BIASA DENGAR PASAL ZOLTAN, TAPI TAK KENAL PUN

Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. Ianya bersifat cerita dongeng. Jangan ambil apa-apa pengajaran daripada cerita ini. Anggaplah ia sebagai hiburan sahaja…

———————————-

Di planet Bumi, makhluk-makhluk seperti Zoltan digelar sebagai makhluk asing. Ada pulak yang menggelarkan Zoltan sebagai Iblis, Jin, Jembalang dan macam2 gelaran lagilah. Tiada siapa pun yang pasti siapa Zoltan sebenarnya.

Zoltan kerap pulang ke kapal angkasa induknya bagi melaporkan hasil tinjauannya di planet Bumi. Kapal angkasa Zoltan hebat kerana ia amat laju dan boleh pergi ke mana2 sahaja dengan sekelip mata. Nak pergi ke dimensi2 lain pun boleh.

Dengan rakan-rakannya, Zoltan pun mula bercerita…

Planet bumi ni diduduki dan dikuasai oleh satu jenis hidupan yang menggelarkan diri mereka manusia. Semenjak zaman berzaman mereka kelihatan berperang sahaja kerjanya dan tanpa segan silu membunuh sesama sendiri hingga la ke hari ini. Pada mulanya, aku memang berasa hairan dengan tabiat mereka ini, tetapi setelah lama meninjau baru la aku faham. Nanti akan aku jelaskan.

Zoltan menyambung lagi…

Mereka mempunyai 3 kasta utama… Elite (5%), Mandur (20%) dan Hamba (75%). 

Kasta Elite saling kenal mengenali sesama mereka. Dari semasa ke semasa mereka akan bertemu dan membincangkan tentang bagaimana mereka boleh bekerjasama bagi mengekalkan kekayaan, kekuasaan dan keilmuan mereka. Mereka amat bimbang kalau ketiga-tiga hal ini jatuh ke tangan kasta Hamba. Bukan apa, kasta Elite ni jumlahnya sedikit. Nanti kalau kasta Hamba sedar yang mereka selama ni diperhambakan oleh kasta Elite, dah tentu kasta Hamba akan memberontak.

Kasta Mandur pulak, tugasnya menjaga kepentingan kasta Elite dan menyelia kasta Hamba. Aku merasa amat kasihan kepada kasta Hamba ini. Kebanyakan mereka tidak tahu menahu langsung tentang kewujudan dan kerjasama sesama kasta Elite ini. Yang kasta Hamba ni tahu hanyalah bekerja keras mengikut arahan2 kasta Mandur setiap hari. Ia demi memastikan mereka dan keluarga mereka secara ala kadarnya ada makanan, tempat tinggal, pakaian dan dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Kasta Elite membahagikan planet Bumi kepada lebih kurang 200 buah kawasan yang direkodkan di atas sebuah dokumen yang dipanggil peta dunia. Kawasan-kawasan ini diberi nama-nama tertentu. Setiap kawasan ini, diletakkannya wakil-wakil kasta Elite bagi mentadbir kasta Hamba. Wakil-wakil ini diberi status kasta Mandur. Setiap kawasan ini diwajibkan untuk mempunyai sebuah bendera, lagu kawasan dan undang-undang kawasan.

.


Kasta Mandur amat sayangkan kasta Elite walaupun mereka tidak berapa mengenali tuan2 mereka. Kasta Mandur amat patuh menjalankan semua arahan kasta Elite kerana sayangkan status serta secebis kekayaan, kekuasaan dan keilmuan yang diberikan oleh kasta Elite kepada mereka. Kadang-kadang, kasta Mandur ini sanggup pulak berbunuhan sesama mereka pula demi mengikut arahan kasta Elite yang menjadi tuan2 mereka.

Kasta Hamba pulak, semenjak kecil lagi sehinggalah dewasa telah diasuh supaya taat setia kepada kasta Mandur. Semua yang boleh dilihat, didengar, dikecapi dengan lidah, dihidu dengan hidung dan dirasai dengan deria rasa kasta Hamba telah ditetapkan dan dikawal dengan ketat oleh kasta Mandur. Bagi kasta Hamba, kasta Mandur adalah hero dan amat mulia. Mempersoalkan manusia-manusia kasta Mandur adalah suatu kesalahan besar.


Kebanyakan kasta Hamba ini telah sebati dengan apa yang mereka belajar dan terima daripada kasta Mandur. Mereka sangat sebati hinggakan jika ada di kalangan kasta Hamba yang cuba-cuba berfikir tentang kewujudan tiga kasta ini serta kelicikan sistem ini… mereka sendiri yang akan mempertahankan sistem yang telah diterapkan oleh kasta Mandur. 

Mana-mana manusia kasta Hamba yang cuba pandai2 nak berfikir pasti akan dicemuh, dihina dan dijatuhkan oleh rakan-rakan kasta Hamba mereka sendiri. Malah, ada sesetengah manusia kasta Hamba ini dinaikkan status kepada kasta Mandur sebagai upah dan imbalan kerana usaha-usaha seperti ini.

Tiba-tiba Zoltan berhenti bercerita… dia baru tersedar yang rakan-rakannya memberikan renungan yang aneh kepadanya.

Zoltan kemudiannya bersuara… Aku rasa aku tahu apa yang kamu sekelian fikirkan. Dengan apa yang ada pada kita, tentu elok kalau kita kembali ke bumi dan menguasai kasta Elite ini. Kita ada apa yang mereka mahukan.

Seorang rakan Zoltan pun bertanya… Apa yang mereka mahukan?

Zoltan menjawab… Lebih kekayaan, lebih kekuasaan dan lebih keilmuan.

Serta merta mereka tertawa… tertawa… dan terus tertawa.

Okay… kita hentikan la yer cerita mengarut ni kat sini. Tak boleh cerita panjang-panjang sangat. Nanti ada pulak yang marah…

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s