HIDUP TERPENJARA DI MATRIX DUNIA


Sumber Cedokan: Ntah ler, aku tak ingat

Di dalam Physics Science, ada istilah Wormhole (Lubang Cacing). Wormhole sendiri, menurut batasan Fizik Moden, adalah bahagian dari Alam Semesta yang boleh digunakan sebagai jalan pintas bagi merentasi perjalanan yang amat jauh.

Fenomena alam ini secara teori, merupakan lorong magnetik yang didalamnya memiliki gravitasi kuat, yang mampu menarik apapun yang masuk ke dalamnya. Dan untuk kemudian mendorongnya ke ujung lorong yang lain hanya dalam beberapa saat. Yang dimaksud dengan ‘ujung lorong lain’ ini, adalah pintu dari alam semesta yang paralel dengan kita, atau boleh digelar juga alam semesta dari galaksi lain.

Sejumlah ahli fizik terkemuka pernah menganggap, kuatnya gravitasi wormhole sudah cukup membuat jenis transportasi yang tak terlalu canggih mampu melaju dengan kecepatan di atas kecepatan cahaya. Oleh karena itu, secara teori, perjalanan antara galaksi yang letaknya amat berjauhan bukan tak mungkin bisa diselesaikan hanya dalam waktu 200 hari atau kurang.

Hanya kini masalahnya, bagaimana mencari sang Wormhole tersebut? Sayang sekali, justeru masalah inilah yang tak pernah terpecahkan hingga kini. Para ahli astro-fizik hingga saat ini baru setakat mengetahui konstruksi teorinya, sementara selebihnya masih sangat gelap. Hehe… geng2 jahat ni kalau diorang tahu pun takkan nak bagitau kita pulak… kan?

Wormhole-Ma’aarij

Menurut Einstein dan I. Rosen, keberadaan wormhole amat erat kaitannya dengan black-hole, objek alam semesta yang dikenal memiliki gravitasi amat kuat. 

Sementara menurut Hawking, pada kondisi waktu maya (waktu Tuhan) dengan melalui “wormhole”, kita bisa pergi ke waktu manapun dalam riwayat bumi, bisa pergi ke masa lalu dan ke masa depan (sumber : Teori Fizik Hawking, mengungkap Perjalanan Isra Rasulullah?).

Berdasarkan teori, waktu akan berjalan lebih lambat, jika berada di dekat medan gravitasi, oleh karenanya gravitasi memiliki cangkang-cangkang waktu. Begitupun ketika kita melaju dengan roket pada beberapa kecepatan yang berbeza, maka akan memiliki beberapa dilatasi (dilation) waktu yang berbeza. Kesimpulannya, ketika kita melaju lurus pada satu kecepatan, sebenarnya kita berada pada satu cangkang dari medan gravitasi.

Misal kembar A, B dan C berumur 20 tahun. Kembar A melaju lurus ke sebuah bintang dan balik lagi ke bumi. Kembar B melaju melengkung konstan mengitari bumi dengan kelajuan yang sama dengan kembar A. Kembar C berada di bumi. Kembar A dan B akan berumur 50 tahun, sedangkan kembar C akan berumur 70 tahun. Ini telah dibuktikan secara saintifik sekular.

Wormhole yang berkaitan dengan hubungan dalam ruang-waktu, dikenal sebagai Laurentzian wormhole. Lorentzian wormholes terbahagi dalam dua jenis:

1) Inter-universe wormholes, wormholes yang menghubungkan semesta kita dengan ‘semesta’ yang lain. Ini adalah dugaan tentang adanya semesta paralel.

2) Intra-universe wormholes, wormhole yang menghubungkan dua daerah dalam semesta yang sama.

Ada juga wormhole lain yang dikenal sebagai Euclidean wormholes, yang mana, wormhole ini ada dalam proses yang sangat mikro, karena menjadi perhatian utama para ahli teori medan quantum.

Beberapa cendekiawan Muslim, mengidentifikasi adanya Wormhole-Ma’aarij, yakni tempat-tempat naik para malaikat. Betul ke begini?

Sebagaimana Firman ALLAH:

Dari Allah yang mempunyai tempat-tempat naik. Naik malaikat dan ruh kepada Nya di dalam satu hari adalah ukurannya lima puluh ribu tahun.

(QS. Al Ma’aarij (70) ayat 3-4).

Wormhole-Ma’aarij ini, lebih merupakan jalur khusus yang diciptakan ALLAH bagi hamba-hamba yang dikehendaki-NYA. Ada yang meyakini, kisah-kisah di dalam Al Qur’an, seperti Pemuda Kahfi dan Peristiwa Isra’, ada kaitan dengan Fenomena Wormhole-Ma’aarij ini.

Wormhole-Ma’aarij juga diyakini, akan menemui semua insan yang bernyawa, yakni ketika ajal menjelang, terbukalah satu pintu Wormhole-Ma’aarij kepada kita. 

Hyperspace ini akan terhubung ke Alam Barzakh, dimana Malaikat Maut akan menemani kita dalam meniti “jembatan” ini, yang satu harinya berbanding secara relative 50 ribu tahun di bumi.

Seperti grafik yang disertakan misalnya… dianggarkan wormhole sepanjang 1 km adalah bersamaan dengan jarak dilalui secara biasa sejauh 26 tahun cahaya ke Sistem Vega.

Apakah hubungan tubuh dengan minda kita? Bagaimana pula keadaannya ketika kita bermimpi, minda kita seolah-olah menerawang ke mana-mana sedangkan tubuh kita terdiam kaku? Ke manakah orang-orang yang sudah mati itu pergi? Adakah apabila tubuh mereka mati, maka minda mereka turut mati? Adakah terdapat kehidupan selepas kematian? Bagaimana kehidupan selepas kematian itu terjadi? Di dunia yang bagaimana?Mengapa kita tidak dapat melihat mereka?

Di manakah diri kita atau minda kita sebelum wujud di dunia ini? Bagaimana segumpal darah dan daging di dalam kandungan ibu kita boleh berubah menjadi tubuh dan minda kita? Jika minda kita sudah ada sebelum dalam kandungan ibu lagi, di dunia yang bagaimanakah minda kita bertempat,sebelum terwujud di dunia yang kita hadapi kini? Adakah kita pernah hidup di dunia lain sebelum dunia yang kita berhidup kini?

Siapa yang memasukkan dan mengeluarkan minda kita atau lebih tepat roh; dari dunia kepada dunia yang lain dan apa tujuan dia? Mengapa dia melakukan begini dan apakah kepentingannya?

Apakah sebenarnya dunia ini? Adakah bumi dan alam semesta ini benar-benar ada? Adakah makhluk lain di planet lain atau galaksi lain yang jumlahnya tidak terhitung banyaknya? Jika tiada,mengapa alam semesta ini diciptakan? Untuk siapa alam semesta yang sebegini luas ini diciptakan?

Sebelum Adam turun ke dunia, di manakah dia tinggal?Adakah di planet lain atau di galaksi lain? Adakah Adam turun ke dunia menaiki pesawat yang teramat canggih?Atau jatuh seperti burung kepatahan sayap terus ke bumi? Adakah ‘dunia’ yang dimaksudkan itu benar-benar bumi ini atau seluruh alam semesta ini? Jika begitu di manakah Adam bertempat sebelum turun ke alam semesta ini? Adakah ada alam semesta yang lain? Adakah Adam turun ke dunia ini bersama-sama tubuh dan minda atau hanya minda sahaja kemudian mula bertubuh apabila sampai ke ‘langit dunia’ ???

Apakah sebenarnya kehidupan kita ini? Mengapa kita hidup? Mengapa kita diciptakan? Apa tujuan kita diciptakan?

SELAMAT DATANG KE DUNIA… SELAMAT DATANG KE MATRIX BARU ANDA…

Kepada yang telah BERJAYA membaca hingga habis dan mengikuti posting2 seperti ini, tahniah diucapkan. Tak ramai yang sanggup. Kepada yang baru cuba-cuba, anda diberi amaran supaya menyemak kembali posting2 sebelumnya. Ini penting untuk mengelakkan ANDA LEMAS DALAM KEKELIRUAN SENDIRI.

Kandungan posting2 begini terdiri daripada material yang agak berat dan mencabar minda. Sebab itu saya menasihatkan anda supaya:

1. Baca dengan teliti. Jangan membaca secara sekilas pandang (skip… skip…)

2. Tidak digalakkan membaca ketika kesibukan, anda dinasihatkan membacanya pada waktu lapang dan tenang.

3. Selalu merujuk pada AlQuran dan Hadis. Jangan terkejut, sebenarnya AlQuran mengandungi terlampau banyak kunci-kunci rahsia The Matrix.

Material The Matrix adalah yang lain dari yang lain. Ia bukan bahan bacaan ilmiah yang biasa tetapi kandungannya 1000 tahun ke hadapan. Biar kami beritahu rahsia dari mana material The Matrix ini berasal.

Terdapat dua sumber pengetahuan The Matrix. Pertamanya,dari sumber-sumber Barat. Tahukah anda bahawa produser filem The Matrix Trilogy telah membayar sejumlah bayaran yang mahal kepada orang yang mempunyai idea asal The Matrix ini? Orang ini telah menerbitkan material berkaitan seawal 1980-an lagi! Dan dari sini pihak berkaitan mengarahkan Wachowsky Brothers untuk mengendalikan filem fiksyen sains itu. Orang ini adalah bekas intelligen Amerika dan mempunyai kaitan dengan CIA dan ‘shadow government’.

Berita buruknya,semua material dan hasil penyelidikan orang ini ‘terlepas’ ke tangan kami. Semua material The Matrix dari sumber-sumber Barat ini datang dari pelbagai punca seperti Theosophy (Secret Doctrine), Ajaran Kabbalah, Sufism, Kitab-kitab Hindu, Hermetic, falsafah Buddha dan kajian sains.

Namun terdapat satu sumber terbesar mereka, iaitu dari para makhluk yang hidup lebih awal dari manusia dan jin. Malangnya,makhluk-makhluk ini memberitahu mereka sebahagian kebenaran dan yang lain adalah kepalsuan yang ditokoktambah.

Sumber kedua ialah dari AlQuran dan pemberitahuan dari Nabi Muhammad s.a.w. Satu maklumat yang perlu diberitahu, bahawa orang-orang Yahudi amat meyakini apa yang keluar dari mulut Nabi Muhammad s.a.w. Tepatnya, para Elit Yahudi.

Para Elit Yahudi ini lebih menghafal perwatakan dan rupa paras Nabi Muhammad s.a.w melebihi perwatakan anak-anak mereka sendiri beratus tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w! Nabi-nabi mereka ada mengkhabarkan kehadiran messiah terakhir dan ramalan-ramalan dibuat oleh para rabbi dan cendekiawan mereka. 

Ini termasuklah bahawa mereka tahu bahawa messiah ini akan tinggal di Madinah dan orang-orang Yahudi ini sanggup berpindah ke Madinah beramai-ramai dengan harapan keturunan mereka menjadi banyak di Madinah (dahulunya dikenali sebagai Yathrib) jadi kemungkinan messiah itu akan lahir dari kalangan bangsa mereka.

Mereka percaya kata-kata nabi kerana bagindalah messiah yang diramalkan itu, tetapi kerana baginda lahir sebagai seorang Arab bukannya Yahudi atau Bani Israel maka kerasulannya ditolak. Contoh yang terkenal ialah Nostradamus.

Sebenarnya banyak lagi rahsia yang anda, dan juga kami tidak ketahui.

Adakah anda pernah mendengar hadis yang menyebutkan perihal Perang Dunia I dan II, tentang Hitler dan Napoleon? Apakah rahsia yang dibisikkan oleh Nabi kepada penjaga rahsianya iaitu Huzaifah Ibnu Yaman r.a?

INI ADALAH AMARAN TERAKHIR…

Jika anda berasa selesa dengan kehidupan anda sekarang, anda boleh meninggalkan posting2 berkaitan The Matrix. Terlibat dengan material The Matrix hanya akan membahayakan kesihatan anda.

Kepada pembaca tegar posting2 sebelum ini, anda sedang memasuki tahap kesedaran 3rd density.

KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEGALA KEMUDARATAN DAN KEMALANGAN SETELAH ANDA TERLIBAT DENGANNYA. SEGALA RISIKO ADALAH DI BAWAH PILIHAN DAN TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.

Adakah anda sudah bersedia? Marilah kita sambung…

THE MATRIX HAS YOU.

Kita hidup di dunia ini sementara. Tiada manusia yang hidup kekal abadi dalam dunia ini. Malah dunia ini pun akan musnah. Jika ada manusia yang hidup melebihi usia dunia ini, maka apabila bumi ini musnah, orang tadi akan jatuh melayang-layang di alam semesta kerana tiada lagi bumi yang dapat menampung tubuhnya dan segala nafsu serakahnya.

Setiap manusia di dunia telah Allah s.w.t tentukan soal rezeki, jodoh dan mautnya. Semuanya ada di dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui. Setiap pergerakan makhluknya berada dalam ilmu Allah s.w.t. Apa yang makhluknya mahu dan fikirkan, semua itu telah diketahui dahulu oleh Allah Azza Wa Jalla. Walaupun makhluknya tadi tinggal di dalam batu yang diselimuti rumpai tebal di dasar laut yang kelam di waktu malam gelap yang mendung tiada berbintang,semua itu masih berada di dalam pengetahuan Allah s.w.t. Begitu juga soal rezeki, Allah telah tetapkan seluruh urusan rezeki kepada semua makhluk-makhluknya. Tiada berlebih atau berkurang sedikit pun, semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz.

Kita masih bernafas dan bernyawa kerana masih ada lagi rezeki Allah yang kita tidak makan, jika sudah habis rezeki Allah telah diedarkan kepada kita, maka ketika itulah sampainya ajal kita. Walaupun seseorang itu sudah jatuh dari bangunan tinggi, ditembak berulang kali, ditetak dan terbakar, jika masih ada nasi atau gandum yang menjadi rezekinya masih belum dinikmatinya lagi, maka belumlah lagi saat kematian baginya dan tidak layak dia mati sebelum habis rezeki Allah yang ditentukan kepadanya dimakan olehnya.

Setiap hari Allah telah tentukan rezeki manusia, tidak kira yang Islam atau yang kafir. Jika hari ini seseorang itu rezekinya nasi dagang, mungkin besok rezekinya nasi minyak kenduri kahwin. Jika seseorang itu selalu diberi makan makanan yang mewah-mewah, di dalam hotel mewah dan ditemani rakan-rakan, mungkin besok dia hanya makan nasi dengan sedikit kuah dan dua biji telur rebus di dalam penjara yang sunyi sepi. Walaupun orang tadi mengomel-ngomel, mengutuk dan mencerca makanan tadi sebagai makanan anjing sebagai contoh, itulah rezekinya yang ditentukan padanya pada saat itu dan tidak boleh manusia selemah dia untuk menukarnya.

Semuanya adalah ketentuan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana. Jika orang tadi tahu betapa bernilainya rezeki Allah itu maka sudah tentu dia akan memakan makanan itu dengan lahap dan berselera. Bayangkan jika Allah menetapkan dia tidak layak diberi sebarang makanan pun pada saat itu, sudah tentu perutnya akan berkeroncong kelaparan. Kemungkinan dia akan menyumpah-nyumpah makhluk lain yang membiarkan dirinya kelaparan. Kemudian setelah tiada daya dan kekuatan lagi, mungkin hatinya merintih kepada Tuhan.

“Tuhan,berikan aku sedikit makanan,aku lapar…”

Di kepalanya mungkin tiada lagi berfikir tentang makanan yang mewah-mewah seperti lamb chop, Italian Cuisine dan sebagainya tetapi sedikit makanan… ya…sedikit makanan untuk menghapuskan penderitaan kelaparan yang mencucuk-cucuk perutnya saat itu. Ketika itu jika disuakan nasi tanpa kuah dan sebiji sahaja telur rebus… sudah pasti dia akan memilih untuk memakannya tanpa segan silu lagi kerana kepedihan yang dasyat melanda dirinya akibat kebuluran.

Begitu lemahnya manusia ini. Manusia yang tiada berkuasa sedikit pun. Rezeki yang Allah tetapkan tiada kaitan dengan status pekerjaan manusia itu. Pekerjaan manusia hanya asbab untuk rezekinya. Adakah seorang peguam hanya layak makan daging, seorang pencuci lantai hospital hanya layak makan ikan masin? 

Fikirkan seorang ahli politik yang mewah pada suatu hari hanya layak makan sepinggan nasi berkuah berlaukkan dua biji telur rebus,namun pada masa yang sama seorang pemungut sampah layak makan ayam goreng berempah masala, kentang putar Deluxe, burger Double XL dan nugget ikan. Begitu berkuasa dan agungnya Allah menetapkan rezeki kepada semua makhluknya hatta ulat dalam batu pun masih mempunyai rezekinya sendiri.

Pekerjaan tidak boleh memberi rezeki kepada manusia. Kilang tidak boleh beri rezeki kepada manusia. Pejabat bukan punca rezeki kepada manusia. Tetapi Allah s.w.t lah yang memberi rezeki kepada manusia. Allah s.w.t lah punca rezeki manusia. 

Ada orang bekerja di kilang tetapi 3 bulan tidak dapat gaji kerana kemelesatan ekonomi. Ada orang bekerja di pejabat, berpendapatan besar tetapi yang sempat singgah ditekaknya tiap-tiap bulan hanyalah tidak sampai suku pun dari gajinya kerana hutang keliling pinggang. 

Ada orang yang kerjanya tukang kebun sahaja tetapi hari-hari makan mewah kerana bekerja di kawasan istana Sultan. Pekerjaan bukanlah tujuan kita untuk hidup. Begitu juga rezeki. Kita bukan diciptakan untuk 24 jam siang dan malam untuk mencari rezeki. Hari ini orang sudah salah sangka bahawa pekerjaanlah yang memberi dia rezeki. Hari ini orang sudah silap menyangka bahawa tanpa bekerja, maka tiada rezeki baginya. 

Pekerjaan bukan pemberi rezeki kepada manusia. Tetapi Allah lah yang memberi rezeki kepada manusia. Jika Allah tidak benarkan Obama, Presiden Amerika minum setitis air pun pada hari ini, maka tiadalah daya dan kekuatan pun dapat mendatangkan walau setitis air pun walaupun air longkang, air parit mahupun air kumbahan untuk diberi kepada ketua negara Amerika itu. Walaupun dikumpulkan seluruh tentera Marin, Komando, intelligen, seluruh balatentera Amerika di seluruh pengkalannya di serata dunia, ditambah pula tentera-tentera sekutunya seperti NATO, Israel, Britain, malah dipanggil pula tentera-tentera pencacainya seperti Turki dan negara-negara Arab yang bersekutu dengannya akhirnya ditolong pula dengan Zionis Timur Singapura… semua itu masih belum mampu untuk mencarikan setitis air pun untuk Barrack ‘Hussein’ Obama, malah jika dikumpulkan seluruh jin dan manusia serta alien-alien yang ada (jika ada) untuk membantu Obama yang kehausan tadi, itupun sangat jauh untuk layak menggerakkan kekuatan memasukkan setitis air untuk diteguk oleh Obama jika Allah tidak mengizinkannya berbuat demikian. Allahuakbar….

Manusia tidak akan mati jika tidak bekerja. Allah lah yang mematikan dan menghidupkan manusia. Nasi yang dimakan tiap-tiap hari dan air minum yang diteguk tiap-tiap hari bukanlah datang dari pekerjaan. Semua itu datang dari Allah. Hari ini manusia sudah sombong dengan pekerjaan masing-masing. Seorang ahli perniagaan bila melihat seorang buruh kasar sedang meratakan tar di jalan sudah mula mencebik dan sombong. Seorang jurutera bila melihat seorang pencuci tandas pasaraya mula bangga dengan nasib dirinya yang lebih baik dari si pencuci tandas tadi. Seorang wakil rakyat melihat rakyat marhaen yang miskin mula menuduh rakyat hanya mahu subsidi kerajaan, pemalas, dasar meminta-minta dan suka yang percuma sahaja. Dalam hatinya bangga dengan pencapaian dia hari ini yang menjadi seorang yang berkedudukan hasil usaha gigihnya belajar atas usaha sendiri, tidak seperti orang kampung miskin yang suka meminta-minta. Padahal apa yang didapatinya berpunca dari belas ihsan Allah Yang Maha Pemurah, bukan dari pelajarannya dan pekerjaannya. Sampai masa, apabila Allah s.w.t turunkan kepadanya pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, sehinggakan hanya bubur sahaja yang mampu ditelannya maka hanya itulah rezeki baginya walaupun pendapatannya boleh membeli segala makanan yang mahal-mahal.

Apa jua yang kita buat, sebagai pensyarah, guru, kakitangan kerajaan, jurutera, juruteknik, wireman, menteri, raja, tukang gunting rambut, pekerja majlis bandaran, profesor dan sebagainya bukanlah kerja yang sepatutnya dibuat. Itu hanya KEPERLUAN kita sahaja. Kerja yang SEBENARNYA sepatut kita buat di dunia ini adalah BERIMAN dan mentaati Allah s.w.t serta nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran (dakwah atau menyampaikan kebenaran).

Firman Allah s.w.t:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”

(Surah Al-’Ashr ayat 1-3)

Itulah kerja sebenar kita di dunia. Hari ini orang sudah menjadikan keperluan hidupnya sebagai kerja sepanjang hayat. Hidupnya 24jam berpenat-lelah untuk memastikan perutnya sentiasa kenyang. Hidupnya semata-mata menjadi hamba perut, hamba nafsu dan hamba orang lain. Sibuk menjadi hamba dan kuli sampai lupa dan alpa tanggungjawab dia kepada Tuhan pun diabaikan. Manusia yakin bahawa jika tidak bekerja maka dia tidak dapat makan. Makanan datang dari pendapatan atau gaji yang didapatinya. Ini adalah YAKIN yang salah. Bahkan Allah lah yang mendatangkan rezeki baginya. Bukan pekerjaan, bukan gaji dan bukan pendapatan.

Hari ini manusia yakin jika aku tidak dapat belajar di universiti, maka hidup aku tidak terjamin dan aku tidak dapat pekerjaan yang bagus. Ini juga YAKIN yang salah. Siti Nurhaliza misalnya, dengan keputusan SPM yang tidak berapa cemerlang, kemahiran bahasa Inggerisnya yang sederhana, tidak pernah belajar di universiti namun masih mampu hidup mewah dan bersuamikan orang kenamaan. Hari ini berapa ribu siswazah yang terpaksa menanam anggur di rumah?

PERINTAH

Jadi apa perlunya aku bekerja? Baik aku duduk goyang kaki menunggu rezeki datang dari Allah. Rezeki aku sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi apa perlu aku risau. Baik aku duduk di masjid atau pergi berdakwah sahaja tanpa bekerja. Rezeki aku sudah tertulis di Lauh Mahfuz. Jadi kerja atau tidak tak penting. Lebih baik aku tidak payah belajar di sekolah dan hanya tanam anggur sahaja di rumah.Nanti rezeki datang dari langit atau datang ke riba aku.

INI JUGA ADALAH YAKIN YANG SALAH.

Sebenarnya kita bekerja kerana ia adalah PERINTAH DARI ALLAH S.W.T. Kita bekerja bukan kerana ia adalah sumber rezeki atau ia adalah tujuan hidup kita, tetapi ia adalah PERINTAH Allah Azza Wa Jalla.Firman Allah s.w.t:

” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.”

(Surah Al-Jumu’ah:10)

Ini adalah ayat perintah dari Allah s.w.t supaya kita tidak duduk diam mengharapkan rezeki semata tetapi bertebaran mencari rezeki Allah yang Allah telah letakkan di segenap penjuru dunia. Allah PERINTAH KITA BEKERJA TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN PEKERJAAN ITU BAGI REZEKI PADA KITA.

Rezeki datang dari Allah s.w.t. Rezeki bukan datang dari pekerjaan kita. Begitu juga makan. Kekenyangan datang dari Allah dan bukan datang dari apa yang kita makan. Ada orang yang makan 2-3 pinggan nasi tapi masih tidak kenyang-kenyang. Ada yang hanya makan 3 biji kurma dan seteguk air tetapi Allah beri dia kenyang. Jadi kenapa aku makan? Baik aku duduk diam sahaja dan harap Allah bagi aku kenyang. Tidaklah perlu aku bersusah-payah memasak atau pergi ke kedai mamak untuk membeli makanan. Tidak payahlah aku bersusah-payah mengunyah dan menelan untuk makan kerana Allah lah yang bagi aku kenyang bukan makan atau makanan.

INI JUGA MASIH YAKIN YANG SALAH.

Sebenarnya kita makan kerana Allah PERINTAH kita untuk makan. Kita makan bukan kerana dengan makan kita boleh kenyang tetapi kerana ia adalah PERINTAH dari Allah. Firman Allah s.w.t:

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah”

(AlBaqarah ayat 172)

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”

(AlBaqarah ayat 168)

Kekenyangan datang dari Allah. Kekenyangan bukan datang dari apa yang kita makan. ALLAH PERINTAH KITA MAKAN TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN BAHAWA DENGAN MAKAN KITA BOLEH KENYANG.

Begitu juga yang lain-lain. Allah perintahkan kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Bila kita sakit kita akan makan ubat. Eh, Allah yang kasi aku sembuh bukan ubat. Ya,Allah yang kasi sembuh tapi Allah perintah kita makan ubat TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN UBAT BOLEH KASI KITA SIHAT.

Firman Allah s.w.t:

“dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara”

(AlAhzab ayat 33)

Jika kita memahami maksud AlQuran, kita akan dapati perintah Allah itu memang sesuai dengan fitrah manusia. Hari ini ada orang memandang AlQuran hanya sinonim dengan perintah HUDUD potong tangan. Perintah jihad pergi berperang bunuh orang. Ini bukan sahaja yakin yang salah tetapi bodoh dan tidak berpelajaran sama sekali. Padahal AlQuran bukan sahaja perintah kita menjalankan undang-undang-Nya tetapi Allah perintah kita untuk makan, minum, bekerja malah tidur juga. Tetapi siapa yang bagi kita ngantuk? Allah…

ALLAH PERINTAH KITA TIDUR TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN BAHAWA TIDUR ITU BAGI KITA HILANG MENGANTUK.

Setiap perintah Allah s.w.t di dalam Al Quran mengandungi erti yang mendalam sekali. Allah perintah semua ini kerana ia adalah fitrah manusia. Sepertimana seseorang yang membeli satu mesin atau kenderaan, sudah pasti mesin atau kenderaan tadi dilengkapi manual cara menggunakan atau penjagaannya dari si pembuat mesin atau kenderaan tadi. Begitu juga manusia. Allah Azza Wa Jalla yang menciptakan manusia dan hanya Allah lah yang faham fitrah manusia. Jadi apakah dia manual bagi manusia tadi. ITULAH AL QURAN.

AlQuran adalah panduan bagi manusia. Sebagaimana mesin yang mempunyai panduan menggunakannya maka AlQuran menjadi panduan atau petunjuk (guide book) bagi manusia ‘menggunakan’ dirinya sendiri dengan betul. Firman Allah s.w.t:

“Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”

(AlBaqarah ayat 2)

Tetapi hari ini orang menyalahgunakan dirinya atau tidak ‘menggunakan’ dirinya dengan betul. Manusia yang benar-benar faham akan menggunakan AlQuran untuk menyelesaikan masalah kehidupannya. Hari ini segala jenis kaedah ciptaan manusia tidak berjaya dan gagal. Segala faham ciptaan manusia tidak sempurna. Komunisme tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial, Kapitalisme juga tidak seluruhnya berjaya. Hari ini kita lihat China dan Jepun umumnya sebagai gergasi ekonomi sebelah Timur tetapi kita tidak tahu berapa ramai rakyat China yang terpaksa makan bangkai kerana kelaparan. 

Kekayaan hanya bertumpu di zon-zon ekonomi utama sahaja daripada seluruh China yang besar itu. Di Jepun berapa ramai yang gila dan bunuh diri kerana tekanan kerja yang tinggi.

Inilah akibat kerana tidak menggunakan manual yang diberi oleh pencipta manusia itu sendiri. Kita yakin Allah perintah kita makan, minum, tidur dan bekerja tetapi kita tidak yakin dengan sistem ekonomi dan undang-undang dari-Nya? Betapa pelik sikap manusia hari ini.

Kita juga makan, minum, tidur dan bekerja tetapi kita tidak melakukan dengan cara yang betul. Apakah cara yang betul itu? IAITU DENGAN CARA NABI S.A.W.

Ada orang pada hari ini tidak sukakan nabi s.a.w. Mereka tolak hadis-hadisnya. Ada orang mempertikaikan kalimah syahadah dengan menolak lafaz ‘MuhammadurrasullUllah’, kerana bagi mereka kita bersyahadah dengan Allah sahaja, berguru dengan Allah sahaja. Hanya AlQuran yang patut diikuti bukan hadis-hadis. Padahal kalau mereka ikut AlQuran mereka juga kena ikut cara nabi Muhammad s.a.w.Firman Allah s.w.t:

“Katakanlah: “Ta’atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.”

(Ali Imran ayat 32)

Lihat,di dalam AlQuran sendiri Allah PERINTAH supaya kita taat pada-Nya dan juga kepada Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

LAILAHAILLALLAH,MUHAMMADURRASULULLAH. Kita taat PERINTAH Allah, tetapi taat dengan cara bagaimana?DENGAN CARA YANG DITUNJUKKAN NABI MUHAMMAD S.A.W. Bukan cara syariat Nabi Ibrahim, Nabi Isa atau Nabi Musa. Apatah lagi syariat Komunis, Kapitalis, Zionis dan Iblis.Tetapi dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w.

Jika kita faham rahsia di sebalik semua ini, kita akan faham bahawa semua perintah Allah jika dilakukan dengan cara Nabi s.a.w maka inilah KERJA kita yang sebenar hidup di dunia ini.

Makan cara nabi, minum cara nabi, tidur cara nabi, bekerja cara nabi… Inilah yang dinamakan sunnah nabi s.a.w.

Seterusnya jika kita lakukan apa saja dalam dunia mengikut sunnah nabi s.a.w maka apa yang kita buat adalah dikira sebagai ibadah; membuahkan pahala yakni ganjaran di sisi Allah…

Ibadah bukan sahaja solat, puasa, zikir dan sebagainya. Hidup berpandukan sunnah Rasulullah s.a.w juga dikira ibadah. Tidur berdengkur melepek pun dikira ibadah! Bagaimana? Tidur dengan niat i’tikaf di dalam masjid. Tambah-tambah jika adab tidur dijaga, dimulakan dengan doa dan diakhiri dengan syukur sepertimana yang nabi buat. Bukan itu saja, berak bersembur najis busuk dan duduk termenung dalam tandas juga dikira ibadah! Eh,pulak…bagaimana? Membuang air besar yang disertai dengan adab-adab masuk tandas sebagaimana yang nabi ajarkan. Lihat, betapa indahnya Islam. Betapa lengkapnya Islam. Islam adalah manual kehidupan lengkap seorang manusia. Dari manual cara-cara membuang najis sehinggalah manual cara menguruskan ekonomi dan negara, semuanya termaktub dalam Islam.

Solat dan puasa adalah PERINTAH Allah sebagaimana makan, minum dan tidur. Bezanya solat, puasa dan undang-undang Islam bertentangan dengan nafsu kita tetapi makan, minum dan tidur sesuai dengan nafsu serakah kita. Jika solat, puasa serta hukum Allah akan mendatangkan dosa dan hukuman Allah jika tidak melaksanakannya, bagaimana pula dengan perintah makan, minum dan tidur jika kita tidak melaksanakannya? Ah,setahun ni aku tak nak makan dan minum. Ah,3 bulan aku tak nak tidur,aku nak bertapa, aku nak zuhud kononnya.

Juga berdosa kerana Allah s.w.t melarang kita sengaja mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Firman Allah s.w.t: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”

(AlBaqarah ayat 195)

Solat dan puasa misalnya sudahlah memang ibadah tetapi jika hidup kita seluruhnya berpandukan Allah dan Rasul-Nya maka, Makan jadi ibadah, minum jadi ibadah, tidur jadi ibadah, bekerja jadi ibadah… semuanya dalam rangka mengabdikan diri pada Allah s.w.t.

Maka inilah yang menjadi sebab musababnya mengapa Allah Azza Wa Jalla menciptakan manusia malah jin juga,

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”

(Surah az-Zariyat ayat 56)

INILAH TUJUAN KITA DICIPTAKAN ALLAH,IAITU MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA…INILAH TUJUAN HIDUP KITA, INILAH KERJA SEBENAR KITA DI DUNIA.

SUBHANALLAH.

Semoga bermanfaat.

Allahu’alam… Wassalam

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s