada Al-Hin diceritakan oleh Azazil tentang Nabi Adam a.s. dan Hawa yang tidak lama lagi akan dihalau daripada Taman Syurgawi dan duduk di Bumi sebagai khalifah baru. Sambil itu, Azazil juga cuba menakut2 kan tentang hakikat bangsa Al-Bashar akan terhapus tidak lama lagi.

Al-Hin memang telah lama mengenali Azazil. Al-Hin bukan sahaja bersahabat dengan Azazil sahaja malah kenal rapat juga dengan ramai raja2 Al-Jin yang terlebih dahulu mendiami dunia sebelum kedatangan Al-Bashar. Pendek kata, Al-Hin dan kaum kerabatnya ini juga boleh tahan hebatnya daripada segi ilmu dan kebolehan (kalau nak cerita tentang Al-Hin ni pun satu kisah yang panjang… kalau diizinkan Allah saya akan kongsikan kisah2 nya di dalam siri posting2 yang lain nanti).

Dipendekkan cerita, setelah Al-Hin mendengar perkhabaran daripada Azazil ini, dia pun segera memanggil beberapa rakan karibnya yang bernama Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram. Mereka berempat pun berbincanglah tentang apakah reaksi yang harus diberikan. 

[Nota: Al-Hin, Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram sebenarnya bukan bangsa Al-Bashar pun. Mereka berempat ialah satu bangsa lain yang telah ada di Bumi lebih awal daripada Al-Bashar…. malah lebih awal daripada Al-Jin. Bangsa mereka berempat ini telah diberikan hukuman oleh Allah kerana kemungkaran mereka dahulu. Hukumannya ialah…mereka dipanjangkan umur tetapi tidak boleh melahirkan zuriat. Bangsa ini diberi gelaran Bangsa Polippa. Fizikal mereka ialah mirip seperti Al-Bashar dan Al-Insaan tetapi bersayap yang amat cantik. Populasi mereka yang tinggal ialah 7,000 orang.]

Ok… sambung balik. Mereka berempat ini ialah ketua kepada 4 kumpulan Bangsa Polippa. Bangsa Polippa ini telah lama diberikan kebenaran oleh raja2 terdahulu daripada keturunan Appoloc untuk hidup bersama dengan Al-Bashar. Mereka berempat ini sangat dipercayai oleh Apolloc oleh kerana tingginya ilmu mereka dan taatnya mereka kepada suruhan Allah selepas redha menerima hukuman mereka itu.

Akhirnya, setelah berbincang selama 1,000 tahun, mereka sepakat berjumpa raja Apolloc ketika itu yang bernama Pasadun… abang kepada Zauss (bapa kepada Helion) untuk memberitahu tentang cerita Azazil. Tidak lama selepas itu Pasadun yang telah tua itu telah mati sebelum membuat sebarang keputusan.

Oleh kerana kematian Pasadun, Zauss secara adatnya menggantikan Pasadun sebagai pemangku raja Al-Bashar sementara menanti lantikan raja baru dibuat. Namun, sebelum raja baru dilantik Zauss segera membuat keputusan untuk menamatkan pemerintahan Apolloc ke atas Al-Bashar dan mengarahkan semua keturunan Apolloc untuk berpindah ke Bulan Kedua. Setelah semuanya berpindah, orbit Bulan Kedua telah diubah supaya hubungan Apolloc dan Al-Bashar terputus. Hanya Helion sahaja yang sanggup untuk tinggal sebagai raja terakhir Al-Bashar. Selepas itu, seperti yang diceritakan di dalam Part 10, selepas kematian Helion… bangsa Al-Bashar telah berperang sehingga mereka terhapus daripada Bumi dan Bulan. 

Sebagai kesimpulan untuk Part 11 ini, kita boleh senaraikan saki baki beberapa Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita Al-Insaan di Bumi hingga ke hari ini iaitu: 

i. Bangsa Polippa Al-Hin; ii. Bangsa Polippa Al-Bin; iii. Bangsa Polippa Al-Tam; iv. Bangsa PolippaAl-Ram;v. Bangsa Al-Jin;vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; danvii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh.

Dua potong ayat2 Al-Quran yang pada pendapat saya mungkin boleh menggambarkan kewujudan bangsa-bangsa ini ialah:

Al Ankabuut – Ayat 19

‘Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.’

Al An’am – Ayat 6

‘Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.’

—————————————————————————————————————————————————————————

Part 12 of 13


Bermula daripada Part 1 hingga Part 11, rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan saya telah menghujani anda dengan maklumat2 yang luar biasa, aneh dan amat jarang diambil serius. Malah bagi kebanyakan orang terutamanya yang skeptik pasti merasakan hal2 sebegini adalah gila atau mengarut semata2 dan setaraf dengan kisah2 dongeng dan mitos. Bagi anda yang masih sanggup untuk meluangkan masa dan sudi memberi ruang untuk berfikir tentang perkara2 ini…. marilah kita menyambung sedikit lagi.

Di akhir Part 11, kita dah pun menyenaraikan saki baki tujuh Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita (Al-Insaan) di Bumi hingga ke hari ini iaitu: 

i. Bangsa Polippa Al-Hin; ii. Bangsa Polippa Al-Bin; iii. Bangsa Polippa Al-Tam; iv. Bangsa Polippa Al-Ram;v. Bangsa Al-Jin;vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; danvii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh.

Adakah ini sahaja Bangsa2 yang masih wujud hingga ke hari ini?

Jawapannya…. sudah tentu tidak. Terdapat puluhan lagi Bangsa2 yang terselamat dan telah meneruskan kelangsungan hidup mereka semenjak jutaan tahun lagi. Al-maklum… Bumi ini sudah sangat tua. Saya tidak dapat bayangkan bagaimanakah reaksi mereka yang skeptik ini sekiranya saya mula bercerita pula tentang semua puluhan Bangsa2 ini. Cerita2 tentang kewujudan tujuh jenis Bangsa sebelum ini sahaja pun sudah cukup untuk menyebabkan ruangan “FB Private Message” saya dipenuhi dengan kata2 mengejek dan berbentuk perlekehan. Tidak kurang juga kata2 nasihat yang menyuruh saya kembali ke dunia realiti…. ya… realiti yang fana atau palsu… Itulah realiti menurut definisi mereka yang tidak mempercayai perkara2 yang halus ini. 

Untuk memburukkan keadaan lagi, keberadaan Bangsa2 ini pula dirahsiakan dan ditutup oleh geng2 jahat melalui program2 “information censorship” mereka. Program2 ini telah lama dikuatkuasakan semenjak beribu2 tahun lagi di kalangan pemegang2 tampuk pemerintahan negara, di kalangan komuniti saintis dan akademia hinggalah kepada kawalan informasi masakini yang dijalankan secara paksa melalui kuasa kepolisan, ketenteraan dan kumpulan2 pelbagai huruf mereka seperti CIA, KGB, MI6, dsb diterajui oleh the Head of Jesuits. Minda kita pula telah diasuh semenjak kecil lagi dengan sistem pendidikan mereka. Tidak cukup dengan itu, minda kita dilobi pula dengan program2 berita dan informasi tajaan mereka disusuli dengan persembahan2 hebat Hollywood dan rangkaian televisyen serta media mereka.

Ini semua membawa kepada satu situasi yang bagaimana?

Untuk permulaan, cuba bayangkan sekiranya anda ialah salah seorang pembuat keputusan di dalam pentadbiran geng2 jahat. Anda tentu sedar yang geng2 jahat anda sudah menguasai hampir semuanya… harta, duit, sistem ekonomi, sistem pendidikan, kuasa ketenteraan, teknologi sains dan sistem kekuasaan pemerintahan negara2 di seluruh dunia ini. Kenapa anda masih lagi tidak berani beroperasi secara terang-terangan dan menghapuskan terus sesiapa yang menghalang anda? Bukankah anda berkuasa untuk melakukannya sekarang? Apa yang menyebabkan anda masih belum lagi bertindak?

Sebenarnya, geng2 jahat ini masih tidak berani lagi melakukan tindakan penyudah mereka kerana dua perkara:

i. Populasi Bumi yang terlalu ramai – Pada masa ini (setakat awal tahun 2012), populasi Bumi telah melepasi 7 Billion orang. Sekiranya geng2 jahat (yang tak sampai 5% populasi ini) mengambil keputusan untuk menguatkuasakan kehendak mereka secara paksa, pasti mereka tidak akan sanggup ditentang oleh jumlah populasi yang ramai ini. Mereka perlu melakukan beberapa tindakan persediaan terlebih dahulu seperti mengurangkan populasi Bumi atau setidak-tidaknya melemahkan populasi Bumi dengan jalan peperangan, kebuluran, penyebaran penyakit dan pelbagai sekatan terhadap kelompok2 tertentu. 

ii. Kewujudan puluhan Bangsa2 terdahulu – Geng2 jahat sedia maklum tentang kewujudan Bangsa2 terdahulu ini yang mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa. Mereka sebenarnya amat bimbang kalau2 Bangsa2 ini masuk campur dan mungkin akan menyokong rakyat Bumi menentang Syaitan, Dajjal dan konco2 nya jika mereka bertindak sekarang. Maka, geng2 jahat ini pun sebenarnya ada program2 tertentu untuk menjejaki Bangsa2 terdahulu ini bagi menghapuskan mereka (Ni pun kalau nak cerita… bunyi nya pasti amat di luar akal :P).

Cuba bayangkan alam semesta yang sebegini luas dengan banyaknya ruang2 dimensi yang kita tidak ketahui; adakah wajar sekiranya kita mengatakan hanya kita sahaja yang ada di sini?

Persoalan seterusnya ialah… hebat sangatkah kemajuan sains dan teknologi yang kita telah capai kini sehingga kita dengan penuh yakin menidakkan sebarang kewujudan makhluk2 lain? 

Adakah jika sesuatu perkara itu tidak dapat kita lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa…. kita mengatakan ianya tidak wujud? Contoh mudah ialah jika kita mengkaji mata kita sendiri yakni deria penglihatan kita…. ianya hanya mampu melihat tidak sampai 0.01% daripada spektrum atau julat cahaya yang wujud. Ini bermakna 99.99% spektrum cahaya langsung kita tidak sedari wujudnya tanpa menggunakan peralatan2 sains. 

Dan akhir sekali, kenapa agaknya bila ada orang yang mengkaji dan menghebahkan perkara sebegini akan dihentam oleh orang2 di sekeliling mereka yang telah terasuh dan terdidik dengan sistem yang sedia ada?

Dalam Part 13 kelak… iaitu Part yang terakhir… saya akan cuba kongsikan beberapa lagi perkara berkaitan yang pasti akan berbunyi sangat2 radikal terutamanya bagi golongan skeptik. Sebelum itu, rasanya saya perlu mengambil masa sedikit bagi membuat moderasi yang terperinci sebelum membuat posting terakhir nanti.

————————————————————————————————————————————————————————-

Part 13 of 13


Di dalam Part 13 (Bahagian Akhir) ini, apa yang saya cuba lakukan ialah membuat perkaitan sebahagian maklumat2 yang telah lama saya simpan tapi bimbang untuk berkongsi. Ianya sukar disampaikan tanpa bercerita dahulu tentang hal2 yang terdapat di dalam Part 1 hingga Part 12. Saya tidak pasti apakah bentuk respon yang bakal diterima. Namun, setelah membuat moderasi yang terperinci, saya rasa sedap hati untuk menggunakan ruangan FB ini untuk membuat “test run”. 

Diharapkan ianya dapat mencetuskan buah fikiran dalam mencari cara masing2 memahami apa yang telah dan sedang berlaku… mungkin juga dapat bersedia pula dengan apa yang akan berlaku. Terpulanglah pada anda… sama ada mahu menimbangkan atau pun tidak apa perkara ini secara serius. Seperti posting2 terdahulu, sudah tentu apa yang ada di Part terakhir ini pun bersifat radikal. Malahan… mungkin bagi sesetengah orang… ianya teramat2 radikal sekali. 

Kerana ruangan posting FB adalah terhad… saya akan terus “straight to the point” sahaja tanpa konar sana dan konar sini lagi supaya dengan ruangan terhad ini, dapat saya muatkan apa yang saya hajatkan.

Anda sudah bersedia? Here we go… 

[Nota: Dicadangkan anda baca perlahan-lahan perenggan2 selepas ini. Pastikan anda betul2 faham apa yang diperkatakan… jangan sampai salah faham pulak. Kalau perlu, ulang banyak kali sehingga faham… kalau masih tak faham jugak… mungkin anda membaca posting ini dalam keadaan lapar, mengantuk atau anda sedang mengalami keadaan “jiwa kacau”… :P]

Sebelum ini anda tentu pernah mendengar atau membaca tentang kisah Nabi Nuh a.s. Sewaktu berlaku banjir besar, bahtera beliau telah memuatkan insan2 terpilih serta makhluk2 lain yang juga terpilih. Cuma, apa yang tidak dicatatkan di mana2 buku setakat yang saya dah baca ialah tentang Bangsa2 terdahulu yang juga menumpang di dalam bahtera Nabi Nuh a.s. Apakah tujuannya mereka menumpang sedangkan mereka boleh sahaja menyelamatkan diri daripada banjir besar ini dek kerana ilmu2 dan kebolehan2 yang mereka miliki? Ya… mereka semua ada satu tujuan yang sama. Mereka mahu mengenali lebih dekat lagi tentang makhluk yang bernama Al-Insaan ini. Semua 96 jenis Bangsa2 terdahulu telah sepakat menghantar wakil masing2 di dalam hal mahu menumpang bahtera ini. 

Dipendekkan cerita, setelah banjir besar berakhir, kesemua 96 wakil Bangsa2 terdahulu ini telah bersependapat dan sama2 bersetuju memang patutlah Al-Insaan kini menjadi khalifah di Bumi menggantikan Bangsa2 mereka. Ini kerana mereka kagum dengan kelebihan2 yang dipinjamkan Allah kepada Al-Insaan. Kerana ini, sebelum meninggalkan bahtera, mereka semua telah berdoa kepada Allah. Mereka meminta supaya kisah2 dan ilmu2 tentang Bangsa2 terdahulu ini tidak pupus hilang begitu sahaja tetapi diwarisi pula oleh Al-Insaan. Guess what? (sori… cakap omputih plak sikit). Doa daripada 96 Bangsa2 terdahulu ini telah dimakbulkan oleh Allah.

Ok… standby… di sinilah bermulanya maklumat yang saya rasa teramat2 radikal bagi sesetengah kita. Macam biasa… saya mohon hentikan pembacaan anda sekiranya anda merasakan saya telah melepasi batasan dan melampau.

Ada apa dengan nombor 96? Klu nya terdapat di dalam Surah ke-96 iaitu Surah Al-‘Alaq. Semua orang tahu bahawa ayat2 di dalam Surah Al-‘Alaq ialah wahyu pertama pertama diturunkan. Tetapi di dalam penyusunan Al-Quran, ia duduk sebagai surah yang ke-96. Ini kerana ia membawa kisah2 dan ilmu2 Bangsa2 terdahulu. Kalau nak dihuraikan semuanya tentulah tidak cukup ruangan di sini. Untuk itu saya akan menyentuh hanya tentang 5 ayat pertama sahaja yang membawa 4 perkara yang menjadi sebahagian daripada inti2 kepada ilmu2.

Sebelum bercerita lebih lanjut, saya mohon anda bersedia dengan terjemahan Al-Quran di sisi anda. Ini bagi membolehkan anda menyemak terus apa yang saya ceritakan tentang 5 ayat2 yang dimaksudkan.

Ayat pertama… Allah telah mengarahkan kita untuk Iqra’… bacalah. Baca apa? Kemudian ayat ke-2, ayat ke-3 dan ayat ke-4 pula diceritakan tentang kejadian Al-Insaan daripada segumpal darah dan bagaimana Allah yang maha mulia mengajarkan kita dengan kalam. Segumpal darah? Kalam apa? Perkataan yang digunakan di sini untuk merujuk kepada manusia ialah Al-Insaan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, Al-Insaan bermaksud jenis kita dan tidak termasuk Al-Bashar atau mana2 Bangsa terdahulu. Ayat ke-5 pula memberitahu kita…. yang Allah mengajarkan Al- Insaan apa yang tidak diketahui. Apa yang kita tidak ketahui?

Inilah kunci yang sangat2 penting bagi membentuk “rangka” atau “framework” pemikiran (akal dan hati) kita supaya kita boleh meneroka lebih jauh lagi di dalam mengkagumi kebesaran Allah dan seterusnya dapat pula mengkaji ilmu2 yang sebelum ini mungkin teramat2 sukar sekali difahami. 

(i) Baca apa? Bacalah apa yang ada di sekeliling kita. Bacalah… bukan hanya dengan 5 deria dan akal sahaja malah juga dengan hati. Bacalah… supaya kita mengerti adanya Bangsa2 terdahulu dan dapat pula kita memanfaatkan ilmu2 yang dipinjamkan Allah kepada mereka.

(ii) Segumpal darah? Perkataan yang digunakan untuk segumpal darah ialah ‘Alaq (‘Ain, Lam dan Qof ). Tajuk surahnya pun Al-‘Alaq. Daripada segi konteks dan terjemahan yang lebih tepat, ia merujuk kepada DNA Al-Insaan. Cuba recall kisah DNA ini daripada Part 6. Kalau tak ingat… baca la semula Part 6 yer. Anda faham sekarang? Semua ilmu2 ini telah ada di dalam “Junk DNA” kita. Cuma menunggu masa untuk diaktifkan. Bagaimana nak mengaktifkannya? Ntah… kalau saya tau nak buat macam mana… sudah lama saya aktifkan “Junk DNA” saya sendiri. Atau… kalau saya tahu sekalipun, takkan la saya nak berkongsi kat sini pulak.

(iii) Kalam apa? Kalam yang telah Allah ciptakan untuk menulis Qada’ dan Qadar di dalam Kitab Lauh Mahfuz. Apa signifikasinya? Seperti yang kita tahu… semuanya telah dituliskan di Lauh Mahfuz. Kalau betul2 nak cerita pasal Lauh Mahfuz ni… terlalu panjang. Harap anda dapat cuba mencernakan klu ini terlebih dahulu. Jika diizinkan Allah… saya akan kongsikan lebih terperinci tentang Kalam dan Lauh Mahfuz ini di dalam posting2 akan datang.

(iv) Apa yang tidak kita ketahui? Selagi “Junk DNA” tidak aktif… selagi itulah kita tidak mengetahui. Insyaallah… kalau kita sentiasa mencari… dapatlah kita mengetahui.

Cukuplah setakat ini dulu kot… Semoga apa yang dihidangkan daripada Part 1 hingga Part 13 ini dapat memberikan kita manfaat di dunia dan di akhirat. Akhir kata, mana yang baik itu sudah tentu datang daripada Allah, dan mana yang tidak baik datangnya daripada kelemahan dan kealpaan diri saya sendiri. 

Sekian.

Wassalam – zulsegamat

Advertisements

One thought on “PEMBOHONGAN IBLIS, DAJJAL DAN KONCO2 ZIONIS TENTANG BULAN (PART 8 to PART 13 of 13)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s